my beLOVEd follower

Sunday, September 25, 2011

Penghujung Raya dengan Member2 ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye semua! Raya pun dah nak sampai ke penghujungnya. Mesti banyak open house kan minggu last ni. Dah banyak yang korang pegi? Syokkla makan free kan kan? hihi~

Semalam aku ada buat makan makan sket kat rumah. Bukan nak open house sangatla sebab memang bukan buat open house pun. ngee~ Saje rasa nak ajak member2 datang and aku pun rajen nak maen masak2. ;p
Yang specialnya semalam is, member2 yang datang dapat rasa masakan soto aku. hihi. First time masak soto without my mom or nenek supervision woo! Aku ngan adik aku je menunggang-terbalikkan dapur umah. Part buat bergedil tu yang geram tu. Sampai 3 pagi aku try buat sampai jadi. Asek nak pecah je. Geram betol! grrrr! Bila 1 dah jadi, sambung esok lak gorengnya. Sebab mata dah ngantuk gila! karang ade jugak tangan masuk dalam minyak panas. ;p

Ini lah hasilnya bergedil aku. Boleh la dari takde kan?
^^

Thanx to this book and Mama. And tak lupa jugak dengan Pakcik Google. Mereka ini sangat membantu aku. hik3

Overall, alhamdulillah. Soto aku menjadi! Aku siap import nenek and nek long aku sebagai pengkritik masakan aku. Diorang cakap PASS and SEDAP! mestilah happy ye idak? ^_^

Terima kaseh sangat2 kat member2 yang sudi datang rumah aku. Although susah nak cari. Jumpe jugak korang rumah aku. hee~ And member2 my dear, thanx jugak sudi datang yea. Diorang datang lepas maghrib. Maken segan aku weh. Ramai benau yang datang. Makanan pulak sudah berkurang. Badan jugak sudah berbau. Opz!hehehe. Anyway, thanx miss Leeya, Anis, Reen, Kak Bell, Ara, Kak Falin, Syuq, Pidut, Shahrul, and Jare2. Jangan serik nak datang lagi yea. ^^ Tak sempat bergambar ngan korangg. And special thanx to my dear. At last datang jugak beraya rumah I yea. ;D

Ni pulak member2 aku yang datang siang tu. Ada zai, fella,acan, ain, ika and kak irun. ^^
SAYANG korang! <3
Plus Haiqal and his friend jugak. Thanx for coming. ;)

Banyak lagi gambo, takkan aku nak tepek sini kan. Ni jela short update dari aku. *short ke weh??kah3!

p/s = Actually this week aku ada training kat Pangkor. Although sedih jugak tak dapat join, tapi aku happy sebab dapat bergosipp ngan member2 lama aku. Rindu gila ngan diorang! Tapi ramai takde ni. Maybe boleh jumpe lagi next time. ^^

Esok dah Isnin. Banyak kerja tak siap lagi oiii! tskkk

Friday, September 23, 2011

Shimino Japanese Crepe nyummy! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari Jumaat semua! Korang suka mencuba makanan baru tak? I mean kalau korang gi shopping kat mall tu, suka tak nak try something new? Macam usually makan kat kepsi n mekdi je, korang nak try makan Kenny Roger ke, Subway ke, Nandos ke.. mana mana lah. suka tak?

Kalau aku, idakla suka sangat nak cuba makanan baru, but if nampak menyelerakan je, memang aku melantak punye. hihi~ Orang kata dengan makanan jangan berkira sangat. Ye idak? ;p

Haritu aku jalan jalan kat TS, ternampak la pulak bas comey neh. Cutekan? Aku tengok menu dia terus tertarik nak beli tau. Lebih2 lagi jenis crepe. Selalu aku maen kat game je ntuk masak crepe ni, sekarang dah ada depan mata, HARUSLAH beli kan. ;)

Dengan ala ala kejakunan yang meninggi, aku usha2lah lauk pauk yang dipamerkan. ;p
*suke suki je panggil lauk pauk en.. kih3

Ni antara lauk pauknya lah ye anak anak. Benda yang paling menarik perhatian aku mestilah yang nombor 1 tu. Ada sosej woo. hihi~ yang laen tu macam tak konyang je. *padahal baru lepas makan bento teriyaki and makan kat Wendy's. HAHA. Sebenornya aku kureng sket ngan whipped cream neh. Tu yang tak minat yang buah-buahan tu.

TARAA! Inilah Chicken Sausage Crepe with Blackpepper sauce.
Sedapp woo! Boleh pilih nak sos ape. Antara cili, tomato or blackpepper.
Kualiti gambar amatla buruk. Tak dapat nak jelezkan korang ngan gambar yang menyelerakan ni. hihihi~

Model menggayakan makanan yang dipakai.
er, makanan yang dimakan actually. ;p

Last but not least, Aku si kepoh dengan spec baru.
Nak interprem jugekkk! ngeh3~

Tuesday, September 20, 2011

First time aku dapat doodle! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Malam ini aku happy sangat ouhh! Tiba2 member aku cik Fathiah neh rajen pulak nak lukiskan doodle ntuk aku. Kalau aku nak buat, memang tahun bilelah baru nak siap kan. Malas amat sihhh~ hihi.


Comey tak comey tak?
Baek cakap comeyy.. Nanti cik Fathiah merajuk karang. hehe~

Cik Fa ni buat guna paint n photoscape je. Tak macam cik Dil. Pembuat doodle hebat tu. Dia guna photoshop ntuk buat doodle. So lebih cute and kawaii lah doodle2 yang dia buat. hee~ Cik Fa pun ape kurangnya kan.. ;D

Anyway, thanx a lott ye cik Fa. Anda nga ngantuk2 pon sanggup layan lukiskan doodle ntuk aku. Arigato-na~ ^_^

Err.Gambar takde kena mengena. Cuma nak cakap baju pink ni sama ngan doodle yang cik Fa buatkan. ngeh3~

psst = Ade sape2 lagi nak buatkan aku doodle moodle ni? *tak malu betul ;p

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn lawak gila!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari minggu semua! Ape plan korang arini? Takkan duduk uma je kot..;p For those yang rasa nak keluar tengok wayang, tapi still tak tau lagi citer ape nak tengok.. Aku syorkan korang tengok citer JOHNNY ENGLISH neh. Konfem tak rasa membazir! ;D

Jalan cerita dia tak lari banyak pon macam Johny English 1. Tapi ntuk korang release tension, lepak2 hari minggu, memang sesuai la citer2 camni kan. Awal2 dah terbahak-bahak aku ketawa weh! Mr.Bean kot berlakon! Mesti lawak punye muka serius dia tu. kah3~

Aku ni kalau tengok citer Mr. Bean, dari dulu tak pernah muakk oh. Sampai ke animated series dia pun aku layan. Kalau korang tak minat Rowan Atkinson ni, memang payah la kan nak suka citer ni. Tapi lawak dia memang buat aku geram je nak gelak tau. Bukan ape, sebab lawak dia bodoh sangat! hahahaha~

Kalau ade yang dah tengok, korang mesti suka jugak scene awal2 ni kan. Yang masa dia belajar kat sekolah kungfu neh. Lawak gila! ;p Banyak kot scene yang aku suka. Nak citer pun macam excited sangat nak taep. Korang tengok sendiri baru tau lah kot. ;)

Dalam wayang tadi, every scene yang Mr.Bean ni macam berjaya accomplished je, mesti diorang sampai tepuk tangan tau. Happy jea tengok tadi. Hilang tension aku pasal last week punya hal. hihi~

Itu sajelah potpet aku ntuk arini. Btw, thanx my dear for the wonderful day!

psst = Aku dah buat spec baru weh!! *saje nak kepoh. haha

Saturday, September 17, 2011

I LOVE my Nenek!

Assalamualaikum w.b.t

Hye Guyz! Blog aku sekarang neh dah jadi sunyi sepi dah. Dah naek cuti, manalah dapat wifi kat bilik. Dulu ok lagi. Sempat2 je update kat u. Sekarang neh, nak tunggu balik rumah barulah terupdate blog ni. haih~ Dah seminggu aku naek cuti and class pon dah go on as usual. Siap dah dapat assignment lagi uolls. ;p

Before aku mengarut sampai ke laut (pantun tu pantun tu ;p), aku nak bagitau topic bebelan aku kali neh adalah pasai nenek aku. hihihih~ Sape ade nenek lagi? Sila angkat kening. ;p Aku rasa sangat bersyukurlah sebab aku ada nenek yang amat penyayang kat cucu-cucunya. (err.ada ke nenek tak sayang cucu??) ;p My mom anak tunggal, thus kami adik beradik ni consider as cucu tunggal kesayangan bucuk mucuk nenek lah. hehe~

Kamilah cucu kesayangan nenek! yeah!
ngeh3~

Rumah nenek aku pun dekat Ampang je. Tiap tiap minggu aku wajib datang sana and tido kat rumah nenek. Time cuti sem aritu, kalau dah 2 3 hari tak datang mesti nenek dah buat ayat pasrah dia..

"Dikk, adik takde ke nak datang umah nenek???"

Sayu beb bila dengar.. tskk

Yang aku tau, orang tua memang camtu. Tak payah susah susah nak bagi diorang beratus or beribu setiap bulan. Diorang tak pandang semua tu. Yang diorang nak kita sebagai anak and cucu datang melawat diorang selalu, berbual dengan diorang and makan masakan yang diorang masak. betul tak? ^^

Nenek aku ni punya masalah is, suka sangat masak banyak-banyak. Nanti bukan dia yang makan tau. Siap tapaukan untuk ktorang makan kat rumah. Kadang kadang tu mama dah masak kat rumah, ajak nenek makan sekali. Jap lagi dia datang bawak pulak laok pauk yang dia masak. adoyaii~ Nanti tak laku lah lauk mama sebab nenek masak lagi AWESOME! hihihi~ Jangan mara ye mama. Nanti berkedut muka. ngee~

Lagi satu pasal nenek aku neh, pantang cucu-cucunya cakap pasal makanan. Pasti akan ditunaikannya! Contoh macam ni ;

Aku : 'Tekak rasa nak makan ayam masak merah la. Dah lama tak makan ouhh! (sambil citer2 ngan adik akulah ni potpetpotpet..)

Esoknya konfem nenek aku masak ayam masak merah punye. ;p Ataupun tak payah tunggu esok sangatlah. Macam tadi, nenek buat sambal udang petai. Then aku cakaplah kat nenek, makan dengan rotipun sodap ni nek. Masa tu aku nak semayang. Tup tup abes semayang nenek dah gi kedai nak beli roti! Gila ahh. Aku takdelah rasa nak betul2pon roti tuu. haih~

Aku bagitau nenek yang aku maen2 je. Jap lagi nenek ngan muka slumber jawab , 'Ala..adik ada, baru nenek makan roti tau. Kita kongsi ye.. '

Pulakk dahhh...-___-"

Kalau nak cerita pasal nenek aku, memang tak kan cukup aku nak menaep neh.
Apepun, AKU SAYANG NENEK AKU TAU!


Moral of the story : Sayangilah orang tua kita selagi kita masih mampu menunjukkan kasih sayang tu kepada mereka.

Monday, September 12, 2011

Semangat! Datanglah!!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! 12 hb sudah. dan ini adalah waktunya untuk kembali ke sekolah.. AYUH! *err.masuk belajar actually. Setelah 3bulan melepak kat rumah, rasa malas pulak lah nak naek cuti. adoyai~ Selamat aku amek shortsem, takdela banyak sangat buang masa kat rumah. For those yang cuti 5 bulan and tak kerja tu, mesti bosan duduk rumah en ;p

Hari ni baru aku balik uni. As usual, tak datangla untuk kelas first ni kan. Esok jela baru aku mula mencari-cari macam explorace kelas-kelas aku semua. huhuu~


Semangat belajar..Silalah datang cepat!!!
;p

Duhh~ Faktor bilik efek jugak aku takde semangat nak naek cuti neh. Awatla tinggi sangat. Tak dapat wifi lak tuu. Ottoke?? tskk.

psstt = Doakan my besties cik FATHIAH cepat sehat ok. Supposedly dia register sama ngan aku naek cuti ni. Tapi dia tak sehat pulak. Hari ni dia ada blood test. Hope takde ape ape lah. Doakan dia ye kawan kawan ;)

Thursday, September 8, 2011

Cukai Perkhidmatan Topup Naik 6%????!

Assalamualaikum w.b.t

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan apabila anda menambah nilai telefon bimbit.

Sumber :FirdausKasim

Guyz, korang tau tak pasal berita ni?Rasanya ramai dah tau. Tapi aku baru je tau tadi and aku nga geram lagi neh. Gov ni dah kenape sampai nak naek kan cukai ntuk topup neh? Tak cukup duet lagi ke ngan segala macam cukai kat Malaysia neh? adooi~

Imagine kau nak topup RM10, kau kena bayar RM10.60 or kredit yang korang dapat hanya RM9.40. Suka dakk?? Dahla ngan maxis kau sos topup kena tolak 50sen, share topup kena 50 sen. Banyak tuu woii~ Aku kalau topup kat kedai kena tambah 30sen pun aku dah bising, ni pulak nak tambah 60sen? WTFish n chip????!

Korang nak kepastian meh singgah website HOTLINK neh. Btw, bukan maxis je buat cukai neh. Semua syarikat komunikasi yang laen pon sama jugak.

Apa pendapat korang???

pstt = Yang aku tau dalam bajet 2011, ada pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. So, handphone dah dimurahkan, topup pulak dinaekkan harga. In which, they will get more. Sebab people lagi banyak beli topup dari beli handphone mahal2. Dont you u guys realise the game here???

Lepas ni bawak jela telefon uma yang cordless tu gi jalan. Jimat sket. tskk

Tuesday, September 6, 2011

Perempuan = Cermin. Setuju?

Assalamualaikum w.b.t.
Hye Guys! Pekabor semua? Harap2 sehatla yea. Aku sekarang ni batuk2 la. Berjangkit ngan abah la ni. hihi~ Minggu depan aku dah nak naek cuti. Rasa tak puas cuti itu normal la kan. Tapi bila dah jumpe member2 kat uni nanti tak ingat dunia la pulak. Asek nak potpetpotpet je. ;p

So citer aku arini adalah pasal PEREMPUAN = CERMIN. Ada yang nak membantah? Ke ade yang geram nape aku tak cakap LELAKI = CERMIN ?

Meh sini aku bagi hujah2 aku dulu. Aku tak nak la upload gambar random pompuan ngan cermin. Karang ada yang terasa. Tapi cuba korang perhatikan member2 korang, tak pun kat album korang sendiri, mesti ada amek gambar depan cermin punye. Hepp! Jangan tipu. Aku pompuan, aku taula. ngeh3~

Mungkin korang takde upload gamba2 camtu, tapi mesti punyela pantang tengok cermin. Bukan amek gambar je, tapi mesti rasa nak tengok cermin betulkan tudung lah. Betulkan rambutlah. Itu normal bhai. Aku pun camtu. Banyak je gambo2 aku depan cermin. Biasa broo.. Lagi2 cermin kat toilet Pavy tuh. Besar punye! hahah~

Ni contohnya. Muka zaman matrix neh. hihi~

Selalunya cermin2 toiletla yang jadi mangsa keadaan. Para gadis suka ber'camwhore' kat cermin toilet. betulkan betulkan? jangan tipu. tipu dosa masuk api melaka. LOL~

Aku letak koleksi gamba aku je senang. Takde sape nak sentapp nanti. Btw, bukan pompuan je suka bergambar depan cermin, lelaki pun ape kurangnya. kan kan? ;)

And one more thing, take note yang dalam arab, perkataan perempuan dan cermin adalah sama. Yang membezakannya adalah baris saje. Contoh ;

مرآة = مرآة
Mir'atul = Mar'ah
Perempuan = Cermin

get it??
^_^

Jom usha sini. Kisah Lembu dengan Manusia. ;)

Sunday, September 4, 2011

Cerita Raya Part 2 # Kisah Beraya dengan Afroman

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Selamat Hari Ahad semua! Mesti busy je korang arini kan? Yang open housenya laen. Yang nak prepare ntuk naek cuti sekolahnya len. Yang dah naek cuti belajarnya laen. *err, apa beza cuti belajar ngan cuti sekolah? Apepun, raya still go on kan. hikk~

Aku saja buat cerita raya aku ber'part2'. Bunyi cam banyak je, tapi sebenornya saje ngade2. Syawal sebulan kot. Banyak mende boleh citer. Ye idak? ;p

Tak nak bebel panjang dah, meh aku kasi gambo afroman handsome sebijik.

Afroman says, SATU...!! Malaysia..!
*pandai bodek gov seh. keh3~

Lokasi : Batu Pahat.
Waktu : Selepas bersalam-salaman pagi raya.
Tarikh : 30 Ogos 2011.

Handsome tak Afroman tu? HAHAHA. Masa amek gambo ni, ramai betol peminat dia tau. Semua nak amek gambo dia dari pelbagai sudut. Aku siap bergambo kenangan lagi ngan Afroman tau. ^_^

Amacam? Agak macam real cam orang Negro tak? hihi~
*see the flower on his hair? kah3~

Ni actually abang aku lor. Sepupu akulah punya idea neh. Terjumpa rambot David Arumugam ni kat kampung, semangat suruh abang aku pakai. Taula anak2 sedare semua panggil dia Abang Black. LOL~

Ok. Itu saje citernya. Selamat berhujung minggu semua! ;D

psst = Sekarang abang aku tak abes2 nak nganjeng aku tau. Ape ape aku buat, mesti dia cakap, 'Nanti nak citer dalam belogla tu.' Cehh~ kecohh betul. *padahal aku yang kecohh. hihi ;p

Saturday, September 3, 2011

Cerita Raya Part 1 # Kisah Sambal Goreng Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Hye semua! Selamat hari raya ke 5 ya! Dah puas beraya belom? Aku ni setakat raya pertama n kedua je happening. Bila dah balik KL, things back to normal. Dok ngadap laptop, maen game, tengok tv. Urghh. Bosan gila kott! Bukan ada orang datang rumah. Nak gi beraya rumah orang pun tak. Semalam baru aku isi kueh dalam balang. Punya lah nak dapat balik feel raya, sambil isi kueh, bukak lagu2 raya. HIHI~

Sebelum aku membebel panjang lagi, Nak tanya neh. Sape kat sini orang Johor? Penah makan tak sambal goreng Johor? Uishh. Kalau tak pernah tu harus buang negeri korangg ni. HAHA.

Eh eh. before that aku nak mention kat sini, aku BUKAN orang Johor. Aku balik kampung kat Batu Pahat je. Jangan salah paham ye. Aku bukan nak promote Johor pun. I'm just being frank here. ;)

Hidangan WAJIB aku bila kat kampung selaen dari Asam Pedas makcik aku, adalah SAMBAL GORENG beliau. Sangat sedap ouhh! Aku makan camtu je pun takde hal la weh. Makcik aku masak satu kuali besar penuh, tak sempat sampai raya kedua dah habes. KEH3~

Sebahagian hidangan raya. ;)

Satu kuali besau ok. ;p

Abang aku takyah citer lah. HANTU sambal goreng dia tu. Korang tengok sendirila berape punye banyak dia amek ni.. Siap tambah lagi tau. ;p

Pasal resepi, aku pon tak try lagi buat lagi. Tengok cam senang. Tapi aku penah rasa orang laen buat. Agak kurengla. Tak sesedap makcik aku buat. Tak percaya, Jom ikot aku balik BP. hihihi~

p/s = Hari ni budak2 high skol aku konvoi raya. Sedih plak tak dapat join. Ni lah susahnya blaja jaoh. tskk~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails