my beLOVEd follower

Wednesday, March 1, 2017

Proses Beli Rumah- Part 2: Booking

 Assalamualaikum semua.



Harini baru ada masa nak share tentang booking rumah pulak. Before ni akak ada ajar cara nak buat Banker's Cheque untuk bayar duit booking ni la. Boleh refer LINK ni.

Sebenarnya hari yang sama akak buat bank draft tu, terus akak ke Pejabat Jualan rumah tu. Step dia simple je, just bring along the banker's cheque sekali dengan offer letter pembelian rumah tu. Then sales personnel tu akan bagi letter "Registration of Interest to Purchase Property". Contoh macam gambar bawah ni :)



Korang kena baca betul2 agreement ni. Nama, Ic, No bank draft semua kena betul. Penting woo. Bukan senang akak nak kumpul 5k untuk booking rumah. Selalu Booking rumah pemaju akan cas RM1000-RM2000 je. Tapi demi mu rumah Desaru, sanggup akak bayar 5k untuk booking 😆

After sign, dia akan bagi 1 copy untuk simpanan korang. Tunggu lagi dalam few weeks, korang akan dapat surat untuk pilih rumah yang berkenan. Yeayy!

Proses ni kiranya just 30% untuk pembelian rumah. After this, kena pastikan Pinjaman Bank lulus, kena prepare duit untuk deposit + kos lawyer etc. Hope beli rumah dari pemaju ni, dapatlah benefit sikit 😀

TIPS:
~Elakkan bayar cash atau direct bank in kepada akaun perseorangan untuk booking rumah.
~Kenalpasti status booking korang; sama ada dapat refund balik duit booking or tak kalau loan bank tak lepas.
~Simpan resit2 / dokumen2 (offer letter/agreement etc). Semua ni penting sebagai bukti pembayaran di kemudian hari. Boleh bawak masuk court woo if anything happen 😅

Okay tu jela dulu akak share untuk harini ya.

Till then,
Wassalam.




0 juta orang sayang aku:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails