my beLOVEd follower

Friday, November 16, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin PART 2

Assalamualaikum semua

Ada yang tunggu ke aku abeskan cite panjang lebau ni ? Takde? Tak kesahpun sebab memang aku nak ceritapun. hihi. Sampai mana eh berenti aritu ? Pasal makan malam kan.. Boleh refer PART 1.

Haaa... Ni part paling best ni. Nak cerita pasal tido malam tu. Aku ngan kak faiqa tido antara yang terawal dari yang lain. Kira aku tepi sekalila. Kalau aku mengiring ke kiri, aku ngadap hutanla. So aku tido mgiring ke kanan n tak pandang langit pun. takut! hehe. Malam tu xtau aku terjaga pukul berapa, yang penting sejuk gile! cam nak mati kut! n tangan aku krem. sebab tido dalam keadaan basah en. Satu badan basah, pastu siangnye penat berakit. Tu la puncanya aku krem kut. Masa aku bangun semua cuak. Kak Aishah, Kak Aza gelabah gila tengok keadaan aku. Sejuk sampai menggigil2 kut. Rasa nak nanges n balik uma time tu gak oh! Pastu kak Aza sapukan tangan n kaki aku guna minyak panas warna merah tu. Yang lawaknye, dari sejuk gile, terus panas gile oh! minyak tu sumpah panas! hahaa! Senang citer malam tu bergilir2 jaga bara api. Tapi mostly kak Aza yang jaga sebab kalau ktorang jaga, macam nak termati je bara tu :P

Rasa malam tu panjaaaaanggg je. Asal terjaga tanya jam, baru pukul 2. Terbangun lagi, baru 2.30 pagi. Aku dah tak sabo kut nak siang. sejuk teramat! Jelez lak tengok orang lain boleh tido. Saat paling bestnya bila dengar ada budak group lain cakap dah pukul 5 pagi ! yeay ! maksudnya dah nak subuh. so dah pagi lah. hehe. pastu pepagi buta tu masuk dalam laut, pehh! suam woo ! rasa cam nak berendam je. Seyez sedap oh sejuk2 masuk dalam air laut. Tapi bila dah keluar tu, paham2la sejuknya. sebab dengan angin lagi. haha

Kitorang semayang subuh pun guna air laut je. basuh kaki celup2 gitu je. Yakin jela bersih segala :) Pagi tu jugak takde specific aktiviti. So bebasla. Boleh menikmati sunrise pepagi. Sangat cantik! dahla pesisiran pantai tu memang ktorang je ada, so best gila! Aku main pasir, berendam jap sambil tunggu matahari naik. Subhanallah~

Ni gambar gogel je. Tapi lebih kurang camnila permandangannya. Matahari muncul disebalik bukit. Dari gelap, makin terang bumi ni. Selalu kita tengok sunset je kan? Jarang dapat tengok sunrise camni. Tepi pantai ngan deruan ombak mengalun. Asyik banget! hehe :")

Haa ni part best ni. Pagi tu kak Aishah cerita yang malam tadi dia nampak n dengar 'benda' tu. Area shelter kitorang lak tu! pastu "benda" tu sebelah aku je sebab aku tepi sekali. *gulp* Kak Aishah suluh2 hutan ngan torchlight. Nak suruh dia blah. Bukan kak Aishah je dengar, kak Ct pun dengar n  nampak. Tapi takdela nak cakap malam tu. Pagi baru diorang cerita. Ya Allah takutnya! benda tu dekat je kut ngan aku. Selamat tak apa2. No wonderla malam aku terjaga tetiba tu semua cuak. Rupanya baru lepas kak Aishah nampak. Ingat aku kena ape2 ke. Alhamdulillah tak apa2. huhu

Agaknya kita kacau tempat dia kan. Sebab cikgu cakap tempat tu tak pernah sesapa buat campsite. Kita orang first yang buat shelter, toilet apa semua kat sana. Tebas2 pokok bagai, tu agaknya 'benda' tu rasa terganggu. Eee scary betul. =.="

Dalam pukul 8pagi, kitorang dah kena siap2 breakfast semua,n siap ikat balik rakit. Pagi tu trainer provide tepung gandum n kentang kat ktorang. Tapi time tu dah masak megi. So takde hal punye, separuh kena masak, separuh setelkan rakit. Camp kali ni, aku xley jadi chef sangat. Kena jadi orang kuat lak sebab grup ktorang lelaki 2 orang  je. So kena banyak kena kerah tenaga pompuan jugakla. Sambil tu Kak Aza n Kak Faiqa buat wedges kentang. Siap guna ranting kayu as chopstick uols. hahaa

Supposedly dalam tentatif yang cikgu bagi dalam class, pagi tu ktorang ada 5 checkpoint aktiviti. Tapi rasanya semua xjadi. and banyak aktiviti lengang je. Ada la tu kut sebab2 tertentu. Tapi kesianla dak grup aku dah buat tripod water filtration tu. Smart kut! hehe. After setel semua, ktorang kena test rakit stabil ke idak. *ini pelik sebab sepatutnya trainer cek masa first2 buat. Ni dah nak balik baru nak cek -__-". *

Pastu trainer lepaskan satu2 grup ntuk berakit balik ke Teluk Senangin. Time ni adventure sket sebab hari dah hujan. Ombak maken kuat. Rakit ktorang pulak maken kebelakang. Tenaga pun dah kurang jugak sebenornya. Tapi semua gagahkan diri sebab dah nak balik en. Redah jela labuu.

Sampai basecamp, bukak balik rakit, dah kena buat camp clearance. Tapi sempat jugakla grup aku bermandi manda laot before balik. Biasalah orang jakun jumpa air. hihi. Time ni lah baru ktorang mandi betul2 kat toilet. Bilas badan rambut semua. Tapi tak puas sebab air toilet sekat2. Takpela janji mandi. Lunch kat sana, then balik UIA ! jyeahh ! Semua pakat tidoq je dalam bas. Bertolak dalam 4pm kalau xsilap. Sampai Gombak around 9 camtu. 

Overall, best la jugak pengalaman camp kali ni. Dengan cikgu best gile! Tak macam rec 1. Ada kena marah2 bagai. This time memang sempoi. Although penat gilos, tapi tak banyak aktiviti y strict sangat. Banyak masa free n mandi manda je. hihi. Group lak yang pompuanya best sbb mostly aku kenal. Cuma lakinye jela kureng ket. Zaki ok. Sorang lagi tu. hoho. Tapi takpela. Let bygone be bygones. 

Bak kata Cahah, nak cari bf ni kasi dia pegi camping dulu. Tengok boleh idupkan api ke idak. Reti guna parang ke idak. Gentleman ke idak. Betul jugakkan ? hehe.

Fuh abespun aku cerita pasal survival camp ni. Eh eh, lagi satu blogger pemes Hamzah aka Faez pun sama camp ngan aku. Selamat dia yang tegur dulu. Aku segan sebab takut salah orang. hehehe. Kenal sebagai Mejah, tapi kat kem semua panggil dia Faez. Risau lak kalau pelanduk dua rupa. hihi

Before pegi camp and after. Sunburn melampau ! Terima kasihla kem ye. =__="
BIG thanks to Ika sebab tahan ngan perangai aku. Siap jadi 'mama' aku masa kena gatal2 kat campsite. Malu ai tau. hehe. anyway, LEP YUU! ^o^

Gambar semua kat cikgu. Hope dapatla amek nanti kat dia. Kenangan kut semua tu :D

Thanx for reading :)

Tuesday, November 13, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas, 9-11 Nov aku ada camping kat Teluk Senangin,Perak. Area2 Lumut n Pangkor jugakla. Theme kali ni adalah SURVIVAL! Camping ni sebenornya sambungan kelas skill aku sem lepas. Before ni aku amek Recreation 1, pergi kat Tanjung Malim. Ni ha post pasal camping tu. 


Panjang sangat ceritanya, sampai nak ada part2 aku buat.*eh cam pantun 2 keratla. haha*

Bergambau ngan ika before bertolak. Nset memang tak bawak.Time ni nga dinner kat hs cafe. :)

 Dipendekkan intro, supposedly jumaat tu berkumpul 10.30 malam, bertolak dalam 11.30pm. Tapi bas tak sampai2, dengan hujannnya lagi, gedebuk gedebak, ktorang bertolak 12.40 am dari uia. AM ok! Tempat yang nak pegi tu cikgu dah cakap awal2. tempat tu keras and kita orang 1st yang camping kat sana. *gulp*. Aku ada dengar jugak cerita kerani mama pasal tempat tu. Dia cakap Teluk Senangin tu 'keras'. Tempat 'benda' tu jalan ape semua.Dia siap pernah nampak lagi masa teman suami dia memancing kat sana. *dabel gulp*. Dekat pulak ngan tempat nama Tanjung Hantu. Nama tanjung tu je dah scary kot ! *tripel gulp*

WARNING ! ENTRY NI SANGAT PANJANG. READ ON UR OWN RISK. wkwkwkwk

Oh before lupa, this time group member aku 8 orang je. 2 laki 6 pompuan. Mostly yang pompuan aku kenal sebab akak2 kelas aku. Kami semua, zaki, syazwan, kak ct, kak aishah, kak faiqa, kak aza, ika and aku. ^^ Sampai base camp dalam pukul 6 kalau tak silap. Time tu dah dengar bunyi ombak laut dah. Sampai2 basuh muka, gosok gigi and semayang subuh berjemaah. Pagi tu dah ada aktiviti nak buat.

Pantai Teluk Senangin

Breakfast pagi tu disediakan. So takde nak ktorang masak sendiri la. After tu aktviti 1st ktorang, KENA BUAT RAKIT. Carila kayu kayan sendiri. Tali n pelampung diberi. 1st time buat rakit sendiri. Cikgu cakap, rakit tu la kita akan naik 8 org, n pergi ke campsite which is ktorang kena berakit atas laut redah ombak semua! peh! Time buat rakit ni la paling terik sekali! Memang sumber sunburn pertama aku time ni lah. Memang terik ! Tapi siap jugakla rakit ktorang. Although 2 kali pelampung ktorang meletop. 1st zaki buat. tapi takpela tak sengajakan. 2nd time, taktau sape buat tau tau dah kempis! siap ade singgit kat tepi pelampung tu. bikin angin betul time tu ! haih sabau jela.

Lebih kurang macam ni la rakit ktorang. Ni gambo gogel je. Semangat aku cari gambau yang seakan rakit ktorang. hehe

Pastu ktorang ada water confidence. Pakai life jacket then kena terapung atas air, terbalik apa semua. Kira nak kita konfiden jela dalam air. Jangan panik kalau jatuh tengah laut nanti, gitula. After zohor, ktorang dah kena gerak naek rakit memasing. 1 grup boleh bawak 1 beg je. semua makanan n brg2 kena sumbat dlm tu. Rasa macam keje gile betol. Rakit y ktorg buat macam takde cop SIRIM, boleh ke belayar kat atas laut ? seyez cuak! takot terburai tengah laut ke, terkaram ke, macam2la kat otak ni. Tapi alhamdulillah, semuanya ok je. Cuma penat nak mamp! kena kayuh guna pelepah kelapa. saket kut tangan! :(

Ktorang grup last yang sampai sebab ktorang dah ke tengah laot. Cikgu suruh gi ke batu tengah2 laut tu. Semua grup dah give up and lalu tepi teluk je. siap tolak je rakit tepi2 tu. No wonderla lincah sampai. Last2 ktorangpun benti tepi plus kak ct pun dah mabuk laut. Nak muntah dulu kat tepi. Then baru ktorang proceed tolak rakit ke tepi. After sampai je kat Labuhan Bilek Besar tu, semua melepet ! terbaring ngko kat pantai ! Sumpah penat gile !

Petang tu jugak dah dibahagi tugas every group. Ada yang kena buat toilet laki pompuan, buat surau etc. Grup aku kena buat water filtration. Sambil2 tu, mulala buat shelter nak tido. Aku rasa cuaca hari Sabtu tu mmg kesiankan ktorang tau. Sebab tengahari tak hujan, petangpun tak hujan. kalau tak, berhujanla ktorang atas laut. huhu. Grup ktorang dah terlambat nak buat unggun api. Beras n ikan kembung dah dibagi. Aku siap dah siang semua ikan2. Tapi syg, unggun api tak dapat nak buat. sebab fire starter basah, liter pun takley on sbb basah. n hujan kejap malam tu. Sedih jeee..

Tapi.. ktorang ada savior ! Cikgu Nazery datang kat shelter ktorang and tolong buatkan unggun api. Gila gigih kut cikgu tolong. Ikutkan aku dah surrender dah. Tapi cikgu cakap nanti awak kesejukan tengah2 malam nanti. Mesti ada unggun api gak. Lagipun kenala makan. takde unggun api, cane nak masak nasi n ikan tu. End up cikgu dapat buatkan ktorang unggun api, sampai abes ktorang masak nasi n panggang ikan siap. Kenangan betul cucuk ikan kat ranting n panggang atas api. bestt ! hahahha. dapatla ktorang makan malam tu although grup laen dah mule melepak je tepi pantai. takpe makan lambat, nanti lambat lapo balik. takdela tetengah malam sebok cari makanan. ye dak ? hehe.

So makan malam tu, nasi + ikan kembung panggang + kari ayam (tin) + remis rebus. yammy ! Remis tu kak aza la jumpe dulu tepi pantai. Pastu aku pun jakun, raba2 dalam pasir tu satgi banyak gile dapat ! terus dapat idea nak rebus remis tu. boleh ada side order punye makanan. Ni baru feel betul2 survival ni ! hehe

Ni lah remis tu. Banyak gile tepi pantai. Idup lagi, fresh gitu! after masak terus makan, siap rasa pasir2 lagi sebab ktorang takdela rendam betul2 nak hilangkan pasir dia. Tapi sedap! makanan fresh kan, rasa dia manis! hehe :D

Aku rasa sampai sini dulu lah aku cerita. Actually ada cerita penting, pasal tido malam tu. Something yang quite scary. Bukan quite, memang scary! tapi tunggu next post jela yea. :)

FYI, sepanjang kat sana memang tak mandi n baju asek basah je. Kaki tangan memang kecut amat!

So, till the next post. Thanx for reading :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails