my beLOVEd follower

Showing posts with label adikku aqilah. Show all posts
Showing posts with label adikku aqilah. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Orang tak nak bagi, cuba jangan paksa !

Assalamualaikum semua.

Tajuk entry mungkin agak garang dan amarah. Tapi mmg tu pun yang aku rasa. Semalam aku lepak TS ngan membe aku, zaidatul, hanef, ngan adik aku aqila. Zai la yang eksaited betul nak shopping. Aku layankan je. Sebab nak gak cuci mata ngan barang2 kat TS tu kan :)

Dipendekkan cerita, aku ngan adik aku naek tren star dar Ampang. Sampai je stesen Hang Tuah, ade a group of chinese approach ktorang. Then dia asingkan aku and adik aku. Chinese girl sorang ni suruh tulis nama, ntuk tolong projek asgnment dia. Sambil2 tu dia puji itu ini. Cakap muka aku macam chinese la, cakap aku tak macam umo nak masuk 22 lah. (membodek jee)

At first aku ingat dia nak tanya2 soalan jela. Pastu blah. Jap lagi boleh dia suruh beli barang2 yang dia jual, harga RM30 & RM 60 je ! siap dah bagi harga lak tu. Barangnye pen elastic and teddy bear kecik tapak tangan je ! Gile tak berbaloi !

Aku cakaplah aku taknak sebab takde duet. Baru nak pegi TS baru cucuk duet. Then dia paksa2 gak suruh support dia. kena beli rm30 je. Pastu cakap kawan awak dah beli maaa. Aku pandang aqila, dah kuakan duet lima hengget lima hengget dia cukupkan rm30 ! WADDEEEFFF??!!

Diorang pandai lak tu tak bagi aku ngan adik aku discuss dulu. Tu yang adik aku termakan hasutan diorang tu. Dah tau aqila beli PEN BERHARGA RM30 TU, lagilah aku taknak bagi duet kan. Aku siap cakap nak bagi RM1 or RM2, tapi dia taknak. Nanti tak dapat point katanye. Point abah kau ! Orang sedekah duet taknak. Nak gak paksa beli mende tak berbaloi sampai rm30. Memang TAK la kawan. *kawan ke ngan dia? haha

Ayat paling takley blah dia, siap bagitau aku atm katne so that aku ley cocok duet n beli barang dia. Lagi aku angen. Seyez gile nak paksa2 aku. Last2 kawan2 dia yang laen terus cakap thank you kat aku, sebab nampakla muke dah nak angen en. Tapi chinese gurl tu memang tak puas hati gile. Buat muka kot ! Aku blah gitu jela.

Then telinga adik akulah panas sebab dengar aku membebel. Dia boleh termakan hasutan dak2 cina suruh beli pen bongek tu ! Last2 takde duet nak shopping. Aqila dahla bawak rm30 je. Sian betul. -_-"

Inilah pen berharga rm30 tu. Memang berbaloiii kan? -..-
Gamba sami shoalin lak tu. Bagila yang cute2 sikit. haih


Moral of the story :

#Korang yang nak buat project ke, asgnment apa2 pasal nak jual2 ni, tolonglah consider sikit orang yang korang approach tu. Bukan semua orang cop duet. At least nak sangat orang beli, biarla berbaloi sikit. Over sangat nak untung besar. Put asidela point yang korang nak dapat hasil jualan tu.

#Korang yang kena approach pulak, rasional sikit dalam decision making. Belajar say NO ! We have our rights dalam hidup ni. Bukan orang laen tentukan cara berbelanja kita. and still, put asidela kalau korang memang baek nak bersedekah amal jariah kat cine tu kan. -..-'

Maaf jika entry ni agak racist sikit. This is just my experience. Pengajarannya untuk semua orangla yea. :)

Thanx for reading :)

Saturday, March 10, 2012

Yesterday was my sista's birthdayy ! :D

Assalamualaikum semua.

9 Mac 1996.

Birthday adik montel aku sorang ni. Ktorang adik beradik taktau nak celebrate macam mana, so tanya qila, dia nak karok and shopping ! So ape lagi. Malam tadi jugak ktorang terus ke Axis Atrium karok satu kalu then gerak ke danau kota ntuk shopping ! jyeahh ! ^_^

Ni gambaq after karok. Semua jadi mereng and sore takde. penat siot melalak. Even ada video, memang TAK la nak letak kat sini kan. hehek. Birthday gurl y semangat PEACE depan2 tu. Ktorang kua berlima. lagi sorang abang aku y jad tukang amek gambaq. ;P

Anyway,
HAPPY BIRTHDAYY my lil sista AQILAH HANANI !
May all ur wishes come true.
Be a good gurl , daughter and sister.
Tamo degil2 lagi ngan mama and aku. Sekeh jugak nanti. ;P
May ALLAH bless you always.
:)

psst : semalam tak puas sgt shopping kat danau sebab tak cucuk dwet. so perbelanjaan terhad sebab ade rm150 je dalam tgn. ;( tu pun thanx tu Kak Anun sebab bagi pinjam rm100 ouh. Bule lak atm reboot sampai kol1 taley cucuk duet lagi -..-

Suka bergambar? Tengok NI. :)

Thanx for reading :)

Friday, January 20, 2012

Shopping kat Kedai Buku Jom?

Assalamualaikum semua.

Selamat hari Jumaat ! Aku tau arini korang paling suke kan sebab esok dah Sabtu = its WEEKENDS ! yeah ! Apa plan minggu ni? Mesti ramai dapat jemputan kenduri kawenkan. Esok ada mbe aku kawen gak. Tapi kat Kota Tinggi. Jaoh benor. Dan ade la sebab2 tertentu tak dapat nak datang. Minta maaf ye :(

Anyway, pagi tadi aku pegi Uia. Bukan sebab rindu ok. Aku ada order cheesetart, so pickup point dia kat dalam uia. So dah terlanjur pegi sana, singgah terus kat Finance Department ntuk hamek 4 keping voucher ni. weee~

Sepatotnya dah lama boleh amek. Tapi masa hari yang patot aku amek tu ada exam, soo tak sempatla. It still open until March actually.. So sempat je sape2 dak uia yang belom amek lagi :)

Aku ni prefer dapat cash sebnonye. adeyy~ Ada sape2 nak kautim ngan aku voucher ni tak? Nak beli buku2 text pon, tunggu naek sem lah baru tau guna buku apa. Antara aku simpan je voucher ni or belanja adik aku kat Fofuler ke, Kinokuniya ke.. Dia tu hantu comics and novel sket. Mana tau dia ada nak beli buku rujukan ape2 ke. Ley claim kat dia je. KAHKAH.

#ingat baek sangat tadi. satgi nak claim kat adik en. hahaha

Gov bagi kita hamek. Put aside lah udang disebalik spagetti tu kan. Dah cukup umur. Boleh pikir sendiri right ? huhu


Okla. Tu je entry arini. Esok mau ke Melaka. Ada sape2 orang Melaka kat sini? ;)


Jom KLIK SINI, SINI, SINI dan SINI. ^_^


Thanx for reading :)

Friday, December 23, 2011

Cerita Tentang PMR. ;)

Assalamualaikum semua.

First of all, congratez kat adik2 yang amek PMR tahun ni. About 34k yang dapat straight As kat Malaysia! Ramai budak2 pandai sekarang ni kan. hihi. Adik aku one of calon PMR tahun ni lah. Result dia alhamdulillah ok. Tapi takley challenge kakak dia lah. HAHA.

PMR is just another stepping stone ntuk berjaya after ur UPSR. Next station is SPM. For those tak puas hati ngan result PMR tu, jangan down sangat. SPM tu lagi penting ok dear? ^_*

Cerita pasal PMR ni, sumpah aku rindu zaman aku sekolah dulu. Nak tau 1 citer tak? Ahh korang tanak tau pon aku still nak citer. ngee~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ni kisah sorang budak masa tahun 2005 nak amek keputusan PMR kat sekolah. Dia budak KL yang belajar dekat Johor. Let consider her as 'N'. Dia budak biasa2 je. Takdela hebat mana pun. Pandai pun biasa2 je. Just ordinary student. Masuk kelas kedua. So target ntuk PMR dia memang biasa2 jugakla. Tapi sape yang tak nak dapat straight As ye idak?


So dipendekkan cerita, waktu result keluar, mak+adik+nenek+nek long semua ikut gi Johor and tidur kat hotel berdekatan sekolah. 1 family ni datang nak amek sama2 result budak ni. Apa yang N tau, amek result kena pakai baju sekolah. Sebab dia ni dari KL, so dia takdela nak bawak baju sekolah. Mak dia suruh konfemkan ngan cikgu kelas, boleh ke pakai baju kurung biasa n tudung biasa ntuk amek result. So lebih kurang beginilah perbualannya..

N : Assalamualaikum cikgu. bla bla bla (bayangkan sendirilah ye pertanyaan budak tu kat cikgu dia.)

Lepas cikgu jawab boleh apa semua, cikgu pun cakap sesuatu yang buat N tu nanges tak henti2.

Cikgu : Haa N! Macam mana keputusan awak ni?! Takde A pon??? Semua B je?? Macam mana awak belajar ni??

N : Err. Yeke cikgu?? Saya takde A langsung??? *dengan suara terketar2. tangan dah sejuk. mata dah bergenang. T_T

Cikgu : Yelah. Tulah awak maen2 belajar. Ni pukul berapa nak datang? Saya tak sabar nak jumpa awak ni.

N : Saya datang. Saya datang. *lemah. tak mampu nak cakap sebenarnya. talian dimatikan.

N ni terus terduduk. Melalak sorang2 kat balcony hotel. Sape tak sedih bhai penat lelah kau setahun takde A langsung ! Semua B! Rasa diri macam bodoh gila je ! Memang meraung....lah kan !

Malu N dengan nenek n nek long dia. Sampai tak pepasal nenek N kena buat air jampi sebab dah sangat mengongoi N menangis. Sampai taknak pergi amek result dah. Mata sembab tayah citer.

Dipendekkan lagi cerita, semua gerak menuju ke sekolah. N taknak keluar kereta. Mak, nenek and nek long yang pergi ke dewan ntuk ambilkan result N. N malu ngan family sebenarnya. Malu sebab tak mampu dapat 1 A sekalipun. Sedih sebab couldnt make her parent proud of her. ;'(

N tunggu dalam kereta dengan adiknya. Tiba2 maknya telefon, ucap TAHNIAH kat N! Dan suruh dia datang ke dewan sekarang. Slow2 N jalan ke dewan ntuk mendapatkan maknya. Sampai sahaja di dewan, mak N terus memeluk N sambil menangis dan memberitahu berita yang sebenar.

N dapat 9A !! Ya Allah. Bagai tak percaya je apa yang berlaku. Tadi N menangis bagai nak rak sebab fikirkan tiada A, sekarang sambung menangis sebab dapat straight As ! Cikgu juga memeluk N mengucapkan tahniah dan minta maaf kerana bergurau dengan N. Tidak sangka sampai N boleh percaya dan menangis dengan teruk. ;p

N bersyukur sangat2 dan memang tak sangka akan dapat keputusan sebaik itu.

THE END. ;)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Allah beri kita dugaan, kerana DIA dah sediakan kepada kita ganjaran yang takkan terjangkau akal kita. ;')
Ada ke yang baca sampai abes? Aku memang tabikk toink2la kat korang yang baca sampai abes. hihi~ Aku saje je ngade2 buat dalam version cerita camni. Tengah rajen nak menaep. Teringat pulak kenangan masa amek result aku. eh, N lah. bukan aku. lalalalaa~


p/s = Esok nak ke Pangkor ! YEAH !

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

Tuesday, November 8, 2011

Beraya di FUNFAIR ! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz ! Actually dari haritu nak update pasal gi Funfair ni. Tapi aku dok uma nenek, so tak dapat nak online. Korangg suka gi funfair? Dah bape lama korang tak g? Aku dah tak ingat dah bape lama tak g. Rasanya last masa aku form2 jugakla kot. Tu pon masa ada kat Tasek Tambahan dulu. ;p

Funfair ni kat Taman Dagang. Belakang Galaxy Ampang je. Kalau korang tau area Ampang, mesti tau punye. Spotlight funfair tu trademark kot! ^^

Dalam banyak2 game, aku maen 2 ni je. Ikot aty memang nak maen keta langgar, fairywheels semua tapi kenala save sketkan. Nipon aku abeskan duet raya yang sedare bagi pagi tu. hee~

Aku gi bertiga je ngan abe tomok and adek aku.

Ni token yang wajib kitorang abeskan, 1 token rm2. Setiap game kena 2token. Tu yang taley nak maen banyak2 tu. Pastu gi maen game2 yang macam baling bola, bingo lah, tangkap itikla. Gila tak ong siot! Aku dapat pen besau je = rm4! isk. sedey2~

Pada yang sape2 nak gi, mehla datang Ampang yea. Bole buat release tension. hihi~

Monday, March 21, 2011

Kisah Jolie si Kucen Stokin

halu frenz. sejak akhir2 neh, aku ngaku aku jarang nak update blog. byk prioriti laen yang nak disetelkan. harap anda2 semua paham ye. btw, thanx kepada yang sudi singgah and folo blog tak seberape neh. akan ku jejaki belog anda anda anda semua ya! ^^

arini aku nak bebel pasal kucen2 aku. seperti entry2 lepas, dua ekor ni jela kucen aku. si Jolie n Bibie. nak dipendekkan citer, aritu abah ngamok ngan diowang neh. yela kan.gi pancut kat bju bersih dalam bakul kat atas sape suruh. kan dah kena. aku tak tau sangat ape yang jadi coz aku kat atas, based on mama citer, agak kesianla budak2 tecikk ni. kena baling ngan tupperwarela, sebat ngan kayula. masa aku dah turun, Bibie dah lari keatas, Jolie adeq aku nga dukung. tapi seyez doh, Jolie cuakk giler! badan dia keras je. ktorang bawak dia dalam bilik aku.memang keras gile badan! napas pon laju je. dah rupe tenggiling aku tgk tergulung je. haih~

tgk si Jolie neh. sampai tergulung takot. cian ye~

Bibie ni ha nyorok muka kat adeq aku.

esoknya Jolie n Bibie memang takotla ngan abah. dulu Jolie ni ske wat bising miowmiow kuat2, sekarang takot2 dah bila ade abah. korangla ni cari gdo. penat abah basuh baju tau. mama back up kucen tuh, sebab b4 ni ye tak penah wat hal. ni maybe sebab tempat wiwi ye pasir tu dah basah kena tempias hujan. tu yang diowang gi pancut kat tempat laen. n consequences nya, mama belikan diowang tempat wiwi baru!

tomey tak? design cam ntuk yang betina sket. tapi layanla kan.ade pintu nak masuk. plus Bibie kan bapok. opzz~ haha!


nak tau lagi perangai diowang neh? asal ktowang nak kua umah ke, takpon cam aritu mama ade kursus kat IAB, kenala kemas baju2 nak bawak en. si Jolie ni baek punyer landing tak bagi mama kemas. wat muke toya lak tuh. sabaq jela.

jolie yang nakal~

si Bibie ni pon dah ikot perangai abang dia. aku nak balik u dah, time tu la tido atas beg laptop aku. (aku gune backpack je ntuk letak laptop). aku ni dahla jenis tak sampai aty nak kaco diowang tido. haih~
bibie temokk! hehe

errr.emo lak Jolie neh.
ngeh3~

Wednesday, March 16, 2011

Ahad yang gempaqq best!

Aloha. rindunya nak bebel kat belog. keadaan yang amat busy, buatkan aku terbantut + terkentut ntuk membebel disini. haih~ migu lepas sgtla busy.migu ni pon kirenyer sme jela. but kureng sketla coz takde event pape nak kena attend kan. malam Sabtu aritu, after discussion aku terus balik uma. yela, dok sini pon wat lagi tension je. baek lepak2 kat uma maen ngan Jolie n Bibie. lagi best! ;p

dipendekkan citer, on 9th March aritu bezday adeq aku. eehh.aku tak buat entry bezday dia lah! (see.kan aku cakap aku busy) ;p takpela. janji dah wish n celebrate. kan mok kan? hee~ btw, bezday dia same ngan bezday roomate aku. (saje nak kepoh. ;p)

ahad lepas, sangatla best gile gile memang sampai nak gile betol dah. ahha! mama tanya qila (adeq aku), nak buat ape arini?ktorang sebok2 la kan cakap, aku nak gi TS, ley tengok wayang n shopping2, abang aku nak makan kat Marciano, adeq aku lak kte nak jalan2 n makan ciken cop je. lastly, of coursela mama ikot cakap bezday girl kan. so, we all decide gi makan kat Cozy Corner kat Ampang Park tuh. suka lah qila dapat ciken cop peberet dia tuh!

gambaq2 arap maaf ye.semua gelap2 n tak banyak. so tak dpt nak tayang disini ;p

yang aku jakun nya, abang aku order menatang neh.. escargot half dozen. aku ingat mendela binatang neh. rasa dia sedap!makan dengan roti bakar skali. total makan kat sini, adela dalam 130++.xsampai pon 2ratoz. so ok la kan.bukan aku yang bayaq pon.

ni aku google je.sebab gamba yang aku amek kabur je. tp memang sebijik camnila menatang escargot tuh.but i wonder siput bawah ni ke yang aku makan aritu???

eeewwww~
;p

lepas makan, abang aku ajakk gi karokk kat KTV Ampang Park plak. naekla atas pulak karok sejam. memang giler happening btol!mama n abah pon sporting. lagi2 bile lagu Cari Jodoh. bukan maen lagi semua. hahaha! aku n qila siap joget2 atas sofa lagi. ngee~

lepas melalak pe semua, rasa nak muntahpon ade. yela, baru lepas makan en, jap lagi melalak lompat2. mne tak nye. haih~ ;p

malam tu pulak, b4 anta aku balik U, ktorang dinner kat Marciano. ni abang aku punyer pasal la. sebok nak jugak blackpepper rib dia tuh. kecohh tol. abah n aku kenyang lagi. so aku order mix vegi with cheese n abah a basket of fries je. jap lagi tokey tuh (bos abang aku dulu) bagi free piza weh! FREE tu! ngee~ mama n qila order ciken cop lagi. memang xpuas2 qila neh makan ayam kena cop tuh. aigooo2~

ni la rupe mix vegi n cheese tuh. nga dietla konon nye. hak3~


piza free! haha! makan 3 slice je. da kenyang sgt! abag 2 slice, aku sekeping je. hoho~

our desert! ^^

sumpah kenyang gile malam tuh! n enjoy sangat! bebaloi semigu aku tension2, lepak ngan family, release semua ketensionan yang ade. ^^

actually penah makan kat sini. so mknan yang amek pon agak same, tu tak letak gambar. nak tgk entry yang dulu. KLIK INI. ^^

FUHH. siap pon 1 entry. hahah!

Friday, November 5, 2010

budak nakal neh. geram betol!

hye semua! aku tinggal lagi 3 more papers to go!!! HWAITING! tapi amatlah lotih nak study je. mama lak abesh je exam semalam dah amek aku bawak balik. konon nya nak gi Low Yat beli charger laptop aku. jap lagi xjadi. coz bukan chrger yang rosak, wayar tuh yang rosak so beli jela kat kedai komputer kat Ampang neh. huhu~


aku bukan tak suka nak balik rumah, cuma effort ntuk aku study tu kurang. yela, kat uma kena masak, ada tv (mestilah rasa nak tengok kan.lagi2 citer Spongebob! isk. dugaan.) , nak keluar
beli barang dapur lagi. pendek kata banyakla mende ley buat. geram je aku. macam semalam..adik aku tengok citer Pasta in Love. abang tengok citer Full House. mama lak ten
gok drama Tarikh Kematian. semua cambesh je nak tengok en. padahal aku kena study coz next paper aku neh sederet. on 9th and 10th Nov neh. -_-''


kesiann aku kann?? T_T


aiyark. bukan tuh aku nak citer sebnonyer. ni pasal si Jolie and Bibie aku. pantang aku bukak buku, mesti terus nak mengendeng kat aku tau. x caya? meh tengok gambaq2 neh..
.
.
.
.
.
.
.
sebokk je tau nak baca jugakk.
aigoo~

ni pulak tidoq bertindih ngan abang ye..
comey memang comey..tapi sabaq jela aku neh..
haish~


ni gambaran jelasnya.
aku sampai payoh nak study sebab asek nak amek gambaq diowang je.
ngee~


smart x aku amek gambaq neh?
ingat senang ke camera murah nak dapat efek camni..
comey ja diowang tidoq
;p


korang tengok..sampai nak tido pon diowang kaco tau.
budak2 nakal neh memang suka tido sama.
pagi tadi pi geget tangan aku.
xpepasal dah kena lepukkan keramat aku.
kah3!

apepun, i love them very much! si nakal Bibie & Jolie ku! ngee~

aku memang busy cket. if aku on9 aku xlupa nak BW and komen2 blog korang ye. so for the time being, sementara aku nak abesh final neh..korang jangan xjenguk blog aku ya.

cheers~

Wednesday, May 5, 2010

dinner at Marciano

semalam xdapat ku menyonteng disini sebab my family rush g ke melaka. pagii2 lagi mama dah kejot kata nek uteh kat melaka tu meninggal 5pagi tadi. soo, semua nak pergi.. nak ikotkan xmuat keta tuh. yelakan, abah nak bawak keta myvi. waja tuh xservis lagi.risau kalau jadi pape. 4 orang dok blakang ngan semua pungkok yang comel2, amatlah menyeksakan ya! anyway, xelok ungkit2 nak melawat uma orang meninggal nih. yang penting kami selamat sampai, selamat dikebumikan, dan selamat pulang. (jangan ingat kami lak dikebumikan.sila paham2kan je ayat tuh ye)


AL-FATIHAH UNTUK NEK UTEHKU YANG TELAH PERGI MENINGGAL DUNIA 4 MAY 2010.


okla.back 2 the real entry yang aku nak citer. Ahad lepas aku sefamily gi makan dekat restoran yang abang aku keje. di MARCIANO house of grill. betol ke ni trademark ye? xpola.xingat.hikk.
kenyang giler kott makan kat sane. harge pon boley tahan. masa aku datang 2 xramai sangat orang. kebetulan abang aku nga jage bar, so nyebok2 je kat ktorang,(padahal nga keje tuh). kalau aku jadi bos dia, da lama aku sekeh budak nih. tapi baekk woo kapten dia, lepak je dok tepi. abang akupon cakap dia nih sempoi je. takde na mara2 punyer. ;p



cakap banyakpon xguna. macamla korang rajen baca sangatkan..so..meh cekit out gambo2 nih..

ini adalah gambaran depan restoran itu..

abah n qila sedang khusyuk meneliti menu. pikiaq nak menjamu apela tuh agaknyer..;p

this is our appetizer, shrimp cocktail.nampak beso, jap ag ais je bawah tuh.udang dia terbaekk wok!
ni grilled ciken cop with barbecue sauce. bawah ayam tuh ade mash potato. sedap! aku n abah order nih.

ni plak yang adik aku makan. blackpepper rib. lembut weh daging ye.

ni fish n chip. mama order.tapi kureng cketla.xbape minat rasa ye.

ni desert qila. brownies. n two scoop of ice ceram.act aku lupa nak amek gmbor air coz excited nak makan je.wahahaa!

si montel yang enak mentedarah.(xsopan sungguh bahasa) ;p

tengok tu ha. sangat berselera ya dia makan. memang melantak abesh.

yang ini saje ntuk mencapap.terima kasih.hahahaha!


total kami makan xdla sampai RM 200. dapat discount 30% lagi..n air xdikira.shhhh.jangan bagitahu sape2 taw.ngeh3~ ha.lupa lak nak bagitahu restoran nih kat mana.. Ia kat jalan ampang..kalau dari ampang nak g KLCC tu mesti lalu punyer.kira jalan depan sikit dari Victoria Station.( kedai kepala ketapi tuh). huhuhu~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails