my beLOVEd follower

Saturday, August 12, 2017

Proses Beli Rumah: Part 4 - Loan submission

Assalamualaikum semua~




Lama pulak nak update Proses beli rumah ni. Actually sekarang loan akak dah setel, S&P semua dah sign pun. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. :)

Kalau terlepas update dari awal lagi dari proses beli rumah,boleh klik link di bawah ni ya :D

Part 1 - Banker's Cheque
Part 2 - Booking
Part 3 - Pilih Lot Rumah


Okay untuk submit loan pula, actually akak pass all related documents such as,
~ payslip 6 bulan
~ latest epf statement
~ 3-6bulan bank statement
~ Offer letter dari majikan
~ Confirmation letter dari majikan

Ni standard documents yang korang kena sediakan la untuk submit loan. So pemaju akan submitkan loan kat semua bank on behalf kita. 1st call akak dapat dari Affin Bank. 2nd dari Maybank. After tengok offer diorang, which interest yang lebih rendah semua, akak choose Maybank sebab dapat interest 4.35% instead of Affin offer 4.75%. Lebih rendah lebih bagus la kan sebab kita yang akan hadap bayar bulanan.


Before raya lagi akak dah sign Offer Letter semua dari bank. and after raya kira setel dah part loan. Legaanya rasa bila loan dah lepas. Tinggal nak sign S&P dari lawyer pulak ^_^

Eh for more info,korang boleh usha kat blog Arif Hussin ni. Banyak sangat info berguna untuk korang nak beli rumah. :D

Tips: Tak salah submit loan banyak bank, tapi pastikan korang dah research jugak bank mana yang bagus + offer yang ditawarkan. If not, bank akan chase kita untuk sign agreement cepat2 after approve. Takkan korang nak tunggu lagi bank lain yang tak konfem lepas lagi loan tu. So banyakkan membaca & tanya kepada kawan2 or saudara mara yang pakar okay? :)


Till then,
Wassalam

Tuesday, April 4, 2017

Proses Beli Rumah : Part 3 - Pilih Lot Rumah

Assalamualaikum semua~

Arini akak nak share tentang proses pilih lot rumah pulak. Untuk proses Bank Draft & Booking akak dah cerita sebelum ni (Klik Sini & Sini).

After sebulan akak bayar booking, on 22 March baru akak dapat Surat Jemputan untuk Memilih Unit Rumah. Happy gilaa weyy ! Excited akak nak pilih rumah. Antara criteria rumah yang akak nak bukan lah end lot ke corner lot. Bagi akak yang penting takmo ngadap rumah orang hehe. Senang nak park kalau ramai saudara or kekawan datang. hehe~

Masa datang tu, akak dapat no giliran ke 57. Total rumah dalam 300++ unit. So in sha Allah dapat la kut unit rumah yang diidamkan. ewahh~ Dari pukul 9.30pagi sampai la 1.45pm baru sampai turn akak. Masa tu memang corner lot & endlot dah full. Pastu tinggal 1 unit je rumah yang tak mengadap rumah lain. Memang yang tu lah akak pilih ! Alhamdulillah rejki~


TIPS PILIH LOT RUMAH: 

~ Datang awal seawal lepas subuh ke tempat Pilih Lot. Lagi2 kalau anda memang nak corner lot sebab tu macam pisang goreng panas lakunya :P
~ Pilih rumah yang menghadap matahari terbit. Selain daripada dapat cahaya keberkatan pagi, senang nak jemur baju hihi.
~ Pilih rumah yang tidak berhadap dengan rumah lain. Senang nak park kereta dan takdela pikir jiran depan teropong kita buat apa. haha
~ Kalau tinggal rumah intermediate (rumah tengah), better amek lot yang dekat dengan corner lot or end lot. Senang saudara /kawan nak park kereta.
~ Kenalpasti juga bakal jiran2 tu memang menetap atau rumah mereka untuk dibuat sewa. Pemaju akan bagitau sebab pembeli akan inform diorang. Kalau anda memang nak menetap, better amek jiran yang menetap juga & sebaliknya.


Ni lah tapak rumah akak. Alhamdulillah dapat yang tak ngadap rumah orang ๐Ÿ˜„
Nak tau yang mana? Mane ley kasitau hahahhaa ๐Ÿ˜‹

Ok itu sajela untuk post kali ni ya. Hope membantu korang dalam proses membeli rumah. Lepas ni akak tinggal submit loan sahaja. Yeayy~ May Allah ease everything. Amin~

Till then,
Wassalam.



Tuesday, March 14, 2017

HAPPY 2 YEARS !!


Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2 tahun dah perkahwinan akak :D Alhamdulillah~ Still rasa macam baru je lagi. Ye la kan, kami pun belum ada rezeki anak lagi. Mana tau tahun ketiga, kami bertiga lah nanti. AMINNN~

Sumpah akak cakap, xpenah selama ni husband kasik a bouquet of flower/chocs tau. But tahun ni, akak terharu sesangat sebab dia buatkan suprise ! hahaha~ Mula2 dah ingat memang tak celebrate la sebab masing2 kerja. Husband shift malam pula tu. Akak balik kerja petang, dia dah nak gi keje. Jadinya tak jumpa sangatla. Rupa2nya dalam diam dah plan surprise untuk wife dia ni. Terharuuu iolss hihiii~

Esoknya, akak pulak surprise dia masa tengah kerja. Nasebla bang. Malu ke apa ke. Padan muka hihih~

Anyway, this post just for remembrance of our memories. Semoga kita berkasih sayang sampai ke syurga ya. Amin Ya Rabb~


Till then,
Wassalam.

Saturday, March 4, 2017

In Allah's Perfect Plan

Assalamualaikum semua. 

I really love this wording shared in Facebook. 

Melbourne is 3 hours ahead of Kuala Lumpur but it does not mean that Kuala Lumpur is slow, or that Melbourne is fast. Both are working based on their own "Time Zone."
Some one is still single. Someone *got married* and 'waited' 10 years before having a child. There is another who had a baby within a year of marriage.
Someone graduated at the age of 22, yet waited 5 years before *securing a good job*; and there is another who graduated at 27 and secured employment immediately !

Someone *became CEO* at 25 and died at 50 while another became a CEO at 50 and lived to 90 years.
Everyone works based on their 'Time Zone',
People can have things worked out only according to their pace.
Work in your *time zone*
Your Colleagues, friends, younger ones might "seem" to go ahead of you.
May be some might "seem" behind you.
Everyone is in this world running their own race on their own lane in their own time. God has a different plan for everybody.Time is the difference. *Obama retires at 55, Trump resumes at 70*
Don't envy them or mock them, it's their 'Time Zone.'
You are in yours!
Hold on, be strong, and stay true to yourself. All things shall work together for your good.
You’re not late … You are not early ... you’re very much On TIME!๐Ÿ˜Š
So Keep calm. Dont be stressed. Stay blessed. Everything happens in HIS perfect plan.
You Are In Your Time Zone....in ALLAH'S PERFECT plan. In sha Allah. 

Ayat2 ni buat akak rasa lega je. Allah has planned for the best for His creature. Be grateful with people around you. In sha Allah one fine day, adalah rezeki anak tu kan. Allah Know Best. 

Notakaki: Akak doakan semua yang masih menunggu cahayamata or masih belum sampai jodoh, akan dapatla apa yang dihajati pada tahun ni ya. 

Till then,
Wassalam.

Wednesday, March 1, 2017

Proses Beli Rumah- Part 2: Booking

 Assalamualaikum semua.



Harini baru ada masa nak share tentang booking rumah pulak. Before ni akak ada ajar cara nak buat Banker's Cheque untuk bayar duit booking ni la. Boleh refer LINK ni.

Sebenarnya hari yang sama akak buat bank draft tu, terus akak ke Pejabat Jualan rumah tu. Step dia simple je, just bring along the banker's cheque sekali dengan offer letter pembelian rumah tu. Then sales personnel tu akan bagi letter "Registration of Interest to Purchase Property". Contoh macam gambar bawah ni :)



Korang kena baca betul2 agreement ni. Nama, Ic, No bank draft semua kena betul. Penting woo. Bukan senang akak nak kumpul 5k untuk booking rumah. Selalu Booking rumah pemaju akan cas RM1000-RM2000 je. Tapi demi mu rumah Desaru, sanggup akak bayar 5k untuk booking ๐Ÿ˜†

After sign, dia akan bagi 1 copy untuk simpanan korang. Tunggu lagi dalam few weeks, korang akan dapat surat untuk pilih rumah yang berkenan. Yeayy!

Proses ni kiranya just 30% untuk pembelian rumah. After this, kena pastikan Pinjaman Bank lulus, kena prepare duit untuk deposit + kos lawyer etc. Hope beli rumah dari pemaju ni, dapatlah benefit sikit ๐Ÿ˜€

TIPS:
~Elakkan bayar cash atau direct bank in kepada akaun perseorangan untuk booking rumah.
~Kenalpasti status booking korang; sama ada dapat refund balik duit booking or tak kalau loan bank tak lepas.
~Simpan resit2 / dokumen2 (offer letter/agreement etc). Semua ni penting sebagai bukti pembayaran di kemudian hari. Boleh bawak masuk court woo if anything happen ๐Ÿ˜…

Okay tu jela dulu akak share untuk harini ya.

Till then,
Wassalam.




Thursday, February 23, 2017

Proses Beli Rumah. Part 1 - Banker's Cheque

Assalamualaikum semua.



Just nak share, semalam akak dah berjaya booking rumah area Desaru ni. Alhamdulillah~ Sakit jugak nak saving 5k untuk booking rumah ni. Belum saving untuk bayar deposit lagi -_-" Takpe demi masa depan. Target akak, sebelum 2020, akak dah ada 2 rumah. Tapi mungkin ni lah permulaannya. May Allah ease. Amin~

Okay meh akak share cara2 nak buat Banker's Cheque (Cek Jurubank) ni.

1- Pergi ke bank yang kita ada akaun dengannya. Macam kes akak, akak ingat semua bank boleh buat banker's cheque. Akak ke Bank Islam, rupanya tak boleh buat sebab takde akaun dengan Bank Islam. So terpaksa ke Maybank.
2- Minta borang nak buat Banker's Cheque kat kaunter bank.
3- Isi borang dan ambil nombor giliran. 
4- Charge fee RM 5.50 dikenakan.
Setel~ Senang kan?

TIPS:
~Pastikan buat di akaun berdaftar.
~Duit dalam bank cukup. Sebab katanya sekarang dah tak terima cash untuk buat Banker's cheque. Jadinya dia akan transfer duit tu dari akaun je. ๐Ÿ˜ƒ

Ni contoh Banker's Cheque untuk bayaran booking rumah.

Hope this post help you guys untuk buat bank draft duit ya. ๐Ÿ˜Š

Till then,
Wasalam



Wednesday, February 22, 2017

Berbekam - Amalan Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua.

Nak cerita last Sunday, akak dan suami sesaja lah nak buat rawatan bekam. Husband akak selalu pening kepala migrain. Baca dari facebook dah ada rawatan bekam di kepala tanpa cukur. Jadi nya kami buat appointment di Spa Bekam Ar-Rayyan, cawangan JB.

Mula2 husband je nak bekam. Tapi sayang la dah datang, akak pun cuba sekali.  1st time kut. try paling minimun 5 cup je. Dia punya dedor tu, sabau jela. Rupanya dia cucuk2 tu geli2 sakit gituu. Maybe sebab kat pinggang kut haha.

Alhamdulillah dalam sejam lebih je bekam ni. tapi husband akak siap dulu, maybe sebab akak dua kali dia buat. Akak tengok darah yang keluar, macam jeli woo. Banyak betul toksid dalam badan. Dua kali dia cupping, dua2 memang banyak darah kotor keluar. Lepas bekam, rasa nak pitam je. Sebab darah akak rendah, masa berdiri tu rasa nak jatuh. Then they serve greentea, jadi okay sikitla kepala. huuu~

Banyak tau faedah/ kelebihan berbekam ni. Antaranya:

~Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau & racun *sebab tu ada yang berbekam keluar kapas mayatla, pakula, lintahla. scaryyy~*
~Membantu menghilangkan pening & migrain *husband buat pakej migrain. 3cup atas kepala woo*
~Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan & sistem perkumuhan *Kalau cup tu berwap, maksudnya banyak anginla dalam badan*
~Membantu memecahkan lemak, peluk dan melegakan demam *Ni akak xsure lagi. Tengokla nanti berat akak turun ke tak dalam seminggu hahaa :P*
~Melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi
~Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas1 tangan & kaki
~Mengeluarkan darah toksid & melancarkan peredaran darah
~Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas *Memang rasa ringan je badan. Takde lagi malas2 bangun tido hehe*
~Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.


Haa banyak kan kelebihan dia. Bagi akak, esoknya lepas berbekam tu, memang rasa segar & ringan je badan. Bangun pagi pun senang & tak rasa letih. Selalu akak bangun pagi, tumit akak sakit tau. Tapi lepas bekam dah tak sakit sangat. Syukur Alhamdulilah. Pasni bolehla berbekam dalam 2 bulan sekali ^_^

Kami berbekam di Spa Bekam Ar-Rayyan cawangan JB.
Banyak je kedai yang menawarkan servis berbekam ni. Akak rasa sama je semua tempat, tapi korang kena beringat. Pastikan yakin servis tu menjaga kebersihan, barang2 berbekamnya perlu disterilkan  dan bukan hanya basuh guna air je. Sebab korang boleh kena jangkitan kuman dari cup or jarum yang tak disteril.


NotaKaki: Nampak tak tahap tak malasnye akak, sampai rajin nak update blog ni ? Semua sebab lepas berbekam la bhahahaha :P

Till then,
Wassalam.

Thursday, February 16, 2017

It's 2017 Already! Wowww

Assalamualaikum

Pejam celik cepatnya dah 2017. Hampir lupa I'm a blogger :P Lama rasanya tak menyonteng kat sini kan. Kalau ikutkan banyak benda nak story. If ada masa lagi hakak nyonteng ya. Ni saje je nak bagi satu post untuk tahun baru hahaa. *Although da masuk bulan 2 pon* :P

Till then,
adioss~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails