my beLOVEd follower

Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Cicie dah balik !!

Assalamualaikum semua.

Saya nak berkongsi kegembiraan pagi2 buta ni *masa menaip adalah jam 2.25pagi*. My CAT is back !! Dah 3 minggu dia hilang tak dengar cerita, tadi aku baru abes tengok prison break, dengar kuceng meow meow luar rumah. Kuat bunyinya. Macam suara cicie. Aku jerit panggil abang kat bilik sebab takut nak bukak pintu. Jap lagi CICIE rupanyaa nak masuk ! YA ALLAH~ Ingat dia jalan nak balik rumah :"D

Dia masuk2 rumah dah kelaparan. Badan pun kurus keding. Loceng dia tersangkut kat tangan macam gambar kat bawah ni.

Tapi gambar ni masa dia gaduh dengan kucing lain dulu2. 

Masuk rumah terus serbu tempat makan, pastu gesel2 dengan aku, abang n mama. Terharu dia ingat jalan balik rumah. Sobs Sobs :")


Akak SAYANG Cicie tau !

Aku tak tau aku sorang jeke yang suka bahasakan diri "akak" dengan kuceng. tapi ade aku kesah ? :P

ps : taknak bagi kuceng keluar rumah lagi. hmm

Terima kasih yang doakan cicie saya. sayang korang !  ^o^

Monday, June 11, 2012

Sentap-Menyentap semakin berleluasa sekarang ni.

Assalamualikum semua.

Cuti sekolah dah abes. Acano adik2 semua 1st day sekolah? result exam ok tak? ok takyah jawab. Sesaja ngengada tanya. Buat modal nak taep intro sebenornye. hihi
Menda aku nak citer hari ni pasal medium social networking yang makin popular sekarang ni iaitu TWITTER. yes yes yang tweet tu. bukan tweet tweet, tweet tweet smss... bukan2 *jari telunjuk goyang kiri kanan kiri kanan*

Oleh sebab twitter adalah satu-satunya medium social yang seronok diupdate setiap masa, samada hendak makan, nak tido, nak dating, mahupun nak beyak semua diceritakan kat twitter. Memang bagus. Kasi semua follower anda tahu apa yang anda buat. Tapi tak syioknye bila budaya perli memperli diamalkan. Aku rasa takde hal kut semua orang update ikut suka hati nenek oyang  dia nak cakap apa. But when it comes to ada yang sentap, ini boleh menimbulkan pergaduhan bhai. Tak kiralah member ke, tak member ke, stranger ke. Sama je.

So my opinion is like this,

Kepada pembuat ayat sentap : Teruskan acara anda seperti biasa dan kalau boleh, jangan mention sesiapa. Kau tak puas hati ngan sesapa pun, let it be general. tak payah nak obvious sangat kasi orang sentap. Tapi ikutkan, takyah nak sarcastik sangatla ye. Tak elok. Makan diri sendiri je nanti.

Kepada penyentap : Korang chillex sudah. Orang buat status tu kekadang cakap dari pengalaman. Tak pengalaman dia, pengalaman member2 dia. Tak pun fikir je, watpe aku nak sentap, ramai lagi orang lain dia tujukan status tu. Mana baik jadikan tauladan. Tak baik tolak tepi. arasso?

Bagi aku twitter lah tempat aku mengomel, membebel, n kalau aku rajen sket, aku sharelah something knowledgeable. Bukan tempat nak bashing orang ke hape. Ada sorang dak kat twitter aku, suka buat ayat kasi dak pompuan yang baca sentap oh. Tapi rilex ah. Follower dia bukan aku sorang je. So takde hal lah. I know myself better than others. Nak judge me based on my tweets sangatla immature. 
HAPPY TWITTERING peeps!! 
^o^

Idiom had mentioned, 'dont judge the book by its cover' but now everything's count. Lu pikirla sendiri. Asamekom! haha

p/s = My opinion is just an opinion. It might be right. It might be wrong. Ada yang tak pueh hati? Jom kite komen kat bawah ni. hihi

psstt : Aku dari semalam emo dengan fanatik boyband max247 tu. Dok meroyan kat twitter sampai nak maki aku. Rilex sudeh. ada sape2 penah kena gak ngan budak nama Mahad tu? Psycho dow dia. heh


Sunday, June 10, 2012

Sedih. Blog TAK seperti dulu T_T

Assalamualaikum semua.

Memang ramai dah perasan blog ni dah lain. Semua gambar hilang. Pasal lama tak update tu put aside dululah yea. Sekarang ni apa yang aku boleh buat, upload balik gambar2 for my recent post. Yang dah lama2 dari 2010 tu, memang burn macam tu jela. SANGAT SEDIH !

Kenangan2 aku dari awal berblog dulu semua hilang. Even diary akupun aku simpan till now. Ni bila online diary corrupted, SEDIH woo ! T_T Tapi nak buat macam mana kan. Pasghah jela. :(

Aku dah buat announcement kat tepi blog ni. So that takdelah orang kutuk2 blog aku cam haramjadah sangatkan. Entry semua gambar corrupted. Memang tak dan aku nak cek balik semua entry2 aku. -_-"


Ikutkan aku memang dah tawar hati nak berblog. Dulu punyalah semangat aku edit sendiri blog ni. Buat trial and error sendiri sampai tunggang langgang ngan HTML bagai. Bila dah edit ikut kehendak sendiri, baru semangat nak hapdate ye idak? Tapi sekarang bila timbul masalah ni, down lak aku. haish~ Takkan nak delete blog pulak kan. Sayang kutt!

Aku harap sangat para pengunjung blog ni tak kesah yea. And thanx again for those yang sudi singgah sini. Kalau ada sebarang komen, DO leave your comment here ok? Thank you ! :)

Saturday, March 31, 2012

Gaya Melentik Si Itam & Si Putih

Assalamualaikum semua

Terima kasih sangat2 kepada yang mendoakan makcik aku. Pembedahan dah berjaya dan masih dalam ICU lagi. Doktor cakap takde ape2 kompilasi teruk. Semuanya normal je. Alhamdulillah :)

Dah lama aku tak citer pasal kuceng2 aku kan. Ni just a short update. *short ke? haha. Selagi mampu update, insyaAllah akanku kerah jari ni ntuk berjoget yea. ^_^ Korang ada kuceng tak? Ala kalau takde pun, mesti penah tengok kuceng2 tido kan. Ni aku nak tunjuk pesen baru gaya kuceng2 aku tidoq. ;P

Hi ! I'm Bibie ! The lentiks boy !
^_^

Hi! I'm Cicie ! The lentiks junior boy! HAHA !

Entah kenapa lah budak2 ni sekarang tukar gaya tidur. Dulu normal je sebagai seekor kuceng sejati. Sekarang ni pulak dah berubah gaya. Member aku cakap mungkin ikut gaya tuan dia tidur. Er,tuan yang mana satu masalahnye??? hahaha.

Kalau aku tido memang bukanlah sebab aku tido cam kat bawah ni. Sopan jee. hekhek~


Ke macam adik aku, or abang aku or parents aku?? Nak tengok camne diorang tido??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UWEEKKK !


Memang TAK LA aku nak tunjuk kan.

HARHARHAR

*Asal aku gelak cam mejah lak ni? dem!

p/s = Esok berakhirnya cuti aku. mood nak bercuti lagi itu lumrah kehidupan. sekian

Thanx for reading :)

Monday, February 6, 2012

Cuti dah Habis ! T_T


Assalamualaikum semua.

Setelah lebih 3 minggu aku berhoneymoon kat rumah. Merayap sana sini. Hoyeh hoyeh sini sana. Maka dengan rasminya esok aku kena balik UIA dah. T_T

Ikut hati memang mood nak study tu belom datang. Tapi nanti bila dah jumpe member lagi si Acan Ketot ni, konfem terus happy balik. Keh3~



Walaupun cuti, blog ni sentiasa terabai. Sian betul. Anyway, thanx yang sudi singgah and follow. Ramai jugak yang join GA cik Fathiah ni kan. Orang pemes la katakan.hihi. So good luck yea ntuk semua yang join Express Giveaways cik Fathiah ni. Sapelah yang bertuah dapat topup dari aku tu. hihi~


New sem new spirit bebeh ! Welcome back IIUM student ! :D


Tuesday, November 8, 2011

Yeah! New Look for My Blog ! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys! Malam ini aku happy banget sebab dapatpon aku edit blog aku sendiri without paid anything to anyone. YEAH ! Although takde la cantek mane, tapi at least aku puas hatila sebab dapat edit sendiri kan. Memang betol la cik Dya cakap, trial & error tu memang normal sebagai blogger ni. ^^

Seharian woo aku dok ngadap laptop pahamkan itu ini, try background itu ini, edit itu ini..pehh.berapa banyak itu ini pon aku taktau la. Yang penting memang banyak gile itu ini aku tukar. Rase nak give up pon ade sebab aku ni tak pandai maen ngan hypertext sikit. Tadi aku terdelete ape ntah,last2 aku tukar balik semua mende. Adooi~

Baru aku tau kenapa la orang sampai amek tempahan ntuk edit and design blog, susaa rupenye ngedit bagai neh. hohoho~ Ni antara Header2 yang penah aku tempek kat blog picisan neh. :P

Ni yang aku tempah kat Myravea. Rasa macam poyo gile sebab aku rase aku salah bagi gamba. And nampak tak matang. *tapi cik Myra memang dah buat chantek ok. Aku yang mintak buat camni. ;p

Yang ni bile aku rasa nak tukar gambonye and aku maen edit je guna photoscape. Lawak dow. haha~
"Pretending to be somebody? Ohh plezz. Just be urself ! Hoyehhoyeh!
Statement poyo aku dari mule berblog dulu. hihihi~

Ni pulak header yang 1 set dengan background aku aritu. Dah malas nak edit,jadinye letak tulisan ngan gamba saje. hee~

And my current header buatan sendiri with new tagline.
"Bila Jari Berjoget"
Ada makna ok disebalik jari yang berjoget tu. Adik aku baca je terus paham asal. Laterla aku citer yea. ^^
Fenat oouh nak transparentkan header tu. Macam maen kaler2 dah. hee~

BIG THANKS to :

Without their tutorials, akupon terkial2 nak edit blog. So kepada sesiape yang nak edit blog sendiri jugak, jomla usha blog diorang. Follow sekali ok. Senang nak jejak. ^^ Actually banyak lagi blogger yang buat tuto. Cuma aku berpandukan ni je. ;)

Soo korang..any comments? ^_^

pssttt : Even cuti, aku dah taley rest. Assignment melambak tunggu aku tu. haih~

Wednesday, October 5, 2011

Mood berblogging menurun.


Assalamualaikum w.b.t.

Bila dah lama tak berbelog neh, sampai tak tau nak mulakan ayat macam mane dah. Ikutkan banyak mende nak di bebelkan, mood ntuk bercerita je belum wujud lagi. Jadi, ini sajelah yang aku mampu taep.

Minta maaf ye kawankawan.
I will update soon ok!
chilll~
^_^

October should be a nice month for me. Guess what?? hihihi~


ppsstt : Alhamdullillah. dah lama tak update pon ade ke lagi yang singgah belog picisan ni kan. Thank you visitors! ;D

Thursday, September 8, 2011

Cukai Perkhidmatan Topup Naik 6%????!

Assalamualaikum w.b.t

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan apabila anda menambah nilai telefon bimbit.

Sumber :FirdausKasim

Guyz, korang tau tak pasal berita ni?Rasanya ramai dah tau. Tapi aku baru je tau tadi and aku nga geram lagi neh. Gov ni dah kenape sampai nak naek kan cukai ntuk topup neh? Tak cukup duet lagi ke ngan segala macam cukai kat Malaysia neh? adooi~

Imagine kau nak topup RM10, kau kena bayar RM10.60 or kredit yang korang dapat hanya RM9.40. Suka dakk?? Dahla ngan maxis kau sos topup kena tolak 50sen, share topup kena 50 sen. Banyak tuu woii~ Aku kalau topup kat kedai kena tambah 30sen pun aku dah bising, ni pulak nak tambah 60sen? WTFish n chip????!

Korang nak kepastian meh singgah website HOTLINK neh. Btw, bukan maxis je buat cukai neh. Semua syarikat komunikasi yang laen pon sama jugak.

Apa pendapat korang???

pstt = Yang aku tau dalam bajet 2011, ada pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. So, handphone dah dimurahkan, topup pulak dinaekkan harga. In which, they will get more. Sebab people lagi banyak beli topup dari beli handphone mahal2. Dont you u guys realise the game here???

Lepas ni bawak jela telefon uma yang cordless tu gi jalan. Jimat sket. tskk

Monday, August 29, 2011

Happy Eid Mubarak Friends! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! InsyaAllah tinggal sehari je lagi nak beraya. Bagi aku, rasa cepat je Ramadhan ni berlalu. Yelah, aku pon mula kerja 1 Ramadhan. Jumaat lepas last day aku kerja. Memang cepat jela masa berlalu kan. And yang aku sedihnya, memang aku tak sempat pun nak gi masjid jemaah semayang terawih macam tahun2 lepas. tskk.

Anyhow, bulan ni jugak memang aku jarang gila update. Soo sorry~ Esok aku dah nak balik kampung belah abah kat Johor. Sebelum tak sempat nak update ntuk hari raya, baek aku wish korang awal awal kan? *act takdela awal sangat. Ramai je dah wish raya before ni. ;p


Kepada semua kawankawan tersayang,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!

Tak kira kepada kawan kawan dalam dunia realiti, alam maya and semuala yang kenal aku ni, mintak maaf jika ade salah silap yang aku buat. Salah cakap ke, terasa dengan aku ke, marah dengan aku ke, ape2lah yang buat korang rasa tak best ngan aku ni, harap dimaafin ya. Aku ni manusia biasa je. Tak lari dari kesalahan. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua. ;D


Raya nanti jemputlah datang rumah. *Kalau tau rumah aku katne lah. hahaha~

Saturday, August 20, 2011

Minggu yang damn awful!

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Seminggu lagi nak raya ni. Dah banyak persiapan yang korang buat? Banyak dah shopping ntuk raya? Baju da beli berapa dah? Anyhow, biarlah kita bersederhana je. Tak payah sampai membazir duet bagai ntuk raya ni. Kejar pahala time bulan puasa lagi baik kan. ;)

Er, aku bukan nak jadi ustazah kat sini. Aku nak citer pasal minggu yang menyedihkan buat aku ni. Lepas kucen aku hilang, Handphone aku pulak jatuh lubang tandas! Sedih bhaii!! Bukan lobang jamban tau, ini lubang yang kat lantai tu.

Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku time aku nak dah nak balik kerja. Kerja aku sempoii je. Pakai tshirt and tracksuit pon boley. So before nak balik tu, nset aku dah masukkan dalam poket and terasa nak wiwi lak. Guna tandas duduk kot. Bukan yang cangkung tu. Jap lagi nset aku jatuh ngam2 masuk dalam lubang yang kat lantai tu. Tak penah2 terbukak, malam tu pulak lubang tu terbukak. SEDIH GILA!!

Memang dah try2 godek tak dapek nak diselamatkan lah. So dengan hati yang separa redha, aku pon menyerah jela. Dah tak dapat nak amek balik nset tu kan. Bagoz betul dak yang sama kje ngan aku. Semangat dia tolong jolok lubang tu carikan nset aku. Thanx ye Syikin! ^^

Perasaan sedih memang tak yah citer la kan. Aku ni memangla kememeh semacam. Tapi pikir still kat tempat kerja, akupun cam cover2 nak nangesla kan. Tapi mata dah bergenang dah..

Muka agak2 comel camnila kot. *jangan muntah. nanti batal pose. ;p

Balik malam tu, Syikin anta aku balik. Malam tu plan nak gi makan kat Steak House kat Kg Baru. Terus cancel sebab aku ni ha. adooi~

Sampai je kat uma nenek, dari muka cover2 comel tadi, terus jadi camni.....

MERAUNG bagai nak rak weh! kesian nenek kena tenangkan aku ohh. ;p
Adik aku bukak pintu lambat sangat, sampai dia boleh cakap, " Kau kena rogol ke kak?"
Siot punya adik. Tapi takley la salahkan dia. Aku pon nanges macam orang gila dah. Dia pun risau. hihi~

Mama cakap, " Tu lah dikk. Kau asek cakap nak tukar nset je, dah merajok nset tu."

Boleh percaya ke camtu? Mende nak jadi, jadi jugakla kan?

Selamat minggu ni dapat ditenangkan oleh my dear coz ktorang shopping lagi and berbuka samasama. yey! ;D Tadi jugak aku dah buat sim baru kat KLCC, and pesanan buat anak anak semua,
JANGAN BAWAK NSET DALAM TOILET
and
SILA BACK UP SEMUA NOMBOR DALAM HANDPHONE ANDA SEKARANG!
Jangan jadi cam aku, dah ilang semua nombor member2. sedih betul. ;(

psst = Entry mingguan aku selalu panjang kan. Cover hari2 yang aku tak update. Bolehkan camtu? hihihi~

pssstt = 1st time beli maxi dress woo tadi. Harap aku berjaya pakai. ;p

Sunday, August 14, 2011

Jolie dah hilang, dapat pengganti Si Putih. tskk

Hye guyz! Selamat hari Isnin semua. Ada berita sedih yang aku nak habaq mai kat hangpa semua ni. My dear cat dah MIA! tssk. Sedih woo. ;( Mama cakap dah lama dah si Jolie ni tak balik rumah. Memang mama dah bagi kucen2 aku merayap ke luar and selalunya si Jolie ni balik rumah ntuk makan ke, beyak ke, tido ke.. Ni dah tak balik2 lagi tau. Sedih betul! Aku jaga dia dari kecikk kot. Dah besar ni, hilang la pulak. Mama cakap selagi tak jumpa mayat dia, mama anggap Jolie dah diambil orang. tskk

Sian Bibie abang dia dah hilang. Tinggal sorang2 kat rumah. Mama dah tak bagi kucen ni kua lagi dah. Semua kena memerap kat rumah je. Mereka ni suka port dalam kotak. Pantang aku onn printer, mesti terjun dalam kotak neh.

Hye. Meet me, Si Putih Cici. ^^

Dipendekkan cerita, abang aku pi bawak balik kucen putih ni pulak. Dia cakap time dia lepak kat mapley, kucen ni asek ikot dia je. Sampai ke keta lak tu ngikutnya. Abang aku pon amek jela bawak balik. Sian agaknya tengok kucen putih camni cam terbiar je. Mata wane biru ok. Tak maenla pakai contact lense bagai. hihi~

Kucen ni sejibik macam kucen cik Fathiah bagi kat aku tau. Dia belikan ntuk aku masa dia gi kat Indon dulu. See.. dekat nak samakan? Telinga dia pun warna hitam2 sket macam patung atas meja tu. 'err.korang nampak kan which one patung which one original cat?' ;p

Jolie and Bibie pun sayangkan patung kucen ni tau. Tengok ni ha. Sampai tido sama ngan patung kucen ni.

Kiranya sekarang ni, mama dah ada pengganti Jolie. Ktorang panggil dia si Putih ni Cici. Budak tecik ni amatlah aktif. Sampai aku tido pun, digeget2nya kaki aku. siot betul. Apepun, aku still rindukan Jolie tau. Kalau dia masih hidup, harap orang yang amek dia tu jaga Jolie aku baek2. ;(

Aku belek2 folder gambar kucen aku, ni lah gambar terakhir Jolie yang aku snap. Gambar ye tengah jilat2 adik dia, Bibie. Sedih bhaii tengok gambar2 ngan kucen2 aku ni dari kecik. T_T

Kisah Jolie and Bibie

Cam drama korea lak banyak part2 neh. Ikotkan banyak lagi, tapi ni jela yang aku kasi link nya. Sedih lak ingat kucen2 aku ni. Esok mau kerja. Selamat berpuasa semua! ;)

Friday, July 22, 2011

Boleh pulak banned orang tak bagi komen kat shoutbox?

Hye guys! Arini memang aku takde mende nak update sangat. Plus aku tido rumah nenek malam neh. Ingat malas lah nak update2. Aku jalan jalan je kat belog orang. Jap lagi nga syiok2 belogwalking, keluar mende ni pulak...

SENTAPP mak nak!
Aku ke yang takley komen tu? keciwe sungguh. Tak nak masuk belog dia lagi. Merajuk! T_T
Memang boleh ea jadi camni kawan kawan?

p/s = Mood tengah happy jadi terkentut. iskk. Okla semua. Nak tido awal. Babai~

Saturday, July 9, 2011

Tak elok sampai orang menyumpah nyumpah ni

Hye guyz. Macam mana hari korang arini? Syokk? Boringg? For me, its damn BORED! Aku dah plan nak kua ngan mama n adik aku kot nak tengok citer Transformers, jap lagi sebab banyak-jalan-kena-BERSIH tu, mama dah stuck in the jammed! and mungkin ditunda esok. *tu pun IF mama nak keluarla esok. tskkk.

Aku kat sini bukan nak citer pasal keBERSIHan tu sangat pun, just I'm wondering dengan buat benda2 macam ni, ape yang diorang dapat sebenarnya. Frankly speaking, kat FB itself semua merungut sebab keBERSIHan punya angkara. Leceh siot nak tutup tutup jalan bagai.

gambar hiasan.

Dekat ampang neh ada gak ZON BERSIH. Takde pun orang nak berkumpul. At least kalau korang berkumpul tu, sambil membersihkan KL takpe gak. Ni jangan abes je korang berhimpun-lah-kononnya tu, bersepah macam tapak pasar malam after midnight. huh~

Cakap pasal sumpah menyumpah neh, aku teringat pasal orang buat kerja kawen kat tempat yang susah dicari n tempat parking yang sangat terhad. Elok elok korang nak gi majlis orang kawen, jap lagi parking pulak susa nak dapat. *especially orang yang suka buat dekat lorong2 rumah. Mesti ayat korang camni,

"Ni nak bagi orang datang ke tak neh?Parking pun susa. Then nak jalan jaoh plak tu. Kedekut sangatla si Bedah ni nak sewa dewan. Panas tau tak! Ntah2 pengantin ni kawen tak dapat restu family tak? tak kekal la camni." *sambil keluarkan kipas n jalan macam mak itik. (gila annoying makcik macam ni)

Lagi satu bila tengok pulak pengantin dia, yang pompuannya chantek meletop tip top! yang lelakinya, mak aih, muka macam mintak penampor, badan sehat walafiat. Ada pulak orang cakap,

"Laki ni mesti kaya kan. Kalau tak macam mana ley dapat isteri cun gila babeng neh. Tak CEO, mesti ada syarikat sendirila orang kata.Agaknya lepas dapat harta, cerai lah tu."

Ish3. Teruk2 betul bahasa kat atas ni kan. Semua adalah rekaan si kepoh ini sahaja. Jika ada yang terasa, ampun maaf dipinta. ;p Ucapan itu suatu doa. Kalau ramai sangat nak mengutuk, macam mana hidup nak bahagia. Contoh paling dekat, artis2 kita. Banyak sangat dah bercerai. Muka cun beb. Bukan takde market. Nak kata jodoh dah takde, berapa banyak jodoh kau ada kat dunia ni? Kita lah kena pandai jaga hubungan tu kan. Mana yang kurang, kita tambah. Mana yang tak tau, kita belajar. ye idak?

Err. Apa aku dah mengarut neh? Macam mana isu keBERSIHan boleh tercampor ngan artis mertis neh? aigoo aigoo~ Maap ye semua. Aku kuat mengarot sket. Apa yang aku cuba kaetkan adalah, dengan ramai orang banyak merungut n menyumpah ni, boleh selamat ke perhimpunan macam ni? Still, everybody have their right to speak out their voice and opinion. Ini hanya pendapat aku. Salah, harap dimaafin.

So, moral of the story is, STOP COMPLAINING! EVERYBODY IS NOT PERFECT THOU. Just pray for the better ok. ^^

babai.

Tuesday, June 28, 2011

Selamat Hari Selasa.

Hye Guyz. Saje amek kesempatan nak update sket neh. Actually my previous post, bukan entry aku untuk kat belog neh. Tak tau pulak aku tanya kat Formspring, boleh automatically terupdate kat belog and Facebook. Aneh betol. Aku pun bukan tau sangat berFS neh. Orang tanya aku jawab. Aku tanya? Banyak pulak tempat dia publish. ngee~

Tapi takpela. Ramai jugak yang respon soalan aku tu. Tapi aku nak gak try jawab sendiri dengan soalan yang aku bagi..

'Rasa annoying tak dengan kapel yang berlovey dovey dekat facebook?'

My answer is ,
Lantak pi diowanglah. Nak tayang gf ka, bf ka. Belum keje lah katakan. Nak jimat keditlah tu. Tak payah nak membazir kedit nset kan. On9 free woo. *tak pikir aty orang laen yang GILA annoying tengok korang! haha.

SETUJU tak dengan quote neh?
;p
psstt : Lagi annoying kot kalau orang bajet retiss neh. Sebok nak gtaw fren request ada berapa bagai. Nak kawan, approve. Tak nak, reject jela. hadoyai~

err.apasal aku asek annoyed ngan orang neh. Ya ALLAH, bantuin Nabilla ya ALLAH. Nabilla nak exam esok. ngee~

Maaf kepada yang terasa. Dari aku sound direct, baek aku buat secara indirect. Tak maenla guna anon2 semua. Tak brader2 lah beb. haha~

To all my beLOVEd followers, aku masih tak dapat tengok sape yang latest follow blog neh. (ada ke ada ke? ;p ) Promise after exam, aku terjah korang balik ok. LOVE you! ^^


Monday, June 27, 2011

Dont Judge Negatively with Gamez. Ada jugak infonya. ^^

Hye guyz! Apa khabar semua? Dah makan belom? *Jawab jela dalam aty yea. Ni saje nak buat intro poyo2. ;p

Hey, sape GAMERZ kat sini? I mean, yang layan games lah. I admit yang aku neh memang gila games. Pantang ada orang invite games kat FB tu, mesti aku nak try maen. But it depends lah games tu best ke tak. For guyz, aku rasa suka lah maen Poker, Mafia War etc etc. Aku tak rety maen tu. Aku ngan mama layan game masak2, tanam2, dan seumpama dengannya lah. Korang tanya je game ape yang aku tak maen kat FB tuh, Cafeworld?Baking Life? Monsterworld?Cityville? Peh, banyak bai gua maen. Mama lah ni hasut aku. haha.

Ikotkan, memang buang masa gila maen mende neh. Kalau kat uni, member aku update blog and berblogwalking bagai, aku setelkan games dulu. Tu kadang2 terabai belog neh. Ampun ya ;p

Tapi tapi tapi, dengan games gak banyak mende baru aku tau. Contoh paling senang, resepi2 dalam games lah. Pelik2 je aku tengok. Ni pun tergerak hati nak Google gambar2 nya. *dalam aty, wujud rupanya makanan2 neh. HAHA. Jom usha antara makanan yang aku try Google. Ni contoh dari game Baking Life je. Ikotkan banyak lagi kat game2 laen .


Sama je kan macam game punye. ;p


Macam biskut cicah teh panas lah kot ni kan. ;p

3 ) SUNSHINE CREPE
Aku rasa yang ni banyak jenis topping kita boleh letak. Yang camni aku kureng sket ;p

Sebijik dah macam tangan beruang. ;p
Macam2 pesen makanan ni kan.

Kisah Baklava ni lawak sket.
Sape yang layan AF, mesti kenal LENA kan? and trademark dia "Boleh Bah Kala Kau" (betol ke aku eja?) Mula mula aku ngan adeq aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Ktorangpon cakap lah, 'dia cakap BAKLAVA kot!' HAHAHA
Btw, if I'm not mistaken, it is a Turkish food.

There's a lot new foods that I explored when I'm playing games. Tak payahla nak bandingkan dengan education games kan. Yang tu memang tak dapat disangkal lah sangat berfaedah. So, akhir kata, MAJULAH GAMERZ UNTUK NEGARA! kah3~

*mood maen game, update pon pasal game. ;p

p/s = Exam start Rabu ni, rasa macam rilex je lagi. aiyo~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails