my beLOVEd follower

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Happy Birthday To ME. hihi

Assalamualaikum semua.

16 OKTOBER, genaplah umur aku 22 tahun. Dah bukan adolescent lagi dah. Kena terima hakikat aku dah masuk alam dewasa. dem!

Saja nak buat short entry pasal besday. Semalam celebrate makan dekat Q Thai Steamboat and BBQ kat Ampang Waterfront tu. Tak penah try kat sana tu yang teringin nak makan tu. So satu family melantak steamboat malam tadi dengan nenek sekali ikut. Tapi sayang betoi. Nenek pi makan nasi goreng ngan mee goreng je. Dia tak suka benda makan celup2 ni. haha

Makan kat sini memang heaven. Makanan laut banyak gila! sampai pepahat pun ade oh! segala macam sayur mayur fish ball crab ball dragon ball semua ada lah ! *dragon ball tu hiperbola je ye anak anak* :P Rojak ada eskim ada. Untuk steamboat je sorang RM22 ++ and ntuk steamboat dan grill rm 27++. Sup pun terus dapat dua jenis, tomyam ngan sup kosong.




See deretan makanan basah tu ? memang sangat ohsem ! banyak choice sampai taktau nak amek yang mana satu dulu. Nak mula dari mana pun blur. Apepun kalau yang muslim tu, dimulakan dengan Bismillah ye. kekeke~
Kat sini pun fish ball dia kiut2 oh. Time aku datang ada fish ball gambar bear ngan gambar ketam. Domo kyeopta! ^o^
Siap bagitau jangan membazir lagi ha. Resit tu bukan aku punye. Semua gambar ni aku gogel je sebab update pun kat computer lab je. So memang takde gambor sendiri la kan :P

But in my opinion, Seoul Garden lagi best! sebab tempat masak kebawah sikit. kalau kat sini, tak selesa kalau grill sambil duduk. mesti feel nak berdiri gak. :P Cuma memang sini lagi murah la kan. Tapi untuk korang try, takde masalah kut. Janji kosongkan perut dan melantak sepuasnya ! hahaa~

Meh setepek gambar besday gurl ngan buah hati dia. eh? hahahaa!

p/s : Semua gambar kredit to hencek gogel. kecuali gambar last sekali. keke.

*Tadi kata short entry. Terpanjang lak. Miann~ :P

Thanx for reading :)

Sunday, February 26, 2012

Adnan Sempit 2 Awesome !

Assalamualaikum semua.

Ramai dah tengok citer Adnan Sempit neh? Mostly member2 aku cakap boleh tahanla lawaknye. Ala macam Adnan Sempit before this jugak. Tapi seriously aku rasa yang kedua ni lagi superLAWAK tau. Macam non-stop gelak je. keh3~

Kekuatan citer ni of course sebab Sam. Secondly, bahasa english yang hancoq oleh Si Nan tu sendiri. Sumpah SPOILED weh ! hahahaa. Then nama panggilan papa mama oleh Nan & Nadia tu. Gelimat dow dengar. ;P

Kalau korang memang nak tengok wayang as leisure, nak lepak2 je tanak serabutkan otak, memang SANGAT sesuai la tengok citer ni. Sangat menghiburkan. Sangat menggeletek hati. hihihi~

Soo, jomlah tengok nanti ye. Ke korang nak tgu time dah bule download je? pon boleyy. ;P

Pstt : My dear kalau gelak dalam wayang tak penahnye slow. Berdekah2 ketawanya. Wat malu betui. #tutupmuka.


Al-fatihah ntuk umi kawan kita ni, Fathiah, yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN .
Sedih baca kata2 Fathiah. " Ajal Maut Tidak Mengira Usia."
;'(

Sunday, November 13, 2011

Si Dia Peluk Lisa Surihani, Aku dapat Aaron Aziz. ^_^

Assalamualaikum.

First of all, Happy Weekends semua ! Maybe korang happy sebab hari minggu dapat rehat tapi tidak bagi aku. Arini dah kena balik U dahh. Oh noo! *Mood biasa seorang student bila cuti dah abes. Padahal bising jugak dok uma takde wat ape although assgnment melambak. ihihi~

Berbalik kepada tajuk entry di atas. Jom tengok 2 keping gambar di bawah ni. ;p

Ewah3~ sodap2 je peluk Lisa Surihani kan. and macam smart lak Lisa peluk awak balik. ahaks~
*maafkan diriku sebab amek gamba tak lawa. eh ur face looks oily la syg. hihi. maap again. ;p

Awak ade Lisa, saya ade Abang Aaron Aziz tau ! Jangan maen2. hahaha~
Ohh tingginya abang besaa. ngee~

Maafkan kami yea. Kitorang memang kuat maen2 sket. Ngan gambarpon sempat nak posingg2. Nak jumpe Lisa & Aaron sebenar tak dapat, soo gambar lah jadi mangsa kami. haha~ Kalau betol2 mau kena sebat tangan my dear tu. Suke2 nak peluk pompuan laen. keh3

Actually tadi gi tengok wayang kat Galaxy Ampang. Sebab nak redeem tiket wayang free punye pasal. Kena lah cari MBO jugak. ^^

Ktorang tengok cerita ALAMAK TOYOL ni ha. Memang lawak abessla cite ni. Komedi yang sangat ringan. Tengok ngan family buat gelak gelak dalam panggung memang bestla. Si Toyol ni pon tak gune sebab nama je Toyol, tapi tak pandai mencuri. Baek resign je dari jawatan Toyol tu. ;p Overall, ok jela aku rase citer ni.

psstt : Korang tengok je Di Sebalik Tabir citer ni dah cukup aku rasa.Korang ley follow citer dia camne. Last2 tu aku rasa lawak gile sebab.........tengokla sendiri yea. HAHAHA~ *ok.korang mesti rasa annoy. ngeh3

First time woo dapat tengok wayang free. hee~
*yang orang belanje takyah amek kira la kan. ;p

After tengok wayang terus gerak gi TS. Mau melantak di sana. ^_^ Actually ade 1 lagi movie tiket free. Citer Immortal. Ade yang dah tengok? Dengar citer tak best? Bagi orang jela camni. *_*

Anyway, thanxx pada yang sudi singgah and follow blog picisan ni yea! SAYANG KORANGG ! ;D

Terima kasih dari kami. Penjaga blog ini. *Padahal aku sorang je ;p

Friday, September 23, 2011

Shimino Japanese Crepe nyummy! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari Jumaat semua! Korang suka mencuba makanan baru tak? I mean kalau korang gi shopping kat mall tu, suka tak nak try something new? Macam usually makan kat kepsi n mekdi je, korang nak try makan Kenny Roger ke, Subway ke, Nandos ke.. mana mana lah. suka tak?

Kalau aku, idakla suka sangat nak cuba makanan baru, but if nampak menyelerakan je, memang aku melantak punye. hihi~ Orang kata dengan makanan jangan berkira sangat. Ye idak? ;p

Haritu aku jalan jalan kat TS, ternampak la pulak bas comey neh. Cutekan? Aku tengok menu dia terus tertarik nak beli tau. Lebih2 lagi jenis crepe. Selalu aku maen kat game je ntuk masak crepe ni, sekarang dah ada depan mata, HARUSLAH beli kan. ;)

Dengan ala ala kejakunan yang meninggi, aku usha2lah lauk pauk yang dipamerkan. ;p
*suke suki je panggil lauk pauk en.. kih3

Ni antara lauk pauknya lah ye anak anak. Benda yang paling menarik perhatian aku mestilah yang nombor 1 tu. Ada sosej woo. hihi~ yang laen tu macam tak konyang je. *padahal baru lepas makan bento teriyaki and makan kat Wendy's. HAHA. Sebenornya aku kureng sket ngan whipped cream neh. Tu yang tak minat yang buah-buahan tu.

TARAA! Inilah Chicken Sausage Crepe with Blackpepper sauce.
Sedapp woo! Boleh pilih nak sos ape. Antara cili, tomato or blackpepper.
Kualiti gambar amatla buruk. Tak dapat nak jelezkan korang ngan gambar yang menyelerakan ni. hihihi~

Model menggayakan makanan yang dipakai.
er, makanan yang dimakan actually. ;p

Last but not least, Aku si kepoh dengan spec baru.
Nak interprem jugekkk! ngeh3~

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn lawak gila!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari minggu semua! Ape plan korang arini? Takkan duduk uma je kot..;p For those yang rasa nak keluar tengok wayang, tapi still tak tau lagi citer ape nak tengok.. Aku syorkan korang tengok citer JOHNNY ENGLISH neh. Konfem tak rasa membazir! ;D

Jalan cerita dia tak lari banyak pon macam Johny English 1. Tapi ntuk korang release tension, lepak2 hari minggu, memang sesuai la citer2 camni kan. Awal2 dah terbahak-bahak aku ketawa weh! Mr.Bean kot berlakon! Mesti lawak punye muka serius dia tu. kah3~

Aku ni kalau tengok citer Mr. Bean, dari dulu tak pernah muakk oh. Sampai ke animated series dia pun aku layan. Kalau korang tak minat Rowan Atkinson ni, memang payah la kan nak suka citer ni. Tapi lawak dia memang buat aku geram je nak gelak tau. Bukan ape, sebab lawak dia bodoh sangat! hahahaha~

Kalau ade yang dah tengok, korang mesti suka jugak scene awal2 ni kan. Yang masa dia belajar kat sekolah kungfu neh. Lawak gila! ;p Banyak kot scene yang aku suka. Nak citer pun macam excited sangat nak taep. Korang tengok sendiri baru tau lah kot. ;)

Dalam wayang tadi, every scene yang Mr.Bean ni macam berjaya accomplished je, mesti diorang sampai tepuk tangan tau. Happy jea tengok tadi. Hilang tension aku pasal last week punya hal. hihi~

Itu sajelah potpet aku ntuk arini. Btw, thanx my dear for the wonderful day!

psst = Aku dah buat spec baru weh!! *saje nak kepoh. haha

Sunday, July 24, 2011

Review Flat 3A & Sekali Lagi

Hye guyz! Selamat hari ahad semua! Ada sape kat sini suka tengok cite melayu? I mean, yang sanggup gi wayang and layan citer melayu la. anyone? anybody? Takpelah kalau tak nak ngaku. I dont really care. Aku ni kalau orang belanja, memang semua citer aku layan beb. Citer 2 Alam pun gua bantai. *tangandidadamatakeatas.

Semalam aku baru tengok citer Flat 3A neh. Boleh dikatakan seram la jugak. Actually aku tak suke tengok citer2 seram or ngeri neh. Lemah jantung sket. not badla citernya. Macam citer hantu laen. Aku tak expect best giler pun so kalau citer hantu tu dapat menakutkan aku, kire berjaya la citer tu. hehe~

Scene ni buat aku ngeri ohh. Masa Intan nak gugurkan baby dia sendiri. Saket gila bhai! Sampai akupun nak terasa saketnya. Tak sanggup I tengok tau. Hantu dak kecik tu suka nyanyi lagu ni;
Satu..satu..Fatin sayang mama..
Dua..dua..Mama sayang Fatin..
Tiga..tiga..Sayang semuanya..
Makin slow hantu tu nyanyi, maken dekatla dia ngan korang. haha~
Cuma citer ni pening sket. Dah last2 baru ley pahamla. So, jangan tido. ;p

NEXT is Sekali Lagi. Ni aku download je. Even tak jelas sangat, janji bley tengok. Kalau tengok iklan citer ni, memang aku tak faham sangat apa konfliknya. Dah tengok baru tau. Boleh tahan gakla sedih, tapi comey sgt tengok Mia ngan Sam. Macam member lak. ;p

First2 dengar suara Mia, macam suara si Upin Ipin tau. And suara Lisa plak macam serak sgt. maybe banyak sangat praktis part menjerit kot. huhu~ Lakonan Sam, memang takyah nk cakapla kan. Memang MANTOPP! Part macho, memang macho gila! Part sakit, memang cam orang sakit betol. Part saket otomatik, memang cam dak saket autistik dah aku tengok. hee~

Kan best kalau Lisa betul2 ngan Sam.
Sweet jea. ^^
Untuk download citer Sekali Lagi neh, KLIK SINI.
p/s = Tajuk je review, padahal aku tak reviewpun citer2 ni. hee~ Aku bukan pandai nak explain balikpon. Korang tengokla sendiri yea. Pendapat masing2. Aku ni kan kepoh. Semua mende nak bagitau. Although cerita lama sekalipun. hahaa~

Jom usha sini lak. TUJUAN MEMAKAI KANTA LEKAP.

Sunday, December 26, 2010

Malaysia menang! yeyey! ^_^



And the result is....

Malaysia 3 - 0 Indonesia

Yieha!! walaupon aku bukan rety sangat pasal bola neh, agak teruja jugakla coz O tuh Indon. ngee~ aritu dah kalah teruk ngan diowang. bangga pulak tiba2. ;p

kalau tak silap aku 2 gol dijaringkan oleh Safee Sali dan 1 gol oleh Ashaari Shamsudin. tahniah kepada semua pemaen Malaysia!! tak sia2 abang aku gi Bkit Jalil tengah demam2 tuh. bebaloila jugak. arap kau sehatla ye. esok ada kelas. jangan nak MC lak. ;p

pendek jugak aku update en..kena blaja ngan Cik Epal neh nak update panjang berjela. hee~

Saturday, November 27, 2010

Harry Potter 7 Part 1

aku ni tak tau la aku ni kipas-susah-mati Harry Potter ke tak. tapi every year citer ni kua, mesti 1 family pi tengok. (although abah mesti tido dalam wayang) aiyoo~ b4 aku tengok citer nih, usha2 la kat blog laen yang dah gi tengok en.. ade yang cakap xbest. bosanla. tapi member2 adik aku semua cakap best. yela, baru form 2. mungkin umur antara faktor citer ni best ke tak.

apa yang aku boleh cakap kan, aku puas hati je. bcoz i know, diowang pon da maken besar. and xkan cerita nak macam dulu lagi zaman skola Hogwarts ada lagi. tapi yela. aku admit yang jalan citer this time agak lambat and banyak citer pasal diowang bertiga ni ha..

geram jugak tengok si Ron ni nak emo2 sebab jeleskan Harry and Hermione. da beso la katakan..mesti jeles2 ye idak? hee~

rasanya si Dobby ni lah penyelamat citer nih. comey ohh dye neh..tapi last2 dye mati. cian ye ouh! korang kenal tak Dobby neh sape? tak, pi google. keh3~ this time aku tak rajin nak citer synopsis bagai, tapi pade sape yang tak tengok lagi, citer neh memang tergantung. last part ye, Voldemort amek wand Dumbledore and THE END! ;p

tunggu jela next year for the last one yep. ;)


aku teringin nak on9 cam bese and merayap kat blog korang3 tau. tapi berukband ni lembab nak mampos! nak on9 ngan tenang pon susa. so, bear with me ye sayang sayang. yang sudi folo tuh, dont wory..akanku jejak n tekan butang folo anda balik ok.

Thursday, November 25, 2010

2 Alam. citt pOodah!




aku baran neh. sangat + amat tak puas hati ouh!! cmneh punyer citerpon boley nak ade kat wayang ke? aku rase ni la citer mlayu paling xbebaloi aku tengok kat wayang oh!

tulah kau bella. nak sangat support filem malaysia. dah membaziaq duit. aigoo~

selamat kak Siti ku sayang yang belanja. ingat arini dapatla mura kat MBO tuh. jap lagi RM 1O gak! mintak maap ye kak! nty saya belanja akak lolipop. ;p

pada sape yang nak pi tengok ( ada ke ura2 nak pi tgk citer neh?) aku syorkan, kalau hang dah banyak dwet sangat, baek pi tengok citer Harry Potter 2 kaly. bagi aku lagi best kot! weh, tgk cerekarama TV3 lagi best la!! grrrrr

cmnela ley Dr ini target sampai 40juta. woit! 1 juta pon aku xkonfem lagi. haish~ target nak tinggi. citer cam hape ntah.aku rase filem tuh xdeserve dapat byk bcoz kos nak buat cam murah je. alek2 kua kan scene2 lama. then nga mood feeling2 nak insap, tukar scene kat pub plak. aku yang jenis lampi2 ayam neh, payah betol nak paham. paling koman, tunjukla masa dia jadi laki ke, masa wat pembedahan ke.. setakat da jadi pompuan watpe..-___-'

aduuhh. banyak aku rasa nak bebel neh. sumpah xpuas doh! aku memang berani mati je tengok citer neh. orang cakap xbestla, ngarut2la..at least aku pi
tgk sendiri, ley aku komen. soo, memang MEREKA benar!

meh aku story sket citer neh. let me make it points coz aku pon penin nak baca balik nanti. ;p

~mula2 citer, ye tunjukkan ayat2 yang kononnya menginsfkan contohnya "Meninggalkan dunia atau dunia meninggalkanmu"..then banyakla ayat2 konon insaf tuh. aku dah pikir ni macam citer MR.BEAN HOLIDAY yang orang buat filem syok sendiri muka dia je tuh ( pada yang dah tgk citer mr.bean tu lah enn. hope anda faham )

~then mula citer neh ngan kematian. kire minah..err.. ke laki ni da mati lah. (nama dia ADAM tapi dah tukar jantina jadi AMY). aku ingat bolehla nak jadi best sket citer neh, jap lagi nga konon nak sedih, dah tukar scene. citer kat pub plak. joget2, goyang2, minum2, mabok2. (standard keadaan kat pub la kan)

~then balik ke scene mandi mayat plak. mula aku plek gak. kan mayat pompuan. asal laki lak mandikan. rupanya tulah 'ADAM' yang da jadi pompuan tuh..

~next cam besela. tunjuk hidup bebas si 'AMY' neh. tukar2 laki.minum arak kejadah semua.

~ after kejap scene lifestyle dia, mesti diselitkan balik scene kena kapan la. kena semayangkanla. then mayat dia jadi berat. kubur xmuat. senang citer, dia tak diterima kubur. kena tanam kat tempat laen.

~the end.

korang agak best ke?? aku mula2 excited coz tau Aaron Aziz berlakon. ingat dia yang jadi hero ke, hape ke. rupanya Ustad muda daaa..ok je lagi tuh. tapi overall citer memang aku tak pueh aty oh.seyez!

P.O.Y.O lah uncle.
pecah bontot aku adelah.
cett!

aku paling takley blahnya, lagu2 citer tuh memang best. 3 lagu xsilap aku. mula2 lagu Sudirman -Salam Terakhir, 2nd lagu Andai Ku Tahu-Ramli Sarip and 1 lagi aku xtaw lagu hape. LOL! tapi yang sengalnya, ley buat mv lak ngan lagu tuh. then nak lama kan cerita ngan dengar lagu tu sampai abesh + flashback balik scene yang sama! boring kot! dahla memang xbanyak scene best langsung. huh~

cukupla aku bebel pagi buta neh. buat tambah dosa aku je ngutuk orang. kalau korang nak pi tgk citer neh, aku nasihatkan korang WAJIB beli popcorn bagai. takdela ngantuk sangat nanti. kwang3~

akhir kata, MAJULAH FILEM 2 ALAM UNTUK NEGARA.

wakakakaka~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails