my beLOVEd follower

Tuesday, April 4, 2017

Proses Beli Rumah : Part 3 - Pilih Lot Rumah

Assalamualaikum semua~

Arini akak nak share tentang proses pilih lot rumah pulak. Untuk proses Bank Draft & Booking akak dah cerita sebelum ni (Klik Sini & Sini).

After sebulan akak bayar booking, on 22 March baru akak dapat Surat Jemputan untuk Memilih Unit Rumah. Happy gilaa weyy ! Excited akak nak pilih rumah. Antara criteria rumah yang akak nak bukan lah end lot ke corner lot. Bagi akak yang penting takmo ngadap rumah orang hehe. Senang nak park kalau ramai saudara or kekawan datang. hehe~

Masa datang tu, akak dapat no giliran ke 57. Total rumah dalam 300++ unit. So in sha Allah dapat la kut unit rumah yang diidamkan. ewahh~ Dari pukul 9.30pagi sampai la 1.45pm baru sampai turn akak. Masa tu memang corner lot & endlot dah full. Pastu tinggal 1 unit je rumah yang tak mengadap rumah lain. Memang yang tu lah akak pilih ! Alhamdulillah rejki~


TIPS PILIH LOT RUMAH: 

~ Datang awal seawal lepas subuh ke tempat Pilih Lot. Lagi2 kalau anda memang nak corner lot sebab tu macam pisang goreng panas lakunya :P
~ Pilih rumah yang menghadap matahari terbit. Selain daripada dapat cahaya keberkatan pagi, senang nak jemur baju hihi.
~ Pilih rumah yang tidak berhadap dengan rumah lain. Senang nak park kereta dan takdela pikir jiran depan teropong kita buat apa. haha
~ Kalau tinggal rumah intermediate (rumah tengah), better amek lot yang dekat dengan corner lot or end lot. Senang saudara /kawan nak park kereta.
~ Kenalpasti juga bakal jiran2 tu memang menetap atau rumah mereka untuk dibuat sewa. Pemaju akan bagitau sebab pembeli akan inform diorang. Kalau anda memang nak menetap, better amek jiran yang menetap juga & sebaliknya.


Ni lah tapak rumah akak. Alhamdulillah dapat yang tak ngadap rumah orang 😄
Nak tau yang mana? Mane ley kasitau hahahhaa 😋

Ok itu sajela untuk post kali ni ya. Hope membantu korang dalam proses membeli rumah. Lepas ni akak tinggal submit loan sahaja. Yeayy~ May Allah ease everything. Amin~

Till then,
Wassalam.



1 juta orang sayang aku:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails