my beLOVEd follower

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Adnan Sempit 2 Awesome !

Assalamualaikum semua.

Ramai dah tengok citer Adnan Sempit neh? Mostly member2 aku cakap boleh tahanla lawaknye. Ala macam Adnan Sempit before this jugak. Tapi seriously aku rasa yang kedua ni lagi superLAWAK tau. Macam non-stop gelak je. keh3~

Kekuatan citer ni of course sebab Sam. Secondly, bahasa english yang hancoq oleh Si Nan tu sendiri. Sumpah SPOILED weh ! hahahaa. Then nama panggilan papa mama oleh Nan & Nadia tu. Gelimat dow dengar. ;P

Kalau korang memang nak tengok wayang as leisure, nak lepak2 je tanak serabutkan otak, memang SANGAT sesuai la tengok citer ni. Sangat menghiburkan. Sangat menggeletek hati. hihihi~

Soo, jomlah tengok nanti ye. Ke korang nak tgu time dah bule download je? pon boleyy. ;P

Pstt : My dear kalau gelak dalam wayang tak penahnye slow. Berdekah2 ketawanya. Wat malu betui. #tutupmuka.


Al-fatihah ntuk umi kawan kita ni, Fathiah, yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN .
Sedih baca kata2 Fathiah. " Ajal Maut Tidak Mengira Usia."
;'(

Sunday, November 13, 2011

Si Dia Peluk Lisa Surihani, Aku dapat Aaron Aziz. ^_^

Assalamualaikum.

First of all, Happy Weekends semua ! Maybe korang happy sebab hari minggu dapat rehat tapi tidak bagi aku. Arini dah kena balik U dahh. Oh noo! *Mood biasa seorang student bila cuti dah abes. Padahal bising jugak dok uma takde wat ape although assgnment melambak. ihihi~

Berbalik kepada tajuk entry di atas. Jom tengok 2 keping gambar di bawah ni. ;p

Ewah3~ sodap2 je peluk Lisa Surihani kan. and macam smart lak Lisa peluk awak balik. ahaks~
*maafkan diriku sebab amek gamba tak lawa. eh ur face looks oily la syg. hihi. maap again. ;p

Awak ade Lisa, saya ade Abang Aaron Aziz tau ! Jangan maen2. hahaha~
Ohh tingginya abang besaa. ngee~

Maafkan kami yea. Kitorang memang kuat maen2 sket. Ngan gambarpon sempat nak posingg2. Nak jumpe Lisa & Aaron sebenar tak dapat, soo gambar lah jadi mangsa kami. haha~ Kalau betol2 mau kena sebat tangan my dear tu. Suke2 nak peluk pompuan laen. keh3

Actually tadi gi tengok wayang kat Galaxy Ampang. Sebab nak redeem tiket wayang free punye pasal. Kena lah cari MBO jugak. ^^

Ktorang tengok cerita ALAMAK TOYOL ni ha. Memang lawak abessla cite ni. Komedi yang sangat ringan. Tengok ngan family buat gelak gelak dalam panggung memang bestla. Si Toyol ni pon tak gune sebab nama je Toyol, tapi tak pandai mencuri. Baek resign je dari jawatan Toyol tu. ;p Overall, ok jela aku rase citer ni.

psstt : Korang tengok je Di Sebalik Tabir citer ni dah cukup aku rasa.Korang ley follow citer dia camne. Last2 tu aku rasa lawak gile sebab.........tengokla sendiri yea. HAHAHA~ *ok.korang mesti rasa annoy. ngeh3

First time woo dapat tengok wayang free. hee~
*yang orang belanje takyah amek kira la kan. ;p

After tengok wayang terus gerak gi TS. Mau melantak di sana. ^_^ Actually ade 1 lagi movie tiket free. Citer Immortal. Ade yang dah tengok? Dengar citer tak best? Bagi orang jela camni. *_*

Anyway, thanxx pada yang sudi singgah and follow blog picisan ni yea! SAYANG KORANGG ! ;D

Terima kasih dari kami. Penjaga blog ini. *Padahal aku sorang je ;p

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn lawak gila!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari minggu semua! Ape plan korang arini? Takkan duduk uma je kot..;p For those yang rasa nak keluar tengok wayang, tapi still tak tau lagi citer ape nak tengok.. Aku syorkan korang tengok citer JOHNNY ENGLISH neh. Konfem tak rasa membazir! ;D

Jalan cerita dia tak lari banyak pon macam Johny English 1. Tapi ntuk korang release tension, lepak2 hari minggu, memang sesuai la citer2 camni kan. Awal2 dah terbahak-bahak aku ketawa weh! Mr.Bean kot berlakon! Mesti lawak punye muka serius dia tu. kah3~

Aku ni kalau tengok citer Mr. Bean, dari dulu tak pernah muakk oh. Sampai ke animated series dia pun aku layan. Kalau korang tak minat Rowan Atkinson ni, memang payah la kan nak suka citer ni. Tapi lawak dia memang buat aku geram je nak gelak tau. Bukan ape, sebab lawak dia bodoh sangat! hahahaha~

Kalau ade yang dah tengok, korang mesti suka jugak scene awal2 ni kan. Yang masa dia belajar kat sekolah kungfu neh. Lawak gila! ;p Banyak kot scene yang aku suka. Nak citer pun macam excited sangat nak taep. Korang tengok sendiri baru tau lah kot. ;)

Dalam wayang tadi, every scene yang Mr.Bean ni macam berjaya accomplished je, mesti diorang sampai tepuk tangan tau. Happy jea tengok tadi. Hilang tension aku pasal last week punya hal. hihi~

Itu sajelah potpet aku ntuk arini. Btw, thanx my dear for the wonderful day!

psst = Aku dah buat spec baru weh!! *saje nak kepoh. haha

Sunday, July 24, 2011

Review Flat 3A & Sekali Lagi

Hye guyz! Selamat hari ahad semua! Ada sape kat sini suka tengok cite melayu? I mean, yang sanggup gi wayang and layan citer melayu la. anyone? anybody? Takpelah kalau tak nak ngaku. I dont really care. Aku ni kalau orang belanja, memang semua citer aku layan beb. Citer 2 Alam pun gua bantai. *tangandidadamatakeatas.

Semalam aku baru tengok citer Flat 3A neh. Boleh dikatakan seram la jugak. Actually aku tak suke tengok citer2 seram or ngeri neh. Lemah jantung sket. not badla citernya. Macam citer hantu laen. Aku tak expect best giler pun so kalau citer hantu tu dapat menakutkan aku, kire berjaya la citer tu. hehe~

Scene ni buat aku ngeri ohh. Masa Intan nak gugurkan baby dia sendiri. Saket gila bhai! Sampai akupun nak terasa saketnya. Tak sanggup I tengok tau. Hantu dak kecik tu suka nyanyi lagu ni;
Satu..satu..Fatin sayang mama..
Dua..dua..Mama sayang Fatin..
Tiga..tiga..Sayang semuanya..
Makin slow hantu tu nyanyi, maken dekatla dia ngan korang. haha~
Cuma citer ni pening sket. Dah last2 baru ley pahamla. So, jangan tido. ;p

NEXT is Sekali Lagi. Ni aku download je. Even tak jelas sangat, janji bley tengok. Kalau tengok iklan citer ni, memang aku tak faham sangat apa konfliknya. Dah tengok baru tau. Boleh tahan gakla sedih, tapi comey sgt tengok Mia ngan Sam. Macam member lak. ;p

First2 dengar suara Mia, macam suara si Upin Ipin tau. And suara Lisa plak macam serak sgt. maybe banyak sangat praktis part menjerit kot. huhu~ Lakonan Sam, memang takyah nk cakapla kan. Memang MANTOPP! Part macho, memang macho gila! Part sakit, memang cam orang sakit betol. Part saket otomatik, memang cam dak saket autistik dah aku tengok. hee~

Kan best kalau Lisa betul2 ngan Sam.
Sweet jea. ^^
Untuk download citer Sekali Lagi neh, KLIK SINI.
p/s = Tajuk je review, padahal aku tak reviewpun citer2 ni. hee~ Aku bukan pandai nak explain balikpon. Korang tengokla sendiri yea. Pendapat masing2. Aku ni kan kepoh. Semua mende nak bagitau. Although cerita lama sekalipun. hahaa~

Jom usha sini lak. TUJUAN MEMAKAI KANTA LEKAP.

Tuesday, July 19, 2011

Review Harry Potter 7 part2

Hye guyz! Agak terlambat aku nak review pasal citer neh. Leka tengok JUVANA tadi. ;p So, ada sape2 yang dah tengok jugak Harry Potter last? How is it? For me, Its AWESOME! tapi sedihla. Dah habes pulak citer feveret aku neh. Dari Form 2 aku layan citer ni and buku2 dia. Rasa macam tak puas pulak bila dah abes. Teringat lagi first time Harry masuk Hogwarts, pakai topi and dimasukkan ke Gryffindor. ;)

Pada sape2 yang bukan-kipas-susah-mampos-Harry-Potter, memang tak layanla citer ni kan. and if korang nak try tengok yang last part punye ni, I bet u guyz mesti tak faham punye jalan citer dia. Mesti tertanya2,
'eh, apa Hoxcrux tu?'
'Spell yang dia cakap tu untuk apa?'
'Bellatrix Lastrange tu sape?'
' Goblin tu baek ke jahat?'
'Asal aku takde dalam citer ni?' *pangg! itu soalan mintak penampor. haha~
Aku berani bet la weh! haha. Even abang aku yang tengok tiap tahun tak penah miss pun sebok je tanya aku itu ini dalam wayang. Ganggu kosentrasi aku betol.

Kat sini aku bukan nak citer every detail dalam HP last neh, tapi serba sedikitla. Nama pun nak review kan. So, as people know, Harry Potter was an enemy to Voldemort. Dipendekkan cerita kisah terakhir ni yang menentukan antara the GOOD or EVIL will win. Jadinya, OF COURSELA the GOOD menang kan. Tapi banyakla dugaan diorang. Sampai Hogwarts sendiri kena tawan.

After Prof Dumbledore, Prof Snape yang ambil alih Hogwarts sebagai pengetua. Aku memang dari dulu ingat Snape ni jahat. Sebab dia bersekongkol dengan Voldemort. Tapi bila baca kat buku, macam baek pulak. Bila dah tengok movie dia, baru nampak kebaikkan Snape tu. Waktu yang sangat menyentuh hati aku bila Harry dapat tau yang rupanya Snape tu baek dari dulu lagi and cuba nak lindungi Harry dari baby lagi. Snape dari kecik in love dengan mak Harry, Lily's Potter. Time tu baru rasa sweet je si Snape ni. ;)

Ni baru betul orang kata, muka ganas,tapi dalam hati ada taman woo. hikk~

Ending citer ni memang cool gile. Aku ngan adik aku slumber kodok je tepuk tangan lepas Harry bunuh Voldemort tu. haha. Dia tunjukkan 19years later which Harry kawen ngan Ginny and Ron kawen ngan Hermione. Sumpah lawak muka Ron doe! Ginny pun nampak matang je. Ha, btw, Draco Malfoy jadi baek.Dahla dia handsome ohh. ngee~

Ginny and Harry 19 years later ;p

Ginny and anak2nya.
Time ni nak hantar anak2 diorang blaja kat Hogwarts pulak. Macam biasalahkan. Lalu Platform 9 3/4. ^^

Aku rasa kalau nak buat sambungan citer ni, bley tukar title movie lah kot. Jadi, Albus Severus Potter and the bla bla bla. Tu nama anak Harry Potter bhai. Jangan maen2. hahaha~

Cukupla aku membebel sampai sini ok. Elak korang bosan baca je. *ada kan yang baca sampai abes? hihihi. Eh, lupa nak bagi gred ntuk movie ni. Sebab ni yang last one, Aku bagi 8.5/10. ok tak? ;)

p/s = Aku baca kat paper tadi, hasil kutipan HP7 ni kan, dah jejak 520.8 juta dalam masa 3 hari beb! Gila babeng banyak. Pasni aku nak tengok balikla citer HP dr first sampai yang last ni wat lepas rindu. acehh~

Peace ya~
^_^

Monday, July 18, 2011

Trafik Blog maken jatuh merundum!

Hye guyz! Hows ur day today? Jawab jela dalam hati yea. Aku baru plan cuti2 neh aku dapat update hari2. I mean, dapatla post new entry everyday. Tapi HAMPEH. Bila dah skip sehari, memang nak skip dua tiga hari lah kan. Betullah orang cakap berblogging ni ada mood jugak sebenornye. Aku tabik spring lah kat blogger2 yang rajen update blog hari2. Kadang2 sampai 2 3 post sehari. Rajen mereka update kan. Aku neh kalau dah ngadap laptop, 1st thing come to my mind is, GAMES! Sampai terabai belog neh. tian yee...


Tengoklah graf ni ha, last update aku, on 13th. Then terus down down down. Yelakan, blogwalking pun idak. Sapelah yang sudi lepak blog picisan aku neh. But at least, aku tau la ada jugak orang lepak belog aku although aku tak update kan? hihihi~

Best tak kalau tau belog korang ada silent reader yang memang mengikuti belog korang? *naek turun kening sambil bertanya. hee~

Promise next post Review citer HARRY POTTER 7 Part 2 ok sayang semua ^_*

bye.

Wednesday, July 13, 2011

Harry Potter and the Last One! (ada macam bunyi tajuk dia tak?) haha

Hye guyz! lepas sehari tak update, memang kurang kerajenan nak taep panjang2 neh. *actually aku duduk uma nenek ni. on9 pakai berukband memang leceh sket. Nak blogclimbing pom payah weh. line lembab benau. Ni entry dari pagi aku buat, nak upload gambo asek failed je. geram aku. Aku ni kalau buat entry takde gambo, cam tak syiok lak. ;p

Straight to the point, KAWAN KAWAN! ESOK HARRY POTTER yang terAKHIR ditayangkan di semua pawagam berhampiran anda! Pada kipas-susa-mampos-Harry-Potter, jangan lupa tengok yea! Kalau takde kawan, jom g ngan aku skali tengok nak? hehee~

Tu je aku nak cakap. hahaha.

Lepas ni nak tengok balik la movie Harry Potter dari yang first. Comel je pelakon2 dia dulu2. Sekarang semua dah macam bapak orang. keh3~


whoa! matured tu semua. Daniel Radcliffe memang sesuai jadi watak Harry doe. Nak tau sebab apa? BECAUSE HE IS TOO HAIRY! haha. Siap ada bulu dada doe. LOL

Eh.eh. kat Billy Info ni ada tunjuk evolusi pelakon filem Harry Potter. meh usha si Harry ni betul2 hairy ke tak. hahaha

Saturday, July 9, 2011

Tak elok sampai orang menyumpah nyumpah ni

Hye guyz. Macam mana hari korang arini? Syokk? Boringg? For me, its damn BORED! Aku dah plan nak kua ngan mama n adik aku kot nak tengok citer Transformers, jap lagi sebab banyak-jalan-kena-BERSIH tu, mama dah stuck in the jammed! and mungkin ditunda esok. *tu pun IF mama nak keluarla esok. tskkk.

Aku kat sini bukan nak citer pasal keBERSIHan tu sangat pun, just I'm wondering dengan buat benda2 macam ni, ape yang diorang dapat sebenarnya. Frankly speaking, kat FB itself semua merungut sebab keBERSIHan punya angkara. Leceh siot nak tutup tutup jalan bagai.

gambar hiasan.

Dekat ampang neh ada gak ZON BERSIH. Takde pun orang nak berkumpul. At least kalau korang berkumpul tu, sambil membersihkan KL takpe gak. Ni jangan abes je korang berhimpun-lah-kononnya tu, bersepah macam tapak pasar malam after midnight. huh~

Cakap pasal sumpah menyumpah neh, aku teringat pasal orang buat kerja kawen kat tempat yang susah dicari n tempat parking yang sangat terhad. Elok elok korang nak gi majlis orang kawen, jap lagi parking pulak susa nak dapat. *especially orang yang suka buat dekat lorong2 rumah. Mesti ayat korang camni,

"Ni nak bagi orang datang ke tak neh?Parking pun susa. Then nak jalan jaoh plak tu. Kedekut sangatla si Bedah ni nak sewa dewan. Panas tau tak! Ntah2 pengantin ni kawen tak dapat restu family tak? tak kekal la camni." *sambil keluarkan kipas n jalan macam mak itik. (gila annoying makcik macam ni)

Lagi satu bila tengok pulak pengantin dia, yang pompuannya chantek meletop tip top! yang lelakinya, mak aih, muka macam mintak penampor, badan sehat walafiat. Ada pulak orang cakap,

"Laki ni mesti kaya kan. Kalau tak macam mana ley dapat isteri cun gila babeng neh. Tak CEO, mesti ada syarikat sendirila orang kata.Agaknya lepas dapat harta, cerai lah tu."

Ish3. Teruk2 betul bahasa kat atas ni kan. Semua adalah rekaan si kepoh ini sahaja. Jika ada yang terasa, ampun maaf dipinta. ;p Ucapan itu suatu doa. Kalau ramai sangat nak mengutuk, macam mana hidup nak bahagia. Contoh paling dekat, artis2 kita. Banyak sangat dah bercerai. Muka cun beb. Bukan takde market. Nak kata jodoh dah takde, berapa banyak jodoh kau ada kat dunia ni? Kita lah kena pandai jaga hubungan tu kan. Mana yang kurang, kita tambah. Mana yang tak tau, kita belajar. ye idak?

Err. Apa aku dah mengarut neh? Macam mana isu keBERSIHan boleh tercampor ngan artis mertis neh? aigoo aigoo~ Maap ye semua. Aku kuat mengarot sket. Apa yang aku cuba kaetkan adalah, dengan ramai orang banyak merungut n menyumpah ni, boleh selamat ke perhimpunan macam ni? Still, everybody have their right to speak out their voice and opinion. Ini hanya pendapat aku. Salah, harap dimaafin.

So, moral of the story is, STOP COMPLAINING! EVERYBODY IS NOT PERFECT THOU. Just pray for the better ok. ^^

babai.

Monday, May 23, 2011

Johny Depp kesayangan ku! ;p


hye u guyz. semalam baru tengok citer Pirates of the Caribbean on Stranger Tides. for me, not bad la bcoz my HERO berlakon kan. ;p Ramai cakap citer ni kureng sket dari cite yang before ni. but who cares! aku dari dulu kot mengikuti cite neh.hihihi~ *yes. i'm being bias here. haha

aku bukan nak review pasal cite ni pon. nak share gamba2 HERO aku je. ngee~

he's soo talented! semua watak dia boleh bawak oh. and bukan watak yang sama lak tu. mesti pelik pelik and watak yang agak susah nak bawak.who agree with me?? sape setuju, boleh komen kat sini. ^^

enuf said. jom layan gambar. ;p

as a pirates.

as mysterious guy.

in Sweeney Todd.

ni sape tak tau? meh aku lepuk. haha
Johnny Depp as Willy Wonka the Weirdo ^^
banyak lagi yang dia berlakon, tp ni antara yang orang tau la citenye kan.

ade Penelope Cruz ouh dalam cite ke 4 neh. she's gorgeous!

adik aku minat mamat Philip neh. dia religious person dalam kapal tu. dia baek sangat! sanggup tolong selamatkan Syrena the Mermaid.

sape yang rasa nak tengok cite neh, berbaloi je pon. terhibur la dengan gelagat Jack Sparrow neh. for Orlando Bloom fans, sory la brader. dia tak berlakon dah ntuk movie kali neh. hihi~

last picture ok? promise.



TADAAA!

ohhh.caer sekejap.
hahaha


p/s = time shortsem ni rasa mase laju sangat. this Wednesday aku dah ade midterm. hadoyai~


Sunday, May 15, 2011

Review citer KONGSI.


"Lu Langsi, Lu Mati"

Aku rasa, semua tahu trademark citer neh. Mula2 tu aku nak tengok citer Fast Furious. tapi dah orang yang nak belanja tu nak tengok Kongsi, layankan jela. btw, Sam berlakon tu! aku memang dah ade high expectation kat citer neh.

b4 that, korang boleh usha sinopsis kat SINI.

Tak nak komen banyak, meh aku listkan sket ape yang aku rasa pasal citer neh :

~ Awal2 aku tak tau sebab lambat masuk wayang. agak keciwa disitu.
~ Kemunculan Sam dalam citer tu memang aku tunggu2. and boleh tahan lawak la ngan ayat 'toksey2' dia tu.
~ Flow citer pon ok. Banyak time lawak bile Sam kecek klate la kan. memang SEMPOI abes. Bab2 betol ke tak kecek dia tu, aku no komenla. aku bukan ore klate pom. ;p
~ Sam handsome! *perlu ke? HAHA
~ Lawak2 dalam citer tu macam dah biasa nampak dalam Adnan Sempit. contoh, watak Sam yang agak kalut2 sket. Ape yang dia nak buat, mesti tak jadi and lawak. ;p
~ Part terbang2 kat atas atap masjid india tu macam klaka je. tapi gud job la for the director and actors. tak slalu filem melayu buat camtu.
~ Aku agak teruja dengan part2 drift ngan polis last2 tu. ngan slumber polis tu men langgar2 sampai nak hancoq keta tuh. kata nya Farid Kamil memang peruntukkan kereta tu ntuk di lunyaikan. kereta Evo tu. bukan kancil biase woo ^^
~ scene Farid Kamil sekejap sangat! ;p
~ ending dia baru Inspector Olla tu cakap treadmark citer neh. tapi cam tak syiokla endingnya. aku macam tak puas tengok. tau2 dah abes.
~ overall, aku bagi bagi 2.9 over 5 la. Adnan Sempit lagi lawak kot. ;p
(boleh pulak ade point2 kan.) HAHA
maaf incik Farid Kamil. ngee~

Kepada yang plan nak tengok citer neh, supportla filem Malaysia ye. aku takdela nak kutuk pon. its just my opinion. ;)

p/s = still nak tengok Fast Furious. 19th ni Pirates of Carribean pulak nak kua. Banyak betol citer kena tengok ni. kopak incik sayang nanti. HAHA. ;p

Saturday, March 5, 2011

Parody Secret Garden by Big Bang

Korang ade tak yang dah tengok citer Secret Garden? yes2 citer Korea. sape memang tak layan Korean drama tuh, takpela.dikecualikan. ;p Bagi korang best tak citer tuh? bestkan! bestkan! excited sudah. ngee~

Aku bukan nak citer jalan citer ke synopsis citer tuh, tapi nak citer parodi yang Big Bang buat ntuk citer tuh. SUMPAH LAWAK! aku bantai terkekek2 je ketawa. cam ikan kekek dah ouh!! hahahahaha!

akak bilik aku lah ni. dia kipas-susa-mati korea sket. so aku neh kalau ade citer baru pape, amek kat dia jela. plus adek aku pon memang giler korea, sampai akupon terinfluence skali. haih~ tapi takpe, aku layan je. heee~

dipendek kan citer, meh tengok gambar2 sambil mengarot. ;p

ini antara pelakon2 secret garden.
HYUN BINN oppa!!
^^ni plak Big Bang punyer.
gambar 1 tuh, TOP as Kim Joo Top (TOP nampak comey lak ouh time neh ;p)
2nd tuh Seungri as Oska (time pakai spec, nampakla sket cam Oska, bila dah bukak, peh..cam panda. keh3~)
3rd, Taeyang as cikgu action skol tu. tapi diowang wat dancing skol. ;p
4th, Daesung as mak Kim Joo Top. (sumpah lawak dia neh.) aku tengok idong dia je. haha! masa dia cakap pon sumpah lawak! ^^
Lastly, G.D as G. Ra Im. (dia neh dah memang slalu jadi pompuan )

Hyun Bin yang sangat kachak! ^0^ ^0^
^_^
Ha Ji Won. penah tengok 100 Days with Mr. Arrogant tak?
dia jugakla berlakon. best2!

Lawak betol gambar2 Hyun Bin jadi pompuan neh. ;p

ntuk parody citer neh, korang google jela ye. banyak aku rasa. akupon amek kat akak bilik je. bukan download sendiri. ^_^

fuhh~ penat bergoogle cari gambaq2 neh. ade lagi 1 aku nak upload, tapi tak boleh2. kalau korang rase nak tengok jugak KLIK LA NEH YE.

chow~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails