my beLOVEd follower

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Jodoh itu Rahsia Allah

Assalamualaikum semua.

Semalam baru aku dapat tahu member baik aku dah nak bertunang bulan 3 ni. I'm happy for her! before tu memang ada jugak yang dah kawen dan tunang. Seronok dengar diorang dah melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Aku tumpang gembira jugak :"D

Umur2 camni, memang galakla kawan2 mendirikan rumahtanggakan? Sebab mostly dah habis belajar. Dapat pulak pasangan yang dah bekerja, memang terus go on jela. Kekadang tu perasan jugak. Ada hubungan yang dah lama terbina, masih belum bertunang apatah lagi bernikah. Bukan takde calon, tapi belum sampai seru lagi. Tapi mana2 yang tak dengar khabar berita, tup tup dah nak nikah. Hebat betullah kawan2 aku ni :) Aku bukan nak point out dari segi Islamic nya pun. Cuma yela, kapel lama2 pun belum tentu itu jodoh kita. Betul tak ? *pesanan untuk diri sendiri jugak*

Tipulah kalau cakap yang dah kapel lama ni taknak halalkan hubungan diorang. Mestilah nak cuma mungkin masing2 ada masalah dan komitmen lain yang nak disetelkan dulu. Maybe orang akan cakap ;
 "Ala kawen jela dulu, nanti Allah mudahkanla perjalanan hidup korang" 
"Ala, nikah gantung je senang. Belajar tetap belajar. Sabtu Ahad balikla jumpe bini/suami"
Ewah ewah senangnya cakap. Ingat kawen tu benda main2 ke ? Lagi2 dengan sekarang ni ramai yang kawen muda (rage umur 14-23), lagilah ramai remaja ada perasaan membuak-buak nak kawen awal. *aku ni cerita macam aku dah tua benar ek.* :P

Ajal Maut Jodoh Pertemuan semua di tangan Allah. Kita kapel 10 tahun pun, kalau dia bukan untuk kita, makanya BUKAN! Tapi kita doakan lah yang terbaik untuk diorang semoga ada penghujung yang baik :)



Aku suka ayat dari Cik Fathiah ni ; 
Kenapa perlu jealous dengan orang yang dah update status kehidupan mereka sudah bernikah? or orang yang sudah bertunang dan bernikah, kan Allah dah tetapkan what's best for us. If it's not your time now, dont frown. :)

Aku tau kawen tu boleh elakkan maksiat. Tapi bukan dengan kawen je satu caranya untuk elak maksiat. Banyak lagi cara lain. Pucuk pangkalnya hati. Betul2 dah sedia ke belum ? ^^



Thanks for reading :)

Friday, March 2, 2012

Adakah Kita Seorang Pendengar yang Baik?

Assalamualaikum semua.

Tiba2 terlintas nak buat entri tajuk ni. So, adakah kita pendengar yang baik? There's a lot website had mention about How to be a Good Listener, Steps to be a Good Listener yedda yedda. Tapi adakah kite praktik kan semua tu?

Ok. Straight to the point. Aku amek contoh info kat website INI for those yang interested nak tau antara Steps to BE A GOOD LISTENER.


Apa yang aku nak HIGHLIGHTkan kat sini, nak jadi pendengar yang baik bukan dengan hanya dengar masalah orang, dengar lecturer ngajar dalam class etc etc. Its about ur attitude towards orang yang tengah bercerita tu.

For example. Bila kawan kau nak citer masalah kat kau.

A : Wey. Aku stress lah. Aku rasa beratla sem ni.
B : Asal weh? Kau amek berapa subjek?
A : 6 subjek. Tapi semua berat2. ;(
B : Rilexla. Aku dulu amek 6 gak. kecohla kau ni.
A : ............

Korang nampak tak ape masalahnya? si B ni is not a good listener. Why? Sebab dia bukan nak dengar masalah kawan dia tu, boleh pulak dia cakap something yang membuatkan kawan dia patah semangat.

Another example.

A : Wey aku takotla arini aku ada presentation. ;(
B : Aku lagilah ada kuiz kot.
A : Tapi present lagi cuak ouh dari kuiz. ;(
B : Same jela. Aku lagi tak study sgt ntuk kuiz.
A : Tapi presentation tu 10 markah woo. ;(
B : Samelah dengan kuiz aku.
A : .................
(based on true story)

Contoh ni lebih jelas mungkin? Si A cuba menjelaskan rasa risau dan cuaknye dgn harapan B boleh dengar masalah dia. Tapi si B slumber je kaetkan keadaan dia pulak. Thus, it is not good ok anak anak. This attitude should be avoided bcoz later, org akan malas nak cerita apa2 kat korang. Orang akan rasa, korang ni sangat tak endahkan masalah kawan2. Do u get my point? If yes great ! :)

Benda ni madam aku yang cerita masa dalam class. She as a psychologist, need to be a good listener. And ktorang yang blaja psychology ni, amatlah penting untuk cuba menjadikan diri seorang pendengar yang baek. Tak rugipun dengar masalah orang sebab nanti bila kita ada masalah, boleh kongsi dengan kawan jugak. Kan? :)
This is soo TRUE :)

Thanx for reading guyz :)

Wednesday, February 22, 2012

Doakan Umi Fa sehat ye kawan-kawan.

Assalamualaikum semua.

Atas kekangan masa sekarang ni, aku memang agak busy sikit nak layan blog ni. Apetah lagi blogwalking semua. Just wanna share to u guyz this news.

Korang kenalkan Cik Fa. Ala blog Bukan Calang-Calang tu. Peramah orangnya and rajin update+blogwalking. Kelmarin umi dia dimasukkan ke CICU. Ni sedikit pesanan dari Fa.

"Salam kawan2. Keadaan terkini umi disahkan severe brain injury (hypoxicischaemic brain injury) disebabkan tiada oxygen dalam otak for 10 minutes. Dia tak boleh bernafas sendiri, walaupun jantung ok. Doktor cakap, umi akan bernafas, selagi disupport ventilator, mesin oxygen. Tapi dia tak mampu untuk sedar sebab otak dah cedera parah. Kalau cabut mesin, maka dia stop breathing. Mintak tolong kawan2 doakan umi, Sharifah Noor Fadzillah bt. Syed Abu Bakar. Thank you."


Please pray for her mother and hope that Fa will be strong. Dah seminggu dia tak dapat datang class. Harap Fa kuat hadapi semua ni. and I know she's strong enough. :')

Thanxx guyz !

Sunday, February 12, 2012

Why people loves Tutti Frutti ?

Assalamualaikum semua.

Happy Sunday uolls. Apa plan arini? Lepak uma je? samola kito. Akupon lepak ngan famly je arini melayan Melodi Nona yedda yedda.. ;p

Semua mesti tau kan Tutti Frutti ? Ala yogurt ice cream yang tengah famos amos sekarang ni. Tak tahu bule KLIK SINI. Semua orang dok ngidam Tutti Frutti bagai. And kalau korang perasan, for those yang pernah makan these ice cream, WAJIB amek gambar and POST ke Facebook or buat entry kat blog pasal ice cream ni.

Know why? Know why?

1#Sebab Tutti Frutti ni MAHAL.

Tak ngaku? suka hati. Ni adalah faktor pertama aku rasa. Kalau dah makan mende mahal, sayang lak kalau tak citer kat orang. Itu standard. Tayah nak deny sangat. Tapi put aside lah Baskin Robbin, Haagen Daz semuakan. Tu pun antara ice cream2 orang berada bagi aku. ;p

See, looks cheap. 53 sen je 10grams. Tapi ade ke yang amek setakat 50gram je? tak caye aku. Semua mesti average RM 15++ semangkok. ;P


2# Sedap dan Berkhasiat.

Ni I dont deny it. Korang boleh usha SINI. Tapi what makes me tak begitu pecaye sangat sebab topping korang. Ice cream yogurt dah full of nutritions, tapi letak candies itu ini. choc itu ini. So nak cakap seimbangla eh? *think

I wonder ada tak org amek sepenuh ni? Agak2 bape RM ek? hihii


3# Sebab rasa Up-To-Date.

Ini lawak. korang rasa outdated je kalau tak penah makan Tutti Frutti. Thus, 1st time makan terus macam jakun nak citer kat orang. kah3~ Aku tak perli sape2. Aku cakap kat diri sendiri sebnonye. hahhaha.

Dulu aku tatau ape kejadah Tutti Frutti ni. 1st aku makan masa kat TS . kiosk kecik dekat dengan tempat Bowling tu. Masa tu aku rase mahal gile ice cream ni. Sangat tak puas hati sebab amek sikit je. Rupanya sekarang ni barula tau it is like a trend budak2 zaman sekarang lepak Tutti Frutti. For example, adik aku sendiri. -..- Boleh usha entry SINI.

Jadinya, aku tanak manjakan diri dengan ice cream macam ni, Starbak ke, hape2 makanan mahal lah. Nyusahkan diri je.

psst : Teringat citer my dear aritu saje2 nak lepak Tutti Frutti sorang2. Pastu membebel cakap ice cream ni mahal sampai RM20 semangkok. Ini mesti kes taktau Tutti Frutti ni kedai macam mana. haha. sian awak ;P

Takde sape ke nak amek gamba n post kat FB or blog kalau makan aiskrim ni? Sedap gak hape. Lagi2 perisa milo. hihihi

Sumber gambar : Google :)

Thanx for reading :)

Tuesday, January 17, 2012

I like Goatee Guy ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Korang suka tak tengok laki ada janggut misai semua? Tak suke? Ala taley gengla macam ni. Aku suka gile woo ! Nampak macho and more matured kot. hihi. Lagi2 yang janggut sejemput tu. Oh my. Sweet woo~ *buatbuat pengsan. xP

But firstly, korang jangan bayang laki yang macam kambing pulak. Ni nak cerita pasal janggut tu je. ;p

Tapi aku takdelah suka kalau panjang sangat or serabut macam Prof. Dumbledore ni. Serabuk~ haha


Aku suka macam ala2 Johnny Depp ni kee...

omo omo.
handsomenya!
i'm melting =_=
Dulu ada aku cerita pasal mamat neh kat SINI.

Tak pun tayah gi jaoh sangat.
Fahrin ni pon bule buat aku caer woo. ;)

Oh Shaheizy Sam sekarang dah simpan goatee u know.
Nampak matangkan kan? ^^

Daripada yang ni, nampak muka togel je. Macam budak2. hihii

Lastly, ni lagilah buat aku takley tido malam.
Siapekah? eheerm!
;p


Sabda Rasulullah SAW, ' Cukurlah kumis dan peliharalah janggut' ( HR Muslim )

Know what, ada kajian saintifik tentang khasiat janggut ni.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.



Moral of the story : Para lelaki semua, simpanlah janggut anda ye walaupun sejemput. :)

Thanx for reading ! :)

Monday, January 16, 2012

Takde Idea Nak update?? Meh Usha Sini :)


Assalamualaikum semua.

Aku ni ntah ape2 la. Bila busy, sebuk teringatkan blog yang maken terabai. Bila dah free, pon terabai jugak. haha. Bukan ape, hari minggu aku duduk rumah nenek. So memang tak dapekla nak update kan. Waktu2 camnila baru dapat on9. :)

Aku ada blogngesott dari tadi. Something info menarik aku dapat dari blog cik Arra Ahmad ni. Tentang tips2 kalau dah takde idea sangat nak update ape kat blog.

Tipsnya :

# Cari bahan dalam rumah sendiri.
seperti kerusi, meja, katil, sudu etc.

Buat jela 1 entry pasal sudu contohnya.
" Apa akan jadi kalau korang lebih kecil dari sudu.."

entry penuh KLIK la Blog Arra Ahmad ni :)

Menarikkan??

Aku nak tambah lagi cara2 kalau dah takde idea sangat. Korang buat macam aku ni ha. Bagi summary entry blogger laen. hahaha. Tapi JANGAN LUPA CREDIT TO blogger itu sendiri ya. :)

Tapi ada cara lain kalau korang dah takde idea sangat nak buat entry, tapi nak gak update. * Ni antara yang aku boleh pikirla ye. ^^

Antaranya :

1) Cerita pasal isu semasa.
- Tak kesahla politik ke, car accident ke, anything. Korang boleh dapat info dari berita online and its a lott ok. ^_^


2) Cerita pasal gosipp artis.
- Ni paling senang. Banyak ke blogger buat macam ni. Kalau tengah HOT cerita pasal retis tu, lagi baguz korang cerita kat blog. Mungkin dapat menaikkan trafik blog. hihi. *but make sure sumber korang dapat tu sohih ye.


3) Cerita pasal blogger pemes amos laen.
- Ni pon best gak ni. Ce korang update pasal Fatin Liyana or Hanis Zalikha ke, konfem ramai komen wehh! hahaha
*kalau tak, jangan salahkan aku pulak ye. ;p


4) Cari info pasal khasiat sesuatu makanan.
-Makanan banyak gile kot kat dunia ni. Buah2, sayur2, anything. Korang buat entry pasal khasiat2nya. Contoh , Satu hari cerita pasal khasiat 1 buah pon boley. betul tak? :)


5) Buat entry muhasabah diri.
-Any Islamic info yang korang boleh share ngan blogger lain. Nice kan? Sharing is loving uolls. haha


6) Lu pikirlah sendiri.
Asamekom! haha.


Cukuplah tips2 ntuk hari ni ye anak anak. Semoga korang dapat amalkan kalau idea dah kering sangat okeh? ^_^


Thanx for reading. :)

Friday, January 13, 2012

Bluekan Local Disk C Anda. :)


Assalamualaikum semua and salam Jumaat.

Korang suka download movies? Suka simpan movie2 tu and rasa sayang nak buang? Lebih2 lagi drama Korea yang sampai 16-20 episode tu?

Kalau sama, GIMME FIVE! haha. Kita serupala wehh ! Sebagai bukti yang nyata, korang tengok bukti gamba kat bawah neh.

Semua sudah MERAH ! iskk

No wonderla laptop aku selali lagging lepas tu hang hang. Yesterday my friend ada suruh BIRUkan local disk C tu. Sebabnya File Windows kat C. So it needs more space ntuk running program apa semua. Aku ni nak cakap banyak pasal computer idak ler teror sangat. Tapi aku ikot jela cakap dia kan. Logic je pon sebab mende kalau dah berat, memang sampai hang laptop. kan kan? :)

So semalam jugakla aku transfer, delete ape yang patot. Tapi memang sayang woo nak buang drama2 korea. Tu external akupon dah merah. Macam mana nak amek Running Man kat member neh? -.- Solution dia kena beli hardisk baru la gamaknye. HIHIHI

See see. C aku dah BIRU. Yeay ! Nanti aku nak godeh lagi kat D tu. Buang hape yang patot. Aku dah 3 kali format laptop. Then bro tu letak semua files kat D. Tu yang melambak benau tu kat D. aigoo~

Korangpon sama macam ni tak? Kalau ye, jom godeh2 balik laptop. Buang hape yang patot semua yea ^_^

credit info from MistaBraderlove. :)


Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #7 Cool Ke Cakap Telefon Macam Ni??


What do you think?


Aku capture gamba arab ni memang dia tengah cakap telefon pon ngan IPad tu. err, ke Galaxy Tab eh? Aku pon tak bape sure. Maklumlah buta Gajet sket. ;p

But it really looks weird. Pak Arab ni bukan korek telinga ye, memang dia tengah dengar orang cakap dari situ. And dia akan halakan ke mulut bila dia nak cakap pulak.


P/S = Tak brape sesuai gajet gedabak tu nak dijadikan handphone. Ntuk on9 or buat kerja its finela. Ganti laptop kan. Pendapat korang lak?


Aiyark! Supposedly ni Wordless punya entry. Aku terexplain pulak. Maap2. HAHAHA

Friday, December 2, 2011

Perempuan cantik pakai apepun cantik

Assalamualaikum si cantik dan kacak semua.

Orang kata cantik tu subjektif. Kenapa bukan objektif? Sebab kalau cantik tu boleh didecsribe dengan A, B, C, D sampai Z sekalipon, itu still tak dapat define cantik. Contoh :

Antara mereka, yang manakah paling cantik?

A : Jessica Alba
B : Siti Nurhaliza
C : Park Shin Hye
D : Siti Sarah
E : Cik Bella. ehh? haha

Maybe orang akan cakap Jessica Alba cun. Orang melayu cakap CT jija lawa. Orang Korea akan cakap Park Shin Hye cantik. Shuib Raja Lawak pasti cakap Siti Sarah cute. betol? tapi takde sape nak cakap cik bella ape2. Sebab takde sape kenal dia. kah3~ *ok.aku da mula mengarot. ;p

Back to our topic. Sebagai pompuan, aku rasa korangpon suka tengok pompuan cantik. Bukan laki je suke cuci mata tengok awek cun. Aku pon suke kot! haha. Tapi aku normal ok. Bukan tengok dengan perasaan bukanbukan, cuma minat tengok sebab diorang ni cantikla. ;)

Frankly speaking, kadang2 rasa jeles tu ade lah jugak tengok orang cun ni bila pakai ape pun semua cantik. Bila part aku nak pakai, pehh. Macam HAROMM ! Hahahha~

Korang mesti kenalkan sape neh? She's HANA TAJIMA. Boleh dikatakan dia ni ikon fesyen kot. Tapi awat dia pakai shawl serabut2 camni still nampak cun? Bila aku buat, macam tudung aku baru bangun dalam keta je -__-"

Ada bran nak pakai camni keluar?? ;p
but she still look cute.
:)

HELIZA HELMI
Ni lagi sorang si comey-mata-boolat-buat-aku-geram-neh
Pakaila tudung gaya apepon. Still cute!
I adore her actually ;')

DIAN
Ni lagi satu awek cun yang pandai bereksperimentasi dengan tudung bawal. Orangnya lawa sangat!

YUNALIS ZARAI
She's gorgeous! Ntah pesen ape tudung ni but she still look AWESOME!
;)

Ramai sebenarnya blogger kita cun2. Tak perlu aku nak bagitau kot. Korang konfem kenal Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Nisa Kay dan semua blogger lah ! I believe everyone have their own uniqueness and beauty. Just be CONFIDENCE of yourself. ^_^

REMEMBER !

BEAUTY IS IN THE EYE OF THE BEHOLDER.

Allah dah ciptakan makhlukNya semua adalah terindah. DIA tahu hikmah disebalik setiap kejadian. Be GRATEFUL ok dear. And DO BELIEVE that YOU ARE BEAUTIFUL.
:)

Sekarang aku tengah suka pakai shawal macam tudung bawal. Macam cool je. Agak2 korang ok tak? ;p


psstt : Orang2 cantik ni kalau pakai tudung saji pon still nampak cun en? LOL~


Demmit. Asal entry ni panjang gak? Aku ingat nak update pendek je. HAHA


Friday, November 11, 2011

Pesanan Kepada Adik-adik ku.

Assalamualaikum

Hari ni aku terasa nak bagi nasihat dan pesanan lak kat adik2 semua ni. *take note that adik2 tu means yang masih bersekolah and bawah umur lagi yea.

Although umur aku baru 21, tak berapa nak banyak sangat pengalaman hidup ni tapi at least aku hidup lebih lama dari adik2 yang masih bersekolah ni. Ye idak? Jadi tak salah aku nak nasihatkan?

Ntuk entry ni, let me gelar diri as kakak yea. ^^

#Firstly, pada adik2 yang masih bersekolah tu, akak tau sudah lumrah kehidupan yang pompuan suke kat laki dan begitulah sebaliknya. Awak kecik2 lagi dah kapel. Awak taukan cinta time sekolah tu cinta monyet? Bi makna, ianya tak kekal. Jadi jagalah maruah awak sayang. Akak tengok slumber je awak amek gambar kissing2 ngan pakwe awak. Umur baru belasan tahun. Nak pikir baek anggap awak ni dah nikah, macam tak logic pulak. Ni Malaysia, bukan Tanah Arab. Kawen muda tak berapa femes kat sini. So faham2lah kan.
Kalau kiss tangan tu akak boleh handle lagi (although obviously HARAM) tapi awak siap kiss pipi+dahi+mulut lagi?! Waddehek?? Plus awak tu bertudung sayang. Motif anda bertudung is......??

-__-"

#Another things yang buat hati akak sayu ingatkan adik2 sebab dah baekk punye letak gambar2 macam tu, pi letak pulak gambar family which is dengan abah and mak semua. Akak pulak yang sedih tengok muka abah adik. Bayangkan kalau dia tengok gambar2 adik yang kissing bagai tu? Agaknye ape perasaan diorang ek?


Akak takdela nak cakap akak baek sangat. Akak ngaku akak kapel jugak tapi jagalah batas2 ye adik-adikku. *noted that akak kapelpon after abes skola ok. Umur awak tak jejakpon 18 lagi. Pada yang sekolah rendah tu lagilah. Keputusan UPSR pon belum keluar lagi. Semua underage lagi kot. Tapi bila bercinta, ngalahkan orang dah kawen. Akak taknak adik2 macam tu ye sayang.

Oklah. Kalau awak jenis bersosial tahap taley handle pon, Tolong JANGAN UPLOAD gambar bukan2 kat public. Sedey kalau parent terjumpe. Awak tak malu ke? *Put aside la malu kat Tuhan kan.

Akak tergerak hati nak nasihat ni sebab akak tengok banyak sangat gambar2 camni berleluasa. Tak kesahla kat FB ke, Tumblr ke, Blog ke. Selagi awak tak privatekan mende2 tu, people still dapat tengok tau.

Akak sedih bila isu budak Form4 sampai boleh mengandung n gugurkan anak pastu gi kelar2 baby tak berdosa tu. Baby dumping lagi la takyah citer. Macam norms dah kat Malaysia ni. Lastly akak nak pesan, selagi umur awak tak jejak 18 tahun lagi, janganla sebuk nak bercinta bagai. Awak pernah terpikir tak kenapa certain cerita 18sx or 18sg semua tu? Sebab selagi anda belum 18 tahun, pemikiran anda belum cukup matang. Belum pandai pikir which is the best for urself and others. Thats why ramai belom 18, dah takde dara. Fikir-fikirkan la ape yang akak cakap yea adik2ku sayang.

Akak sayang awak. Thats why akak tegur. Akak ade adik perempuan form3. Benda yang sama akak nasihatkan dia. Budak2 sekarang sosialnya lain macam. Risau tauu. Seorang kakak pon risaukan adiknya, apatah lagi parent kan? Jadinya adik2 semua, berpada2lah dalam pergaulan.Berkawan biar BERIBU, berkasih biar SATU. *Logic lagi ke dalam context sekarang ni? Berkawan rasanya mau lebih seribukan. ;p

Mintak maafla entry ni panjang sket. Risau naek cuti aku dah taley nak update selalu. Pada yang terasa ape yang aku tulis ni, ampun maaf dipinta. Aku memang tak perfect, and semua orang tak perfect. Tapi jangan sampai jadi useless terus. betul tak?

Tak sanggup nak letak banyak gambar. Kalau korang Google sendiri taep Budak Sekolah aku yakin banyak gile gamba2 'senonoh' yang keluar. Harap entry ni dapat amek iktibar kepada semua dan juga diri aku. Again, mintak maaf jika ade yang terasa atau taley terima. And dont hesitate right me when I'm wrong. ^^

*Tibe2 guwa rase guwa tua giler. hahaha

psstt : Dah 111111 lah ! Nak bagitau jugekk~ hehehe


Yang Menaep,

Wednesday, November 9, 2011

Seoul Garden Dah Ada Kat Gombak ! ^_^


Assalamualaikum w.b.t

Korang penah makan kat Seoul Garden? Teringin nak gi makan kat sana tapi jaoh? Jangan risau kepada warga penduduk Gombak. Seoul Garden kini dah bukak cawangan baru dekat area Gombak iaitu di KL Festival City Mall ! Yeah!

*Ada macam pembaca iklan kepoh tak? keh3~

Nipon membe aku yang gitau semalam. And akupon ngan semangatnye google la pasal mende neh. Ni yang nak gi ngan family ni. Dari dulu teringin nak makan kat situ ohh. Jaohh sangat nak g kat sunway bagai. ;p

Ni buktinya Seoul Garden wujud kat KL Festival City Mall. *err.takde nama shortform ke ek? Panjang sgt aku nak kabaukan. haha.

For more info boleh KLIK SINI yea. Tempat ni area danau kota je. Jomla korang datang sini ! hehe~ *Aku promote macamla dapat komisyen. ;p

psstt : Aku tau ramai dah makan kat sini. Aku je outdates sket. ngee~ Mehla share pengalaman makan kat sana. ^^

Wednesday, October 26, 2011

Masa yang paling baik untuk minum air.

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Korang ni suke minum air masak? Ke tak layan air masak ni, ape kelas ye idak? Tak macam Mountain Dew ke, Cola Cola ke, Barbican ke, kan kan? Itu korang punye pasal la if tak suke minum air masak. Sesungguhnya banyak kelebihan air jernih ni tao. Untuk yang nak diet pon better minum air masak tau. Tak payah beli mahal2 Jusmata bagai. *sebagai contoh saje. ;p

Know what? Masa yang sesuai untuk minum pon dapat memberi kesan kepada tubuh badan tau. Nak tau lebih lanjut? Mehsambung baca lagi.

# Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN DARIPADA TIDUR.
-Ianya dapat membantu mengaktifkan organ dalaman.

# Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN.
-Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

# Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI.
-Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

# Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR.
-Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kat sini dinyatakan antara waktu yang PALING BAIK untuk minum air. Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi waktu selain diatas ni pon, korang kenala minum air masak. And lagi baek amalkan je bawak air masak gi class. Takde ape nak dimalukan la. Korang perasan tak orang cina tak malu pon bawak botol air besau gi class? *wink wink~

And one more thing, jangan amalkan makan berulamkan air. Tak elok and boleh wat perut jadi buncet. Macam aku. iskk~ So sama2lah kite try beramal yea. hihihihi~

p/s = Demmit! line aku tak lajula nak BW. Nanti aku lepak blog korang yea. Pada blog2 yang ringan tu dapatla aku tinggal jejak. Pada yang berat tu, ampun maap dipinta, mensuci hening dosa...lalalalala ;p

Thursday, September 8, 2011

Cukai Perkhidmatan Topup Naik 6%????!

Assalamualaikum w.b.t

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan apabila anda menambah nilai telefon bimbit.

Sumber :FirdausKasim

Guyz, korang tau tak pasal berita ni?Rasanya ramai dah tau. Tapi aku baru je tau tadi and aku nga geram lagi neh. Gov ni dah kenape sampai nak naek kan cukai ntuk topup neh? Tak cukup duet lagi ke ngan segala macam cukai kat Malaysia neh? adooi~

Imagine kau nak topup RM10, kau kena bayar RM10.60 or kredit yang korang dapat hanya RM9.40. Suka dakk?? Dahla ngan maxis kau sos topup kena tolak 50sen, share topup kena 50 sen. Banyak tuu woii~ Aku kalau topup kat kedai kena tambah 30sen pun aku dah bising, ni pulak nak tambah 60sen? WTFish n chip????!

Korang nak kepastian meh singgah website HOTLINK neh. Btw, bukan maxis je buat cukai neh. Semua syarikat komunikasi yang laen pon sama jugak.

Apa pendapat korang???

pstt = Yang aku tau dalam bajet 2011, ada pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. So, handphone dah dimurahkan, topup pulak dinaekkan harga. In which, they will get more. Sebab people lagi banyak beli topup dari beli handphone mahal2. Dont you u guys realise the game here???

Lepas ni bawak jela telefon uma yang cordless tu gi jalan. Jimat sket. tskk

Tuesday, September 6, 2011

Perempuan = Cermin. Setuju?

Assalamualaikum w.b.t.
Hye Guys! Pekabor semua? Harap2 sehatla yea. Aku sekarang ni batuk2 la. Berjangkit ngan abah la ni. hihi~ Minggu depan aku dah nak naek cuti. Rasa tak puas cuti itu normal la kan. Tapi bila dah jumpe member2 kat uni nanti tak ingat dunia la pulak. Asek nak potpetpotpet je. ;p

So citer aku arini adalah pasal PEREMPUAN = CERMIN. Ada yang nak membantah? Ke ade yang geram nape aku tak cakap LELAKI = CERMIN ?

Meh sini aku bagi hujah2 aku dulu. Aku tak nak la upload gambar random pompuan ngan cermin. Karang ada yang terasa. Tapi cuba korang perhatikan member2 korang, tak pun kat album korang sendiri, mesti ada amek gambar depan cermin punye. Hepp! Jangan tipu. Aku pompuan, aku taula. ngeh3~

Mungkin korang takde upload gamba2 camtu, tapi mesti punyela pantang tengok cermin. Bukan amek gambar je, tapi mesti rasa nak tengok cermin betulkan tudung lah. Betulkan rambutlah. Itu normal bhai. Aku pun camtu. Banyak je gambo2 aku depan cermin. Biasa broo.. Lagi2 cermin kat toilet Pavy tuh. Besar punye! hahah~

Ni contohnya. Muka zaman matrix neh. hihi~

Selalunya cermin2 toiletla yang jadi mangsa keadaan. Para gadis suka ber'camwhore' kat cermin toilet. betulkan betulkan? jangan tipu. tipu dosa masuk api melaka. LOL~

Aku letak koleksi gamba aku je senang. Takde sape nak sentapp nanti. Btw, bukan pompuan je suka bergambar depan cermin, lelaki pun ape kurangnya. kan kan? ;)

And one more thing, take note yang dalam arab, perkataan perempuan dan cermin adalah sama. Yang membezakannya adalah baris saje. Contoh ;

مرآة = مرآة
Mir'atul = Mar'ah
Perempuan = Cermin

get it??
^_^

Jom usha sini. Kisah Lembu dengan Manusia. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails