my beLOVEd follower

Showing posts with label jalanjalan. Show all posts
Showing posts with label jalanjalan. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Berayap Di Johor :D

Assalamualaikum semua.

Sekarang dah naik semester baru. Semestinya juga dengan azam baru. Apa azam aku? Renew je azam sem2 lepas. keh3~

Harini aku nak share beraya kat Johor minggu lepas. Ngam2 sebelum aku naik sem. Nak cerita panjang lebar sangat pulak kang. Aku dah compilekan gambar2 ntuk tontonan semua ^o^ 

Aku turun Johor Selasa minggu lepas 4 Sept sesorang je. Berkat kejakunan aku, dapat lak naik bas 2 tingkat pastu dok atas. Slumberland je pulak tu tukar seat dok depan sekali. Memang masyuk ah ! Feel gila dok kat tempat tinggi yang bergerak gitu :D Sampai je sana member aku Acan amek kat Larkin. Memang stay rumah dia pun :)

Rabu, 5 Sept kami gerak beraya ke Taman Daya. Ye kat atas tu lah Acan Ketot yea. :D Rumah 1st ktorang pegi adalah rumah Fatin. Pastu Bawak dia sekali beraya rumah Yan kat Pasir Gudang. Dengan kitorang sesatnya lagi, memang 2 rumah jela mampu pergi haritu. Untung2 mak Yan bagi duit raya tau. weeee~ ^o^

 Senang sikit ai kat Johor ni ada drebar peribadi. Senang nak gerak gi memana. :P

 Rumah Fatin bela kuceng. Rumah Yan bela arnab. Semua pencinta haiwan rupanya kawan2 aku ni :)

 Rabbit2 Yan semua putih-gebus-suci-tulus-murni oh ! Nama2 dia pun sedap. Macam Chocy, Muffin, Oreo dan sebagainya. Nama semua cam makanan. Ade gak aku makan kang binatang tomey ni. hihihi~

 Photoshoot sat kat rumah Yan. Itu penting! hahaha

 Masa ni dah amek Pipah and we head to JPO. Dok meroyan kat sana. Bukan ade mende sangat pun. Orang cakap barang memahal tu memang ye pun. Tapi ade lah certain stuffs yang affordable. Cuma setakat kau nak gi JPO tu untuk shopping, tak worth it kut. Unless kau ni foreigner or memang pesen beli barang2 branded2, so dipersilakan shopping disini :)

Bukti kami meroyan di JPO. :P

Balik dari JPO aku rasa dalam pukul 9 lebih, then balik je Bukit Tinggi kalau tak silap aku. Then reramai suggest nak tengok midnight movie. Wa takde hal beb. Memang wa turun Johor nak jejalan punye. hehe~ Dah sampai kat Jusco, takde citer best lak nak tengok. Mostly aku dah tengok. Last2 cancel tengok wayang dan gi late dinner sajo. Semua dah penat gilos kut. Drebar peribadi lagi ah penat. Dengan sesat barat nye lagi, kesian dia. hiks~

Anyway, thanks kawan2 ku yang melayan kerenah aku ngengade ajak jejalan last minute ni.First time aku pakai baju kurung je jejalan gi mall sana sini. Beraya nye tak sangat. Merayap je lebey. :P dan awak jugak, maceh jadi drebar peribadi saya. Kesian gila awak penat drive kitorang sana sini. Balik rumah sesorang lak tu. Mesti ngantok gilos. Sayang korang !! ^o^

p/s = Ai ada jugak beraya rumah si dia. Tengokla kalau rajin nak cerita. hihi. 

Berayap = Beraya  + merayap. bukan typo ye anak anak :)


Thanks for reading :)

Friday, September 23, 2011

Shimino Japanese Crepe nyummy! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari Jumaat semua! Korang suka mencuba makanan baru tak? I mean kalau korang gi shopping kat mall tu, suka tak nak try something new? Macam usually makan kat kepsi n mekdi je, korang nak try makan Kenny Roger ke, Subway ke, Nandos ke.. mana mana lah. suka tak?

Kalau aku, idakla suka sangat nak cuba makanan baru, but if nampak menyelerakan je, memang aku melantak punye. hihi~ Orang kata dengan makanan jangan berkira sangat. Ye idak? ;p

Haritu aku jalan jalan kat TS, ternampak la pulak bas comey neh. Cutekan? Aku tengok menu dia terus tertarik nak beli tau. Lebih2 lagi jenis crepe. Selalu aku maen kat game je ntuk masak crepe ni, sekarang dah ada depan mata, HARUSLAH beli kan. ;)

Dengan ala ala kejakunan yang meninggi, aku usha2lah lauk pauk yang dipamerkan. ;p
*suke suki je panggil lauk pauk en.. kih3

Ni antara lauk pauknya lah ye anak anak. Benda yang paling menarik perhatian aku mestilah yang nombor 1 tu. Ada sosej woo. hihi~ yang laen tu macam tak konyang je. *padahal baru lepas makan bento teriyaki and makan kat Wendy's. HAHA. Sebenornya aku kureng sket ngan whipped cream neh. Tu yang tak minat yang buah-buahan tu.

TARAA! Inilah Chicken Sausage Crepe with Blackpepper sauce.
Sedapp woo! Boleh pilih nak sos ape. Antara cili, tomato or blackpepper.
Kualiti gambar amatla buruk. Tak dapat nak jelezkan korang ngan gambar yang menyelerakan ni. hihihi~

Model menggayakan makanan yang dipakai.
er, makanan yang dimakan actually. ;p

Last but not least, Aku si kepoh dengan spec baru.
Nak interprem jugekkk! ngeh3~

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn lawak gila!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari minggu semua! Ape plan korang arini? Takkan duduk uma je kot..;p For those yang rasa nak keluar tengok wayang, tapi still tak tau lagi citer ape nak tengok.. Aku syorkan korang tengok citer JOHNNY ENGLISH neh. Konfem tak rasa membazir! ;D

Jalan cerita dia tak lari banyak pon macam Johny English 1. Tapi ntuk korang release tension, lepak2 hari minggu, memang sesuai la citer2 camni kan. Awal2 dah terbahak-bahak aku ketawa weh! Mr.Bean kot berlakon! Mesti lawak punye muka serius dia tu. kah3~

Aku ni kalau tengok citer Mr. Bean, dari dulu tak pernah muakk oh. Sampai ke animated series dia pun aku layan. Kalau korang tak minat Rowan Atkinson ni, memang payah la kan nak suka citer ni. Tapi lawak dia memang buat aku geram je nak gelak tau. Bukan ape, sebab lawak dia bodoh sangat! hahahaha~

Kalau ade yang dah tengok, korang mesti suka jugak scene awal2 ni kan. Yang masa dia belajar kat sekolah kungfu neh. Lawak gila! ;p Banyak kot scene yang aku suka. Nak citer pun macam excited sangat nak taep. Korang tengok sendiri baru tau lah kot. ;)

Dalam wayang tadi, every scene yang Mr.Bean ni macam berjaya accomplished je, mesti diorang sampai tepuk tangan tau. Happy jea tengok tadi. Hilang tension aku pasal last week punya hal. hihi~

Itu sajelah potpet aku ntuk arini. Btw, thanx my dear for the wonderful day!

psst = Aku dah buat spec baru weh!! *saje nak kepoh. haha

Tuesday, January 18, 2011

PGG malacca trip


hye guyz. maapla 2-3 ary tak dapat hapdate n belogclimbing. tak berkesempatan nak ngadap laptop plus kerja melambakla katekan. tapi maen game kat laptop sempat je. ngee~ btw, laptop aku neh baru format. mura ngko. rm18 je! complete semua ada. siap tukar window 7 lagi u. hee~ bro tuh siap datang kat ostel and anta lagi. puas aty betol aku ngan servis ye. paling tak ley blah mama lah. cakap nanti nak anta jugakla kat budak tuh. pastu pikir balik,

"laptop mama bukan ade pape pon. baru je format kot".

aiyark mama neh.. wat lawak ke hape. teruja sangat la tuh dapat murah. takpe ma, adek ada simpan nombor bro tuh. ley contact pape kalau ade masalah laptop. sekarang aku sebok promote kat member2 aku pasal format murah ni oh. tapi kat budak uia jela en. yang jaoh2 tuh, xpasti bro tuh ley amek ke tak. huhu~

eyt.aku dah salah topik neh citer. asal aku bebel pasal format laptop lak neh? aigoo aigoo~

actually citer neh agak basi. yela en, aku gi melaka tuh on 9th Jan. sekarang dah bape hb. kalau korang ade air lioq basi kat bantalpon dah kering sekarang neh ;p

memandangkan dah agak lama, semua bende yang aku nak bebelkan sudah hilang. jadinya letak gambar bajet sajelah.sekian~

kat rnr Seremban pon sempat bergambaq cek kak uii ;p
yang bestnya gi trip neh is, bayar RM5 je. but then bley claim kat department RM 20 ngko! syok abesh! hee~ tapi aku terkilan 1 je.aku tak dapat naek Menara Taming Sari!! uwaaa! aku dah banyak kali datang Melaka. menara tu jelah yang aku tak naek2 lagi. keciwa betol! bley plak time aku datang nak buat penyelenggaraan bagai. huh~

gambar tak banyak kerana sengaje tak letak. tenet cam tongkek. ;p

p/s = Fyi, PGG stand for Personal Growth Group under Counseling unit. ^_^

Monday, December 13, 2010

diari bercuti


On 5th Dec 2010
kami semua bertolak ke Perak.this time nenek tak ikot. dah janji ngan orang katanye. fyi, my nenek urut orang. so bila dah ada yang booking, susala nak cancel. urut org bersalin la katakan. mula2 amatlah excited dlm keta..potpetpotpet.huhahuha sane sini. jap lagi nga syiok2 tidoq dalam kereta, dah pelik. awatla abah benti tiba2 neh. ingatkan dah sampai R&R, aku pon memang nak wiwi neh. rupa2nya kereta buat hal daa.. abah dah servis dah before bertolak. aku memang tak tau ape2, soo diam jela. kebetulan lak kat highway bertentangan ada mekanik lalu. dia seberang jalan and tanya 'apa pasai?' . cek punyer cek, waterpump rosak. jangan tanya aku amende tuh. aku memang jahil pasal keta. hee~ tapi aku rasa mende neh yang pump minyak naek. kalau dah rosak, 2 yang takley start enjin tuh. huhu~

xpepasal kena tarik keta pi bengkel. isk~ ktorang adik beradik dok dalam keta yang kena tarik tuh and parent naek lori tarik. sedey betol. ;(



masa tu dahla ari ahad. tak banyak bengkel yang buka. barang pulak takde. apek tu gi cari bengkel laen ntuk dapatkan barang tuh. ktorang sempat makan and semayang semua.borink giler ouh tunggu. pendek citer, sampai Bukit Merah dah lambat. check in kat Suria Service Apartment and rest dulu, malam tuh ktowang gi Night Safari Taiping.

takdela best sangat night safari neh. gelap bebenor. kalau naek tren xpuas lak coz bukan dia
benti lama2 pon. nak jalan kaki, gelap sangat! scary! banyak aku snap gambar semuanya gelap2. so tiade gambar nak ditunjukkan. ;p

bukti kemasukan. ;p

6th Dec 2010
Hari yang paling memenatkan. after breakfast (padahal abah sorang je pegi.ktorang bantai memtuba je. haha!) abah nak isi minyak dulu. minyak da merah coz malam tadi ktorang sesat
sebnonye.xbiasa jalan katTaiping neh, semua simpang ktorang lalu nak balik Bukit Merah. haish~ then after tuh, ape lagi..masuk Waterpark, Ecopark semualah! yeah! semua aku puas hati cuma Waterpark dia takdelah best mana. ombak dia cam pondan je. lagi syiok ombak kat Desa Waterpark. ;p

ktorang tak g kat Orang Utan Island pon. kat Ecopark best jugak! dapat bagi binatang makan terus. mana yang ley pegang, sentuh jela.cute2 lak tuh. ade guinea pig tuh, comey betol! nak je aku rembat 1 sumbat dalam beg ouh. ngee~


ni masa bagi makan rusa. abang aku siot je men jelir2 ngan rusa neh. lawak siot! ;p


oit2!jangan geget pungkok aku! ngee~


before sampai Waterpark, kena choose nak naek chairlift ke skycycle.
ktorang choose chairlift sebab cambest je. skycycle cam ponat nak kayuh.
mama gayat! haha!tapi bahaya gak mende neh kalau xrety dok diam. takde tali keselamatan pon. kalau kau jatoh, xmati,bersyukur sangat2. LOL!


dah sampai Waterpark! yeah!
muka sangat tabley blah -__-"
waktu mandi tidak bergambar sebab semua taknak jaga barang. sumbat dalam loker saje.
lepas mandi manda, ape lagi..MAKANLA! hihi
lapaq giler kot! makanan pulak sket je.abang siap order nasi lemak + nasi goreng + ciken cop pon xkenyang2. haish~ xmenyempat amek gambar mkananyer sebab semua terus melantak. yang dapat hanyalah bukti KERAKUSAN KAMI sahaja. haha!

lihat pingganku...licinkan..
;p

balik petang tuh memang lepakk abes. penat kot! badan aku pon sengal2 coz asek tergolek2 je masa turun slide kat Waterpark. malam pulak after dinner book maen pingpong ngan abang aku. jangan pandang aku takde mata ok! aku nih ratu pingpong dolu2! haha! bajet je lebey. sebnonyer kalah gak ngan abang aku 5-2. hee~


7th Dec 2010
udah mau pulang.tapi mama nak sambung oliday kat Pangkor lak coz nak aku mandi laot. aku kena gatal2 dari uma. so elok mandi laot en..after check out kat Bukit Merah, terus gi Lumut amek feri kat sane lak. tempat biasa ktorang pegi, kat Puteri Bayu Beach Resort.


kami didalam feri.

kat Pangkor yang syioknya makan seafoodla! heaven giler! antara menu yang diambil :
kerang rebus
lala masak sambal
udang goreng tepung
sotong bakar
ikan keli bakar
ikan ape ntah aku lupa masak 3 rasa

semua fresh2. udang ye manis tau. laen kalau makan kat KL neh. nyummy!



8th Dec 2010
balik ke KL! yeah! nothin special.lepak uma after that.


9th Dec 2010
balik kampung kat Batu Pahat. ohh! what a hectic week!


10th Dec 2010
balik KL. singgah Muo jap pekena MEE BANGDUNG MUO. sedap!! aku xpenah minat makan mee bandung and this is my 1st time terpikat ngan mee bandung. ^_^


itu sahaja laporan cuti aku. kita kembali ke studio. ngeh3~

maafla gambar kalot2 ye. maen letak je yang snonoh n tak snonoh. nak letak banyak lagi, tapi nak uploadnya kurang rajen. sekian. hihihi

Sunday, November 21, 2010

Yesterday at I-City

At last, berjaya gak aku menjejaki I-City! fuhh~ 2 pon xjangka coz tetibe je mama ajak nak gi sne. b4 ni penah gak ajak..masing2 busy je. jeles kot aku tengok orang len smua dah pegi. yelakan, dari dulu free, sekarang parking je dah kena RM 10. kentot btol. tapi relax jela en. bukan aku yang kena bayarpon. ngee~


Aku gi 1 family except my bro. coz malam semalamkan Arsengal lawan. tapi kalah! kah3! tension giler dia.dahla Sengal kalah, Malaysia pon kalah ngan Indon. sabaq je
la weh! 2la, orang suruh enjoy2 ngan family tak nak. sombong. kan dah tension dok uma sekor2..err, sorang2.. ;p


Citer banyak pon tara guna. tengok gambaq kabur ni jela ye. nak cantek, sponsor aku DSLR. kah3~

4 colours! cool!
abah n me...oww! haha

si kepoh dah panas
lalala~
oh, tonggeknya aku!
*blushing
Victory again!

tempatnya memang cantek. no doubt bout that. tapi aku rse mesti kosong je siang en.. dah malam baru bercahaya bagai. and citer ngan abang..banyak masuk kena bayar. dulu free je semua tempat. sekarang nak masuk Safari n Snow kena bayar rm2 sorang. cam poyo je. aku rasa dwet parking itself cukup kot! so amek jela gambaq binatang2 neh dari tepi je. masa aku gi neh ada je orang yang menyelinap masuk. xluak pon la sekor dua yang terlepas. ye idak? ;p

ade minah sexy oh bawah giraffe neh
;p
Lighted Baobab tree.
besau woo!
;)
most important picture,
ME n ma sis!
sory qila muka kau masuk sikit je..
ngeh3~

thanx visitor yang datang belog ini. aku sedang tidak berapa tegar untuk berbelog.but if aku dapat on9 je, dont wory. pasti ku terjahin belog2 anda. chill~

Monday, July 26, 2010

gila gila yang menggilakan

salam sejahtera.arini mau cirita my journey with my friends at putrajaya. actualy aku bukannye xpenah g sane. orang ampang je kot.bukan kedah ke perlis ke xpenah g putrajaya. (maaf.saya tidak bersifat kenegerian ye). ape yang wat my journey neh menarik is..naek kereta ngan cik Haziqa Hashim ni ha.

ini adalah cik Haziqa ye anak anak. beliau bersama dengan cik montel.
;p

orang baru dapat kereta la katekan..2 yang syok bawak jalan tuh.ley g mane2 je n xrisau balik lambat (although da penat telinga neh dengar neneknyer bebelan) haish~ terlupa aku nak amek gambo keta ye.wat mencapap dalam blog aku neh. haha!

dipendekkan cerita,ktowang sampai ptrajaya pukul 4.n my dear yang bawak kan kereta. yelakan, bukan selalu nak buli dia. lagipun teruna kenalah jaga 4 orang dara neh.hee~ yang paling taley blahnyer, keretanyer gemar mengeluarkan bunyi2 aneh ye. nak terbarai ktowang gelak dalam keta tuh. tapi apepun, yang penting kami selamat sampai ke sana n berposing sakan.sekian. ehh2.belom abesh citer lagi. tengok jela gambar dulu yep.
berlatarbelakangkan masjid putra.



sang jejaka diapit oleh 2 dugong. ohh maaf.dayang ye. haha!


ini adalah mbe2 cik Haziqa ye. kat tengah tuh Kak Ana dan Atiqah.

citer yang paling syoknyer mase nak balik tuh. ktorang plan nak tido uma nenek je kat ampang. n kononyer aku neh ingatla jalan nak balik en. yelakan, da selalu ikot jalan yang sme..x dari nilai, dari gombak.sme je jalannyer nak balik ampang..so, semua agreela. accept sang jejaka tuh..kenala balik bangikan. xkan nak stay uma nenek pulak.

then knows what happen? we're lost! OMG! aku da cuak dah coz rasenyer da salah masuk jalan.sekeliling seems unfamiliar with me. aku da gelabah en, selamatla cik Haziqa kite nih kuat semangat. xsegelabah aku. then aku pinjam nset cik Haziqa, n mintak mama tepon balik. (nset aku da kong giler kot). aku storyla citer sebenau. dah kena bebel xpepasal. ktorang salah masuk kat jalan nak g Cheras je pon. but still, actualy, ley sampai Ampang. tapi atas sebab kegelabahan aku neh, mende jadi blur je. hadoyai~

mama ngan ayat yang sama, "ha,tulah kau.tido lagi dalam keta.bukan nak tengok jalan". haish. "mama, adik xtidoponla.ni dah malam. adik xingat jalan tau.n selalu nampak Econsave kat Cheras neh. tapi xjumpe pon. cne ni mama?" kataku ngan suare yang bergetar.(kre da tahan nak nangesla neh). mama tahu suare aku da laen n suruh aku relax dulu n bukak loudspeaker.biar cik Haziqa dengar mamanyer direction.korang tau time bile aku ingat jalan? bila da sampai Ampang Point. haha! mama cakap kalau da sampai situpon kau xtaw, better dok dalam hutan jela. haish~ (tapi ma, dok dalam utan, lagila adik sesat hari2.haha!)

after all, its really an enjoyable day. even just g tempat dekat2 je..pengalaman sesat tuh sgt mengajar aku ye. lepas neh, kenala ingat jalan especially jalan nak balik rumah.ni selamat g putrajaya je.if Shah Alam,xtaw la eden da sampai uma ke belom neh. kononyer nak g I-City. maybe next time jela ye. huhu~

bak kate mama,"orang boleh jual kau neh dik".uish.jgnla sampai camtu mama.takde orangpon nak beli. hehe~

moral of the story : jangan mengelamun je dalam kereta. sila tengok jalan dan tempat sekeliling. terima kasih.

Sunday, April 18, 2010

external hardisk kesayanganku. ;)

selamat pagi petang siang malam.
penat ouh arini jalanjalan cari pasal ngan mama n adekku terchenta.
kitorang gi PC Fair kat KLCC. aim kami hanya satu. iaitu membeli external hardisk atau nama scientificnya..disk luar yang keras.erk. yeke? ok.lupakan. -_-'


mula rasa nak beli mende nih da lama..xberkesempatan je nak beli.aritu mama lak cakap ade PC Fair minggu nih..ape lagi..bagaikan punggung rindukan jambanla aku..hokhok~ (ade ke peribahasa tuh?) ;p laptop aku tu da berat dah ngan macam2 cerita aku simpan. malas pulak nak hantar format tambah RAM pe smue. solution is, beli jela hardisk. huhu~


inila mende alah yang dapat ku beli tadi..sebelah tuh porch bag ye. macam pursekan?;p aku beli yang 500GB, RM289. ok ke dok ek? ade orang cakap mahal.ade cakap reasonable la tuh..tapi nak wat camnekan..aku dah terbeli..hohoho~ banyak komplen aku sekeh nanti..hekk.

aku xtaw nak citer ape specialnya..sebab xgunapon lagi..hikhik~ maybe sebab ye comey..n wane merah..n kecik! xcye? ye sme saiz ngan nset aku ouh. n ingat x remote comtrol DVD aku yang kecik tu?klik nih. sama saiz kott! hehehe.



haa..betolkan ye kecik?kan3? bek korang angguk je dalam aty..sedapkan aty aku cket..heheheh


sebenornya beli nih agak kegelojohan. jumpa je terus beli without thinking twice ke double ke triple ke..men beli je. sebab mula2 memang da aim 500GB dalam 3ratos lebey. then ada yang 2ratos. tu yang over excited tuh. jap agi da jalanjalan kat bawah, banyak lagi yang muramura rupanya.haish~ so dalam keta masa nak balik tuh sajela wat kirakira, kalau 500GB = RM 290, 1 GB = 60sen camtuhla. haa, x ke mura tuh..ngeh3~ (sebenornyer saje nak sedapkan hati sebab ramai cakap mahal.) isk3~


lupa nak bagitau. ni jenama WD. ade sape2 yang guna?ok x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails