my beLOVEd follower

Friday, July 17, 2026


Assalamualaikum geng!
Masya Allah lamanya tak jenguk blog ni. Tiba2 harini tergerak hati nak search hoyehhoyeh ni dan masih wujud ! Alhamdulillah.
Ada lagi ke orang baca blog lagi sekarang? 
Sokay kalau tak baca pun, saja nak kongsi hows life sekarang. Last posting pun 2017, masatu baru anak sorang. Alhamdulillah sekarang anak dah 3 orang. 2 perempuan, 1 lelaki. Suami masih sorang okeh :P

Makin kita berusia, makin banyak watak manusia yang kita akan jumpa.

Dulu, masa bergelar pelajar, kita ingat assignment yang bertimbun, peperiksaan yang mencabar, itulah ujian paling besar dalam hidup.

Rupa-rupanya, itu baru permulaan.

Bila dah bergelar ibu bapa, cabarannya datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar soal duit atau masa, tapi juga tentang sabar, emosi, tanggungjawab, dan bagaimana kita terus kuat walaupun penat.

Kita belajar bahawa membesarkan anak bukan hanya menyediakan makan pakai, tetapi membentuk hati dan akhlak mereka. Dalam masa yang sama, kita juga sedang belajar menjadi manusia yang lebih matang.

Hidup memang tak pernah jadi semakin mudah. Tapi setiap fasa mengajar kita sesuatu yang tak mampu dibeli dengan wang.

Setiap fasa ada ujiannya. Dan setiap ujian datang bersama peluang untuk menjadi versi diri yang lebih baik.

Usia hanya menambah angka.

Tetapi ujianlah yang mematangkan jiwa, melembutkan hati, dan mengajar kita bahawa tidak semua perkara boleh kita kawal. Ada masanya, yang mampu kita lakukan hanyalah terus melangkah sambil bertawakal kepada Allah.

Insha Allah

Till then,

Wasalam.

Saturday, August 12, 2017

Proses Beli Rumah: Part 4 - Loan submission

Assalamualaikum semua~




Lama pulak nak update Proses beli rumah ni. Actually sekarang loan akak dah setel, S&P semua dah sign pun. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. :)

Kalau terlepas update dari awal lagi dari proses beli rumah,boleh klik link di bawah ni ya :D

Part 1 - Banker's Cheque
Part 2 - Booking
Part 3 - Pilih Lot Rumah


Okay untuk submit loan pula, actually akak pass all related documents such as,
~ payslip 6 bulan
~ latest epf statement
~ 3-6bulan bank statement
~ Offer letter dari majikan
~ Confirmation letter dari majikan

Ni standard documents yang korang kena sediakan la untuk submit loan. So pemaju akan submitkan loan kat semua bank on behalf kita. 1st call akak dapat dari Affin Bank. 2nd dari Maybank. After tengok offer diorang, which interest yang lebih rendah semua, akak choose Maybank sebab dapat interest 4.35% instead of Affin offer 4.75%. Lebih rendah lebih bagus la kan sebab kita yang akan hadap bayar bulanan.


Before raya lagi akak dah sign Offer Letter semua dari bank. and after raya kira setel dah part loan. Legaanya rasa bila loan dah lepas. Tinggal nak sign S&P dari lawyer pulak ^_^

Eh for more info,korang boleh usha kat blog Arif Hussin ni. Banyak sangat info berguna untuk korang nak beli rumah. :D

Tips: Tak salah submit loan banyak bank, tapi pastikan korang dah research jugak bank mana yang bagus + offer yang ditawarkan. If not, bank akan chase kita untuk sign agreement cepat2 after approve. Takkan korang nak tunggu lagi bank lain yang tak konfem lepas lagi loan tu. So banyakkan membaca & tanya kepada kawan2 or saudara mara yang pakar okay? :)


Till then,
Wassalam

Tuesday, April 4, 2017

Proses Beli Rumah : Part 3 - Pilih Lot Rumah

Assalamualaikum semua~

Arini akak nak share tentang proses pilih lot rumah pulak. Untuk proses Bank Draft & Booking akak dah cerita sebelum ni (Klik Sini & Sini).

After sebulan akak bayar booking, on 22 March baru akak dapat Surat Jemputan untuk Memilih Unit Rumah. Happy gilaa weyy ! Excited akak nak pilih rumah. Antara criteria rumah yang akak nak bukan lah end lot ke corner lot. Bagi akak yang penting takmo ngadap rumah orang hehe. Senang nak park kalau ramai saudara or kekawan datang. hehe~

Masa datang tu, akak dapat no giliran ke 57. Total rumah dalam 300++ unit. So in sha Allah dapat la kut unit rumah yang diidamkan. ewahh~ Dari pukul 9.30pagi sampai la 1.45pm baru sampai turn akak. Masa tu memang corner lot & endlot dah full. Pastu tinggal 1 unit je rumah yang tak mengadap rumah lain. Memang yang tu lah akak pilih ! Alhamdulillah rejki~


TIPS PILIH LOT RUMAH: 

~ Datang awal seawal lepas subuh ke tempat Pilih Lot. Lagi2 kalau anda memang nak corner lot sebab tu macam pisang goreng panas lakunya :P
~ Pilih rumah yang menghadap matahari terbit. Selain daripada dapat cahaya keberkatan pagi, senang nak jemur baju hihi.
~ Pilih rumah yang tidak berhadap dengan rumah lain. Senang nak park kereta dan takdela pikir jiran depan teropong kita buat apa. haha
~ Kalau tinggal rumah intermediate (rumah tengah), better amek lot yang dekat dengan corner lot or end lot. Senang saudara /kawan nak park kereta.
~ Kenalpasti juga bakal jiran2 tu memang menetap atau rumah mereka untuk dibuat sewa. Pemaju akan bagitau sebab pembeli akan inform diorang. Kalau anda memang nak menetap, better amek jiran yang menetap juga & sebaliknya.


Ni lah tapak rumah akak. Alhamdulillah dapat yang tak ngadap rumah orang 😄
Nak tau yang mana? Mane ley kasitau hahahhaa 😋

Ok itu sajela untuk post kali ni ya. Hope membantu korang dalam proses membeli rumah. Lepas ni akak tinggal submit loan sahaja. Yeayy~ May Allah ease everything. Amin~

Till then,
Wassalam.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails