Sekarang UIA dah cuti seminggu. Jadinya mood cuti ACTIVATED! jyeah ! Semalam aku baru balik dari buat program kat Raudhatus Sakinah, Sg. Buloh. To be specific, Kg Kubu Gajah. Program ni under Counseling Service Centre. Kitorang gerak dalam 8.30 dari UIA sampai tersosat2 jalan. Sungguh dalam tempat tu. Bila tanya2 orang pun diorang tak berapa tau RS tu kat mana. ;p
Actually RS tu adalah tempat pemulihan gadis2 yang dah terlanjur, dah termengandung, dan tahap social yang tinggi. Masa warden sana bagi briefing before fasikan diorang, jantung ni dupdapdupdap jugakla sebab takut jugak nak berhadapan dengan diorang. Fikirkan diorang ni lagi 'advance' dari kita. Akak tu cerita, range umur yang masuk sana, dari 15-25 tahun. Ada yang tengah mengandung dan baru lepas dalam pantang. 100% masalah kat sana adalah kes zina. SubhanAllah.
Antara peraturan yang kitorang kena ikut :
#Jangan tunjuk handphone kat diorang. Better sorokkan dalam beg dan jangan keluarkan. Ditakuti diorang mintak nak kol parent or sesapa saja. Fyi, diorang takde nset,tengok tv or amek tau sangat pasal dunia luar. Tengok tv pun ada siaran tertentu je boleh tengok.
#Hanya satu kamera je boleh digunakan untuk ambil gambar. Dan gambar yang diambil mestilah tak nampak muka diorang. Tangan or dari belakang je takpe. Jadinya, before balik, kamera kitorang kena cek dulu dengan warden. Ianya untuk menjaga aib gadis2 dalam tu.
#Mungkin antara mereka ada orang yang kita kenal. Jangan tegur as kenal before ni dan buat macam biasa je. Jangan cakap dengan orang lain jugak yang korang kenal budak tu. Ni pun as nak jaga aib mereka.
Akak tu ada pesan, mungkin adalah gadis yang kita akan lihat macam sugul dan malas nak bekerjasama. Diorang tu selalunya yang baru masuk ke situ. Jadinya tak biasa lagi nak adapt dengan keadaan dalam tu. So kitorang kena pandai la break the ice diorang n bina rapport yang baik supaya semua dapat bkerjasama. Alhamdulillah group aku semua budaknya baik dan sporting :)
Kalau tengok muka diorang, semua cantik2 dan baik je. Ada tu lembut je cakapnya. Alhamdulillah mereka semua dah masuk situ dan berubah. Mana tahu lebih baik dari kita. :"")
Satu lagi pesan akak tu, anggap la diri kita ni kakak walaupun diorang sebenarnya lagi tua dari kita. Sebabnya biar diorang ada rasa hormat dan ikut cakap kita. Dalam hati ni sedih sebenarnya tengok adik2, muka budak lagi dah mengandung anak luar nikah. :"( dan lepas bersalin, anak tu akan di hantar ke keluarga angkat. Mereka takkan jaga anak mereka sendiri. :(
Program kami ni hanya separuh hari je. Sampai pukul 1 petang. Sebab petang tu adalah masa lawatan ibu bapa pulak. Walaupun hanya separuh hari, banyak jugak pengajaran dan pengalaman kitorang dapat dari program ni. Apa yang penting, kalau kita ada adik or kakak or kawan yang agak terpesong sikit, kita tegurla dan nasihatkan mereka. Jangan sampai mereka terlanjur dan jadi liar. Sayang kalau sekolah pun tak habis lagi dah buat hal :"(
Alasan RS dibina kat kawasan dalam sikit sebab taknak ada yang larikan diri. Sebab dulu ada kes budak ni nak larikan diri. Masa tu baru lepas nak cek ngandung kat klinik, tau2 dia dah lari. Tapi sempat jugak dikejar warden2. Duduk kat RS ni memang kena kuat semangat jugak. Bangun hari2 pukul 3 pagi dan buat tahajud. Memasak, mengemas semua dibuat sendiri dan secara gilir. Kiranya diorang akan dilatih bukan saja untuk menjadi muslimah sejati, tapi juga isteri mithali :)
Ikutkan banyak lagi yang aku nak kongsi kat sini. Tapi kang panjang bebenau macam la korang rajin nak skrol. hehe. Tapi takpela. Akupun saja nak kongsi sikit pengalaman kat sana. Sama2 lah kita berdoa agar dijaohkan dari perbuatan terkutuk dan semoga mereka semua insaf dan takkan mengulangi kesalahan mereka. Amin3~
Lastly seperti biasa. tempek gambo si penyonteng belog ni.
:D
*gambo ni takde kena mengena dengan program ni. Sekian terima kasut.
p/s = maaf gambar kat sana takde. semua dalam kamera member. :)
Thanx for reading :)
11 juta orang sayang aku:
mesti bestkan pegi sana..=)
ouch.. akak pun pernah juga ke tempat macam ni. tapi dekat perak. siap ke tunas bakti, utk bebudak yang ade kes jenayah, tapi masih bawah umur.. pun kerana kaunseling..:))
bila kat sane, secara automatik rase kesian tu ade.. dorang tersilap langkah kan..
hi,..nice entry. I like it.
sy pernah dengar pasal tempat ni. Sy pernah pergi ceramah pasal Aku Bijak Jauhi Zina, siap beli satu buku tu cerita pasal pengalaman pahit bdk kat sana. btw, i'm done follow you, mind to follow me back?
wak pon sukak kalo dpt gi tempat begitu.. salamm
teringin jugak kdg2 nak pergi tempat cmtu
@~AmyLiana86~
bolehla kak. tambah pengalaman baru kan :)
@Farah Shamsudin
ha tu la kan kak. muda2 lagi. sebab salah langkah, salah kawan jadi camtu. kesianpun ada
@unaismail
tula secara x langsung kitapn boleh insaf tgk diorg kat sana :") btw thanx follow ye :)
@Wak Gelas™
hehe samola kite :)
@aku HaniAsyira
try la join club apa2, then buat proposal nak gi tempat macam ni :)
salam.blh ke kita nak
ambil
angkat di situ cik?? blh bg info. tq
Post a Comment