my beLOVEd follower

Saturday, April 30, 2011

Jumpa Toh Puan Zarina ^_^

First thing, Al-Fatihah untuk nek busu aku yang meninggal pada jumaat pagi lepas.

AL-FATIHAH~

Kami sekeluarga rush balik Melaka jumaat tu. and sempatla sampai b4 dikebumikan. dan yang menjadi perhatian nya adalah, kedatangan Toh Puan Zarina, isteri Gabenor Melaka kat rumah tu jugak. baru aku tau yang aku sedare rupenyer ngan beliau. *beliau tu. haha.

Kira nya, nenek aku ngan Toh Puan neh, sepupu la. siap ade bodyguard woo. polis escort bagai. huhu~ bawah ni gambar diowang yang aku curi2 amek.

nenek. Toh Puan. Tok Ngah.
yang meninggal tu adik Tok Ngah ni.
*kualiti gamba harap maklum. nset mahal sgt ;p

Maaf ye semua aku tak banyak update minggu neh. aku lepak rumah nenek.so tak dapatla on9. and jiran nenek aku nak kawenkan anak dia. so ade lah tolong2 sket.

ade mende nak story pasal aku g Pesta Buku. tapi laterla ok. chow~

Tuesday, April 26, 2011

Contest Blog Saya Smart


arini aku mau join contest Blog Saya Smart from cik Qistina yang comel lote neh ^^

memang senget kepale ku nak nengoknye. ;p

ape yang aku pertaruhkan, konfemla blog aku kan. tak kan blog orang laen pulak. arap2 blog tak seberapa neh dapatla menang. *dapat ke? berserah jela .^^

Tarikh Tutup :
20 Mei 2011

and aku nak tag :

jom join ramai2. hadiah dia sangat lumayan ok.

Tempat Pertama : RM150
Tempat Kedua : RM 100
kalau camni, dapat tempat kedua pon bersyukur. tapi kalau menangla. haha!
nak join, KLIK SINI.
^^

Monday, April 25, 2011

Cuti buat aku LEKA.

Assalamualaikum w.b.t semua! *penuh tu aku bagi salam. ;p cuti2 neh, kalau takde plan sangat, bosan jugak kan dok uma je. semua kerja. last2 kte jugakla melepak di rumah. so, di pendek kan citer, meh tengok video neh dulu. ^_*

video

Sangatla terkesan ok! walaupun simple nasehat and tegurannye, tapi amat terkesan ntuk aku. *insaf seketika.

Cuti2 neh, bangun tido je terus bukak laptop. on9 je memanjang. kutuk2 AF, aku tengok jugak konsertnya. paling taley blah, diari AF pon aku layan sekarang neh. padahal bukan best manepon. kalau kat U, lepas maghrib ngaji dulu, kat rumah laju je lepas semayang turun bawah layan game FB plak. Subhanallah~

Teringat lagu Raihan dulu,

Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah..
^^

p/s = this is my first time upload video kat blog. yess.saya jakun. haha~

Sunday, April 24, 2011

Melantak di Satay Station



entry dimulakan ngan muka2 pelahap famly aku. haha! muka macam orang tak penah jumpe sate betol. sian aku tengok. ;p

malam semalam aku sefamly gi makan kat Satay Station kat Ampang Waterfront tuh. ary2 lalu, tapi tak penah pon jejak sana. tengok ramai je orang, and cambest je ngalahkan sate Kajang. so nak try la kan. memang BEST pon!! harge pon terbaek! sate Kajang 70sen sebatang, kat sini 90sen sebatang! haha! tapi besau woo.. bape batang je dah kenyang.

tengok muka2 bawah neh..

sorang control cun, sorang gelojoh, sorang ala2 kenyang sudah. haha

nga usha pakcik berghazal kat sana.
;p

sumpah weh aku makan 5 batang je! and kenyang!
ktorang order 30 batang ayam.
10 daging and 5 hati.
mula2 abang aku nak amek 10 tau hati. selamatla dak tu dah infom awal2,
"hati dia besar bang. tak potong punye"
siap ade pedal, hati and jantung. tak nak besa plak!
last2, try 5 je. 2pon tak abes and ktorang tapau bawak balik. ngee~

so, jom ramai2 makan kat sana! memang puas hati! order 3 batang pon boley kenyang. (bagi yang perut kecikla) haha.

Saturday, April 23, 2011

Teringin nak bawak keta. haih~

orang semua sibok after spm, nak amek lesen keta. akupon tak terkecuali. bezanya, aku failed semua test JPJ! ngee~ and aku tunda sampai aku masuk matrix, tak pepasal kena idopkan lesen L aku balik. mula aku dapat lesen L on 23 May 2008. 1st test JPJ aku tuh, rase gerun gile! bukit awal2 dah tak pass. on the road dpt plak uncle muke garang. memang mati enjinla kan. plus aku memang tak yakin sangat bawak keta time tuh. tak sempat bawak jaohpon, depan tempat memandu tu, uncle JPJ dah soh benti tepi and aku FAILED! T_T
ni la 1st lesen L aku. abaikan muka dak temok neh.


lesen L kan tahan 3 bulan je. aku da masuk matrix, takde mse lak nak amek test jpj. Last2 kena renew balik on 30 March 2009. nak setaon jugakla aku tinggalkan ujian berkomputer tuh . tak pepasal kena blajaq balik. aku memang zero pon dalam bawak keta neh. start enjin je aku pandai. clush bagai semua tuh aku tak tau. so mse cuti 3 bulan tu lah aku amek balik lesen (ikotkan malas nak amek dulu.tapi dah mama asek bebel je soh setelkan lesen) aku pon amek la lagi.

and 2nd tima aku amek test JPJ, semua PASS! yeah! happy giler! although sorang2 kat sne, cam yakin je bley bawak n pass. siap bual2 tu ngan abang JPJ (cehh,bile muka garang panggil uncle JPJ, bila baek panggil abang. gile bias.) bukan bias, tapi memang nampak dia muda sket je dari yang dulu. heee~
alamat terpaksa dirahsiakan. ;p

aku dapat lesen P 22 April 2009-21 Aprl 2011. beberapa ary lepas, dah tamatla tempoh P aku. TAPI, boleh dikira brape kali je aku dapat bawak keta! iskk~ sedih btol. bila aku nak bawak keta mama je, mama mesti tak bagi. dia cakap,

"jangan ngade2 nak bawak keta mama. kalau nak bawak keta kau sendiri nanti"

haiya~ mama, adik tak keje lagi tau. lama lagilah camtuh nak dapat keta. abang dah bestla dah ade keta sendiri. isk~

aku teringin nak bawak keta ntuk family tau. abang aku bagi je bawak myvi dia. tapi aku yang takot coz manual. aku dah tak yakin nak bawak keta tau. ottoke?? aku rasa paling jaoh aku
penah bawak, dari nilai ke rumah. tu pon mama tak tau. abang aku suruh bawak coz dia amek aku dari matrix.

selama 3 tahun ni, aku boleh listkan bila je aku bawak keta.
1) dari nilai ke rumah kat ampang. (myvi)
2) dari tol sg.besi ke tol nilai. (waja)
3) dari uma ke skola mama kat pandan perdana. (myvi)
4) dari uma nenek ke bazar ramadan. bawak nenek beli kueh.without mama tau. (waja)
5) dari skola mama sampai slekoh depan je. mama tak yakin aku bawak. (waja)
6) dalam skola mama, pusing2 je kat compound skola. (waja)

ni jela aku rasa waktu yang aku penah bawak keta. mama kte kat highway nak bagi aku bawak, tapi idak nye bagi. sabo jelah! kesian tak kat aku? dah lama ade lesen. tapi tak dapat nak bawak keta. iskkk~ takde ke nak bagi aku keta free??? *mata blink blink

p/s = perasan tak muka zaman abes spm ngan dah masuk matrix laen? maken kurang kembungnya. hahahaa~

Thursday, April 21, 2011

Jom Join Give Away Aimi !


hye guyz. arini aku join another GA tagged by my clasmate cik ezah ni ha. nga cuti2 neh memang suka join mende cmneh. mana lah tau ade rezeki kan. adiah dia pon menarik.

hadiah2nya:

pertama --> top up rm30
kedua & ketiga --> rm10

keempat --> selendang , ( kalo dpt dekat laki , sila sila bg dekat mak , makcik or kakak or adik korg ke )..

kelima & keenam --> top up rm3 :p

ketujuh & kelapan --> percuma header & masuk dalam bloglist saya okay ? ^^
kesembilan & kesepuluh --> blog review beserta komen dr saya :)

copy dari blog cik aimi ni je ;)
Tarikh tutp :
30 April 2011

sempat lagi. jom join ramai2.
nak join KLIK SINI.

and aku nak tag,

fuh.fuh.fuh~ kasi tiup sket. nak sangat menang topup neh. ngee~

Wednesday, April 20, 2011

Kasih Ayah


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mndukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian?


Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais! jangan main hujan!. Tapi tahukah kamu ayah sangat risau?? Ketika kita remaja kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya.. Maka ayahlah yang setia meninggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Disaat kta memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi . tanpa menolak, beliau memenuhinya.


Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..


Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


sedih aku baca. lagi pulak baca sambil dengar lagu Awan Nano. iskk~

*copy dari notes kat fb je. ^^


akhir kata,

SAYANGI ABAH ANDA SETIAP HARI ^^


klik sini untuk PETUA MELAYAN ISTERI.


Tuesday, April 19, 2011

'Alycia Besday Giveaway!!

aloha.
sudah agak lama aku tak berkecimpung dalam GA or contest neh. so tengah syok berbelogwalking tadi, jumpe lak GA dari kak Alycia neh. (boleh ea kak panggil akak?) hee~


Tarikh tutp :
18.05.2011

sempat lagi. jom join ramai2 ^^


and for my gift for kak Alycia,


again, HAPPY BIRTHDAY!
although umo sudah bertambah, akak still hot ok.
^^
maaf amek gambo tak bagitau ;p


muka sama tuh, ade jodoh?

ohio! mesti korang penah dengar ayat neh..

" wah, muka kau ngan bf kau sama lah. mesti ade jodoh neh."

penah tak penah tak? kalau tak penah pon, korang mesti taukan? jadi, persoalannya disini, betul ke kalau muka sama tu tandanya ade jodoh? ade orang kata muka aku sama ngan Shaheizy Sam, jadi adakah aku jodoh ngan dia? *hanya contoh yang memualkan. dont take it seriously. ;p

cuba korang tengok balik parent korang, same ke muke diowang? kalau nak cari yang same,
baek kawen ngan adek beradik derr. ngee~ ape yang aku nak cakap kat sini, bukan muka same yang menentukan jodoh kite. yess, there is no doubt yang tuhan memang dah tentukan semua tu and aku bukan nak cakap dari segi islamic nya. but, similarity is really matter! bukan bermaksud, pasangan kau minat Arsenal, kau kena minat jugak. si dia suka makan belacan, kau kena suka gak makan belacan. tapi saling melengkapi tu yang penting. similar in ur thought and understanding.

macam ape yang aku blaja dalam Developmental Psychology ;

" exchange theory suggest that marriages are more likely to succeed if each partner provides something to the relationship that another would not be able to provide."

ayat mudahnya, saling melengkapi lah ;)

pasal isu muka sama tu, standardla kalau korang dah selalu bersama je, orang akan cakap muka macam nak sama. bukan ngan pakwe makwe je. ngan member pon same. based on my experience, kalau 1 sem tu aku kamceng je ngan sowang member neh, nanti mesti ade je yang cakap muka ktorang same. padahal tak pon. contohnya ngan si acan tetot neh.

sangat laen ok. si acan neh tetot and aku temok.
oleh sebab kami selalu ke kelas sama2, makan sama2, dak laen nampak macam ktorang neh sama lak. tak kesa la kan tetot, janji kite same2 comey kan.
hahaha~

btw, back to the topic asal. For those yang suka 'puji' muka mbe n bf dia tu sama and cakap jodoh diowang kuat based on 'muka sama' thing tu, cuba korang pikir yang what if lepas tu diowang break up. ehh? dah tak sama ke muka? sebab dah takde jodoh. cam lawak lak kan. kepada orang yang mendapat 'pujian' tuh, mestilah happykan. coz member cakap korang ade jodoh ngan pasangan korang. tapi kite sendiri tak tau jodoh kite ngan sape in the end. so, think before u say.

p/s = tiba2 terpikir pasal mende neh. dunno why. experience maybe. huhu

sekian.

Sunday, April 17, 2011

Sejarah pengoblokan aku.

firstly, betui ka aku eja tajuk tuh? pen-gob-lok-an ke pe-ngeb-log-an? ahh. mane2 la kan. yang penting aku nak citer pasal mule2 aku berjinak2 ngan dunia blogging and sebab aku berbelog.

seyezly, baru tadi before aku terpikir nak story mende neh, aku cek bila tarikh first aku buat cOntengan cik beLLa neh. and know what? its on 10th March 2009! haha! dah lama giler rupanya! 3 tahun tu! aku tengok2 balik entry2 aku dolu2, memang lawak giler! ni ha entry
1st aku. ;p takde mende pon nak citer sangat. and aku buat belog pon cuma ada 2 sebab je mase tu.

1) sifat ingin tahu yang tinggi tentang ape itu blogger.
2) senang nak komen kawan aku sorang neh. sebab dialah, aku buat belog. ;)

nak tau sape? ni ha link nya.
Ku Tendang Setan

Fitri neh mbe aku dari kat matrix PJ lagi. dulu aku tak tau pon ape tu follower, shoutbox la, belogwalking la, semua aku jakun. yang aku tau, sign up je kat blogger. nanti senang nak komen belog mber aku neh. keluar nama aku. ;p tapi bila lama2, dah pandai godeh2 sendiri kat blogger neh, barula aku pandai sket tambah itu. tambah ini.

pasal nuffnang plak? lagi aku tak tau amende tuh.aku ingat orang yang letak nuffnang tu, ntuk blogger hebat je. yang ramai follower and entry dia best2. aku neh, nak taep ape pon tak tau. follower plak bape ketoi jela. promote belog pon kat mbe2 YM je yang mana ade belog. then yang buat aku semangat sket berbelog neh, pasal ade sorang blogger neh. rasa ramai jugak kenal dia. sangatla peramah. Jaifizah nama dia. panggil Jezz je. dia lah tolong promotekan belog aku and ramaila blogger laen. time tu baru la orang datang belog tak seberapa aku and memollow. dia jugak yang kenalkan aku ngan nuffnang neh. tapi sayang.. dengarnya Jezz dah meninggal. patot dah lama sangat tak dengar citer dia. aku tau ni pon dari kak amy.
KLIK SINI ntuk tau lebih lanjut.


Al-Fatihah ntuk arwah~

so we proceed, maken lama berbelog, baru aku tau nak taep ape, citer ape. semua tengok mood aku. tapi memang tak pernah lagi dalam sejarah aku update hari2. mesti ade je skip2. yela, aku berbelog just for fun! dulu bila dapat 100 follower, gila happy ok!teruja giler!seyezly! rasa cam best lak tengok budak2 skola sekarang ni dah berblog. its fun ok sharing ur experience and ideas. and in early age, u know all this things. (cakap macam aku dah tua sangat je) haih~

but for me, belog adalah diary electronic aku. tempat aku citer pengalaman, ilmu, and kadang2 mood aku. but usually, kalau in personal life, aku kureng la citer. kadang tak semua mende sesuai dikongsi dengan umum kan. so, I do know the limits. now, i really thankful pada yang sudi follow belog tak seberapa neh. mucha gracias! ^^

thus, majulah belog untuk negara! * tiba2

p/s = maaf tulisan kecik. hanya ntuk menjimatkan ruang. ngee~

Saturday, April 16, 2011

psttt... want to know something?


ohio! bangun pagi tadi dah memang ujan. sangatla sejuk. rasa macam malas je, tapi dah tak boleh nak tidola. baru ingat nak bangun lambat. yela, dah exam b4 neh memang pagi je. dah susah plak nak bangun lambat. aku kat uni lagi neh. tengah ary sket mama baru datang amek.

nak tau ke mende ape yang aku nak bagitau?? aku rasa ramai je dah tau. ke nak tau gak? *gedik lak kan.

aku cuma nak bagitau.......


aku
dah
abes
exam!
LOL~


kecoh en minah neh. ahha! lantak pi lah. lepas aku suda boleh relax. yeah! although 2 paper last aritu quite hard, but sokaayy! berdoa jela yang terbaek. huhu~ so sekarang, KITE BAKOR je notes2! hahahah~

aku takdela cuti lama sangat. bulan 5 nty dah naek balik coz aku amek shortsem. for those yang tak amek shortsem, memang HEAVEN giler la. cuti 5 bulan kot! till september! huhu~ kalau kerja tuh da bley kawenla kot. yeke? ;p

so after this, bolehla aku active sket berbelog and jalan jalan kat belog korang ok? btw, thanx pada yang sudi folo n singgah. i lappp u ollls! ngee~

sekian saje ntuk arini. aku nak packed2 barang. mau balik. ^^

i'm gonna miss this room n roomates. akak bilik aku sorang nak grad dah. and ktorang dak bilik tak sempatpon nak wat farewell party or jamuan ape2. just aritu je order Domino's. take care ok kak Silah. i'm gonna miss u! and sayang nya kat bilik neh! ingat senang ke nak dapat tingkat 1. haih~ sem depan aku dapat level 3. -__-"


Tuesday, April 12, 2011

Semangat! semangat!

Selamat sore. petang2 camni amatla takde mood nak study. ngan akak bilik aku sorang dah balik. and sorang lagi balik esok. dari Ahad lagi diowang dah abes exam. sangat jelez ok! even aku selalu balikpon, mereka dah abes exam. and aku, 3 paper lagi!! TIGA ok! haih~

dahla sederet. last jumaat neh. bersemangatla wahai cik beLLa uiii~ subjek semua yang nak banyak bace en. nak juling dah mata neh. @_@

Oh semangat! Tolonglah datang kepadaku!
Hwaitin!!

saje tambah ilmu. ;p

motif letak gamba Hong Gi tak dapat dikenal pasti.
sekian~


Friday, April 8, 2011

Aku Tak Sempurna


kerana aku...
tak sehebat Khadijah yg begitu sempurna..
kerana aku...
tak setabah Rabiatul Adawiyah yg begitu setia..
kerana aku jua...
tak sekuat dan seteguh Sarah..
apatah lagi secantik Balqis..
malah kasihku jua...
tak setulus Zulaikha...
lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisiMu :)



Monday, April 4, 2011

Congratez Shaheizy Sam Abdul Samad!


Tahniah Sam as Bintang Paling Popular!
u deserved it!
lakonan kmoo memang mantop n best sangat!
keep up the good work okayh!

part ucop wilcha klua tu yang taley blah tuh.
lawak giler!
^_^

**********************

just a short update.
cuma nak wish kat pujaan ati ku je neh. haha
ok. nak sambung study balik.
hee~

Sunday, April 3, 2011

Pompuan kena pandai masak tau?


aloha. ni aku ade mende nak habaq mai. semalam nenek, nek long and tok long aku datang uma neh. memang lama tak jumpa diowang pon. tapi bukan mende tu aku nak gitau. aku nak citer ape yang diowang gosipp kan. ni pasal MENANTU TAK PANDAI MASAK! orang tua neh pantang betolkan if pompuan tak pandai masak. dok gosip2 pasal orang laen, xpepasal aku kena sekali. haih~

tapi ikotkan cam klakar lak akak tu tak pandai masak. anak dah 2 kot. and mak laki dia baru meninggal. sian la kat bapak mertua tu. masak kan la ntuk dia kat uma kan. ini idak. but aku malasla nak nyampuk orang tua nga bersembang kan. aku tak expect la dia xpandai masak. tipu sangat kot. setakat sambal sardin, tak kan tak rety kan. but after all, itu semua pengajaran buat kaum pompuan ye!

if korang kaya, tak pandai masak, mungkin ok. boleh amek orang gaji en. but, korang kena ingat. nak amek aty suami, dengan masakan kita. aku penah dengar orang cakap, nak ikat suami dengan masakan kita. mane2 diowang pegi pon, mesti rindu masakan isteri. yeke? ahha! pandai2 je aku neh. kawen pon belom. ngee~

tu jela nak cakap. sebagai seorang pompuan, aku nasehatkan korang korang, blaja la masak ye. best kot masak neh. tak nak pegang kunyit belacan semua takpe. pandai masak yang simple2 pon dah ok dah. janji jangan sampai tak tahu langsung. aku suka tengok channel AFC and Travel & Living kat 703 and 707. best tengok diowang masak. mane yang macam senang tuh, mesti aku nak try. even selalunye cam tak jadi je aku buat. haha!


akhir kata, masaklah anda sebelum anda di masak! LOL! ;p


Saturday, April 2, 2011

Kamu, Semoga Berbahagia ^^



Semoga awak, err. no no. Semoga kau berbahagia dengan yang tersayang ok.
Maaf hubungan berakhir dengan tanda tanya.
Tak sempat cerita semuanya. Hope kau boleh maafkan aku.
Aku ade alasan aku jugak.
Suka aku tengok kau dah ada pengganti.
Take a good care of her ya.
And semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
^^

still remember ur words..*sigh
-__-"

rasa tak bestkan kalau kita tak dapat explain sebab ape yang berlaku kat seseorang tu.
nanti rasa diri ni bersalah je. susah2.haih~

*********************************

maafla terfeeling malam2 neh.
bosanla study jekan.
hee~
korang tak payah paham pon pasal ape.
aku tak penah citer pon.
aku tak rasa pon 'dia' baca belog aku neh. so takde hal la.;p
nway, life must go on ryte?

akhir kata, I LOVE MY SAYANG! ^^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails