Assalamualaikum semua.
Sekarang dah naik semester baru. Semestinya juga dengan azam baru. Apa azam aku? Renew je azam sem2 lepas. keh3~
Harini aku nak share beraya kat Johor minggu lepas. Ngam2 sebelum aku naik sem. Nak cerita panjang lebar sangat pulak kang. Aku dah compilekan gambar2 ntuk tontonan semua ^o^
Aku turun Johor Selasa minggu lepas 4 Sept sesorang je. Berkat kejakunan aku, dapat lak naik bas 2 tingkat pastu dok atas. Slumberland je pulak tu tukar seat dok depan sekali. Memang masyuk ah ! Feel gila dok kat tempat tinggi yang bergerak gitu :D Sampai je sana member aku Acan amek kat Larkin. Memang stay rumah dia pun :)
Rabu, 5 Sept kami gerak beraya ke Taman Daya. Ye kat atas tu lah Acan Ketot yea. :D Rumah 1st ktorang pegi adalah rumah Fatin. Pastu Bawak dia sekali beraya rumah Yan kat Pasir Gudang. Dengan kitorang sesatnya lagi, memang 2 rumah jela mampu pergi haritu. Untung2 mak Yan bagi duit raya tau. weeee~ ^o^
Senang sikit ai kat Johor ni ada drebar peribadi. Senang nak gerak gi memana. :P
Rumah Fatin bela kuceng. Rumah Yan bela arnab. Semua pencinta haiwan rupanya kawan2 aku ni :)
Rabbit2 Yan semua putih-gebus-suci-tulus-murni oh ! Nama2 dia pun sedap. Macam Chocy, Muffin, Oreo dan sebagainya. Nama semua cam makanan. Ade gak aku makan kang binatang tomey ni. hihihi~
Photoshoot sat kat rumah Yan. Itu penting! hahaha
Masa ni dah amek Pipah and we head to JPO. Dok meroyan kat sana. Bukan ade mende sangat pun. Orang cakap barang memahal tu memang ye pun. Tapi ade lah certain stuffs yang affordable. Cuma setakat kau nak gi JPO tu untuk shopping, tak worth it kut. Unless kau ni foreigner or memang pesen beli barang2 branded2, so dipersilakan shopping disini :)
Bukti kami meroyan di JPO. :P
Balik dari JPO aku rasa dalam pukul 9 lebih, then balik je Bukit Tinggi kalau tak silap aku. Then reramai suggest nak tengok midnight movie. Wa takde hal beb. Memang wa turun Johor nak jejalan punye. hehe~ Dah sampai kat Jusco, takde citer best lak nak tengok. Mostly aku dah tengok. Last2 cancel tengok wayang dan gi late dinner sajo. Semua dah penat gilos kut. Drebar peribadi lagi ah penat. Dengan sesat barat nye lagi, kesian dia. hiks~
Anyway, thanks kawan2 ku yang melayan kerenah aku ngengade ajak jejalan last minute ni.First time aku pakai baju kurung je jejalan gi mall sana sini. Beraya nye tak sangat. Merayap je lebey. :P dan awak jugak, maceh jadi drebar peribadi saya. Kesian gila awak penat drive kitorang sana sini. Balik rumah sesorang lak tu. Mesti ngantok gilos. Sayang korang !! ^o^
p/s = Ai ada jugak beraya rumah si dia. Tengokla kalau rajin nak cerita. hihi.
Berayap = Beraya + merayap. bukan typo ye anak anak :)
Thanks for reading :)