my beLOVEd follower

Showing posts with label rumahkusyurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahkusyurgaku. Show all posts

Saturday, August 12, 2017

Proses Beli Rumah: Part 4 - Loan submission

Assalamualaikum semua~




Lama pulak nak update Proses beli rumah ni. Actually sekarang loan akak dah setel, S&P semua dah sign pun. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. :)

Kalau terlepas update dari awal lagi dari proses beli rumah,boleh klik link di bawah ni ya :D

Part 1 - Banker's Cheque
Part 2 - Booking
Part 3 - Pilih Lot Rumah


Okay untuk submit loan pula, actually akak pass all related documents such as,
~ payslip 6 bulan
~ latest epf statement
~ 3-6bulan bank statement
~ Offer letter dari majikan
~ Confirmation letter dari majikan

Ni standard documents yang korang kena sediakan la untuk submit loan. So pemaju akan submitkan loan kat semua bank on behalf kita. 1st call akak dapat dari Affin Bank. 2nd dari Maybank. After tengok offer diorang, which interest yang lebih rendah semua, akak choose Maybank sebab dapat interest 4.35% instead of Affin offer 4.75%. Lebih rendah lebih bagus la kan sebab kita yang akan hadap bayar bulanan.


Before raya lagi akak dah sign Offer Letter semua dari bank. and after raya kira setel dah part loan. Legaanya rasa bila loan dah lepas. Tinggal nak sign S&P dari lawyer pulak ^_^

Eh for more info,korang boleh usha kat blog Arif Hussin ni. Banyak sangat info berguna untuk korang nak beli rumah. :D

Tips: Tak salah submit loan banyak bank, tapi pastikan korang dah research jugak bank mana yang bagus + offer yang ditawarkan. If not, bank akan chase kita untuk sign agreement cepat2 after approve. Takkan korang nak tunggu lagi bank lain yang tak konfem lepas lagi loan tu. So banyakkan membaca & tanya kepada kawan2 or saudara mara yang pakar okay? :)


Till then,
Wassalam

Tuesday, April 4, 2017

Proses Beli Rumah : Part 3 - Pilih Lot Rumah

Assalamualaikum semua~

Arini akak nak share tentang proses pilih lot rumah pulak. Untuk proses Bank Draft & Booking akak dah cerita sebelum ni (Klik Sini & Sini).

After sebulan akak bayar booking, on 22 March baru akak dapat Surat Jemputan untuk Memilih Unit Rumah. Happy gilaa weyy ! Excited akak nak pilih rumah. Antara criteria rumah yang akak nak bukan lah end lot ke corner lot. Bagi akak yang penting takmo ngadap rumah orang hehe. Senang nak park kalau ramai saudara or kekawan datang. hehe~

Masa datang tu, akak dapat no giliran ke 57. Total rumah dalam 300++ unit. So in sha Allah dapat la kut unit rumah yang diidamkan. ewahh~ Dari pukul 9.30pagi sampai la 1.45pm baru sampai turn akak. Masa tu memang corner lot & endlot dah full. Pastu tinggal 1 unit je rumah yang tak mengadap rumah lain. Memang yang tu lah akak pilih ! Alhamdulillah rejki~


TIPS PILIH LOT RUMAH: 

~ Datang awal seawal lepas subuh ke tempat Pilih Lot. Lagi2 kalau anda memang nak corner lot sebab tu macam pisang goreng panas lakunya :P
~ Pilih rumah yang menghadap matahari terbit. Selain daripada dapat cahaya keberkatan pagi, senang nak jemur baju hihi.
~ Pilih rumah yang tidak berhadap dengan rumah lain. Senang nak park kereta dan takdela pikir jiran depan teropong kita buat apa. haha
~ Kalau tinggal rumah intermediate (rumah tengah), better amek lot yang dekat dengan corner lot or end lot. Senang saudara /kawan nak park kereta.
~ Kenalpasti juga bakal jiran2 tu memang menetap atau rumah mereka untuk dibuat sewa. Pemaju akan bagitau sebab pembeli akan inform diorang. Kalau anda memang nak menetap, better amek jiran yang menetap juga & sebaliknya.


Ni lah tapak rumah akak. Alhamdulillah dapat yang tak ngadap rumah orang 😄
Nak tau yang mana? Mane ley kasitau hahahhaa 😋

Ok itu sajela untuk post kali ni ya. Hope membantu korang dalam proses membeli rumah. Lepas ni akak tinggal submit loan sahaja. Yeayy~ May Allah ease everything. Amin~

Till then,
Wassalam.



Wednesday, March 1, 2017

Proses Beli Rumah- Part 2: Booking

 Assalamualaikum semua.



Harini baru ada masa nak share tentang booking rumah pulak. Before ni akak ada ajar cara nak buat Banker's Cheque untuk bayar duit booking ni la. Boleh refer LINK ni.

Sebenarnya hari yang sama akak buat bank draft tu, terus akak ke Pejabat Jualan rumah tu. Step dia simple je, just bring along the banker's cheque sekali dengan offer letter pembelian rumah tu. Then sales personnel tu akan bagi letter "Registration of Interest to Purchase Property". Contoh macam gambar bawah ni :)



Korang kena baca betul2 agreement ni. Nama, Ic, No bank draft semua kena betul. Penting woo. Bukan senang akak nak kumpul 5k untuk booking rumah. Selalu Booking rumah pemaju akan cas RM1000-RM2000 je. Tapi demi mu rumah Desaru, sanggup akak bayar 5k untuk booking 😆

After sign, dia akan bagi 1 copy untuk simpanan korang. Tunggu lagi dalam few weeks, korang akan dapat surat untuk pilih rumah yang berkenan. Yeayy!

Proses ni kiranya just 30% untuk pembelian rumah. After this, kena pastikan Pinjaman Bank lulus, kena prepare duit untuk deposit + kos lawyer etc. Hope beli rumah dari pemaju ni, dapatlah benefit sikit 😀

TIPS:
~Elakkan bayar cash atau direct bank in kepada akaun perseorangan untuk booking rumah.
~Kenalpasti status booking korang; sama ada dapat refund balik duit booking or tak kalau loan bank tak lepas.
~Simpan resit2 / dokumen2 (offer letter/agreement etc). Semua ni penting sebagai bukti pembayaran di kemudian hari. Boleh bawak masuk court woo if anything happen 😅

Okay tu jela dulu akak share untuk harini ya.

Till then,
Wassalam.




Thursday, February 23, 2017

Proses Beli Rumah. Part 1 - Banker's Cheque

Assalamualaikum semua.



Just nak share, semalam akak dah berjaya booking rumah area Desaru ni. Alhamdulillah~ Sakit jugak nak saving 5k untuk booking rumah ni. Belum saving untuk bayar deposit lagi -_-" Takpe demi masa depan. Target akak, sebelum 2020, akak dah ada 2 rumah. Tapi mungkin ni lah permulaannya. May Allah ease. Amin~

Okay meh akak share cara2 nak buat Banker's Cheque (Cek Jurubank) ni.

1- Pergi ke bank yang kita ada akaun dengannya. Macam kes akak, akak ingat semua bank boleh buat banker's cheque. Akak ke Bank Islam, rupanya tak boleh buat sebab takde akaun dengan Bank Islam. So terpaksa ke Maybank.
2- Minta borang nak buat Banker's Cheque kat kaunter bank.
3- Isi borang dan ambil nombor giliran. 
4- Charge fee RM 5.50 dikenakan.
Setel~ Senang kan?

TIPS:
~Pastikan buat di akaun berdaftar.
~Duit dalam bank cukup. Sebab katanya sekarang dah tak terima cash untuk buat Banker's cheque. Jadinya dia akan transfer duit tu dari akaun je. 😃

Ni contoh Banker's Cheque untuk bayaran booking rumah.

Hope this post help you guys untuk buat bank draft duit ya. 😊

Till then,
Wasalam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails