my beLOVEd follower

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Cerita Tentang PMR. ;)

Assalamualaikum semua.

First of all, congratez kat adik2 yang amek PMR tahun ni. About 34k yang dapat straight As kat Malaysia! Ramai budak2 pandai sekarang ni kan. hihi. Adik aku one of calon PMR tahun ni lah. Result dia alhamdulillah ok. Tapi takley challenge kakak dia lah. HAHA.

PMR is just another stepping stone ntuk berjaya after ur UPSR. Next station is SPM. For those tak puas hati ngan result PMR tu, jangan down sangat. SPM tu lagi penting ok dear? ^_*

Cerita pasal PMR ni, sumpah aku rindu zaman aku sekolah dulu. Nak tau 1 citer tak? Ahh korang tanak tau pon aku still nak citer. ngee~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ni kisah sorang budak masa tahun 2005 nak amek keputusan PMR kat sekolah. Dia budak KL yang belajar dekat Johor. Let consider her as 'N'. Dia budak biasa2 je. Takdela hebat mana pun. Pandai pun biasa2 je. Just ordinary student. Masuk kelas kedua. So target ntuk PMR dia memang biasa2 jugakla. Tapi sape yang tak nak dapat straight As ye idak?


So dipendekkan cerita, waktu result keluar, mak+adik+nenek+nek long semua ikut gi Johor and tidur kat hotel berdekatan sekolah. 1 family ni datang nak amek sama2 result budak ni. Apa yang N tau, amek result kena pakai baju sekolah. Sebab dia ni dari KL, so dia takdela nak bawak baju sekolah. Mak dia suruh konfemkan ngan cikgu kelas, boleh ke pakai baju kurung biasa n tudung biasa ntuk amek result. So lebih kurang beginilah perbualannya..

N : Assalamualaikum cikgu. bla bla bla (bayangkan sendirilah ye pertanyaan budak tu kat cikgu dia.)

Lepas cikgu jawab boleh apa semua, cikgu pun cakap sesuatu yang buat N tu nanges tak henti2.

Cikgu : Haa N! Macam mana keputusan awak ni?! Takde A pon??? Semua B je?? Macam mana awak belajar ni??

N : Err. Yeke cikgu?? Saya takde A langsung??? *dengan suara terketar2. tangan dah sejuk. mata dah bergenang. T_T

Cikgu : Yelah. Tulah awak maen2 belajar. Ni pukul berapa nak datang? Saya tak sabar nak jumpa awak ni.

N : Saya datang. Saya datang. *lemah. tak mampu nak cakap sebenarnya. talian dimatikan.

N ni terus terduduk. Melalak sorang2 kat balcony hotel. Sape tak sedih bhai penat lelah kau setahun takde A langsung ! Semua B! Rasa diri macam bodoh gila je ! Memang meraung....lah kan !

Malu N dengan nenek n nek long dia. Sampai tak pepasal nenek N kena buat air jampi sebab dah sangat mengongoi N menangis. Sampai taknak pergi amek result dah. Mata sembab tayah citer.

Dipendekkan lagi cerita, semua gerak menuju ke sekolah. N taknak keluar kereta. Mak, nenek and nek long yang pergi ke dewan ntuk ambilkan result N. N malu ngan family sebenarnya. Malu sebab tak mampu dapat 1 A sekalipun. Sedih sebab couldnt make her parent proud of her. ;'(

N tunggu dalam kereta dengan adiknya. Tiba2 maknya telefon, ucap TAHNIAH kat N! Dan suruh dia datang ke dewan sekarang. Slow2 N jalan ke dewan ntuk mendapatkan maknya. Sampai sahaja di dewan, mak N terus memeluk N sambil menangis dan memberitahu berita yang sebenar.

N dapat 9A !! Ya Allah. Bagai tak percaya je apa yang berlaku. Tadi N menangis bagai nak rak sebab fikirkan tiada A, sekarang sambung menangis sebab dapat straight As ! Cikgu juga memeluk N mengucapkan tahniah dan minta maaf kerana bergurau dengan N. Tidak sangka sampai N boleh percaya dan menangis dengan teruk. ;p

N bersyukur sangat2 dan memang tak sangka akan dapat keputusan sebaik itu.

THE END. ;)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Allah beri kita dugaan, kerana DIA dah sediakan kepada kita ganjaran yang takkan terjangkau akal kita. ;')
Ada ke yang baca sampai abes? Aku memang tabikk toink2la kat korang yang baca sampai abes. hihi~ Aku saje je ngade2 buat dalam version cerita camni. Tengah rajen nak menaep. Teringat pulak kenangan masa amek result aku. eh, N lah. bukan aku. lalalalaa~


p/s = Esok nak ke Pangkor ! YEAH !

Saturday, September 3, 2011

Cerita Raya Part 1 # Kisah Sambal Goreng Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Hye semua! Selamat hari raya ke 5 ya! Dah puas beraya belom? Aku ni setakat raya pertama n kedua je happening. Bila dah balik KL, things back to normal. Dok ngadap laptop, maen game, tengok tv. Urghh. Bosan gila kott! Bukan ada orang datang rumah. Nak gi beraya rumah orang pun tak. Semalam baru aku isi kueh dalam balang. Punya lah nak dapat balik feel raya, sambil isi kueh, bukak lagu2 raya. HIHI~

Sebelum aku membebel panjang lagi, Nak tanya neh. Sape kat sini orang Johor? Penah makan tak sambal goreng Johor? Uishh. Kalau tak pernah tu harus buang negeri korangg ni. HAHA.

Eh eh. before that aku nak mention kat sini, aku BUKAN orang Johor. Aku balik kampung kat Batu Pahat je. Jangan salah paham ye. Aku bukan nak promote Johor pun. I'm just being frank here. ;)

Hidangan WAJIB aku bila kat kampung selaen dari Asam Pedas makcik aku, adalah SAMBAL GORENG beliau. Sangat sedap ouhh! Aku makan camtu je pun takde hal la weh. Makcik aku masak satu kuali besar penuh, tak sempat sampai raya kedua dah habes. KEH3~

Sebahagian hidangan raya. ;)

Satu kuali besau ok. ;p

Abang aku takyah citer lah. HANTU sambal goreng dia tu. Korang tengok sendirila berape punye banyak dia amek ni.. Siap tambah lagi tau. ;p

Pasal resepi, aku pon tak try lagi buat lagi. Tengok cam senang. Tapi aku penah rasa orang laen buat. Agak kurengla. Tak sesedap makcik aku buat. Tak percaya, Jom ikot aku balik BP. hihihi~

p/s = Hari ni budak2 high skol aku konvoi raya. Sedih plak tak dapat join. Ni lah susahnya blaja jaoh. tskk~

Friday, July 29, 2011

Aku dah tau dah buah apa! ^_^

Assalamualaikum semua!
Hye guyz! How ur day today? Selepas Raja Rimba mengalahkan Harimau Malaya dengan lakonan yang manttopp mereka, okayh tak hari Jumaat anda? hihi~ Apepun, redha jela ngan ape keputusan yea anak anak. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Lepas ni pasukan Malaysia boleh fokus ntuk sukan Olimpik pulak ;)

So, berbalik kepada persoalan buah apa yang aku timbulkan semalam, I got the answer! Rupa-rupanya, mama bukan cakap dia tak tau tu buah ape, dia suruh tanyakan kat member2, tau tak tu buah apa. Aku yang salah tak tanya mama lebih lanjut ngan eksaited terus buat post pasal buah unik ni. Tapi seyez doe, buah ni memang tak selalu nampak and unik.

Ini adalah BUAH PANDAN a.k.a Pandanus Utilius.
Hamek kau. Dengan nama saintifik aku kasik. haha!

Payah jugak aku nak menggoogle nama pandan ni. Yang selalu kita tau, daun pandan biasa yang kita hiris2 ntuk buat tepung tawar kan. Rupanya Pandan ni macam2 jenis. Ada pandan laut, pandan wangi pandan duri etc etc.

Know what, hasil googlelan aku, rupaya pandan jenis ni selalu ade kat Asia Tenggara, Afrika hingga ke Pasifik. Aku pon fenin nak cari asal usul pokok neh, but at least kita dah tau namanya apa. ;)

Bak kata mama, baru tahun ni pokok tu keluarkan buah tau. Before ni memang takde langsung. Beruntung betul ada pokok unik kat skola mama. No wonderla nama skola pun Pandan Perdana. hihihi~

Ni antara website yang aku jumpa pasal buah ni. Korang boleh usha sendiri la kot.

Guyz, at least arini kita belaja satu buah baru dalam hidup kan? hee~ Another thing is, korang tau tak mengkuang adalah salah satu jenis pandan? ;)

Thursday, July 28, 2011

Buah apa ni yea? Sape tau?

Hye guyz! Aku tau arini semua dah berdebar2 menunggu perlawanan Malaysia VS Singapura malam ni. Aku pon sme beb. Abang aku dah keluar dah nak gi stadium awal awal. Tapi tak tau la kalau dia melencong ke tempat laen dulu kan.

Straight to the point, aku nak tanya anda anda semua yang bijak laksana bulan mengambang neh. Tau tak korang ni pokok apa and buah apa? Pokok ni ada kat sekolah mama aku. Buah dia sangat striking warnanya. Bau pulak manis2 camtu. Aku dah try google buah kelapa sawit, tapi bukan ohh. Tak sama. So korang ada idea tak ni buah apa?

Ni yang still ada kat pokok.
*macam nenas lak kan kalau aku terbalik kan gambo ni. ;p

Ni yang dah jatuh kat tanah.

Ni yang dah tinggal brape ketui kat tandan dia.
*err, betul ke tandan? gasakk la.

dan yang ni lah pokoknya.
Korang agak pokok apa yea?

Btw, ni bukan contest. Kalau contest, aku mesti tau jawapannya. Cuma mama aku nak tau sangat pokok apa ni. Kalau boleh upload gambar kat Google ntuk search, dah lama aku buat. ;p

p/s = Kepada yang tak dapat tiket tengok bola malam ni, Janganlah bersedih yea. Kita memeriahkan mamak tak pon jom datang uma aku tengok bola. Screen besar punye! hahhaa~

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day!


pelajar paling 'BAIK' dan 'TAK NAKAL' lah sangat.


16th MAY.

HAPPY TEACHER'S DAY for all teachers in this world.

Walaupun yang cuma sempat ajar sekejap ke, lama ke, semua tu cikgu.

Pakcik kedai yang secara tak langsung ajar matematik masa beli gula-gula pon boley dikira cikgu. Jadi hormatilah mereka ye anak anak. ^^


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Jadi cikgu ni memang best! sape penah jadi guru ganti or memang dah jadi cikgu tetap pun, mesti tau ape yang bestnya kan. Selain dapat cuti sekolah, cikgu jugak ley dapat hadiah dari anak murid. ngee~


Bila Hari Guru ni, teringat pulak tahun lepas aku jadi guru ganti kat sekolah mama aku. Masuk pulak memang dah bulan 5. terbaekla! haha. Punyer la aku godeh2 gambar lama, nak cari hadiah2 yang aku dapat dulu ntuk jelezkan korang. HAHA



boleh usha entry INI.


Disini saje nak mencapapkan murid2 aku dulu yang BAIK dan SOPAN SANTUN sangat.

tangandidadamatakeatas~

HAHA.

yea. aku sering dibuli.

iskk~

nampak macam kurang matang ye.

-_-"



tahun 4.


tahun 1.


sekian.


p/s = Waktu sekolah rendah, semangat sambut Hari Guru. tapi dah masuk U neh, nape dah tak sambut Hari Guru ye? ke kena tukar jadi Hari lecturer? Diowang ajar kite jugak kan?? why ye?

Tuesday, February 1, 2011

PM Greetings

salam 1 Februari.

haha. poyo je nak agak2 salam 1 Malaysia la kononya. arini aku lepak sekolah mama aku.terjumpe pulak bekas2 anak murid aku. tadi kat kantin, dah nampak dah budak2 nye. dengar je diowang bisik2,


'ehh,cikgu nabila la tuh. jom salam.jom salam.'

haha! rindu plak nak jadi cekgu neh. bley dapat banyak adiah. ngeee~ (niat dah terpesong) ;p

aigoo. bukan ini yang aku nak citer kan. tadi ade pengedar buku datang kat pejabat mama, semangat dia cakap,

'aiya cigu, saya nak tunjuk something yang sangat tekejot woo.' (dia chinese ok)

mama pun, ' apa dia?'

cina tu belek nset dia and tunjuk kat mama. rupanya mesej PM bagi kat dia! haha. aku ingat apela. mama pon panggil aku soh baca gak. ayat lebih kurang camneh ,

"Salam 1 Malaysia! Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada kaum cina "
dari Najib Razak dan Keluarga.
najib@1malaysia.com.my

siap ngan email ngko.. hihii~ cina 2 ade gak cakap memang terharu..pastu taley blah
nya ye cakap, dah nak election ka? hahahah! sabaq jela. ;p

btw, aku rasa semua dapat kan greeting PM kat email? tak tau? ha, pi godeh email masing2. haha!akupon baru tengok tadi. ngee ~

ni budak paling noty masa aku jadi cikgu taon lepas.
mereng aku dibuatnya.
;p

p/s = aku hanya jadi cekgu ganti saje ok. jangan salah paham. ;p

Friday, January 28, 2011

Kenapa Punishment TAK efektif?

okayh. arini aku nak membebel pasal what i had learn in class Psychology of Learning. usually blog ni hanya tulis apa yang aku nak citer, but tak salah kan nak citer ape yang aku dah blaja jugak ;)


First, let me define punishment ; it decrease the frequency of the response it follows. contoh paling senang, kena marah or gagal dalam exam and later, duit belanja kena tarik balik etc etc. its something yang korang akan dapat balasan atas apa yang korang buat. get it?

So, why there are Ineffective Forms of Punishment? kenapa ada hukuman yang tak efektif?


1) Physical Punishment
It may be the only means of keeping very young children from engaging in potentially harmful behaviors. contoh , ada certain budak2 yang menangis2 kat mall sebab nak parent dia belikan mainan. then they keep crying ingatkan parent akan beli. parent confirm feel annoyed and malu, antara diowang beli kan jugak, or kasi pelempang sedas. ;p thus, physical punishment happened. if parent pukul budak tuh, memang dia akan diam, but psychologically, budak tu diam sebab saket. diowang tak pandai associate kan pukul dengan tak dapat barang. memang dia tak akan mintak bukan2 lagi, tapi it can lead them to such undesirable behavior laen like benci mak dia, suka bersendiri etc.

2) Psychological Punishment
Usually in this case, teachers yang gunakan hurtful or harsh word towards their student sangatlah tak elok. itu hanya akan buat diowang low self-esteem and emotional well-being je. contoh, budak tak buat kerja sekolah, then cikgu terus maki hamun and cakap 'bodohla kau neh', 'mak tak ajar ke kat uma ntuk beradab' so on and so forth, akan membuatkan student tu malu depan orang ramai, and this will create potential to long term psychological harm. student tu akan not involve in class activities, menyendiri as well as hate the teachers.


3) Extra Classwork
Asking a student to complete makeup work for time missed at school is a reasonable request BUT assigning extra classwork or homework beyond the required for student is inappropriate if its simply to punish a student's wrongdoing. For example, student ni salah jawab soalan, and cekgu suruh tambah lagi 10 soalan ntuk dia sorang je. its not fair and this will make their attitudes toward the message that 'schoolwork is unpleasant '.

4) Out-of-school Suspension ( kena gantung sekolah )
Major sekolah kat sini memang mengamalkan gantung sekolah sebagai hukuman kat budak2 yang buat masalah and is usually not effective in changing student's behavior. sekolah selalu fikir, dah gantung student, kat uma akan kena mara ngan parent, after a week, balik sekolah and dah jadi budak baek. but actually its not! selalunya troublemaker kat sekolah neh ada underlying reason why they behave like that macam ponteng sekolah, datang lambat la, tak siap keje lah, fly etc etc. so its teachers duty to know why and change it. dont simply gantung budak tu seminggu then predict they will change.

5) Missing Recess
Ni pun slalu gak cekgu2 buat kat student kan.. 'tak siap kerja, tak boleh rehat'. orang kerja pon bising kalau waktu lunch dia kena amek betol tak? ni pulak budak2, although primary school children usually cakap recess is playtime, but still they can rest their mind from structured learning in class. so sangat tak adil ntuk amek waktu rehat dia as a punishment. there are lots of way to teach them.

So, sape yang jadi becoming teachers ke memang dah cekgu ke, can take this as a way they think, punishment that not change their student's behavior. ^_^

but korang perasan tak, cekgu skolah cina SANGAT garang! dulu aku pernah Choral Speaking kat skola cina, cekgu dia tampar je budak yang lalu kat dewan besar tu tau and i'm just like 'OMG!' gila garang. ;p but in other side, mungkin dengan buat cara2 di atas, buatkan budak tu rasa nak berubah and jadi baek. kan? ;)


p/s = tiba2 teringat masa aku jadi cekgu ganti taon lepas. bestnya! ;)

Tuesday, June 1, 2010

kejelesan mama terserlah. ;p

sejak dua tiga empat menjak ni jari semakin malas hendak menyonteng. sian blog aku nih (sambil usap2 kepala ye) jap2.blogpn ade kepala ke? header kot. ngee~


bile da lama xmenaep nih, sampai xtaw nak mula kat mne. banyak sangat mende nak cte actualy,but then, xdapat nak story mori. bukan xd line tenet. ari2 aku on9 kot. cume kekurangrajinan dalam membukak blog. maaf jugala ye jika aku xkomen seperti biasa n jalanjalan kat blog korang. ;p


mana nak mula ye..? emm.ha!walaupon citer ni da lapok coz da masuk bulan 6, tapi aku nak bagitahu jugak yang mak aku jeles coz aku dapat adiah lagi banyak dr dye. wahahaha~ yelakan..dye GB, tp xdapat bunga ros pon. aku dapat 3! Fyi, sekuntum bunga is equal to rm3. so xdla ramai sangat yang beli.tp aku dapat 3! 2 yang mak aku jeles. haha! lagi satu pasal pen.. mama dapat sebatang je..aku dapat dah 12 batang! haha! (ni pada hari y mula jual adiah2 ntuk guru) belom sambutan hari guru lagi.) ;p


citer pasal pen nih, ade cket citer klakar nak kongsi..mse aku masuk claz darjah 1, ramaila yang bagi aku pen n handkerchief kecik tuh..then aku ajarla cam bese. kebetulan aritu aku nak wat spelling test, xdapat jawab kenalah diri en, termasukla ade sorang budak yang bagi aku pen tadi. then da nak abesh claz, dye datang kat aku, n mintak balik pen yang dye bagi tuh! erk.shungguh buwok siku punyer budak. xpuas aty sebab aku mara kaula tu agaknyer. tapi xpe. nama pun budak2. besela tuh. huhu~


sebagai guru yang baru mengajar selama 3 minggu, aku telah menjulang ANUGERAH GURU PALING ANGGUN DAN KEMAS! wahahah! lagilah mak aku hangen. kah3~ untuk pengetahuan anda anda, anugerah itu telah di undi oleh semua murid sekolah ini ya. bi makna, agak terkenal jugak ye aku nih walaupon cikgu baru. hahaha! (keperasanan disitu) hekk~ mama taley komplen banyak coz dyepon dapat ANUGERAH PENTADBIR PALING POPULAR. fair la kan? hikk~


yang paling taley blah, budak year 1 ar..undian laen dye xbuat..taw2 je kat anugerah guru idola, tulis cikgu Nabilla. wah3~ tapi aku sedor diri nih. aku xdla cikgu yang baek mana. hanye mencari pengalaman dalam mengajar nih..banyak kekhilafan diri perlu dibaiki..( ayat cam nak poyo en) ;p


nilah sedikit adiah ntuk dikongsi.(gambar shja ye) hikk~ syg ouh ade adiah tu pecah.maaf ye anak muridku. xsengaje. hee~ hamper tu plak lucky draw. rejeki aku dapat hamper paling beso. itupun menimbulkan kejelesan mama. lalalala~


okayhla guyz. sampai disini je contenganku. till d next post. chow~

Friday, May 14, 2010

kebizian ye anak2

things goin really busy. tidak dapat nak menyonteng disini as usual. but in my mind banyak giler mende nak citer.yelakan..ary2 melayan pelbagai kerenah budak2.haish~ bila lah aku nak jadi garang nih. susa betol nak suruh budak2 dok diam. -_-'


this week my school ade Karnival Sukan. silalah datang ramai2 ye. semua orang bley datang coz ni bukan sukan sekolah, but under PIBG. jadi, marilah datang ramai2 memeriahkan lagi majlis ye. masuk percuma. ade funfair, games, jualan2, sukan2 n btw aku maen netball aritu nanti. (takde kaetan kott) haha. da legam dah nih..aiyoyo.


ehh,lupa nak gtw kat mne. Sek Keb Pandan Perdana, kalau tahu Econsave kat mne tuh, masuk je jalan tuh..area taman perumahan n sebelah Pandan Lake Club. sekolah sebelah tasek ok.


daaa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails