my beLOVEd follower

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

The Gifts

Assalamualaikum semua.

Hari raya aritu, aku sefamly sebok dok beraya kat setiap kedai kereta area ampang. Mama kata nak carikan aku kereta. Di pendekkan cerita, at last jumpa jugak kereta second hand dan harga pun berpatutan  :D Cute pun cute. hehe


TADAAAAA!!!!!!!!!!




Kelisa SE baru ai. ^o^

Kereta ni next week baru dapat. Nak setelkan mende ntah. Takpela bukan aku nak bawak balik U pun. Leceh nak kena apply sticker bagai. Cari parking pun susah. At least dah ada kereta ni senangla sket nak merayap ke mana2. Yang penting aku kena beranikan diri dulu on the road. Harap je lesen dah renew bagai. Bawak keta berapa kali je setahun. -..-"

THANK YOU MAMA ! THANK YOU ABAH !
LOVE YOU SOO MUCH !
XOXO



Ha yang ni pulak, my dear yang bagi. Haritu ngedate kat Mid Valley. Masuk setiap kedai gifts. Ingat apela dia nak cari. Buat dunno jela. Pastu setiap bear dia tanya ni ok ke tak. Cute ke tak. Tapi dalam hati memang la cakap, awak nak belikan ntuk saya ke ? hihi

Last2 masuk Living Cabin, tengok ade doggie besau-gile-bapak-punye ! Sonok kut peluk. Tapi tadi dah aim nak teddy beso kat kedai mana ntah. Siap kol adik aku tanya, nak bear besar ke, nak doggie besau. Doggie ni ley buat bantal peluk. Tinggi dia pun setaraf bahu aku ^^

End up, beli jugak doggie nii.. THANK YOU AWAK ! LEP YOUU ! ^o^

Aku namakan dia Jolie, sempena kuceng aku yang hilang. Tapi adik aku cakap badan doggie ni macam Kim Jong Kok lak. Sebab taf en. So nama baru dia, KJK ! ok tak ? hahahhaa


Balik2 je mama tanya, kenapa anjeng yang kau beli ? -..-"

Tak haram kan? Aku jadikan dia bantal peluk kut. Bukan hiasan semata :P


p/s =  Cuti dah abes ! jom stress berjemaah ! arghhhh


Thanx for reading :)

Wednesday, October 17, 2012

Happy Birthday To ME. hihi

Assalamualaikum semua.

16 OKTOBER, genaplah umur aku 22 tahun. Dah bukan adolescent lagi dah. Kena terima hakikat aku dah masuk alam dewasa. dem!

Saja nak buat short entry pasal besday. Semalam celebrate makan dekat Q Thai Steamboat and BBQ kat Ampang Waterfront tu. Tak penah try kat sana tu yang teringin nak makan tu. So satu family melantak steamboat malam tadi dengan nenek sekali ikut. Tapi sayang betoi. Nenek pi makan nasi goreng ngan mee goreng je. Dia tak suka benda makan celup2 ni. haha

Makan kat sini memang heaven. Makanan laut banyak gila! sampai pepahat pun ade oh! segala macam sayur mayur fish ball crab ball dragon ball semua ada lah ! *dragon ball tu hiperbola je ye anak anak* :P Rojak ada eskim ada. Untuk steamboat je sorang RM22 ++ and ntuk steamboat dan grill rm 27++. Sup pun terus dapat dua jenis, tomyam ngan sup kosong.




See deretan makanan basah tu ? memang sangat ohsem ! banyak choice sampai taktau nak amek yang mana satu dulu. Nak mula dari mana pun blur. Apepun kalau yang muslim tu, dimulakan dengan Bismillah ye. kekeke~
Kat sini pun fish ball dia kiut2 oh. Time aku datang ada fish ball gambar bear ngan gambar ketam. Domo kyeopta! ^o^
Siap bagitau jangan membazir lagi ha. Resit tu bukan aku punye. Semua gambar ni aku gogel je sebab update pun kat computer lab je. So memang takde gambor sendiri la kan :P

But in my opinion, Seoul Garden lagi best! sebab tempat masak kebawah sikit. kalau kat sini, tak selesa kalau grill sambil duduk. mesti feel nak berdiri gak. :P Cuma memang sini lagi murah la kan. Tapi untuk korang try, takde masalah kut. Janji kosongkan perut dan melantak sepuasnya ! hahaa~

Meh setepek gambar besday gurl ngan buah hati dia. eh? hahahaa!

p/s : Semua gambar kredit to hencek gogel. kecuali gambar last sekali. keke.

*Tadi kata short entry. Terpanjang lak. Miann~ :P

Thanx for reading :)

Sunday, May 20, 2012

Celebrating Mama's Birthday & Abah's Birthday :D

Assalamualaikum semua.

Every year, on May memang sangatla seronok family aku. Bukan apa, sebab banyak betul celebration during this month. First, Mother's Day on 13th May. Then  Teacher's Day on 16th May. After that my parents birthday on 19th and 20th May ! YEAH !

So today, sekaligus terus celebrate both of them. After aku exam petang tadi, terus abang aku amek and bawak parent keluar sekali ^o^

Meet the momma. HAHA ! 
I LOVE YOU LAH MAMA !
MUAXX! ^,^


Suap-suap la konon. buat muka je lebey. haha


The FOODS ! 
:)


End up tak habis pun. and tapau bawak balik. hihi

For My Mabah ; 
HAPPY 58th BIRTHDAY MAMA !
HAPPY 55th BIRTHDAY ABAH !
I love you guyz soo much ! No other parents would ever replace you guys in my heart. You're the BEST EVER ! Sayang MAMA ! Sayang Abah ! *hugs*

p/s : Mabah stand for mama + abah. :P

Saturday, March 10, 2012

Yesterday was my sista's birthdayy ! :D

Assalamualaikum semua.

9 Mac 1996.

Birthday adik montel aku sorang ni. Ktorang adik beradik taktau nak celebrate macam mana, so tanya qila, dia nak karok and shopping ! So ape lagi. Malam tadi jugak ktorang terus ke Axis Atrium karok satu kalu then gerak ke danau kota ntuk shopping ! jyeahh ! ^_^

Ni gambaq after karok. Semua jadi mereng and sore takde. penat siot melalak. Even ada video, memang TAK la nak letak kat sini kan. hehek. Birthday gurl y semangat PEACE depan2 tu. Ktorang kua berlima. lagi sorang abang aku y jad tukang amek gambaq. ;P

Anyway,
HAPPY BIRTHDAYY my lil sista AQILAH HANANI !
May all ur wishes come true.
Be a good gurl , daughter and sister.
Tamo degil2 lagi ngan mama and aku. Sekeh jugak nanti. ;P
May ALLAH bless you always.
:)

psst : semalam tak puas sgt shopping kat danau sebab tak cucuk dwet. so perbelanjaan terhad sebab ade rm150 je dalam tgn. ;( tu pun thanx tu Kak Anun sebab bagi pinjam rm100 ouh. Bule lak atm reboot sampai kol1 taley cucuk duet lagi -..-

Suka bergambar? Tengok NI. :)

Thanx for reading :)

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

Saturday, October 29, 2011

Melantak di Pizza Hut lagi ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Sekarang ni musim midterm. Tadi je baru lepas exam arab aku. Yess. Sabtu petang pon ade exam. Pukul 5 - 7 lak tu. Sebab tu aku sayang UIA. *tangandidadamatakeatas~

Walaupon line aku cam sipott kat bilik neh, dah bosan sangat tergerak lak aty nak update sket. Agak menaon jugakla nak upload segala bagai gamba ni untuk menjeleskan korang. ngeh3~ Put aside citer pasal bola coz aku tau malam ni Nogori lawan Ganu and Chelsea lawan Arsenal. *Arsenal menang okayh! (see..betapa lama aku nak update sampai abes 1 game doww) hahahaha~

Malam ni nak terliurkan korang dengan makanan kat Pizza Hut je. Masa ni celebrate birthday aku yang ke-21 16hb aritu. Memang agak lama yea aku nak kepoh kat blog. *kan aku dah cakap nak update bile citer ni dah basi. sekarang ngan makanan2 ni pon basi same. tapi dalam perutla. keh3~

Actually aku teringin nak makan Pizza Chunky Loaded. Yang berlapis2 tu. Tapi dah abes tempoh promotion dia, tengah ade Ultimate Cheesy ni lak. So layan jela kan. Dah orang nak belanja. ^^

Ni ha pizza nye. Aku mintak topping Hawaian Chicken. Kalau takde topping lagi muak bhai nak makan. Tapi aku taktau motip letak cream cheese segumpal kat situ. *aku kurang gemor sket sebnonye. Tapi sedap! kerak tepi dia tu pon special sket. Macam ade rempah2 gituh.^^

Side order tu penting yea anak anak. So ni lah antara yang ktorang order sekali. ;)

Korang perasan tak ape yang kurang? Tak perasan? Mesti tak tegar sangat makan pizza ni..hehe~ Hiasan timun and carrot dia takde. hihihihi~ *tu pon nak kecoh en aku ni. ;p

Spageti bolognese ni adik aku punye. Tapi aku rembat gak sket. ;p

Aku panggil ni seafood lasagna hanguss. Korang tengokla tu mangkok dia sampai itam dia bakar lasagna neh. Kecik dan menggemokkan. kuang3~ Ini abang temok aku punye. Tak bagi orang nak rase sket. huh~

This is my feveret ! Cheese baked Meatball! yeah! Mama pon dah suke mende alah ni. Sedapp woo ! Sejak makan time ade offer ni, terus lekat nak makan meatball ni kalau gi pizza hut. ;D

Abah ade order nasi tapi tak sempat nak amek gamba abah dah makan dulu. Tapi tak abes pon sebab tak sedap. haha. Tulah, orang gi pizza hut kenalah makan pizza. Ni sebok cari nasi memang tak best la kan. ;p Mama ade tambah Oriental Chicken Wings. Tapi lambat sangat dapatnye. So semua dah ada makanan masing2,last sekali pizza tu tak abes. kuang3~ Kitorang tapau bawak balikla jawabnye. ;p

Sebelum habes entry ni, harusla letak gamba tuan blog setepek kan? Memcapub tu penting kadang2. hahahah~

Mata panda gua tak ilang-ilang la. -__-"


Err..macam terpanjang je entry neh? Lantak la. Ni qada entry2 yang lepas yea. Harap maklum. :)

pssst = Gua dah kena daftar mengundi bhai. duhh~

psstt 2 = Minggu depan aku ade 2 paper midterm. Fightin beLLa!! ;D

Saturday, October 15, 2011

Esok 16 Oktober weh ! xp


Assalamualaikum w.b.t.

Korang korang ! Korang nak tau something tak?
Esokkan....
kann....
kann....

16 Oktober !

#okbai.

hihihi~

Nampk macam entry budak pemalas. Tapi penuh makna ni.
;D

Saturday, October 8, 2011

Yeay! I got my 1st Birthday Present from Libresse! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Although birthday aku lama lagi, harini I just got a birthday card from Libresse! Thank you Libresse! Dulu ade la aku daftar kat website Libresse ntuk dapat sample pad tu kan. And I didnt expect diorang akan hantar kad birthday bagai. Cute pulak tu! ^^

Dekat tempat cake tu boleh jadikan bookmark.
Domo domo domo kawaiii~ *sukesuki je campur bahasa Korea n Jepun. hihi.

Aku rasa ramai je yang dapat. Tapi aku saje nak kepoh sebab aku bukan ade idea nak update ape kat blog ni. Dari bersawang, baek aku menyepohkan diri. ye idak? ;p

Nak dpat jugak? Meh usha website LIBRESSE ni . ^_^


psssttt : Sayang. You kalah la. I dapat hadiah dari orang laen dulu. hihihihi~

Thursday, May 19, 2011

Happy Birthday to my PARENTS !


19th May.
My Mom's Birthday!

20th May.
My Abah's Birthday!


HAPPY BIRTHDAY TO MAMA AND ABAH!
Semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki dunia akhirat,
sihat sihat selalu,
maafkan lah anak anakmu yang comel ini,
tamo mara mara, nanti cepat tua.
HAHA.
I LOVE u guyz soo much!
XOXO.


ktorang plan nak belanja parent makan kat Seoul Garden. what do u think? ^^


Tuesday, April 19, 2011

'Alycia Besday Giveaway!!

aloha.
sudah agak lama aku tak berkecimpung dalam GA or contest neh. so tengah syok berbelogwalking tadi, jumpe lak GA dari kak Alycia neh. (boleh ea kak panggil akak?) hee~


Tarikh tutp :
18.05.2011

sempat lagi. jom join ramai2 ^^


and for my gift for kak Alycia,


again, HAPPY BIRTHDAY!
although umo sudah bertambah, akak still hot ok.
^^
maaf amek gambo tak bagitau ;p


Wednesday, March 16, 2011

Ahad yang gempaqq best!

Aloha. rindunya nak bebel kat belog. keadaan yang amat busy, buatkan aku terbantut + terkentut ntuk membebel disini. haih~ migu lepas sgtla busy.migu ni pon kirenyer sme jela. but kureng sketla coz takde event pape nak kena attend kan. malam Sabtu aritu, after discussion aku terus balik uma. yela, dok sini pon wat lagi tension je. baek lepak2 kat uma maen ngan Jolie n Bibie. lagi best! ;p

dipendekkan citer, on 9th March aritu bezday adeq aku. eehh.aku tak buat entry bezday dia lah! (see.kan aku cakap aku busy) ;p takpela. janji dah wish n celebrate. kan mok kan? hee~ btw, bezday dia same ngan bezday roomate aku. (saje nak kepoh. ;p)

ahad lepas, sangatla best gile gile memang sampai nak gile betol dah. ahha! mama tanya qila (adeq aku), nak buat ape arini?ktorang sebok2 la kan cakap, aku nak gi TS, ley tengok wayang n shopping2, abang aku nak makan kat Marciano, adeq aku lak kte nak jalan2 n makan ciken cop je. lastly, of coursela mama ikot cakap bezday girl kan. so, we all decide gi makan kat Cozy Corner kat Ampang Park tuh. suka lah qila dapat ciken cop peberet dia tuh!

gambaq2 arap maaf ye.semua gelap2 n tak banyak. so tak dpt nak tayang disini ;p

yang aku jakun nya, abang aku order menatang neh.. escargot half dozen. aku ingat mendela binatang neh. rasa dia sedap!makan dengan roti bakar skali. total makan kat sini, adela dalam 130++.xsampai pon 2ratoz. so ok la kan.bukan aku yang bayaq pon.

ni aku google je.sebab gamba yang aku amek kabur je. tp memang sebijik camnila menatang escargot tuh.but i wonder siput bawah ni ke yang aku makan aritu???

eeewwww~
;p

lepas makan, abang aku ajakk gi karokk kat KTV Ampang Park plak. naekla atas pulak karok sejam. memang giler happening btol!mama n abah pon sporting. lagi2 bile lagu Cari Jodoh. bukan maen lagi semua. hahaha! aku n qila siap joget2 atas sofa lagi. ngee~

lepas melalak pe semua, rasa nak muntahpon ade. yela, baru lepas makan en, jap lagi melalak lompat2. mne tak nye. haih~ ;p

malam tu pulak, b4 anta aku balik U, ktorang dinner kat Marciano. ni abang aku punyer pasal la. sebok nak jugak blackpepper rib dia tuh. kecohh tol. abah n aku kenyang lagi. so aku order mix vegi with cheese n abah a basket of fries je. jap lagi tokey tuh (bos abang aku dulu) bagi free piza weh! FREE tu! ngee~ mama n qila order ciken cop lagi. memang xpuas2 qila neh makan ayam kena cop tuh. aigooo2~

ni la rupe mix vegi n cheese tuh. nga dietla konon nye. hak3~


piza free! haha! makan 3 slice je. da kenyang sgt! abag 2 slice, aku sekeping je. hoho~

our desert! ^^

sumpah kenyang gile malam tuh! n enjoy sangat! bebaloi semigu aku tension2, lepak ngan family, release semua ketensionan yang ade. ^^

actually penah makan kat sini. so mknan yang amek pon agak same, tu tak letak gambar. nak tgk entry yang dulu. KLIK INI. ^^

FUHH. siap pon 1 entry. hahah!

Thursday, January 27, 2011

Saeng-il Chugha sayang !!!

i'm really busy lately. semalam je ada 2 midterm, 2pm and 8pm. giler banyak nak baca. and now i'm free plus esok dah mula midbreak! yeah! i love holiday!! ^_^

btw, itu bukan yang aku nak bebelkan arini. its 27th Jan right.. and i wanna wish my DEAR..


HAPPY BIRTHDAY SaYaNG !!!
Semoga sayang panjang umur,
murah rezeki,
berjaya dalam apa yang awak lakukan
and
most of all,
jadi anak yang soleh ok.
love u damn much!
ngee~

gambar neh si acan ketot yang excited suruh edit and letak. perkembangan awak dalam masa 3 tahun. sangat berkembang! hee~
noty kan acan sayang ;p
tak kesa lah awak camne pon.

♥.I LOVE YOU. ♥

Saturday, November 20, 2010

Birthday my BIG Bro


nowadays aku amat susa nak on9 ye anak2. mintak ampun dan maapla kepada anda anda anda yang datang belog neh, n aku xsempat nak gi singgah belog korang balik. jangan lupala letak link kat bawah belog aku ni ye. bila line lincah, aku pasti sampai ke belog korang ok. ;)


semalam is my brother's birthday! tapi seyez doh. tak celebrate pon. abang aku ni pon satu, malam kelmarin tido uma member. then semalam rupanya gi Sunway Lagoon xajak aku.
memang saje je en.. taw tak aku jelez? huh~


suka kau lah xnak celebrate ngan famly en. aku bukan ada dwet pon nak celebrate nko.ngeh3~ nway bro, ucapan eklas dari aku...

HAPPY BELATED BIRTHDAY yang ke-22!!
Semoga kau panjang umo, mura rezeki..
Cover2 sket pewot tuh. maken kedepan aku tengok.
semoga impian diet kau berhasil. ;p
and kumpul lah dwet dari sekarang ok.
asek pinjam dwet aku je..memang nak kena sekehla tuh.

hobi beliau, men nset time bawak keta.
tapi ni nga tepon. aku berjaya tangkap gambaq nye.
ngee~

kalau anda anda jumpe makhluk ini, sila pulangkan ke rumah saya ok. beralamat Planet Bumi.
sekian.


minggu depan my mama kursus. n bawak broadband. so kemungkinan aku dapat on9 adalah tipis. mintak maap zahir batin lagi sekali ye anak anak. iskk. tak dapat nak berbelog cam bese. aigoo~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails