my beLOVEd follower

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 2

Assalamualaikum semua

Kali ni nak sambung cerita pasal kat Langkawi. Bukan apa berpart2, sebab nanti meleret panjang sangat satu entri. Macam lah rajin sangat nak skrol kan kan ? :P Ni sambungan entri INI dan INI :D

Lepas ktorang gi KILIM GEOFOREST PARK, petang tu ktorang naik cable car. Nak tengok sunset dari atas gunung pulak :D Mula2 ingat tak sempat sebab memang ramai gila orang! Beraturpun sampai berkelok2. Tapi dah datang, takkan taknak gi pulak kan. So here we are :)

Mama gayat banget! Kalo boleh nak pejam mata je dalam cable car tu. Mula2 mendatar sikit, bila dah tinggi, maken curam! :P

Smartkan amek gambar bentuk LOVE tu? ^^
Beli lagi barang kenangan ni. :)
Kat cable car lagi murah dari kat Bird Paradise. -.-"

Masa masuk Oriental Village ni, ada pulak pasal tahun melawat Korea. Pastu ada lag diorang buat replika2 ala2 Korea sikit. Pastu dengan poster Winter Sonata lah, snowman palsu etc etc. Sempat la jugak bergambau kat sana :D

Esoknya ktorang lepak bilik je. After breakfast, anak2 lepak bilik while abah, mama n nenek pegi shoping kat bandar. Kemain elderly shoping tak ajak hanak hanak. Takut terlebih bajet lettuw :P

Petang tu ktorang pergi Underwater World lak. Mula2 ingat tak nak masuk sebab first , lebih kurang macam kat Aquaria KLCC, second, mahal weh ! *aku tak ingat berapa tapi bagi aku mahal la sebab buka  xpernah pergi*. Nenek memang awal2 cakap tak larat nak jalan. Tapi tup tup mama dah bayar, so semua masuk jelaa. :P

Ikutkan BANYAKKK GILA gambar amek kat sana. Tapi ni jela aku share. Nampak tak starfish tu ? Nama dia Chocolate chip starfish. Rasa nak makan je dia! haha
Adik kena paksa pegang gamat. Geli oh! Dia lembek2 dan kesat. :P

Actually masa pergi sini mata aku kena gigit binatang oh. So agak sepet disitu. hee~ Paling best masa tengok penguin2. Time tu pulak pergi masa nak bagi penguin makan, CUTE GILA kuttt dia jalan! hahaha. Siap amek video masa dia jalan and ada pulak yang sempat 'melepas'! Siot je! kakakaka

Last tempat ktorang pergi is Makam Mahsuri. Tempat wajib pergi kat sana.Tempat lejen la katakan :D
Banyak gila perubahan since last aku pergi Langkawi 2004 dulu. *lama giloskan?*
First, makin cantik tempatnya. 
Second, fee makin mahal *ikut peredaran masa lah kan?* 
Third, dia dah besarkan tempat tu. 
Forth, banyak barang2 kat rumah Mahsuri tu dah rosak which is tak bestla kan nak try itu ini.
Fifth, dah ada galeri khas,no camera siap ada video room pasal sejarah Mahsuri. :)

Before balik tu, jejalan pergi Pasir Hitam n Taman Buaya. Abang n adik aku je nak sangat masuk taman buaya tu. Yang lain semua stay luar tu je makan minum dulu. Aku bukan kesah sangat taman buaya ni, aim aku nak bergambar kat Dataran Helang. Tapi sebab lama sangat kat taman buaya, dengan nak hantar kereta sewa lagi, feri pulak bertolak jam 5 petang, terus tak sempat gi dataran helang. Geram betul aku ! Lari kut plan. Apa barang gi Langkawi tak dapat bergambau kat helang besau tu kan ? tskk.

Bertolak balik Jeti Kuala Perlis jam 5, sampai pukul 6 petang, check in motel mandi semayang apa semua sebab bas malam tu pukul 9. Sampai KL dalam pukul 5 lebih. Soo thats all. Itulah aktiviti ktorang kat Langkawi. Best memang sangat best! Macam tak puas kut nak mandi laut, tengok sunset dengan family. Memang release tension woo ! Tapi sampai je KL, tension balik fikirkan assignment melambak. HAHAHA

Pheww~ Habis pun entri holiday kat Langkawi ni. Aku bukan apa cerita ni, mana tau korang boleh dapat insight nak buat apa kat sana. Plus nanti senang aku nak kaborkan ke cucu cicit nanti. Mana ingat semua benda kan, so suruh jela diorang bukak blog aku ni haa. wakakakaka.

Thanks for reading :) 

Sunday, January 13, 2013

Homemade Korean Foods

Assalamualaikum semua.

Happy Sunday semua ! Tetiba mood nak masak makanan korea menjadi2 harini. Usha2 barang kat dapur, tinggal beli sikit je barang. Aku gogel makanan apa yang DOABLE dan COOKABLE, so there it is !

1) Kimchi (beli siap)
2) Bibimbap
3) Potato dan carrot
4) Eggs Roll
5) Kimbap
6) Japchae

Kimchi je yang beli siap. Yang lain semua buat sendiri. Nantilah aku kongsi resepi tiap satu ok. (kalau rajin) haha. Semua makanan ni inspired by makanan kat Gomone Ampang Point. 


Ni bibimbap yang aku makan kat Gomone. 
So dari sini aku ubah2 ikut tekak melayu aku. :D
Paling suka kentang ngan carrot tu. Sedap! aku gogel xtau nama dia, so buat jela cara aku. jadi jugak rasa dia. hihi

Korang suka makanan korea jugak ? Aku ikutkan xgemor sangat sebab bukan semua kena dengan tekak kita. Tapi dah namanya homemade dan buat sendiri, ikut suka sendiri la kan nak buat rasa macam mana. haha. FYI, adik aku suka sangat kimchi tu. Aku xsuka pun. :P

Thanx for reading :)

Thursday, June 9, 2011

Apa masalahnya lagu mix languange?

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
Aku dah bingung
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

I bet u guyz mesti tau lagu ni kan. ke ada yang tak tau? memang selalu kita dengar kat radio kan. tapi korang perasan tak what the difference between masa awal2 lagu ni keluar, dengan yang sekarang?? yess. the lyrics had changed! dari mix english, to semua dalam bahasa melayu.

alasan? KITA MESTILAH BERBANGGA DENGAN BAHASA KITA.
cett. apa masalahnya dengan perkataan 'runaway', Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday semua tu?
at least, budak2 boleh belajar hari dalam bahasa inggeris ok. jangan jadi macam isu lagu Seksis, Anita Sarawak dulu. dah berapa minggu juara carta Era, tup tup lagu tu tak boleh dimainkan sebab campur bahasa.

Bukan rosak pun lagu dengan campur bahasa tu. It still understandable kot. Macam mana lagu kita nak ke luar negara kalau setakat letak bahasa asing dalam lagu je, dah nak condemn. tu creativity composer and penulis lirik lah kan. Lagu Pulanglah ni sedap je aku dengar macam dulu. Bila dah tukar 'Isnin Selasa sini sana' macam kureng kena pulak.

I'm not being bias here, cuma nak bagi contoh je. tengok lagu Korea, bukan aku paham sangat pun liriknya. tapi majority lagu diorang mesti diselitkan bahasa inggeris. why? supaya senang outsider follow lagu diorang. Tak payah gi jaoh, lagu citer Cinta Melody tu. Siap masuk kan bahasa Jepun lagi. Takde hal pon. Music is art. Kenapa nak bataskan pulak hasil seni ni?

Bukan kerajaan sendiri dah isukan ' Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahsa Inggeris' ke? Perkasa tang mana camni? time belajar jeke? huh. bosan.

Dah lama sebenarnya nak buat entry pasal neh. tapi arini baru teringat balik. ;p

p/s = Ini hanyalah pendapat aku. Salah sila tegur. Aku tak kesah. Sharing is caring right? ^_^

err. ni lah masalahnya bila taep kat microsoft dulu. laen dah font nya. -_-

Saturday, March 5, 2011

Parody Secret Garden by Big Bang

Korang ade tak yang dah tengok citer Secret Garden? yes2 citer Korea. sape memang tak layan Korean drama tuh, takpela.dikecualikan. ;p Bagi korang best tak citer tuh? bestkan! bestkan! excited sudah. ngee~

Aku bukan nak citer jalan citer ke synopsis citer tuh, tapi nak citer parodi yang Big Bang buat ntuk citer tuh. SUMPAH LAWAK! aku bantai terkekek2 je ketawa. cam ikan kekek dah ouh!! hahahahaha!

akak bilik aku lah ni. dia kipas-susa-mati korea sket. so aku neh kalau ade citer baru pape, amek kat dia jela. plus adek aku pon memang giler korea, sampai akupon terinfluence skali. haih~ tapi takpe, aku layan je. heee~

dipendek kan citer, meh tengok gambar2 sambil mengarot. ;p

ini antara pelakon2 secret garden.
HYUN BINN oppa!!
^^ni plak Big Bang punyer.
gambar 1 tuh, TOP as Kim Joo Top (TOP nampak comey lak ouh time neh ;p)
2nd tuh Seungri as Oska (time pakai spec, nampakla sket cam Oska, bila dah bukak, peh..cam panda. keh3~)
3rd, Taeyang as cikgu action skol tu. tapi diowang wat dancing skol. ;p
4th, Daesung as mak Kim Joo Top. (sumpah lawak dia neh.) aku tengok idong dia je. haha! masa dia cakap pon sumpah lawak! ^^
Lastly, G.D as G. Ra Im. (dia neh dah memang slalu jadi pompuan )

Hyun Bin yang sangat kachak! ^0^ ^0^
^_^
Ha Ji Won. penah tengok 100 Days with Mr. Arrogant tak?
dia jugakla berlakon. best2!

Lawak betol gambar2 Hyun Bin jadi pompuan neh. ;p

ntuk parody citer neh, korang google jela ye. banyak aku rasa. akupon amek kat akak bilik je. bukan download sendiri. ^_^

fuhh~ penat bergoogle cari gambaq2 neh. ade lagi 1 aku nak upload, tapi tak boleh2. kalau korang rase nak tengok jugak KLIK LA NEH YE.

chow~

Tuesday, January 4, 2011

My Girlfriend is a Gumiho

at last, abes pon aku tengok citer neh. lama betol nak abes. yelakan, keje banyak nak buat, tengok tiap kali b4 tido pon, 2 episod je seary.nak abeskan 16 episod, agak makan masa jugakkla. hee~ aku neh bukanlah fanatik ngan citer korea bagai. tapi bila orang dah promote and cakap best, layan la jugak en ;p

sape yang fans korean neh mesti dah tengok kan. aku je yang ketinggalan. haiyo~

antara pelakon2 nya :

Lee Seung Ki as Cha Dae Woong
Shin Min Ah as Gumiho
No Min Woo as Park Dong Joo
Park Soo Jin as Eun Hye In

si comel Gumiho and Cha Dae Wong.. ohh my~
part yang aku paling suka..
"Woong aa..domo domo domo domo domo Chuwaa!!!"
berape banyak domo daa..hik3~

No Min Woo yang ayu. hak3~ adeq aku minat giler ngan dia neh. ade gak berlakon dalam citer Pasta. sape tengok2? ;p

ade jugak oh Go Mi Nam neh..err, salah2. Go Min Nyu neh.mentang2 lah pengarah yang sama buat citer neh. ;) btw, Jeremy pon ade gak tau. tapi kejap je.

xdapat nak citer banyak. on9 pon kat library neh. so, till the next post. daa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails