my beLOVEd follower

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Love Shape Egg

Assalamualaikum semua :)

Semalam ngengada beli frying pan bentuk LOVE ni kat Giant. Ada banyak bentuk; star, diamond, love etc. Aku saje nak try yang bentuk love ni. Balik rumah je terus try masak teloq ^o^

Ni lah hasilnya..


Siap try terbalikkan lagi sebab nak tekur kuning tu masak. :P

Jadi memang jadi bentuk love nya. Cuma take time sikitla nak masak. Sebab pan dia kecikkan. Pastu ruang dia terhad sikit. Nak terbalikkan pun kenala hati2 sket. Untuk ngkorang yang suka ngengade cam aku, boleh la beli. hihi~

PEACE~

Thanx for reading :)

Wednesday, October 17, 2012

Happy Birthday To ME. hihi

Assalamualaikum semua.

16 OKTOBER, genaplah umur aku 22 tahun. Dah bukan adolescent lagi dah. Kena terima hakikat aku dah masuk alam dewasa. dem!

Saja nak buat short entry pasal besday. Semalam celebrate makan dekat Q Thai Steamboat and BBQ kat Ampang Waterfront tu. Tak penah try kat sana tu yang teringin nak makan tu. So satu family melantak steamboat malam tadi dengan nenek sekali ikut. Tapi sayang betoi. Nenek pi makan nasi goreng ngan mee goreng je. Dia tak suka benda makan celup2 ni. haha

Makan kat sini memang heaven. Makanan laut banyak gila! sampai pepahat pun ade oh! segala macam sayur mayur fish ball crab ball dragon ball semua ada lah ! *dragon ball tu hiperbola je ye anak anak* :P Rojak ada eskim ada. Untuk steamboat je sorang RM22 ++ and ntuk steamboat dan grill rm 27++. Sup pun terus dapat dua jenis, tomyam ngan sup kosong.




See deretan makanan basah tu ? memang sangat ohsem ! banyak choice sampai taktau nak amek yang mana satu dulu. Nak mula dari mana pun blur. Apepun kalau yang muslim tu, dimulakan dengan Bismillah ye. kekeke~
Kat sini pun fish ball dia kiut2 oh. Time aku datang ada fish ball gambar bear ngan gambar ketam. Domo kyeopta! ^o^
Siap bagitau jangan membazir lagi ha. Resit tu bukan aku punye. Semua gambar ni aku gogel je sebab update pun kat computer lab je. So memang takde gambor sendiri la kan :P

But in my opinion, Seoul Garden lagi best! sebab tempat masak kebawah sikit. kalau kat sini, tak selesa kalau grill sambil duduk. mesti feel nak berdiri gak. :P Cuma memang sini lagi murah la kan. Tapi untuk korang try, takde masalah kut. Janji kosongkan perut dan melantak sepuasnya ! hahaa~

Meh setepek gambar besday gurl ngan buah hati dia. eh? hahahaa!

p/s : Semua gambar kredit to hencek gogel. kecuali gambar last sekali. keke.

*Tadi kata short entry. Terpanjang lak. Miann~ :P

Thanx for reading :)

Tuesday, August 28, 2012

Baru Nak Wish Raya? :P

Assalamualaikum semua :)

Last entry on 18 Jun. Sekarang dah 28 Ogos. Lebih 2 bulan jugakla blog ni terabai. Bukan takde cerita nak update. Tapi sila salahkan Twitter sebab dia dah rembat semua cerita yang boleh aku jadikan entry kat blog ni. :P * Ni lah akibatnya bila jadikan blogspot sebagai tempat bercerita kisah hidup* -___-"

But is it too late for me to wish Happy Eid Mubarak? belumkan? kalau wish selamat berpuasa tu yang dah terlambat kan kan? hehe

So here I wanna wish 
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
yang kenal diri ini
yang singgah kat blog ni
yang baca entri ni
  MAAF ZAHIR BATIN yea ^o^

Rasa tak feel lak nak wish sebab macam dah seminggu raya baru nak cerita pasal entry raya. Tapi aku dulik hape. Tengah ada mood nak menaep ni baek ku layankan sajo. ye dak? :P

Tema kami tahun ni, supposedly chocolate. Tapi dah terjadi gold, pon boleyy :)

Kami sefamly balik raya kat Batu Pahat. As usual semua berkumpul reramai. Bezanya this time pakcik dari Singapore pun datang sekali. Dengan anak2 dia n cucu2 semua. Plus pakcik dari Kelantan pun ada. Meghiah jugakla kat kampung tu :)

Ni nak bergambor satu famly tapi tak prepare lagi. Ni bukan gambar proper sebab amek guna nset je. ngee~

Another thing is, menu raya kami kali ni mix hidangan pantai timur dan selatan. Jadinya, tercombinelah Nasi Dagang + Sambal Goreng + rendang ayam + ketupat + lemang + lodeh + serunding dan asam pedas. Yes yes asam pedas pun ada. Jadinya aku ni dari breakfast, lunch sampai ke dinner makan nasi dagang + berkuahkan asam pedas, sambal goreng dan rendang ayam. Boleh tahan sedap jugak ! harhar. Rasanya ni first time menu raya ada nasi dagang. :D

Hari raya kedua pulak, kami konvoi ke johor bahru, then dari sana konvoi masuk Singapore lak. Nak beraya kat rumah Pak Long. Jem gilos tak payah nak citer ah. 3 jam terperangkap dalam jem nak masuk sana! Leceh bhai -.-"
Bukti pasport. *motif? :P

Raya ketiga sudah balik ke KL. Dan mood beraya pun dah babai tertinggal kat kampung. Parent dan nenek pun dah mulakan puasa 6 nya, aku adik beradik dah kebosanan sebab takde beraya ke mana2 lagi :"( 

Anyhow, sempat jugakla aku kumpul duet raya masa kat kampung dulu. Ada juga yang masih sudi memberi kepada gadis berumur 22 tahun ni. ^o^

Aku hado. Kau hado? ngeh3~

Last but not least, harusla setepek letak gambar tuan tanah kan. 


okbai. 

Thanx for reading :)

Wednesday, June 13, 2012

Paratha Foldover ! Yammey ! :)

Assalamualaikum semua.

Harini aku saje nak share satu signature dish aku. *signature ngko! gile perasan! keh3~* Oklah bukan signature sangat sebab aku maen bedal je buat. ni semua sebab kes tak dapat makan ciken foldover mekdi la ni. ;P

Cara2 dia mudah saja. Barang2 diperlukan seperti dalam gambar bawah ni :)


Mostly barang yang aku guna sama dengan cara buat mix sausages & fries ni. Boleh RUJUK SINI. Bezanya, aku goreng burger and most of all, paratha instant aka roti canai . Sayur salad and tomato jangan dilupakan. Yang penting semua perlu digoreng okeh? ^o^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TARAAA !!!!



Nilah ghupo dio.. sumbat selagi mampu. hahahaha

Sama tak macam bawah ni? xP


tak? okbai. hahaha

Actually ikot korangla nak buat macam mana. Rumah aku manalah ada nak beli foldover betul tu kan. So guna sajo roti canai. kih3~

Selamat mencuba! 
^o^


Sunday, May 20, 2012

Celebrating Mama's Birthday & Abah's Birthday :D

Assalamualaikum semua.

Every year, on May memang sangatla seronok family aku. Bukan apa, sebab banyak betul celebration during this month. First, Mother's Day on 13th May. Then  Teacher's Day on 16th May. After that my parents birthday on 19th and 20th May ! YEAH !

So today, sekaligus terus celebrate both of them. After aku exam petang tadi, terus abang aku amek and bawak parent keluar sekali ^o^

Meet the momma. HAHA ! 
I LOVE YOU LAH MAMA !
MUAXX! ^,^


Suap-suap la konon. buat muka je lebey. haha


The FOODS ! 
:)


End up tak habis pun. and tapau bawak balik. hihi

For My Mabah ; 
HAPPY 58th BIRTHDAY MAMA !
HAPPY 55th BIRTHDAY ABAH !
I love you guyz soo much ! No other parents would ever replace you guys in my heart. You're the BEST EVER ! Sayang MAMA ! Sayang Abah ! *hugs*

p/s : Mabah stand for mama + abah. :P

Sunday, March 11, 2012

Jom buat Burger Special with Cheese :D

Assalamualaikum semua.

Takde idea nak buat breakfast ? Meh sini aku suggestkan buat homemade burger special with cheese. Dijamin OHSEM ! haha

Ni sebagai contoh saja. Terliur? Jom buat ! senang je pun :)

Sekarang jom usha barang2 yang diperlukan.

#Daging burger
#Telur
#Cheese
#mayonis
#sos bbq. *optional
#lada sulah *penyedap rasa
#kicap Lea & Perrins *penyedap rasa

Cara membuat :

1- Goreng burger as usual
2- Pecahkan telur dan ratakan di atas kuali pan.
3- Letak kepingan cheese diatas telur. Pastikan ditengah2 yea. *dalam gambar tu aku letak burger dulu baru cheese. mana2 boleh. but letak cheese dulu is better. :)

4- Letak mayonis kat burger. Lada sulah sikit.
5- Balut burger tu elok2. :)

SIAP! ;D

Lagi best kalau korang ade buat coleslaw ke. Salad and roti ke. Baru jadi. Ni aku buat malam tadi. Supper kitorang sekeluarga. hihihi.

Selamat mencuba ! :D

*jumlah kalori n kolestrol jangan tanya aku. Aku tak timbang. hehek ;p

Saturday, February 11, 2012

Love Shape Pizza ♥♥♥

Assalamualaikum semua.

Semalam lepak KLCC with my dear. A day before that lepak KLCC jugak with my friend, Anis. Ktorang just nak tengok wayang je kat sana. Dah ada free tickets la katekan. Ajak member tengok wayang free sekali. hihi~ Ktorang tengok citer Underworld Awakening. Although aku tak tau sangat citer tu pasal ape, selamat ade Anis as my storyteller. hehe. jkjk. She's cool. Dahla penat2 balik kerja, slumber je ajak tengok movie sama2. Thanx ye cik Anis :)

Miss Anis Maressa :)

On Friday lak pergi KLCC lagi kononnya nak shopping buku kat Kinokuniya. Last2 end up makan Pizza Hut je kat sana. Payahla cari buku kat situ. Buku2 yang aku nak semua tak jumpe. In other word, malas cari. -__-".

This pizza for Valentine Days. But aku bukan celebrate pun. Just order coz it look cute. HAHA.
The side order, as usual Huts Platter. My dear suke sangat shrimp tu. -.-

Him ♥

After that singgah Axis Atrium jap. Nak beli Rainbow cake kat Lildaisy tu. Kepingin sihh. hehe. Rasanya not bad. Just I think for me, kena letak banyak sikit cream kot antara slice cake tu. Sebab rasa macam makan nude flavoured butter cake. Without any cream. huhu~ *it just my opinion by the way. ;p

Si kepoh depan kedai Lildaisy :)

Dah terlanjur sampai ke Axis Atrium, pekena karokk sejam. Nak abeskan masa je pun. hihi. After that, baru melantak kek tadi. Plus pizza hut tapau sebab perut dua-dua dah kemotong. HAHA ;P


I think thats all updates from me. Maaf sebab jarang update sekarang ni. Ada masa memang aku rajen merayap blog blog korang semua. No worries :)

psstt : Bentuk love shape tu macam tak jadi sangatkan? ;p

Wednesday, January 18, 2012

Kak Nana Belanja Melantak kat Satay Station. ^_^

Assalamualaikum semua.

Although dah tengah malam, still nak update jugak pasal dinner tadi. hihi. Sebenarnya dari semalam Kak Diana a.k.a Kak Nana nak belanja makan luar. Dia dapat bonus bulan ni. Tu yang niat nak belanja ktorang satu family tu. wee~

Kak Nana taktau nak makan kat mana. Suruh aku and adik aku surveykan tempat kat mana best. Ikotkan banyak je, cuma takdela sampai nak mahal2 sangatkan. Kesian pulak kat dia sebab baru je kerja. ;p

Kitorang plan area Ampang Waterfront tu je tak payah jaoh2. So dalam otak pikir antara TupaiTupai, Ikan Bakar Sekinchan, Thai Steamboat or Satay Station jela. Last2, pikir Satay Station jela. Senang & cepat siap. Abah kerja malam, taley nak stay lama2. :)

So, this is it.. :D

Ada order Sate hati jugak. Besau gedabak. Tak muat gamba. hehe~ *tipu je. malas nak upload sebenornya. ;p

Masa kitorang sampai tadi makcik and all the pakciks tengah berdondang sayang. Pa'kal tengah ramai orang. Kalau tak aku dah joget sama dah. Ni pun badan memang dah joget2 sket. haha. Siap lagu si ikan kaloi pon dia nyanyi tau. Ala yang citer bawang merah bawang putih tu. tau tak? ;p

Abaikan je muke budak selebet yang peace ni. Pokus kat makcik and pakciks kat belakang tu je. HAHA~ #padahal gedabak gamba dia je. ;P

Walau apepun, BIG THANK YOU TO KAK NANA
coz sudi belanja kami sekeluarga. Akak baru duduk rumah nenek, tapi dah rasa macam satu family dah. Bestt sangat ! Sorrylah family kami ni memang kepoh2 and haru sikit. wee~


psttt : Rasa sate kat sini dah naek hargalah. Sebatang rm1 rasanya. pehhh~ Dulu ada buat entry makan kat sini jugak. KLIK SINI.


Thanx for reading :)

Wordless Wednesday #9 Teringin Nak Makan Ni :")



Sumber gambar : IRINE.

Sunday, December 18, 2011

Appreciation Night at Wadi Al-Nile Restaurant



Assalamualaikum semua.

Sekarang ni agak mengambil masa ntuk aku update blog sebab dah tak sefree dulukan. Minggu depan minggu last ntuk blaja. After that dah final, so faham2 jela yea ;)

Jumaat lepas PGG club (Personal Growth Group) under Counselling Service Centre (CSC) of IIUM ada buat Appreciation Night, kira macam dinner lah ntuk all members. Majlis berlangsung kat Wadi Al-Nile Restaurant kat Platinum Walk Danau Kota.

Tema kitorang kali ni, Middle East. So jom la tengok gamba2 pulak. ^_^

Masa baru datang. ;)

The FOODS!

Bergambar before makan itu haruss. ;p

This is my group members.
2 orang tu from Thailand.
;)

Bergambar ngan chef pulakk. ^^

This is the KING & QUEEN of the night.
Congratez guyz!

Hadiah2 yang ku dapat malam tu.
weeee~
Bukan selalu aku dapat Lucky Draw neh. eksaitedd woo ;p

Last but not least, haruss tempek muke sorang2.
^_^
*Shawl inspired by Diana Amir.

Overall dinner ni memang BESTT! Makanan pon sodapp sangat ! Puas gila aku makan. Congrates to all committe yang menjayakan dinner ni ! Korang memang COOL N GOJES!
:D

p/s = Final dah dekat. Thanx pada yang sudi singgah n follow. Ada masa, akan ku jejakin korang balik ok. PEACE :)

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails