my beLOVEd follower

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Pesanan kepada Gadis Gadis di Luar Sana

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Aku nak lupakan kisah sedih aku minggu ni jap and nak pesan 1 mende je kat gadis gadis sekalian. Aku tau korang suka berfashion dan ingin nampak up-to-date dimata orang sekeliling. Aku pun camtu jugak. *although bukan pandai sangat pon. Apa yang aku nak habaq mai ni adalah,

Kalau korang nak shopping kat Jalan TAR tu, berpada2lah dalam berpakaian dan penampilan. Frankly speaking, termasuk semalam, dah dua kali aku gi Jalan TAR ntuk shopping raya. Bukan dari segi ramainya orang yang aku nak citer, tapi pasal cewek2 anggun yang ramai kat sana. Sebelum aku mula membebel sampai korang pon tak paham ape aku cuba sampaikan, meh aku listkan mende yang tak patot korang buat masa kat Jalan TAR.

1# Bermekap tebal sampai boleh terkena orang yang lalu kat sebelah. *ayat hiperbola sikitla kan. ;p

- Korang nak nampak cantik, sikitpon aku tak kesa. Aku tak cantik, so tak kan nak kritik orang2 cantik ni kan. Tapi agak2la bhaii. Jalan terhimpit2, panas kot! Bila dah panas, ternampak lak muka korang cam nak caer dah mekap tu. Gila teruk aku tengok. Sebagai pompuan, ade jugakla aku rasa malunya tengok mekap korang nak caer tu. Sebab tu aku nak inform awal2, touch up sikit2 je sudahla. korang bukan nak tengok wayang kat tempat ade aircond pon. Get it?

2# Pakai shawl Pashmina yang tebal tu and lilit lilit sampai orang keliling tengok pon pikir, Tak panas ke budak ni?' LOL

-Aku tau korang mesti nak try gaya baru seperti Hana Tajima lah, Yuna lah, Maria Elena lah. Its fine. Seriously. Tapi tengok tempatla dear. Kau nak pergi Jalan TAR. Bukan kat Pavillion. Pakai je shawl yang nipis, yet you still look gojes. Aku cakap ni sebab tak nak kau mati kepanasan je kat sana nanti. ;p Btw, ade je kan pashmina yang tak panas tu. Ok je kalau korang pakai. ^^



3# Pakai heels 5/6 inci.
- Korang suka pakai heels? Lantak pi lah. Aku tak suka. Paling tinggi heels yang aku ada, 3 inci je kot. Tu pon kasut wedges. Aku memang tak pandai nak pakai kasut tinggi2 ni. Even pakai seliper pon boleh terkehel, ni lagi nak berheels bagai. Ok. Kenapa aku cakap tak payah pakai heels sebabnya, konfem kau balik uma nanti saket kaki bhaii. Bukan kau shopping naek kereta, kau jalan kaki kot kat Jalan TAR tu. Ngan orang ramainya lagi, memang saket weh. Ni berdasarkan pengalaman aku jugakla. Bukan pakai kasut tinggi mana pun, jap lagi time sahur, kaki lenguh gila! Dua dua belah pulak tu. tskk

Itu sahajalah yang aku nak nasihatkan ye anak anak. Tak nak terima, kau jugak yang susah. Bukan aku. hihihi~ Anyway, Selamat bershopping ya!

Saturday, August 20, 2011

Minggu yang damn awful!

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Seminggu lagi nak raya ni. Dah banyak persiapan yang korang buat? Banyak dah shopping ntuk raya? Baju da beli berapa dah? Anyhow, biarlah kita bersederhana je. Tak payah sampai membazir duet bagai ntuk raya ni. Kejar pahala time bulan puasa lagi baik kan. ;)

Er, aku bukan nak jadi ustazah kat sini. Aku nak citer pasal minggu yang menyedihkan buat aku ni. Lepas kucen aku hilang, Handphone aku pulak jatuh lubang tandas! Sedih bhaii!! Bukan lobang jamban tau, ini lubang yang kat lantai tu.

Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku time aku nak dah nak balik kerja. Kerja aku sempoii je. Pakai tshirt and tracksuit pon boley. So before nak balik tu, nset aku dah masukkan dalam poket and terasa nak wiwi lak. Guna tandas duduk kot. Bukan yang cangkung tu. Jap lagi nset aku jatuh ngam2 masuk dalam lubang yang kat lantai tu. Tak penah2 terbukak, malam tu pulak lubang tu terbukak. SEDIH GILA!!

Memang dah try2 godek tak dapek nak diselamatkan lah. So dengan hati yang separa redha, aku pon menyerah jela. Dah tak dapat nak amek balik nset tu kan. Bagoz betul dak yang sama kje ngan aku. Semangat dia tolong jolok lubang tu carikan nset aku. Thanx ye Syikin! ^^

Perasaan sedih memang tak yah citer la kan. Aku ni memangla kememeh semacam. Tapi pikir still kat tempat kerja, akupun cam cover2 nak nangesla kan. Tapi mata dah bergenang dah..

Muka agak2 comel camnila kot. *jangan muntah. nanti batal pose. ;p

Balik malam tu, Syikin anta aku balik. Malam tu plan nak gi makan kat Steak House kat Kg Baru. Terus cancel sebab aku ni ha. adooi~

Sampai je kat uma nenek, dari muka cover2 comel tadi, terus jadi camni.....

MERAUNG bagai nak rak weh! kesian nenek kena tenangkan aku ohh. ;p
Adik aku bukak pintu lambat sangat, sampai dia boleh cakap, " Kau kena rogol ke kak?"
Siot punya adik. Tapi takley la salahkan dia. Aku pon nanges macam orang gila dah. Dia pun risau. hihi~

Mama cakap, " Tu lah dikk. Kau asek cakap nak tukar nset je, dah merajok nset tu."

Boleh percaya ke camtu? Mende nak jadi, jadi jugakla kan?

Selamat minggu ni dapat ditenangkan oleh my dear coz ktorang shopping lagi and berbuka samasama. yey! ;D Tadi jugak aku dah buat sim baru kat KLCC, and pesanan buat anak anak semua,
JANGAN BAWAK NSET DALAM TOILET
and
SILA BACK UP SEMUA NOMBOR DALAM HANDPHONE ANDA SEKARANG!
Jangan jadi cam aku, dah ilang semua nombor member2. sedih betul. ;(

psst = Entry mingguan aku selalu panjang kan. Cover hari2 yang aku tak update. Bolehkan camtu? hihihi~

pssstt = 1st time beli maxi dress woo tadi. Harap aku berjaya pakai. ;p

Sunday, August 14, 2011

Berbuka di Haven Restaurant with my dear and friends.

Hye guys! Selamat berhujung minggu semua. As usual, update sekali seminggu aku datang lagi. ;p Korang dah shopping raye? Semalam baru aku berkesempatan gi kat Masjid India ntuk shopping, tapi last2 lepak Semua House and masuk kat Mydin je. Ramai sangat orang derrr. Aku pening nak jalan berhimpit2 tu.

Actually memang plan nak buka luar, tapi takde lah sampai nak naek kat Hulu Langat tu kan. My dear punya kawan yang ajak join. GILA segan doe! Dahla aku tak kenal member2 dia. Plus ngan 3boys and 4 girls yang turut serta, memang seganlah kan. Anyway, thanx to Pdot because sudi ajak aku sekali ntuk menyemak berbuka ngan korang semua. I pray for you that you can get the women you like ok. Aku dah tau siapakah gerangan orang itu. hihihi~

Makan kat sini memang cool gila weh! Bukan saje sebab memang sejuk kat atas ni, tapi environment yang romantik and segar memang syokk dinner kat Haven ni. Kitorang sampai semalam dahla hujan. Lepas berhenti je hujan, kabus lak naek. Sejukk bhai! ;p Harga no komenla coz my dear punye friend yang bayarkan ntuk semua. Baek kan dia? ;)

No pictures pasal semalam. Sebab aku takde gambarnya pun. Semua kat camera Nikon member. Aku pun memang tak banyak cakapla coz seyes segan. Dont you know that aku ni memang pemalu? hikks~

Makanan kat sana memang AWESOME! Bila aku usha website Haven tu sendiri, baru tau ada Beef Rib ouh. sedapnya! Pasni nak ajak makan sane ngan family pulak la ;)

p/s = Aku rasa blog aku dah jadi diary mingguan la pulak. Maaf ye semua. Time kerja, otak banyak idea nak membebel kat sini. Cuma masa je terhad ntuk aku update. Mianneh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails