Assalamualaikum semua.
Cerita pasal pergi camp ni dah lama rasanye terbuku dihati nak update, tapi asek busy je and line kat u tu 'sangat LAJU' ! Update tanpa gambar umpama mandi tanpa air. Sangat tak feel ok ! So day by days, week by weeks barulah dapat nak update. Punyela lama kan? bagai pungguk rindukan bulan. eh? haha. *enuf with the nonsense. Back to our main topic please. ;p
PERINGATAN !
ENTRI INI SANGAT PANJANG. READ ON UR OWN RISK. ahaks. ;P
Camping ni wajib pergi sebab aku amek Recreation Skills kat u and ada marks en. So layankan saje. Bukan tak biasa pegi camping pun. hihi.Kitorang bertolak dari UIA around 11.30pm. Semata kot aku beli beg camping ntuk pikul semua barang2. and 1st time jugak aku pakai sleeping bag tau! *jakun*
Before that, ktorang dah dibahagi 2 groups dalam 1 kelas. Budak2 group aku, Iqa, Eqa, Yana, Cahah, Baizura, Syikin, Arip, Don, Beng dan Lan. Total 11 all together So anything semua by group lah dari segi masak, buat aktiviti etc etc. Sampai je kat tempat camping tu around 1 am, pastu nak kena jalan kaki pulak nak masuk ke dalam. memang ngam2 sejam weh jalan ! can u imagine dah syiok tido dalam bas, turun2 nak kena jalan jaoh pulak. capek banget sih ! siap lalu anjing liar, kubur apa semua. Mula2 aku tak nampak pun kubur tu. Budak2 ni lah kemaen suluh sana sini, ternampak pulak aku batu nesan tu. terus jalan tunduk je taknak pandang atas. harhar
Sampai je kat Teratak Riverview tu, diorang ada sediakan roti kaya and air teh untuk supper mungkin. Aku ni pesen kalau dah penat memang kenot go nak makan semua. Minum takpe. :) Time tu aku rasa dah pukul 3 lebih kut lepas angkat barang semua tinggal nak dirikan khemah je. pepagi buta tu memang mengharapkan torchlight jela sebagai bantuan penglihatan. 1 khemah 5 orang. Aku, Iqa, Eqa, Yana and Cahah dok sekhemah. Mana khemah yang dah setel, bule masuk dalam and tidoq ! Tapi ktorang dop tido lagi. Gi mandi pepagi buta tu. Rasanya around 4 lebih kut. Dah segar baru bule tido kan. Badan berlengas mana selesa nak tido. Tapi masalah aktif-bila-segar aku ni datang. Payah pulak nak tido. Dok maen nset dalam khemah sampai update status FB sat although line GPRS sajo. eheh. Bila orang bangun tido nak semayang subuh, barula aku nak tido. Siap masuk dalam sleeping bag lagi uols! haha! *kelebihan perempuan bila ABC. ngeh3~
After that, dah mula aktiviti ktorang. 1st ) Buat breakfast sendiri. Aku adalah chef mereka kat sana. *tak payah nak chef sangatla kut. buat benda senang je. haha. Aku memang dah plan untuk 1st day punya bfast ; hotdog rebus+roti telur+roti tuna+scramble eggs. Pagi tu agak choas bila stove telah diberi, tapi gasnye pulak takde. aduyai~ tapi at last setel jugakla. *although aku sendiri tak dapat nak bfast sgt sebab tak cukup masa. Thanx Iqa suap2kan aku masa tengah masak. Dapat jugak aku makan. :D
*Eh, aku ni nak citer detail ke? Baru bfast 1st day kot!
Ok2 aku lajukan cerita. After bfast ktorang telah dibahagikan tugasan setiap group. And group aku kena buat jamban lelaki and perempuan. yes yes, jamban ye anak anak. A big thanx to cowok2 ganteng lagi kuat-gagah-perkasa (bodek betul ;p) kat group ktorang sebab dioranglah yang banyak menyangkul dan menyiapkan jamban2 tersebut. *sila berikan tepukan gemuruh* hahaha. Kami para gadis hanya mampu berikan sokongan moral dan makanan sahaja buat anda. Oh, dan juga angkat apa yang patut serta mengutip daun. Berguna juga bukan? aha
Cangkul jangan tak cangkul cik abe uii ;p
Setel jamban aka toilet buatan tu, its lunch time ! Ha part ni syok. Group yang buat khemah untuk mass cooking tak siap2 lagi. Dan kami menunggu dan menunggu. Setel khemah tu, dah eksaited la ni nak maen masak2 en. Jap lagi beras tak sampai lagi ! Dan kami menunggu dan menunggu lagi. Aku tak boleh mula masak dulu sebab makanan ktorang simple je. Lauk instant Brahmin, telur dadar dan salad. Simple bukan? Mata aku melilau2 tengok group lain memasak, peh ! Memang boleh buat bini ah semua. Group sebelah, tomyam tuna. Group sebelah lagi, kemain sayur campur dan tomyam juga tak silap aku. Group ktorang, cuma kari ayam, rendang ayam dan kurma ayam SAHAJA. Kenapa sahaja di caps lock kan kerana semua tu instant. hahaha. Selamat Baizura bawak sambal ikan bilis. Ada lah something UP sikit ntuk dimakan. Oh ya. Dan sambal ikan bilis itu menjadi kegemaran Don di sana. aha!
Lebih kurang beginilah gaya mereka makan. Semua kelaparan actually. ;p
Dicepatkan lagi cerita, petang tu kami buat aktiviti basic sketch plan dan bearing. Ala biasalah belaja pasal bearing pasal compas and buat map bagai. Boleh tahan best jugakla. Although akupon penin acano nak tengok bearing ni sebenarnya ;P Petang tu jugak ktorang diajar buat stove dari tin minuman ! Ini sangat menakjubkan! Maen potong2 tin tu, then cantum itu ini, tebuk sana sin, jadilah mini stove yang cute!
Contoh seperti ini.
Sumber gamba cik Goo saje sebab tak amek gambar masa buat benda ni. :P
Ha nak tau acane guna dia, google lah ye. hihi
After that, petang dalam kol 6.30 macam tu tiba2 je trainer cakap ktorang kena kemas2 barang, nset wallet n barang2 penting kena bagi kat diorang. Pastu pack barang2 nak masak untuk dinner malam nanti. Katanya ada 'Burung Hantu' and redah sungai. Memang bestla kan. Dan ktorang kena masak guna stove tin yang dah dibuat petang tu. Sabau jela. So dengan cargas aku tanya budak group aku, " Nak bawak megi ke spageti?". Aku memang dah plan for dinner nak buat spageti bolognese. Sosej pagi tu pun ade aku savekan beberapa ketul. Siap bawak baby carrot lagi uols. Cute kan aku? *ok sila muntah. hehe
Arip selaku ketua group mula2 nak spageti. Tapi sebab macam tak convenient je nak bawak masuk hutan, last2 bawak megi cup saje. Rupanya diorang providekan every group beras satu mistin. *kejadah apa la nak tanak nasi tengah2 hutan tu. -_-" . Then pengembaraan ktorang bermula. Ni baru betul redah sungai apa semua. Agak mencabar ah. Pastu dah gelap, ktorang berhenti kat satu tempat and trainer suruh buat unggun api. And the boy's job again parang2kan kayu apa semua ntuk buat unggun api. kesian korangkan group ngan kami. hihi. Tapi ktorang try2 jugak cari ranting2 kecik ntuk bantu pembuatan unggun api tu. hee~
Mula2 ingat sekejap je port situ. So malasla nak masak beras tu kan. Tetiba cikgu cakap ktorang port situ sampai 11.30 malam. Memang heavenla kan ! Baru semua nak terasa lapar. Naseb baik group sebelah baik. Diorang bagi ktorang nasi lebih and sardin. Tapi Iqa bawak instand ayam masak merah, so ape lagi. Tambahla lauknye. hihi. Aku malam tu makan Megi cup je. Lepak ngan Arip apa semua. Trainer bagi aktiviti memancing kat ktorang. Rasanya group aku takde pun yang buat. Half pegi mandi sungai. Yang lain ngadap unggun api potpetpotpet saje. Including me. :D
Hey! That night aku belaja parang kayu kut ! Ingat senang. Payoh jugakkan. Banyak energy diperlukan. No wonderlah semua tu kerja lelaki. Pompuan dok dapur potong bawang je. hahaha.
*weh, aku penat dah menaip ni. Jari kata nak rest dari berjoget. Aku continue next postla ye. callo bete~
p/s = Actually camp ni on 4-6th May. Ni kira aku recall balik apa yang terjadi ah. hihi
Thanx for reading :)