my beLOVEd follower

Showing posts with label pasal blog. Show all posts
Showing posts with label pasal blog. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sedih. Blog TAK seperti dulu T_T

Assalamualaikum semua.

Memang ramai dah perasan blog ni dah lain. Semua gambar hilang. Pasal lama tak update tu put aside dululah yea. Sekarang ni apa yang aku boleh buat, upload balik gambar2 for my recent post. Yang dah lama2 dari 2010 tu, memang burn macam tu jela. SANGAT SEDIH !

Kenangan2 aku dari awal berblog dulu semua hilang. Even diary akupun aku simpan till now. Ni bila online diary corrupted, SEDIH woo ! T_T Tapi nak buat macam mana kan. Pasghah jela. :(

Aku dah buat announcement kat tepi blog ni. So that takdelah orang kutuk2 blog aku cam haramjadah sangatkan. Entry semua gambar corrupted. Memang tak dan aku nak cek balik semua entry2 aku. -_-"


Ikutkan aku memang dah tawar hati nak berblog. Dulu punyalah semangat aku edit sendiri blog ni. Buat trial and error sendiri sampai tunggang langgang ngan HTML bagai. Bila dah edit ikut kehendak sendiri, baru semangat nak hapdate ye idak? Tapi sekarang bila timbul masalah ni, down lak aku. haish~ Takkan nak delete blog pulak kan. Sayang kutt!

Aku harap sangat para pengunjung blog ni tak kesah yea. And thanx again for those yang sudi singgah sini. Kalau ada sebarang komen, DO leave your comment here ok? Thank you ! :)

Saturday, June 9, 2012

Final is OVER. JYEAH !

Assalamualaikum semua !

Wah manyak lama tinggalkan dunia blog ni. Dulu kemaen rajen menghapdate. *yeke?*  Aku idakla busy bebenor cuma mood berblog menurun je sebab semua dah update kat twitter. Yes yes. every bebelan aku ada kat sana. Boleh pollow kalau sudi. ;P

Anyhow, aku dah FREE sekarang ! YEAY ! Tapi 2 minggu jela sebab amek shortsem. Kalau tak dah cuti 3 bulan dah. Boleh kerja, lagi masyukk duet. hihi

Ada satu benda nak tanya ni, why my blog hilang gambar2 yea? Anyone can help me? Korang masuk blog ni pun jadi camni tak gambarnya??? 


Aku risau gambar2 hilang sebab adik aku guna account gmail untuk application store kat nset dia. Pastu semua gambar2 dalam blog ni automatically masuk dalam nset. And dia dah delete semua gambar tu. Pastu blog aku jadi camni. Semua gambar hilang. ottokee?? macam mana nak dapatkan balik nii?? HELP ME HELP ME ~ T_T

thank you :)

Wednesday, March 21, 2012

Kekangan masa penyebab Blog agak terbiar. Maaf.

Assalamualaikum semua.

InsyaAllah blog will be update this weekend. Thank you. :)

Lots of things in my mind to write. Tapi biasalah mood belum datang, jaripun taley nak berjoget. So, see ya !

PEACE!
^_^

Monday, January 16, 2012

Takde Idea Nak update?? Meh Usha Sini :)


Assalamualaikum semua.

Aku ni ntah ape2 la. Bila busy, sebuk teringatkan blog yang maken terabai. Bila dah free, pon terabai jugak. haha. Bukan ape, hari minggu aku duduk rumah nenek. So memang tak dapekla nak update kan. Waktu2 camnila baru dapat on9. :)

Aku ada blogngesott dari tadi. Something info menarik aku dapat dari blog cik Arra Ahmad ni. Tentang tips2 kalau dah takde idea sangat nak update ape kat blog.

Tipsnya :

# Cari bahan dalam rumah sendiri.
seperti kerusi, meja, katil, sudu etc.

Buat jela 1 entry pasal sudu contohnya.
" Apa akan jadi kalau korang lebih kecil dari sudu.."

entry penuh KLIK la Blog Arra Ahmad ni :)

Menarikkan??

Aku nak tambah lagi cara2 kalau dah takde idea sangat. Korang buat macam aku ni ha. Bagi summary entry blogger laen. hahaha. Tapi JANGAN LUPA CREDIT TO blogger itu sendiri ya. :)

Tapi ada cara lain kalau korang dah takde idea sangat nak buat entry, tapi nak gak update. * Ni antara yang aku boleh pikirla ye. ^^

Antaranya :

1) Cerita pasal isu semasa.
- Tak kesahla politik ke, car accident ke, anything. Korang boleh dapat info dari berita online and its a lott ok. ^_^


2) Cerita pasal gosipp artis.
- Ni paling senang. Banyak ke blogger buat macam ni. Kalau tengah HOT cerita pasal retis tu, lagi baguz korang cerita kat blog. Mungkin dapat menaikkan trafik blog. hihi. *but make sure sumber korang dapat tu sohih ye.


3) Cerita pasal blogger pemes amos laen.
- Ni pon best gak ni. Ce korang update pasal Fatin Liyana or Hanis Zalikha ke, konfem ramai komen wehh! hahaha
*kalau tak, jangan salahkan aku pulak ye. ;p


4) Cari info pasal khasiat sesuatu makanan.
-Makanan banyak gile kot kat dunia ni. Buah2, sayur2, anything. Korang buat entry pasal khasiat2nya. Contoh , Satu hari cerita pasal khasiat 1 buah pon boley. betul tak? :)


5) Buat entry muhasabah diri.
-Any Islamic info yang korang boleh share ngan blogger lain. Nice kan? Sharing is loving uolls. haha


6) Lu pikirlah sendiri.
Asamekom! haha.


Cukuplah tips2 ntuk hari ni ye anak anak. Semoga korang dapat amalkan kalau idea dah kering sangat okeh? ^_^


Thanx for reading. :)

Thursday, January 12, 2012

Akan Kembali Aktif berblog ^_^


Assalamualaikum semua !

Harini secara officiallynya aku dah abes exam ! YEAH ! Super duper happy sebab dah lama gila tak update blog. Pengunjungpon bagaikan hidup segan mati tak mahu je. *betol ke? haha.


HOORAYYY !!!!!!
#EKSAITED terlebeyla hanjeng ni. HAHAHA

InsyaAllah aku akan aktif berblog seperti biasa. Boleh jalanjalan kat blog korang semua. Banyak citer neh tergendala sebabkan exam. So later aku update lagi okeh?

Callo bete~

Eh, kepada sape2 yang ada exam lagi tu, ALL THE BEST YA ! ^_^

Friday, November 18, 2011

Korang korang. Nak tanya ni..

Assalamualaikum semua.

Nak tanya sikit ni, korang datang blog aku nampak ok ke? I mean background dia rosak tak?Ade sampai jadi macam kat bawah ni tak?

Aku dari kelmarin bukak blog ni jadi lagu ni. Awat ya?

Background tu dia tulis,

"This image exceeds bandwidth with too many views.
Go pro and get unlimited."

Bandwidth tu hape ek? Maksudnye aku kena tukar gamba laenla eh? Sape yang pandai bab2 ni ley tolong aku?? Ngak tau sih mau buat apa. ;'(

Thanx yang sudi singgah ;)

Thursday, November 10, 2011

Contest Tema Blog Paling Unique

Assalamualaikum.

Malam2 buta ni tak dapat tido, ape lagi.Update bloglakan. Plus aku ada jumpa 1 contest anjuran cik Ziera ni. Menarik sebab akupon baru je edit blog ni sendiri. Soo ape lagi.. Jom join ! ^^

Tarikh Tutup :
I Disember 2011

Nak join jugak mai la ke blog comey cik Ziera ni. ;D

Moga2 adelah rejki. Tak penah ade rejki menang contest or Giveaway ni. hihi~


Tuesday, November 8, 2011

Yeah! New Look for My Blog ! ^^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys! Malam ini aku happy banget sebab dapatpon aku edit blog aku sendiri without paid anything to anyone. YEAH ! Although takde la cantek mane, tapi at least aku puas hatila sebab dapat edit sendiri kan. Memang betol la cik Dya cakap, trial & error tu memang normal sebagai blogger ni. ^^

Seharian woo aku dok ngadap laptop pahamkan itu ini, try background itu ini, edit itu ini..pehh.berapa banyak itu ini pon aku taktau la. Yang penting memang banyak gile itu ini aku tukar. Rase nak give up pon ade sebab aku ni tak pandai maen ngan hypertext sikit. Tadi aku terdelete ape ntah,last2 aku tukar balik semua mende. Adooi~

Baru aku tau kenapa la orang sampai amek tempahan ntuk edit and design blog, susaa rupenye ngedit bagai neh. hohoho~ Ni antara Header2 yang penah aku tempek kat blog picisan neh. :P

Ni yang aku tempah kat Myravea. Rasa macam poyo gile sebab aku rase aku salah bagi gamba. And nampak tak matang. *tapi cik Myra memang dah buat chantek ok. Aku yang mintak buat camni. ;p

Yang ni bile aku rasa nak tukar gambonye and aku maen edit je guna photoscape. Lawak dow. haha~
"Pretending to be somebody? Ohh plezz. Just be urself ! Hoyehhoyeh!
Statement poyo aku dari mule berblog dulu. hihihi~

Ni pulak header yang 1 set dengan background aku aritu. Dah malas nak edit,jadinye letak tulisan ngan gamba saje. hee~

And my current header buatan sendiri with new tagline.
"Bila Jari Berjoget"
Ada makna ok disebalik jari yang berjoget tu. Adik aku baca je terus paham asal. Laterla aku citer yea. ^^
Fenat oouh nak transparentkan header tu. Macam maen kaler2 dah. hee~

BIG THANKS to :

Without their tutorials, akupon terkial2 nak edit blog. So kepada sesiape yang nak edit blog sendiri jugak, jomla usha blog diorang. Follow sekali ok. Senang nak jejak. ^^ Actually banyak lagi blogger yang buat tuto. Cuma aku berpandukan ni je. ;)

Soo korang..any comments? ^_^

pssttt : Even cuti, aku dah taley rest. Assignment melambak tunggu aku tu. haih~

Monday, November 7, 2011

Blog Under Construction ! ;p


Maaf yea kalau ade yang masuk sini macam tak semenggah sket. Seharian aku cube edit blog ni sendiri. Harap anda bersabar yea.
:)

Mata aku jadi camni dah maen ngan HTML.
@_@

Saturday, November 5, 2011

Teringin nak tukar design blog.

Colorful kan... ^^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz ! Korang tengok Anugerah Skrin tadi? Ramai gile cakap bosan and tak meriah ouh. Awal2 aku tau Rozita Che Wan jadi pengacara aku dah buat muke wadehek??? -.- Sejak bila kak RCW ni berkecimpung dalam dunia pengacaraan pulak? Asek gelak je aku tadi. Bukan sebab lawak diorang buat, tapi cam kesian lawak tak jadi. keh3~ Cam tak syiok tengok pengacara macam control cun ouh. Ni pendapat aku jela. No heart feeling ok ? ;p

Lagi satu pasal ipad tuh. Geram jee aku tengok pembagi trofi tu nak umumkan. Teknologi tinggi pon kadang2 menyusahkan. Yang wat aku gelak panjang masa ade sorang tu taley bukak Ipad tu and last2 guna kad ntuk umumkan pemenang tu. Lawak siot ! ;p

Aku memangla tak pandai gune mende alah hebat camtu, cuma at least practice la dulukan masa rehearse cara guna Ipad tu. haiyo~ Aku teringin dow nak tengok Maharaja Lawak Mega tu.Tak penah tengok. Tapi kat uma takde Warna, terpaksela layankan je Anugerah Skrin ni. Anyway, tahniahla kepada yang menang yep ! Sam aku tak menang. sedey ~ ;(

Eh eh. Asal aku mengarut citer pasal Anugerah Skrin neh? Aku nak citer mende laen kot ! haiya.

Sebenornyekan, aku teringin nak tukar design blog. Dah bosanla ngan design ni. Aku maen rembat je yang free2. Teringin gak nak bagi kat blogger expert ntuk tempah design blog. Tapi bak kata membe aku sorang neh, macam membazir je nak tempah mahal2 ntuk blog je? Tapi kepuasan tu penting jugak kan?

What say you? Any suggestion? Kalau ikot survey belah kanan blog aku neh, ramai cakap stay je. Tapi ade gak yang cakap buruk. Tu yang aku rase nak tukar design tu. Any ideas and comments guyz?

Actually sekarang aku nga suke tengok barang2 yang colorful. Chantekk sgt ! :D

Citer aku pendek je sebenornye.Tapi termelalut pasal laen lak. hee~

Monday, October 10, 2011

Segmen: Bloglist cutie mutie ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys. Just a short update before aku pon tak tau bile lagi aku sempat update. ;p Usha2 blog tadi ada sis ni invite ntuk join Segmen Bloglist dia. And bak kata cik Fathiah, join bloglist ni adalah win-win situation in which link blogger laen ade kat blog n kita n vice versa. So, tak rugi pon join bloglist ni. ^^


So mende yang aku kena buat is, descibe 5points about Sis92 punye blog.

# Its cute. First time masuk blog dia, dah nampak stokin baby tu. memang cute gile.
# Background simple. Takdela serabut sangat nak tengok.
# Cuma part iklan tu agak mengganggu sikit. harap take note ye sayang. ;p
# Penulisan yang mudah difahami. gud job! ;)
# Lastly, suka letak gamba dalam entry. Its nice dear.

Maafla ye sayang. Akak cuma cakap based on ape yang akak pikir. First time masuk blog awak ni. ;p *tak semendang terus cakap akak en. hihihih~

Tarikh Tutup :
23 Oktober 2011

Nak join jugak KLIK SINI . ^^

HAPPY BLOGGING OK DEAR !
;D

Friday, October 7, 2011

Dont get confuse with my name

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys. Mood nak update sedang bertatih-tatih nak datang ni. Minggu ni memang sangat+amat penat ntuk aku. Dengan event nak handle dalam masa 2 hari nye, dengan assignment yang dah mula jeleskan aku dari melalui hari yang tenang, dan macammacam hal lah yang mengganggu jiwa raga aku. *take note. aku sedang membuat ayat puitis. keh3~
Although banyak mende aku nak cerita, tapi rasanye aku tertarik nak cakap pasal my name for sure. As dalam dunia blog, aku memang menggunakan panggilan beLLa. *sila tengok ejaan itu betul2 yea. Huruf L itu di CAPS LOCK kan. Kononnya nak differentiate antara para Bella yang laen lah. Korang mesti notice jugak, betapa ramainya blogger nama Bella ni kan?

Selalunya member2 aku akan pelik, they call me Hannan instead of beLLa. and why my blog called Contengan Cik beLLa. Kenapa bukan Contengan Cik Hannan mungkin?

My answer is simple. Blog is something being shared by people. Bukan 100% kisah hidup aku, aku akan cerita dalam blog ni. And maybe, tak semuanya benar. Jadi apelah kiranya aku nak glemer skitt ngan guna nama beLLa. Ye idak? hihii~ Lagipun nama aku banyak choice untuk korang panggil. Nak panggil Hannan boleh, Nabilla boleh, beLLa boleh, si comey pon BOLEH! ngeh3~

And for me, nama kat blog ni bukan wajib pon nak letak nama sebenor. Sukacita korangla nak letak nama ape kan. Tengok Cik Epal tu. Rilex je orang panggil dia epal. Konfem jaoh dari nama asal dia. betol dak? Si Ayam tu. Eh, salah2. Ayeem Ayam tu. Rilex je orang panggil dia Ayam. No heart feeling punye. hihi~

Actually aku citer pasal nama ni sebab member aku sendiri tersalah orang ingatkan aku dekat shoutbox diorang. Ejaan pon sama. Cuma pelikla, tak kan aku tulis, 'I follow you, You follow me back keyhh!'. Aku rasa aku tak penah gi lepak blog orang n tulis pasal I follow you you follow me semua bagai tu. Gila tak matang! Kalau member aku tak klik link budak tu, mesti dah anggap aku yang tulis tu. Kan da memalukan aku. Selamat dia klik for comfirmation. haih~

Okla. Aku ni kalau dah bebel, karang sampai banyak korang kena skrol mouse tu. Ni la padahnya kalau mood nak taep tu datang. Maap ya teman teman semua. Disaat aku taep ni pada jam 1.37 pagi. Jadinya, mau tido sudah. Mownyte semua! ^_^

psstt : 9 days to go. hihi~

Wednesday, October 5, 2011

Mood berblogging menurun.


Assalamualaikum w.b.t.

Bila dah lama tak berbelog neh, sampai tak tau nak mulakan ayat macam mane dah. Ikutkan banyak mende nak di bebelkan, mood ntuk bercerita je belum wujud lagi. Jadi, ini sajelah yang aku mampu taep.

Minta maaf ye kawankawan.
I will update soon ok!
chilll~
^_^

October should be a nice month for me. Guess what?? hihihi~


ppsstt : Alhamdullillah. dah lama tak update pon ade ke lagi yang singgah belog picisan ni kan. Thank you visitors! ;D

Sunday, August 7, 2011

Minta Maaf Semua!

Assalamualaikum semua! Dah nak masuk hari kelapan kita berpuasa. Ada yang dah rongak ke puasa nya? ntuk kaum Hawa dimaafkan lah ye. Anyway, aku cuma nak mintak maaf sebab memang aku SANGAT, AMAT, TERLALU busy ntuk update as usual and melawat ke blog2 anda semua.GOMENNEH~ *sambil tunduk kepala 6 saat.

Aku sekarang ni tengah busy kerja. Starting masa 1st Ramadhan haritu lagi. Balik pulak malam plus aku duduk rumah nenek jea bulan puasa ni. Tak rajin nak onn broadband yang 'laju' sangat tuu. Laen lah macam kat rumah aku, onn lappy jea, terus dapat connect dengan laju dan jayanya. tskk.

Mungkin aku hanya akan update sekali je seminggu kot. Sebab weekend pon aku kerja beb. Nak cari dwet ntuk shopping rayer la katekan. Kena lah rajen cari rejki ntuk anak anak. ;p

Apa yang aku nak gitau kat sini, Korang yang nak shopping kat area Masjid India nanti, bersedialah terima kehadiran Akhil Hayy kat sana. Ade sape2 dah tengok citer Cubaan tak? Dekat Astro Oasis. Memang cool gila lah citer camtu. Lepas ni before korang keluar rumah, bersedialah dengan ilmu yang penuh didada yea. Karang tak pepasal dia tanya doa qunut, malu beb tak dapat jawab. ;p

p/s = Sekarang aku kerja kat SINI. Toh puan and Agong pun tempah kat tempat aku kerja ni. Bangga seh buat hamper and hadiah2 ntuk orang2 besar ni. heee~

Salam Ramadhan yea semua! Kepada yang sudi follow blog aku ni, aku sangat2 hargai anda. Promise aku free nty, akan ku terjah blog korang semua ok. Sekarang ni hanya dapat on9 kejap and update secepat mungkin. Penat weh. Tadi pon aku keje kot. Kena tido awal, nanti susah pulak nak bangun sahur. ;p

Do visit blog Hannan's ya ^_^

Friday, July 22, 2011

Boleh pulak banned orang tak bagi komen kat shoutbox?

Hye guys! Arini memang aku takde mende nak update sangat. Plus aku tido rumah nenek malam neh. Ingat malas lah nak update2. Aku jalan jalan je kat belog orang. Jap lagi nga syiok2 belogwalking, keluar mende ni pulak...

SENTAPP mak nak!
Aku ke yang takley komen tu? keciwe sungguh. Tak nak masuk belog dia lagi. Merajuk! T_T
Memang boleh ea jadi camni kawan kawan?

p/s = Mood tengah happy jadi terkentut. iskk. Okla semua. Nak tido awal. Babai~

Wednesday, July 20, 2011

New Look! ;p

Hye guyz! Setelah berpenat lelah aku membuang segala macam gadget tak berguna ni blog ni, akhirnya it come up with NEW LOOK! So how is it? Ok tak? Laju tak loading belog aku neh?
Mungkin kemas sket dari sebelum ni kot.

Thanx a lott to miss Alya sebab mengambil berat akan belog picisan ku ini. Seyez aku bukan rety sangat maen ngan template, background, hypertext semua. Tak gemor den. Aku rety update, belogjumping and kacau2 blog orang jea. Sangat noty kan. hikk~

For the time being, aku rasa ok je kot blog aku camni.
Kan kan?
Komen la sket sayang semua. hehee *mood gedik datang
;p

Monday, July 18, 2011

Trafik Blog maken jatuh merundum!

Hye guyz! Hows ur day today? Jawab jela dalam hati yea. Aku baru plan cuti2 neh aku dapat update hari2. I mean, dapatla post new entry everyday. Tapi HAMPEH. Bila dah skip sehari, memang nak skip dua tiga hari lah kan. Betullah orang cakap berblogging ni ada mood jugak sebenornye. Aku tabik spring lah kat blogger2 yang rajen update blog hari2. Kadang2 sampai 2 3 post sehari. Rajen mereka update kan. Aku neh kalau dah ngadap laptop, 1st thing come to my mind is, GAMES! Sampai terabai belog neh. tian yee...


Tengoklah graf ni ha, last update aku, on 13th. Then terus down down down. Yelakan, blogwalking pun idak. Sapelah yang sudi lepak blog picisan aku neh. But at least, aku tau la ada jugak orang lepak belog aku although aku tak update kan? hihihi~

Best tak kalau tau belog korang ada silent reader yang memang mengikuti belog korang? *naek turun kening sambil bertanya. hee~

Promise next post Review citer HARRY POTTER 7 Part 2 ok sayang semua ^_*

bye.

Monday, June 27, 2011

Kenapa My Beloved Follower tak Keluar neh??

Hye guyz! Just nak tanya anda anda semua neh, masuk belog aku ada keluar tak box My Beloved Followers tu? Ke kat lappy aku je tak keluar ye? Sebab aku nak follow belog orang laen pun tak keluar box nak Follow tuh. Anyone know why is it so??

Tengok ni ha. tak keluar apa2 pun. yang ada tulisan MY BELOVED FOLLOWER je.

Agak musykil disitu sebab nak kata line rumah aku ni lembab, laju je aku on9 tengok youtube apa semua. Korang pulak macam mana ye?? Any idea?

Thursday, June 16, 2011

Dop pehe aku ore gini

hye guyz!
Beberapa hari ni tak dapek la nak on9 and belogwalking sangat. After ni nak tido umah nenek.
Maaf ye. Pasal Lucky Draw semua tu, masih dalam pertimbangan. Harap sayang sayang semua bersabar lah ;)

Just wanna sharing this thing today.
Jumpa dekat FB adeq aku. and aku pun upload lah kat sini.

gila lan orang ini. tak paham ape yang cuba dia buat ouh!
nak sangat jadi pompuan kot.
haha!

p/s = err.final dah dekat. wuwuwuu~

Sunday, June 12, 2011

Try berTumblr pulak ;p

Hye guyz. selamat hari AHAD semua! Maaf lah kalau ada yang tak senang dengan entry aritu. Tu hanyalah random jokes yang nak share ngan korang. Mungkin agak kurang sopan and senonoh. Maaf ye semua. Promise arini tak buat lagi. (arini je kan.esok2 boleh buat lagi) hihihi~

Ehh. nak tanya ni. Anda anda ada Tumblr tak? Mehla link nya. Boleh follow memollow. Aku ni dulu buat je account Tumblr, tapi tak layan sangat pun. Yelakan, belog pun tak hapdate sangat. Ni nak buat mende laen pulak. ;p

Member2 aku pun bukan ramai yang ada Tumblr. So tak tau lah aku nak tanya sape pasal Tumblr neh. Yang aku tau, gambar2 kat Tumblr smart! hehe .



Smart kan gamba2 ni. Ikotkan boleh je letak gambar2 camni kat blog. Tapi kat Tumblr tu, Let the Pictures Speak.. yeke? haha. Ape aku dah mengarot ni. Korang fahamkan maksud aku? ;p
Yang ada tumblr tu, mehla share link kat sini ye. Nanti aku follow ^^


^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails