my beLOVEd follower

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 2

Assalamualaikum semua

Kali ni nak sambung cerita pasal kat Langkawi. Bukan apa berpart2, sebab nanti meleret panjang sangat satu entri. Macam lah rajin sangat nak skrol kan kan ? :P Ni sambungan entri INI dan INI :D

Lepas ktorang gi KILIM GEOFOREST PARK, petang tu ktorang naik cable car. Nak tengok sunset dari atas gunung pulak :D Mula2 ingat tak sempat sebab memang ramai gila orang! Beraturpun sampai berkelok2. Tapi dah datang, takkan taknak gi pulak kan. So here we are :)

Mama gayat banget! Kalo boleh nak pejam mata je dalam cable car tu. Mula2 mendatar sikit, bila dah tinggi, maken curam! :P

Smartkan amek gambar bentuk LOVE tu? ^^
Beli lagi barang kenangan ni. :)
Kat cable car lagi murah dari kat Bird Paradise. -.-"

Masa masuk Oriental Village ni, ada pulak pasal tahun melawat Korea. Pastu ada lag diorang buat replika2 ala2 Korea sikit. Pastu dengan poster Winter Sonata lah, snowman palsu etc etc. Sempat la jugak bergambau kat sana :D

Esoknya ktorang lepak bilik je. After breakfast, anak2 lepak bilik while abah, mama n nenek pegi shoping kat bandar. Kemain elderly shoping tak ajak hanak hanak. Takut terlebih bajet lettuw :P

Petang tu ktorang pergi Underwater World lak. Mula2 ingat tak nak masuk sebab first , lebih kurang macam kat Aquaria KLCC, second, mahal weh ! *aku tak ingat berapa tapi bagi aku mahal la sebab buka  xpernah pergi*. Nenek memang awal2 cakap tak larat nak jalan. Tapi tup tup mama dah bayar, so semua masuk jelaa. :P

Ikutkan BANYAKKK GILA gambar amek kat sana. Tapi ni jela aku share. Nampak tak starfish tu ? Nama dia Chocolate chip starfish. Rasa nak makan je dia! haha
Adik kena paksa pegang gamat. Geli oh! Dia lembek2 dan kesat. :P

Actually masa pergi sini mata aku kena gigit binatang oh. So agak sepet disitu. hee~ Paling best masa tengok penguin2. Time tu pulak pergi masa nak bagi penguin makan, CUTE GILA kuttt dia jalan! hahaha. Siap amek video masa dia jalan and ada pulak yang sempat 'melepas'! Siot je! kakakaka

Last tempat ktorang pergi is Makam Mahsuri. Tempat wajib pergi kat sana.Tempat lejen la katakan :D
Banyak gila perubahan since last aku pergi Langkawi 2004 dulu. *lama giloskan?*
First, makin cantik tempatnya. 
Second, fee makin mahal *ikut peredaran masa lah kan?* 
Third, dia dah besarkan tempat tu. 
Forth, banyak barang2 kat rumah Mahsuri tu dah rosak which is tak bestla kan nak try itu ini.
Fifth, dah ada galeri khas,no camera siap ada video room pasal sejarah Mahsuri. :)

Before balik tu, jejalan pergi Pasir Hitam n Taman Buaya. Abang n adik aku je nak sangat masuk taman buaya tu. Yang lain semua stay luar tu je makan minum dulu. Aku bukan kesah sangat taman buaya ni, aim aku nak bergambar kat Dataran Helang. Tapi sebab lama sangat kat taman buaya, dengan nak hantar kereta sewa lagi, feri pulak bertolak jam 5 petang, terus tak sempat gi dataran helang. Geram betul aku ! Lari kut plan. Apa barang gi Langkawi tak dapat bergambau kat helang besau tu kan ? tskk.

Bertolak balik Jeti Kuala Perlis jam 5, sampai pukul 6 petang, check in motel mandi semayang apa semua sebab bas malam tu pukul 9. Sampai KL dalam pukul 5 lebih. Soo thats all. Itulah aktiviti ktorang kat Langkawi. Best memang sangat best! Macam tak puas kut nak mandi laut, tengok sunset dengan family. Memang release tension woo ! Tapi sampai je KL, tension balik fikirkan assignment melambak. HAHAHA

Pheww~ Habis pun entri holiday kat Langkawi ni. Aku bukan apa cerita ni, mana tau korang boleh dapat insight nak buat apa kat sana. Plus nanti senang aku nak kaborkan ke cucu cicit nanti. Mana ingat semua benda kan, so suruh jela diorang bukak blog aku ni haa. wakakakaka.

Thanks for reading :) 

Sunday, January 20, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 1

Assalamualaikum semua

Hai korang! Haritu dah cerita pasal tempat tinggal kat Langkawi kat entry INI. Harini nak share aktiviti2 yang ktorang buat kat sana pulak :)

PERINGATAN!
Entry ni akan ada banyak gambar. Tapi no worries sebab banyak gambar telah ditapis SIRIM. wakakaka

Hari pertama sampai sana, lepas check in resort, kitorang terus ke Bird Paradise Wildlife Park. Basically kat sana boleh bagi binatang makan,tengok habitat binatang, rembat rabbit masuk beg. eh? haha. Kalau korang penah pergi Bukit Merah Laketown Resort, lebih kurang jugakla. Tapi kat sini takde guinea pig macam Bukit Merah tu. :P

Souvenir dari sana :)
Anak2 saya :D
Add caption
Paling best kat sini aku rasa masa bagi burung2 makan kut. Syok gila bila burung datang makan kat tangan kita. Selalu kat luar, kita datang dekat kat burung pun diorang dah larikan. Tapi kat sini they soo friendly. keke. Btw, makanan2 binatang boleh dibeli siap2 masa awal2 masuk tu :)

Second day, pepagi dalam pukul 9 tu kitorang gerak ke KILIM GEOFOREST PARK. This time kitorang dah book awal2 dari KL lagi. So tinggal deal dengan orang yang ktorang book jela. Aktiviti kat sini, naik bot, singgah Gua Kelawar, Eagle Watching, Fish Feeding, pusing2 pulau unik dan batu2 unik. Siap tengok monyet mandi manda uols! haha soo jakun! :P
Ni kat Gua Kelawar .
Ada jalan masuk dia kena bongkok. Pastu sewa la torchlight tu  rm1 sebab dalam gua gelapkan.  Tengok stalagnit dan stalagtit tu SubhanAllah. Cantik sangat ! ^o^

1) Batu muka baby (nampak tak nampak tak ? )
2) Pulau kasut *memang sejibikkan bentuk kasut dia? haha jakun2 :P
3) Monyet mandi manda
4) Eagle watching *banyak sangat helang! jakun jadinya* ;p
Nenek pun ikut sekali hokeh! kikiki
Abe bot amekkan gambar kami sekeluarga :D
Er macam dah terpanjang sangat la pulak. Okla bersambung entry seterusnya. hihi. Maapla naa bersambung2 pasal bercuti ni. Banyak sangat ai nak cerita. Sampai tak cukup satu entry. :P

Thank you for reading :)

Friday, January 18, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua.

Ni percutian akhir tahun lepas sebenornya. Kami sefamly gi bercuti 5 hari 4 malam kat Langkawi dari 5-9 Dec 2012. :D Bunyi 5 hari macam lama je kan. Padahal tak puas kut ! Before ni memang la penah pegi sana, tapi banyak lagi tempat tak pergi. Setakat tempat2 basic macam Makam Mahsuri, Taman Buaya, Underwaterworld semua tu dah selalu sangat. Kali ni pergi tempat yang tak pernah pegi and lepak sepuas-puasnya! ^o^

Ktorang gerak dari KL malam 5 hb tu naik tren sajo. Ikutkan mama nak naik flight, tapi sebab last minute book, memangla murah harga diakan. So naik tren sajo :P Sampai jeti, amek feri, sewa kereta apa semua, kitorang check in hotel dulu. Kami stay dekat SUNSET BEACH RESORT, Pantai Tengah. Sederet dengan Pantai Cenang :D

PERINGATAN : 
Entry ni pasal tempat tinggal masa kat Langkawi sajo. Belum aktiviti kat sana lagi. hihi

 Mama posing sat depan board Sunset :P
Ni pemandangan biliknya
Pintu masuk SBR ^o^

Mula2 aku ingat SBR ni tempatnya sempoi2 je. Dulu aku pernah stay kat Burau Bay Resort dan Mali Best. Burau memang jauh dari semua tempat kecuali cable car, kalau Mali Best lak memang best! sebab chalet berdepanan dengan pantai. Dekat pulak dengan tempat2 nak shopping :D SBR ni pun ikutkan sederet je dengan Mali Best semua dan temmpatnya secluded sikit. Ramai foreigner je kat sini. Masa kitorang check in, slumber je ade omputih berbikini kat lobby. :P

Design SBR ni pun ala-ala Bali. Masuk je lorong nak ke bilik, rasa macam hutan-hutan sikit. Lepas tu mesti ada bunga frangipani ni kat setiap tempat. Pastu ada banyak patung pelik2. Macam scarypun ye jugak. Aku memang tak berani oh nak jalan sesorang kat lorong nak ke bilik/ ke laut. Mesti ajak adik teman. hihi

Bunga ni ada kat mana-mana. Atas kepala patungpun diaorang letak :P
*ni gambar nak balik KL dah.Akak recception siap selitkan bunga tu kat tudung.*

Ni patung-patung scary tu lak. Ada banyak lagi sebenornya. Tapi tak dan la nak tangkap gambau semua.

Breakfast kat SBR simple je. Sebab bilik diorang tak banyak, tempat makan diapun takde la besar sangat. Tapi bagusnya makcik2 kat sana boleh lagi melayan kitorang nak telur dadarla, scramble eggs la. Siap boleh speaking tau! Sempoi ah makcik2 tu. :D

Specialnya kat sini, SBR ada private beach diorang. Err, bukan nak private sangatla. Cuma dia ada sediakan banyak kerusi rehat tepi pantai. Memang syok ah para omputih sekalian nak berjemur. *winkwink*

Ni pepetang ktorang lepak tengok sunset sambil minum coolblog. Memang haven gile! haha
Sambil berehat, sambil cuci mata. hihihi
*manalah power mata tak bertambah. tskk*
Ni lah permandangan Sunset ktorang kat Sunset Beach Resort :)
I think overall was really fine stay kat sini. Cuma satu jela, bila malam, jalan dia gelapla untuk ke laut. Dengan pokok2 kiri kanan, bagi aku quite scaryla. huhu.

Itu saja entry tempat tinggal masa bercuti kat Langkawi. Korang kalau nak holiday dengan member2, I recommended this place. Harga pun ok. Tak mahal sangat. Tempat selesa dan tak serabut. Maksud tak serabut ni sebab takde banyak kereta or orang lalu lalang sangat. Tak macam area Mali Best or Sandy Beach. :)

Later I will update aktiviti kat sana pulak ye :)

For more info pasal Sunset Beach Resort, boleh KLIK SINI. :D

Thank you for reading :)

Wednesday, January 9, 2013

Hi. Ini entri pertama 2013. :)

Assalamualaikum semua. 

Setelah berbulan bulanan ninggalin blog aku ni, this time I'm back ! Anyone missing me ? No? ok fine. haha. Sempat lagi kan aku wish tahun baru ? So HAPPY NEW YEAR guys ! Aku takkan bagitau azam aku, sebab aku tak penah berazam apa2. Apa orang kata, follow the flow jela :P

Mostly every uni tengah exam finalkan? ALL THE BEST aku ucapkan ! Aku ni pun baru habis exam jugak. Cuma terawal sikit dari orang lain. Tapi nazak tak nazak la paper aku semua berderet2. Bersyukur takde yang dua paper satu hari je. pheww ~

See see. berderet tak berderet ? 


Tapi untungnya, aku dapat habis awal ! jyeahh ! Ok la ni sajo short update dari aku. Banyak waiting list nak bebel kat sini. So, till the next post.

Thank you for reading :)

Saturday, June 9, 2012

Final is OVER. JYEAH !

Assalamualaikum semua !

Wah manyak lama tinggalkan dunia blog ni. Dulu kemaen rajen menghapdate. *yeke?*  Aku idakla busy bebenor cuma mood berblog menurun je sebab semua dah update kat twitter. Yes yes. every bebelan aku ada kat sana. Boleh pollow kalau sudi. ;P

Anyhow, aku dah FREE sekarang ! YEAY ! Tapi 2 minggu jela sebab amek shortsem. Kalau tak dah cuti 3 bulan dah. Boleh kerja, lagi masyukk duet. hihi

Ada satu benda nak tanya ni, why my blog hilang gambar2 yea? Anyone can help me? Korang masuk blog ni pun jadi camni tak gambarnya??? 


Aku risau gambar2 hilang sebab adik aku guna account gmail untuk application store kat nset dia. Pastu semua gambar2 dalam blog ni automatically masuk dalam nset. And dia dah delete semua gambar tu. Pastu blog aku jadi camni. Semua gambar hilang. ottokee?? macam mana nak dapatkan balik nii?? HELP ME HELP ME ~ T_T

thank you :)

Saturday, March 31, 2012

Gaya Melentik Si Itam & Si Putih

Assalamualaikum semua

Terima kasih sangat2 kepada yang mendoakan makcik aku. Pembedahan dah berjaya dan masih dalam ICU lagi. Doktor cakap takde ape2 kompilasi teruk. Semuanya normal je. Alhamdulillah :)

Dah lama aku tak citer pasal kuceng2 aku kan. Ni just a short update. *short ke? haha. Selagi mampu update, insyaAllah akanku kerah jari ni ntuk berjoget yea. ^_^ Korang ada kuceng tak? Ala kalau takde pun, mesti penah tengok kuceng2 tido kan. Ni aku nak tunjuk pesen baru gaya kuceng2 aku tidoq. ;P

Hi ! I'm Bibie ! The lentiks boy !
^_^

Hi! I'm Cicie ! The lentiks junior boy! HAHA !

Entah kenapa lah budak2 ni sekarang tukar gaya tidur. Dulu normal je sebagai seekor kuceng sejati. Sekarang ni pulak dah berubah gaya. Member aku cakap mungkin ikut gaya tuan dia tidur. Er,tuan yang mana satu masalahnye??? hahaha.

Kalau aku tido memang bukanlah sebab aku tido cam kat bawah ni. Sopan jee. hekhek~


Ke macam adik aku, or abang aku or parents aku?? Nak tengok camne diorang tido??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UWEEKKK !


Memang TAK LA aku nak tunjuk kan.

HARHARHAR

*Asal aku gelak cam mejah lak ni? dem!

p/s = Esok berakhirnya cuti aku. mood nak bercuti lagi itu lumrah kehidupan. sekian

Thanx for reading :)

Monday, February 6, 2012

Cuti dah Habis ! T_T


Assalamualaikum semua.

Setelah lebih 3 minggu aku berhoneymoon kat rumah. Merayap sana sini. Hoyeh hoyeh sini sana. Maka dengan rasminya esok aku kena balik UIA dah. T_T

Ikut hati memang mood nak study tu belom datang. Tapi nanti bila dah jumpe member lagi si Acan Ketot ni, konfem terus happy balik. Keh3~



Walaupun cuti, blog ni sentiasa terabai. Sian betul. Anyway, thanx yang sudi singgah and follow. Ramai jugak yang join GA cik Fathiah ni kan. Orang pemes la katakan.hihi. So good luck yea ntuk semua yang join Express Giveaways cik Fathiah ni. Sapelah yang bertuah dapat topup dari aku tu. hihi~


New sem new spirit bebeh ! Welcome back IIUM student ! :D


Tuesday, January 31, 2012

Photoshoot kat Melaka.

Assalamualaikum semua.

Dah seminggu terbengkalai blog aku ni. Bila dah lama tak update ni, nak amek balik mood ntuk jari berjoget memang la payah. Nak mulakan dengan apa pun aku tak tau. Banyak sangat cerita kat otak ni. Semenjak aktif kat Twitter, blog pulak terabai. haih~

So this time aku just masukkan gamba kat Melaka dululah ye ^_^

Bajet2 poyo tu penting :P

The Bubbles ! :)

Mama bajet ala ala Ombak Rindu. hihi

Diskaun 20% River Cruise. Tapi ktorang tak naek pon. Ramai sangat orang. Burn gitu je. hoho

Last but not least, The BECAMAN !
:D

Actually bukan photoshoot sangatla. Saje gedik letak tajuk camtu. Keh3~


Semalam baru usha blog, tengok2 Abg Ben Ashaari dah follow blog picisan ni. Segan pulak kalau tak update2 ;P. Macehh ye Abg Ben follow blog kite . :) And thanx a lott yang sudi singgah and follow yea ^_^



Saturday, January 21, 2012

Melawan Ombak Rindu. Eh bukan. Ombak Besar. ;P

Assalamualaikum semua.

Aku dah kat Melaka sekarang ni. Stay kat Tg. Bidara Beach Lodge. My abah and abang tak ikot. So this is girls vacation bebeh ! *girls ke?nenek n mama dah tua kot. haha~

Dari aku baby lagi memang selalu datang sini. Daripada ada pantai, sampailah sekarang ni dah takde pantai. Mama ngan nenek aku yang suka sangat datang sini. Aku layankan je. Janji orang bawak jalan jalan. Ye idak? hihi~

Petang tadi pi mandi laot. Ombak kuat gile bhai ! Bape banyak air laot aku minum tadi. Elak aku kena darah tinggi je. Masin kott ! @_@

Ni asek tergelak je sebab ombak asek tolakk je. Geram betol. Nak maen ombak pon tak beshh. Tak macam kat Pangkor. Bestt je. :)

Yang mandi aku, kak Nana and adik aku (yang semangat sgt peace tu). Ni jela gamba yang ada pun. Mama tak rety amek gamba kat nset aku ;P

Okla. Just short update. Bubye !

Sekarang ni tak dapat nak blogwalking. Update ni pon asek refresh banyak kali. Thanx yang singgah yea. Tinggalkan la link korang. Nanti aku singgah balik ^_^

Thanx for reading :)

Thursday, December 1, 2011

A Week To Remember. Part2


Assalamualaikum semua.

Tengah ada masa ni aku nak habisin cerita minggu lepas aku yang terbengkalai tu. ;p Berbalik ke cerita A Week To Remember. Part1 , aku sekeluarga telah lepak lepak area KL and pergi ke Aquaria. On Sunday pulak, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. acehh~ Kami ke Genting Highlands pulak ! YEAH !

Although ada cerita disebalik before ktorang pergi tu tapi tak pentingpon. Janji dah sampai Genting Theme Park. YEAH lagi! ^_^

Aku pergi ngan family aku except my nenek.Sebab amatla tak seswai nenek datang sini ye anak anak. And kami amek ALL PARK ntuk dienjoyin. heee~

Ni adalah kali ketiga aku naek Genting. I mean yang maen kat Theme Park dia lah. Kalau setakat anta mama Kursus kat IAB tak dikirala kan.*although jalan yang sama ;p

Gambar memang banyak gila. Aku upload yang random jela yea. ;)

At Dino land.

Choc World

Sama tak gaya aku ngan patung belakang tu? haha

Time ni yang best. Ktorang pakse mama naek. Sampai nanes2 woo mama atas fairy wheel ni. kah3~ Dah la 3 round. Time kena stay kat atas sekali lagilah mama cengkam tangan adik aku. Sian mama. hee~

Yang tak syioknye kat sana, dah petang sket tu hujan lebat gila! memang banyak jugakla mende taley maen. Aku nga eksaited tunggu turn nak naek Bumper Boat, sat g hujan lebat+angin kuat gila. Memang taley maenla kan. Semua maenan yang thril2 kena tutup. Yang boleh maen, Cawan pusing, Pirates Train yang poyo gile and indoor lah. Ape lagi kan. huhu~

Time ni dah lari nak masuk indoor lak. Sejukk gila wehh ! Memang cari makanan panas je ntuk dimelantakkan. ;p

Here is Sweet Potato. Memang best woo makan time sejuk2 neh. Aku ingat murahla makanan ni sebab aku nampak harga macam rm2.50. Rupanya tu harga 100gram. Sebiji sweet potato ni mau rm11 lebey kot. Memang kena makan sampai ke kulitla namanye ni. hee~

Ni lak waktu dah nak balik. Nak jalan ke kereta. So snap kejapla dengan kabus yang tebal gila nih. Kabur sangat sampai tak nampak muka. Sejukknya tayah citerla kan. ;p


Dah pakai sweater pon kena balut badan ngan shawl lagi. Tejukk~

After this, memang kalau aku naek Genting, konfem aku mesti tido sane. Kalau pergi balik hari macam tak puas sangat tau. And banyak mende yang aku tak naek. Cam mebazir lak kan. Time ni pon Snow World tutup. Aku nak masuk situ sebenornya. Teringat masa kecik2 maen kat Snow World kat Mines tu. Sekarang dah takde aku rasa.

psstt : 1st time tengok movie 4D motion master kat Genting. Memang best and puass sangat ! Efek dia memang cool wa cakap sama lu. Rasa cam nak pegi lagi je. But not now. Sekarang musim hujan. Tak puas lagi nanti. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails