my beLOVEd follower

Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Masa yang paling baik untuk minum air.

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Korang ni suke minum air masak? Ke tak layan air masak ni, ape kelas ye idak? Tak macam Mountain Dew ke, Cola Cola ke, Barbican ke, kan kan? Itu korang punye pasal la if tak suke minum air masak. Sesungguhnya banyak kelebihan air jernih ni tao. Untuk yang nak diet pon better minum air masak tau. Tak payah beli mahal2 Jusmata bagai. *sebagai contoh saje. ;p

Know what? Masa yang sesuai untuk minum pon dapat memberi kesan kepada tubuh badan tau. Nak tau lebih lanjut? Mehsambung baca lagi.

# Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN DARIPADA TIDUR.
-Ianya dapat membantu mengaktifkan organ dalaman.

# Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN.
-Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

# Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI.
-Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

# Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR.
-Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kat sini dinyatakan antara waktu yang PALING BAIK untuk minum air. Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi waktu selain diatas ni pon, korang kenala minum air masak. And lagi baek amalkan je bawak air masak gi class. Takde ape nak dimalukan la. Korang perasan tak orang cina tak malu pon bawak botol air besau gi class? *wink wink~

And one more thing, jangan amalkan makan berulamkan air. Tak elok and boleh wat perut jadi buncet. Macam aku. iskk~ So sama2lah kite try beramal yea. hihihihi~

p/s = Demmit! line aku tak lajula nak BW. Nanti aku lepak blog korang yea. Pada blog2 yang ringan tu dapatla aku tinggal jejak. Pada yang berat tu, ampun maap dipinta, mensuci hening dosa...lalalalala ;p

Wednesday, May 11, 2011

Ye. Sekarang Memang Panas pon.

Semua orang mesti dah banyak citer pasal cuaca panas 2-3 menjak ni kan. aku pon rase kot. nak tido panas gila! dah bukak 5 pon haba panas je yang dapat. Aku usha kat Berita Harian Online tadi, dah bagitau pasal cuaca panas ni akan berakhir minggu depan.


KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

-BERNAMA-



Aku bukan nak mengulas pasal cuaca neh. tapi nak share ngan korang korang air sedap2 ni. hausla weh!



ice blend. nyummy!



ice lemon tea. dapnye!




bandung! ^^



ABC ice-cream ^^


brownie ice-cream ^^

and last one,


paling familliar ngan semua.....





air SIRAP! ngeh3~


aku rasa macam nak semuala sekarang.


panasnya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails