my beLOVEd follower

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum semua.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya pagi tadi.


Mohamad Afham bin Jumat
(SMA Bandar Tenggara 03-07, Maahad Johor 08, UIAM 09-13)

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 
Amin~

Dengar cerita, arwah tergelincir dan terhantuk kepala di katil. Dan meninggal di dalam biliknya. Allahuakbar. Ajal maut semua ketentuan Allah. :"(

Friday, November 16, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin PART 2

Assalamualaikum semua

Ada yang tunggu ke aku abeskan cite panjang lebau ni ? Takde? Tak kesahpun sebab memang aku nak ceritapun. hihi. Sampai mana eh berenti aritu ? Pasal makan malam kan.. Boleh refer PART 1.

Haaa... Ni part paling best ni. Nak cerita pasal tido malam tu. Aku ngan kak faiqa tido antara yang terawal dari yang lain. Kira aku tepi sekalila. Kalau aku mengiring ke kiri, aku ngadap hutanla. So aku tido mgiring ke kanan n tak pandang langit pun. takut! hehe. Malam tu xtau aku terjaga pukul berapa, yang penting sejuk gile! cam nak mati kut! n tangan aku krem. sebab tido dalam keadaan basah en. Satu badan basah, pastu siangnye penat berakit. Tu la puncanya aku krem kut. Masa aku bangun semua cuak. Kak Aishah, Kak Aza gelabah gila tengok keadaan aku. Sejuk sampai menggigil2 kut. Rasa nak nanges n balik uma time tu gak oh! Pastu kak Aza sapukan tangan n kaki aku guna minyak panas warna merah tu. Yang lawaknye, dari sejuk gile, terus panas gile oh! minyak tu sumpah panas! hahaa! Senang citer malam tu bergilir2 jaga bara api. Tapi mostly kak Aza yang jaga sebab kalau ktorang jaga, macam nak termati je bara tu :P

Rasa malam tu panjaaaaanggg je. Asal terjaga tanya jam, baru pukul 2. Terbangun lagi, baru 2.30 pagi. Aku dah tak sabo kut nak siang. sejuk teramat! Jelez lak tengok orang lain boleh tido. Saat paling bestnya bila dengar ada budak group lain cakap dah pukul 5 pagi ! yeay ! maksudnya dah nak subuh. so dah pagi lah. hehe. pastu pepagi buta tu masuk dalam laut, pehh! suam woo ! rasa cam nak berendam je. Seyez sedap oh sejuk2 masuk dalam air laut. Tapi bila dah keluar tu, paham2la sejuknya. sebab dengan angin lagi. haha

Kitorang semayang subuh pun guna air laut je. basuh kaki celup2 gitu je. Yakin jela bersih segala :) Pagi tu jugak takde specific aktiviti. So bebasla. Boleh menikmati sunrise pepagi. Sangat cantik! dahla pesisiran pantai tu memang ktorang je ada, so best gila! Aku main pasir, berendam jap sambil tunggu matahari naik. Subhanallah~

Ni gambar gogel je. Tapi lebih kurang camnila permandangannya. Matahari muncul disebalik bukit. Dari gelap, makin terang bumi ni. Selalu kita tengok sunset je kan? Jarang dapat tengok sunrise camni. Tepi pantai ngan deruan ombak mengalun. Asyik banget! hehe :")

Haa ni part best ni. Pagi tu kak Aishah cerita yang malam tadi dia nampak n dengar 'benda' tu. Area shelter kitorang lak tu! pastu "benda" tu sebelah aku je sebab aku tepi sekali. *gulp* Kak Aishah suluh2 hutan ngan torchlight. Nak suruh dia blah. Bukan kak Aishah je dengar, kak Ct pun dengar n  nampak. Tapi takdela nak cakap malam tu. Pagi baru diorang cerita. Ya Allah takutnya! benda tu dekat je kut ngan aku. Selamat tak apa2. No wonderla malam aku terjaga tetiba tu semua cuak. Rupanya baru lepas kak Aishah nampak. Ingat aku kena ape2 ke. Alhamdulillah tak apa2. huhu

Agaknya kita kacau tempat dia kan. Sebab cikgu cakap tempat tu tak pernah sesapa buat campsite. Kita orang first yang buat shelter, toilet apa semua kat sana. Tebas2 pokok bagai, tu agaknya 'benda' tu rasa terganggu. Eee scary betul. =.="

Dalam pukul 8pagi, kitorang dah kena siap2 breakfast semua,n siap ikat balik rakit. Pagi tu trainer provide tepung gandum n kentang kat ktorang. Tapi time tu dah masak megi. So takde hal punye, separuh kena masak, separuh setelkan rakit. Camp kali ni, aku xley jadi chef sangat. Kena jadi orang kuat lak sebab grup ktorang lelaki 2 orang  je. So kena banyak kena kerah tenaga pompuan jugakla. Sambil tu Kak Aza n Kak Faiqa buat wedges kentang. Siap guna ranting kayu as chopstick uols. hahaa

Supposedly dalam tentatif yang cikgu bagi dalam class, pagi tu ktorang ada 5 checkpoint aktiviti. Tapi rasanya semua xjadi. and banyak aktiviti lengang je. Ada la tu kut sebab2 tertentu. Tapi kesianla dak grup aku dah buat tripod water filtration tu. Smart kut! hehe. After setel semua, ktorang kena test rakit stabil ke idak. *ini pelik sebab sepatutnya trainer cek masa first2 buat. Ni dah nak balik baru nak cek -__-". *

Pastu trainer lepaskan satu2 grup ntuk berakit balik ke Teluk Senangin. Time ni adventure sket sebab hari dah hujan. Ombak maken kuat. Rakit ktorang pulak maken kebelakang. Tenaga pun dah kurang jugak sebenornya. Tapi semua gagahkan diri sebab dah nak balik en. Redah jela labuu.

Sampai basecamp, bukak balik rakit, dah kena buat camp clearance. Tapi sempat jugakla grup aku bermandi manda laot before balik. Biasalah orang jakun jumpa air. hihi. Time ni lah baru ktorang mandi betul2 kat toilet. Bilas badan rambut semua. Tapi tak puas sebab air toilet sekat2. Takpela janji mandi. Lunch kat sana, then balik UIA ! jyeahh ! Semua pakat tidoq je dalam bas. Bertolak dalam 4pm kalau xsilap. Sampai Gombak around 9 camtu. 

Overall, best la jugak pengalaman camp kali ni. Dengan cikgu best gile! Tak macam rec 1. Ada kena marah2 bagai. This time memang sempoi. Although penat gilos, tapi tak banyak aktiviti y strict sangat. Banyak masa free n mandi manda je. hihi. Group lak yang pompuanya best sbb mostly aku kenal. Cuma lakinye jela kureng ket. Zaki ok. Sorang lagi tu. hoho. Tapi takpela. Let bygone be bygones. 

Bak kata Cahah, nak cari bf ni kasi dia pegi camping dulu. Tengok boleh idupkan api ke idak. Reti guna parang ke idak. Gentleman ke idak. Betul jugakkan ? hehe.

Fuh abespun aku cerita pasal survival camp ni. Eh eh, lagi satu blogger pemes Hamzah aka Faez pun sama camp ngan aku. Selamat dia yang tegur dulu. Aku segan sebab takut salah orang. hehehe. Kenal sebagai Mejah, tapi kat kem semua panggil dia Faez. Risau lak kalau pelanduk dua rupa. hihi

Before pegi camp and after. Sunburn melampau ! Terima kasihla kem ye. =__="
BIG thanks to Ika sebab tahan ngan perangai aku. Siap jadi 'mama' aku masa kena gatal2 kat campsite. Malu ai tau. hehe. anyway, LEP YUU! ^o^

Gambar semua kat cikgu. Hope dapatla amek nanti kat dia. Kenangan kut semua tu :D

Thanx for reading :)

Friday, September 14, 2012

Berayap Di Johor :D

Assalamualaikum semua.

Sekarang dah naik semester baru. Semestinya juga dengan azam baru. Apa azam aku? Renew je azam sem2 lepas. keh3~

Harini aku nak share beraya kat Johor minggu lepas. Ngam2 sebelum aku naik sem. Nak cerita panjang lebar sangat pulak kang. Aku dah compilekan gambar2 ntuk tontonan semua ^o^ 

Aku turun Johor Selasa minggu lepas 4 Sept sesorang je. Berkat kejakunan aku, dapat lak naik bas 2 tingkat pastu dok atas. Slumberland je pulak tu tukar seat dok depan sekali. Memang masyuk ah ! Feel gila dok kat tempat tinggi yang bergerak gitu :D Sampai je sana member aku Acan amek kat Larkin. Memang stay rumah dia pun :)

Rabu, 5 Sept kami gerak beraya ke Taman Daya. Ye kat atas tu lah Acan Ketot yea. :D Rumah 1st ktorang pegi adalah rumah Fatin. Pastu Bawak dia sekali beraya rumah Yan kat Pasir Gudang. Dengan kitorang sesatnya lagi, memang 2 rumah jela mampu pergi haritu. Untung2 mak Yan bagi duit raya tau. weeee~ ^o^

 Senang sikit ai kat Johor ni ada drebar peribadi. Senang nak gerak gi memana. :P

 Rumah Fatin bela kuceng. Rumah Yan bela arnab. Semua pencinta haiwan rupanya kawan2 aku ni :)

 Rabbit2 Yan semua putih-gebus-suci-tulus-murni oh ! Nama2 dia pun sedap. Macam Chocy, Muffin, Oreo dan sebagainya. Nama semua cam makanan. Ade gak aku makan kang binatang tomey ni. hihihi~

 Photoshoot sat kat rumah Yan. Itu penting! hahaha

 Masa ni dah amek Pipah and we head to JPO. Dok meroyan kat sana. Bukan ade mende sangat pun. Orang cakap barang memahal tu memang ye pun. Tapi ade lah certain stuffs yang affordable. Cuma setakat kau nak gi JPO tu untuk shopping, tak worth it kut. Unless kau ni foreigner or memang pesen beli barang2 branded2, so dipersilakan shopping disini :)

Bukti kami meroyan di JPO. :P

Balik dari JPO aku rasa dalam pukul 9 lebih, then balik je Bukit Tinggi kalau tak silap aku. Then reramai suggest nak tengok midnight movie. Wa takde hal beb. Memang wa turun Johor nak jejalan punye. hehe~ Dah sampai kat Jusco, takde citer best lak nak tengok. Mostly aku dah tengok. Last2 cancel tengok wayang dan gi late dinner sajo. Semua dah penat gilos kut. Drebar peribadi lagi ah penat. Dengan sesat barat nye lagi, kesian dia. hiks~

Anyway, thanks kawan2 ku yang melayan kerenah aku ngengade ajak jejalan last minute ni.First time aku pakai baju kurung je jejalan gi mall sana sini. Beraya nye tak sangat. Merayap je lebey. :P dan awak jugak, maceh jadi drebar peribadi saya. Kesian gila awak penat drive kitorang sana sini. Balik rumah sesorang lak tu. Mesti ngantok gilos. Sayang korang !! ^o^

p/s = Ai ada jugak beraya rumah si dia. Tengokla kalau rajin nak cerita. hihi. 

Berayap = Beraya  + merayap. bukan typo ye anak anak :)


Thanks for reading :)

Monday, September 3, 2012

Friend. Friendship.

 







Orang cakap kawan baik tu macam diri kita yang lagi satu.

Orang cakap kawan baik tu orang yang selalu ada masa kita susah.

Orang cakap kawan baik tu yang selalu dengar masalah kita.

Orang cakap kawan baik tu yang selalu nasihatkan kita. 

Tu semua orang cakap. Aku tak cakap salah.

Bagi aku pulak kawan yang baik tu menerima kita seadanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Tak memilih kawan. Tak makan kawan. Kita boleh happy sesama. Susah sesama. Selagi aku boleh tolong kau, aku tolong dan sebaliknya. Bukan bila susah je cari, bila senang dilupakan. 


Indeed. :(


p/s = kawan bersukaria senang dicari. kawan yang menangis sama sangat susah nak dapat. Apa guna kawan huhahuha ramai, tapi bila kita sedih or ada masalah semua kena pendam sesorang. apa function kawan baik tu ye idak?


Thanx for reading :)

Friday, October 7, 2011

Dont get confuse with my name

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys. Mood nak update sedang bertatih-tatih nak datang ni. Minggu ni memang sangat+amat penat ntuk aku. Dengan event nak handle dalam masa 2 hari nye, dengan assignment yang dah mula jeleskan aku dari melalui hari yang tenang, dan macammacam hal lah yang mengganggu jiwa raga aku. *take note. aku sedang membuat ayat puitis. keh3~
Although banyak mende aku nak cerita, tapi rasanye aku tertarik nak cakap pasal my name for sure. As dalam dunia blog, aku memang menggunakan panggilan beLLa. *sila tengok ejaan itu betul2 yea. Huruf L itu di CAPS LOCK kan. Kononnya nak differentiate antara para Bella yang laen lah. Korang mesti notice jugak, betapa ramainya blogger nama Bella ni kan?

Selalunya member2 aku akan pelik, they call me Hannan instead of beLLa. and why my blog called Contengan Cik beLLa. Kenapa bukan Contengan Cik Hannan mungkin?

My answer is simple. Blog is something being shared by people. Bukan 100% kisah hidup aku, aku akan cerita dalam blog ni. And maybe, tak semuanya benar. Jadi apelah kiranya aku nak glemer skitt ngan guna nama beLLa. Ye idak? hihii~ Lagipun nama aku banyak choice untuk korang panggil. Nak panggil Hannan boleh, Nabilla boleh, beLLa boleh, si comey pon BOLEH! ngeh3~

And for me, nama kat blog ni bukan wajib pon nak letak nama sebenor. Sukacita korangla nak letak nama ape kan. Tengok Cik Epal tu. Rilex je orang panggil dia epal. Konfem jaoh dari nama asal dia. betol dak? Si Ayam tu. Eh, salah2. Ayeem Ayam tu. Rilex je orang panggil dia Ayam. No heart feeling punye. hihi~

Actually aku citer pasal nama ni sebab member aku sendiri tersalah orang ingatkan aku dekat shoutbox diorang. Ejaan pon sama. Cuma pelikla, tak kan aku tulis, 'I follow you, You follow me back keyhh!'. Aku rasa aku tak penah gi lepak blog orang n tulis pasal I follow you you follow me semua bagai tu. Gila tak matang! Kalau member aku tak klik link budak tu, mesti dah anggap aku yang tulis tu. Kan da memalukan aku. Selamat dia klik for comfirmation. haih~

Okla. Aku ni kalau dah bebel, karang sampai banyak korang kena skrol mouse tu. Ni la padahnya kalau mood nak taep tu datang. Maap ya teman teman semua. Disaat aku taep ni pada jam 1.37 pagi. Jadinya, mau tido sudah. Mownyte semua! ^_^

psstt : 9 days to go. hihi~

Sunday, September 25, 2011

Penghujung Raya dengan Member2 ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye semua! Raya pun dah nak sampai ke penghujungnya. Mesti banyak open house kan minggu last ni. Dah banyak yang korang pegi? Syokkla makan free kan kan? hihi~

Semalam aku ada buat makan makan sket kat rumah. Bukan nak open house sangatla sebab memang bukan buat open house pun. ngee~ Saje rasa nak ajak member2 datang and aku pun rajen nak maen masak2. ;p
Yang specialnya semalam is, member2 yang datang dapat rasa masakan soto aku. hihi. First time masak soto without my mom or nenek supervision woo! Aku ngan adik aku je menunggang-terbalikkan dapur umah. Part buat bergedil tu yang geram tu. Sampai 3 pagi aku try buat sampai jadi. Asek nak pecah je. Geram betol! grrrr! Bila 1 dah jadi, sambung esok lak gorengnya. Sebab mata dah ngantuk gila! karang ade jugak tangan masuk dalam minyak panas. ;p

Ini lah hasilnya bergedil aku. Boleh la dari takde kan?
^^

Thanx to this book and Mama. And tak lupa jugak dengan Pakcik Google. Mereka ini sangat membantu aku. hik3

Overall, alhamdulillah. Soto aku menjadi! Aku siap import nenek and nek long aku sebagai pengkritik masakan aku. Diorang cakap PASS and SEDAP! mestilah happy ye idak? ^_^

Terima kaseh sangat2 kat member2 yang sudi datang rumah aku. Although susah nak cari. Jumpe jugak korang rumah aku. hee~ And member2 my dear, thanx jugak sudi datang yea. Diorang datang lepas maghrib. Maken segan aku weh. Ramai benau yang datang. Makanan pulak sudah berkurang. Badan jugak sudah berbau. Opz!hehehe. Anyway, thanx miss Leeya, Anis, Reen, Kak Bell, Ara, Kak Falin, Syuq, Pidut, Shahrul, and Jare2. Jangan serik nak datang lagi yea. ^^ Tak sempat bergambar ngan korangg. And special thanx to my dear. At last datang jugak beraya rumah I yea. ;D

Ni pulak member2 aku yang datang siang tu. Ada zai, fella,acan, ain, ika and kak irun. ^^
SAYANG korang! <3
Plus Haiqal and his friend jugak. Thanx for coming. ;)

Banyak lagi gambo, takkan aku nak tepek sini kan. Ni jela short update dari aku. *short ke weh??kah3!

p/s = Actually this week aku ada training kat Pangkor. Although sedih jugak tak dapat join, tapi aku happy sebab dapat bergosipp ngan member2 lama aku. Rindu gila ngan diorang! Tapi ramai takde ni. Maybe boleh jumpe lagi next time. ^^

Esok dah Isnin. Banyak kerja tak siap lagi oiii! tskkk

Tuesday, September 20, 2011

First time aku dapat doodle! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Malam ini aku happy sangat ouhh! Tiba2 member aku cik Fathiah neh rajen pulak nak lukiskan doodle ntuk aku. Kalau aku nak buat, memang tahun bilelah baru nak siap kan. Malas amat sihhh~ hihi.


Comey tak comey tak?
Baek cakap comeyy.. Nanti cik Fathiah merajuk karang. hehe~

Cik Fa ni buat guna paint n photoscape je. Tak macam cik Dil. Pembuat doodle hebat tu. Dia guna photoshop ntuk buat doodle. So lebih cute and kawaii lah doodle2 yang dia buat. hee~ Cik Fa pun ape kurangnya kan.. ;D

Anyway, thanx a lott ye cik Fa. Anda nga ngantuk2 pon sanggup layan lukiskan doodle ntuk aku. Arigato-na~ ^_^

Err.Gambar takde kena mengena. Cuma nak cakap baju pink ni sama ngan doodle yang cik Fa buatkan. ngeh3~

psst = Ade sape2 lagi nak buatkan aku doodle moodle ni? *tak malu betul ;p

Monday, September 12, 2011

Semangat! Datanglah!!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! 12 hb sudah. dan ini adalah waktunya untuk kembali ke sekolah.. AYUH! *err.masuk belajar actually. Setelah 3bulan melepak kat rumah, rasa malas pulak lah nak naek cuti. adoyai~ Selamat aku amek shortsem, takdela banyak sangat buang masa kat rumah. For those yang cuti 5 bulan and tak kerja tu, mesti bosan duduk rumah en ;p

Hari ni baru aku balik uni. As usual, tak datangla untuk kelas first ni kan. Esok jela baru aku mula mencari-cari macam explorace kelas-kelas aku semua. huhuu~


Semangat belajar..Silalah datang cepat!!!
;p

Duhh~ Faktor bilik efek jugak aku takde semangat nak naek cuti neh. Awatla tinggi sangat. Tak dapat wifi lak tuu. Ottoke?? tskk.

psstt = Doakan my besties cik FATHIAH cepat sehat ok. Supposedly dia register sama ngan aku naek cuti ni. Tapi dia tak sehat pulak. Hari ni dia ada blood test. Hope takde ape ape lah. Doakan dia ye kawan kawan ;)

Saturday, September 3, 2011

Cerita Raya Part 1 # Kisah Sambal Goreng Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Hye semua! Selamat hari raya ke 5 ya! Dah puas beraya belom? Aku ni setakat raya pertama n kedua je happening. Bila dah balik KL, things back to normal. Dok ngadap laptop, maen game, tengok tv. Urghh. Bosan gila kott! Bukan ada orang datang rumah. Nak gi beraya rumah orang pun tak. Semalam baru aku isi kueh dalam balang. Punya lah nak dapat balik feel raya, sambil isi kueh, bukak lagu2 raya. HIHI~

Sebelum aku membebel panjang lagi, Nak tanya neh. Sape kat sini orang Johor? Penah makan tak sambal goreng Johor? Uishh. Kalau tak pernah tu harus buang negeri korangg ni. HAHA.

Eh eh. before that aku nak mention kat sini, aku BUKAN orang Johor. Aku balik kampung kat Batu Pahat je. Jangan salah paham ye. Aku bukan nak promote Johor pun. I'm just being frank here. ;)

Hidangan WAJIB aku bila kat kampung selaen dari Asam Pedas makcik aku, adalah SAMBAL GORENG beliau. Sangat sedap ouhh! Aku makan camtu je pun takde hal la weh. Makcik aku masak satu kuali besar penuh, tak sempat sampai raya kedua dah habes. KEH3~

Sebahagian hidangan raya. ;)

Satu kuali besau ok. ;p

Abang aku takyah citer lah. HANTU sambal goreng dia tu. Korang tengok sendirila berape punye banyak dia amek ni.. Siap tambah lagi tau. ;p

Pasal resepi, aku pon tak try lagi buat lagi. Tengok cam senang. Tapi aku penah rasa orang laen buat. Agak kurengla. Tak sesedap makcik aku buat. Tak percaya, Jom ikot aku balik BP. hihihi~

p/s = Hari ni budak2 high skol aku konvoi raya. Sedih plak tak dapat join. Ni lah susahnya blaja jaoh. tskk~

Sunday, August 14, 2011

Berbuka di Haven Restaurant with my dear and friends.

Hye guys! Selamat berhujung minggu semua. As usual, update sekali seminggu aku datang lagi. ;p Korang dah shopping raye? Semalam baru aku berkesempatan gi kat Masjid India ntuk shopping, tapi last2 lepak Semua House and masuk kat Mydin je. Ramai sangat orang derrr. Aku pening nak jalan berhimpit2 tu.

Actually memang plan nak buka luar, tapi takde lah sampai nak naek kat Hulu Langat tu kan. My dear punya kawan yang ajak join. GILA segan doe! Dahla aku tak kenal member2 dia. Plus ngan 3boys and 4 girls yang turut serta, memang seganlah kan. Anyway, thanx to Pdot because sudi ajak aku sekali ntuk menyemak berbuka ngan korang semua. I pray for you that you can get the women you like ok. Aku dah tau siapakah gerangan orang itu. hihihi~

Makan kat sini memang cool gila weh! Bukan saje sebab memang sejuk kat atas ni, tapi environment yang romantik and segar memang syokk dinner kat Haven ni. Kitorang sampai semalam dahla hujan. Lepas berhenti je hujan, kabus lak naek. Sejukk bhai! ;p Harga no komenla coz my dear punye friend yang bayarkan ntuk semua. Baek kan dia? ;)

No pictures pasal semalam. Sebab aku takde gambarnya pun. Semua kat camera Nikon member. Aku pun memang tak banyak cakapla coz seyes segan. Dont you know that aku ni memang pemalu? hikks~

Makanan kat sana memang AWESOME! Bila aku usha website Haven tu sendiri, baru tau ada Beef Rib ouh. sedapnya! Pasni nak ajak makan sane ngan family pulak la ;)

p/s = Aku rasa blog aku dah jadi diary mingguan la pulak. Maaf ye semua. Time kerja, otak banyak idea nak membebel kat sini. Cuma masa je terhad ntuk aku update. Mianneh~

Wednesday, July 20, 2011

New Look! ;p

Hye guyz! Setelah berpenat lelah aku membuang segala macam gadget tak berguna ni blog ni, akhirnya it come up with NEW LOOK! So how is it? Ok tak? Laju tak loading belog aku neh?
Mungkin kemas sket dari sebelum ni kot.

Thanx a lott to miss Alya sebab mengambil berat akan belog picisan ku ini. Seyez aku bukan rety sangat maen ngan template, background, hypertext semua. Tak gemor den. Aku rety update, belogjumping and kacau2 blog orang jea. Sangat noty kan. hikk~

For the time being, aku rasa ok je kot blog aku camni.
Kan kan?
Komen la sket sayang semua. hehee *mood gedik datang
;p

Monday, July 4, 2011

Lagu Doraemon Version BM

Hye semua! Korang kenal tak Doraemon? Tak kenal? ish3. Tak penah jadi budak2 ape? hahaa. Meh sini aku kenalkan dulu..
HYE! Saya DORAEMON.

Saya suka makan DORAYAKI.

Saya tinggal bersama sama dengan NOBITA.
Mereka adalah orang orang disekeliling saya.

Walaupun saya seekor KUCING, saya AMAT TAKUT dengan TIKUS!

err. ini bukan anak anak saya. Sekian.

Eh, macam panjang plak intro aku pasal Doraemon neh. Bila nak nyanyi lagu Bahasa Melayu dia? ngeh3~ For those yang tau citer neh, mesti tau jugak lagu Doraemon version Jepun kan? Meh aku share ngan korang lagu Doraemon Version BM. ;)


Pada suatu hari
Nobita sedang belajar
Datang seekor makhluk
Datang mengganggu.
Matanya bulat bulat
Suka makan kueh donut
Nampak tikus dia pun melompat.
Nobita ketawa terbahak bahak.
Aikkkk.... Tak malu kaa??
Ang..ang..ang..
Makhluk itu bernama..
DORAEMON..
Ang..ang..ang..
Makhluk itu bernama..
DORAEMON..
^^

Amacam geng? best tak lagu dia? Dari kecik kot sepupu aku ajar lagu neh. Aku try cari kat youtube, tapi takde yang lirik dia sama ngan dengan aku punye. Tak dapat nak tunjuk kan. Korang nyanyi mesti dengan rentak yang betul tau. Nanti tak best jadinye. Soo, SELAMAT MENYANYI! ^^

Aku buat entry pasal neh sebab teringat member aku sorang neh. Nak sangat blaja lagu neh version BM. ngeh3~ Cik Nana! dah siap ni ha postnya! haha~

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Hari Selasa.

Hye Guyz. Saje amek kesempatan nak update sket neh. Actually my previous post, bukan entry aku untuk kat belog neh. Tak tau pulak aku tanya kat Formspring, boleh automatically terupdate kat belog and Facebook. Aneh betol. Aku pun bukan tau sangat berFS neh. Orang tanya aku jawab. Aku tanya? Banyak pulak tempat dia publish. ngee~

Tapi takpela. Ramai jugak yang respon soalan aku tu. Tapi aku nak gak try jawab sendiri dengan soalan yang aku bagi..

'Rasa annoying tak dengan kapel yang berlovey dovey dekat facebook?'

My answer is ,
Lantak pi diowanglah. Nak tayang gf ka, bf ka. Belum keje lah katakan. Nak jimat keditlah tu. Tak payah nak membazir kedit nset kan. On9 free woo. *tak pikir aty orang laen yang GILA annoying tengok korang! haha.

SETUJU tak dengan quote neh?
;p
psstt : Lagi annoying kot kalau orang bajet retiss neh. Sebok nak gtaw fren request ada berapa bagai. Nak kawan, approve. Tak nak, reject jela. hadoyai~

err.apasal aku asek annoyed ngan orang neh. Ya ALLAH, bantuin Nabilla ya ALLAH. Nabilla nak exam esok. ngee~

Maaf kepada yang terasa. Dari aku sound direct, baek aku buat secara indirect. Tak maenla guna anon2 semua. Tak brader2 lah beb. haha~

To all my beLOVEd followers, aku masih tak dapat tengok sape yang latest follow blog neh. (ada ke ada ke? ;p ) Promise after exam, aku terjah korang balik ok. LOVE you! ^^


Wednesday, June 22, 2011

Such unforgetable moment !

hye guyz. cakap beberapa hari tak update. ni dah nak masuk seminggu dah. Maaf ye semua. Masa tak mengizinkan untukku mengupdate. hee~ *padahal sempat je maen game kat FB tuh. ;p

Alkisah, Ahad lepas kami member2 highschool dulu gather sama2 kat Mines. Ye, kami gi Mines je. Tak jaoh pun. Cik Misz aka Along kitorang semata-mata datang dari JB and stay kat rumah aku hari Sabtu tu ntuk hangout ngan ktorang hari Ahad. Can u imagine? Datang KL hari Sabtu, Ahad dah balik! Kesian cik Misz neh. Selamat anda comey. haha! *kaitan? ;p

Inilah Along ktorang! aku amek dia masa kat TBS.
First time woo aku gi TBS. Daebak!! rasa macam kat jepun ;p

Untuk lebih mudah difahami, dulu zaman high skol aku, kami berlima duduk paling belakang dalam claz. Dan ktorang bagi gelaran setiap sorang. Contohnya seperti, along, ucu, angah etc. Tapi sorang lagi member aku tak dapat join. Dia duduk kat Segamat. Tak dapat kebenaran mungkin. huhu.

To the left to the left.
Paling kiri, itulah Achik ktorang aka Pqot.
Aku sebagai ucu. yess. saya paling kecik ok. haha
Then, Angah aka Echa.
Last one, ALONG tembam aka misz!
rindu gila ngan diowang2 ni tau. ^^

sorang lagi tu, Fella. sebagai pengganti Ude kami yang tak dapat datang. Masa neh, memang pikir Mines tu ktorang yang punye. sukacita je memekak and paling bestnya tima karokla!
TERBAEK woo! haha~ Btw, masa neh adeq aku ngan my dear ikot sekali. Jadi photographer tak bertauliah je. ngee~

Dah jumpa diowang neh, RINDU GILA zaman skola dulu. Banyak citer and kenangan yang ktorang ingat balik. BESTNYA! Apepun, life must go on. Fighting! ^^

p/s = Malas nak upload banyak gambar. Ni pun cukupla kan. ;)

eh.eh. lupa nak tanya. ok tak si kepoh ni pakai tudung cmni? Punyela payah nak buat. Lagi2 lepas semayang kan. Buang masa aku kat toilet je nak setelkan part tudung. haish~ Konon2 nak buat ala-ala Hana Tajima. Last2 jadi Hana TAJADIK. tskkk -_-"

Sunday, June 5, 2011

Sweeetnya orang dah kawen neh (:

hye guyz. maaf tiada new post dalam masa seminggu neh. bukan tak online, perasaan malas nak menaep menjadi2 pulak sekarang neh. tu orang cakap, kalau dah 3 4 hari tak update, memang dah tak rajen nak membebel2 kat sini. hikk~ *ke aku je? ;p

ape yang aku nak citer neh, pengalaman aku masa kat U. perbualan antara aku dan mereka.

SITUASI 1.

Disatu pagi yang hening, kami sedang asyik menjamu selera di cafe uni. tiba2, aku terlihat satu pasangan berpegangan tangan berjalan bersama-sama..

aku : weh2. korang tengok tu. sweet tak diowang jalan pegang tangan camtu?

mereka : aah la weh. mesti diowang dah kawen kan.

semua : bestnya dah kawen. sweet je!

fyi, pasangan yang berpegangan tangan tu perempuan bertudung labuh and suaminya yang macam ustad2 sket.

SITUASI 2.

Kami baru pulang dari kelas menaiki kereta. situasi ini disekitar uni aku. tiba2, ternampak kawan (cewek) yang kami kenal menunggang motorsikal bersama dengan seorang cowok.

aku : ehh. tu Lala kan? (bukan nama sebenar)

mereka : aahla. wah, sweet nya diowang. naek motor siap duduk senget lagi.

aku : weh, diowang dah kawen ea? comey je. ;)

mereka : err. tak la weh. aku rasa diowang kapel je.

aku : ohhhhhhhh.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ape yang aku nak sampaikan kat sini, mind set bila aku dalam Uni, sangatla berbeza dengan kat luar. contoh, orang tudung labuh berpegangan tangan and duduk berduaan, automatically aku akan cakap, 'ohh,mereka dah kawen.takpe lah kan'. and if naek motor same je, dah kawen. sangat sucilah pemikiran aku neh. ke sebab UIA? haha. kalau kat luar, kesah ape pulak aku diowang dak kawen ke, belom ke, macam dah biasa sangat tengok laki pompuan jalan pegang tangankan. bukan lah nak kutuk U sendiri. tapi sape yang belaja sane, sendiri pahamlah. tak nak cakap banyak. nanti aku pulak kena balik. soo, HAPPY WEEKEND u olls!


p/s = macam ramai je aku dengar dah kawen sambil belaja. how they manage to do that ea? dari segi nak belaja lagi, pengurusan masa, duit belanja lagi. lagi 1, sape tau pasal nikah gantung tu? ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails