my beLOVEd follower

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Berayap Di Johor :D

Assalamualaikum semua.

Sekarang dah naik semester baru. Semestinya juga dengan azam baru. Apa azam aku? Renew je azam sem2 lepas. keh3~

Harini aku nak share beraya kat Johor minggu lepas. Ngam2 sebelum aku naik sem. Nak cerita panjang lebar sangat pulak kang. Aku dah compilekan gambar2 ntuk tontonan semua ^o^ 

Aku turun Johor Selasa minggu lepas 4 Sept sesorang je. Berkat kejakunan aku, dapat lak naik bas 2 tingkat pastu dok atas. Slumberland je pulak tu tukar seat dok depan sekali. Memang masyuk ah ! Feel gila dok kat tempat tinggi yang bergerak gitu :D Sampai je sana member aku Acan amek kat Larkin. Memang stay rumah dia pun :)

Rabu, 5 Sept kami gerak beraya ke Taman Daya. Ye kat atas tu lah Acan Ketot yea. :D Rumah 1st ktorang pegi adalah rumah Fatin. Pastu Bawak dia sekali beraya rumah Yan kat Pasir Gudang. Dengan kitorang sesatnya lagi, memang 2 rumah jela mampu pergi haritu. Untung2 mak Yan bagi duit raya tau. weeee~ ^o^

 Senang sikit ai kat Johor ni ada drebar peribadi. Senang nak gerak gi memana. :P

 Rumah Fatin bela kuceng. Rumah Yan bela arnab. Semua pencinta haiwan rupanya kawan2 aku ni :)

 Rabbit2 Yan semua putih-gebus-suci-tulus-murni oh ! Nama2 dia pun sedap. Macam Chocy, Muffin, Oreo dan sebagainya. Nama semua cam makanan. Ade gak aku makan kang binatang tomey ni. hihihi~

 Photoshoot sat kat rumah Yan. Itu penting! hahaha

 Masa ni dah amek Pipah and we head to JPO. Dok meroyan kat sana. Bukan ade mende sangat pun. Orang cakap barang memahal tu memang ye pun. Tapi ade lah certain stuffs yang affordable. Cuma setakat kau nak gi JPO tu untuk shopping, tak worth it kut. Unless kau ni foreigner or memang pesen beli barang2 branded2, so dipersilakan shopping disini :)

Bukti kami meroyan di JPO. :P

Balik dari JPO aku rasa dalam pukul 9 lebih, then balik je Bukit Tinggi kalau tak silap aku. Then reramai suggest nak tengok midnight movie. Wa takde hal beb. Memang wa turun Johor nak jejalan punye. hehe~ Dah sampai kat Jusco, takde citer best lak nak tengok. Mostly aku dah tengok. Last2 cancel tengok wayang dan gi late dinner sajo. Semua dah penat gilos kut. Drebar peribadi lagi ah penat. Dengan sesat barat nye lagi, kesian dia. hiks~

Anyway, thanks kawan2 ku yang melayan kerenah aku ngengade ajak jejalan last minute ni.First time aku pakai baju kurung je jejalan gi mall sana sini. Beraya nye tak sangat. Merayap je lebey. :P dan awak jugak, maceh jadi drebar peribadi saya. Kesian gila awak penat drive kitorang sana sini. Balik rumah sesorang lak tu. Mesti ngantok gilos. Sayang korang !! ^o^

p/s = Ai ada jugak beraya rumah si dia. Tengokla kalau rajin nak cerita. hihi. 

Berayap = Beraya  + merayap. bukan typo ye anak anak :)


Thanks for reading :)

Tuesday, August 28, 2012

Baru Nak Wish Raya? :P

Assalamualaikum semua :)

Last entry on 18 Jun. Sekarang dah 28 Ogos. Lebih 2 bulan jugakla blog ni terabai. Bukan takde cerita nak update. Tapi sila salahkan Twitter sebab dia dah rembat semua cerita yang boleh aku jadikan entry kat blog ni. :P * Ni lah akibatnya bila jadikan blogspot sebagai tempat bercerita kisah hidup* -___-"

But is it too late for me to wish Happy Eid Mubarak? belumkan? kalau wish selamat berpuasa tu yang dah terlambat kan kan? hehe

So here I wanna wish 
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
yang kenal diri ini
yang singgah kat blog ni
yang baca entri ni
  MAAF ZAHIR BATIN yea ^o^

Rasa tak feel lak nak wish sebab macam dah seminggu raya baru nak cerita pasal entry raya. Tapi aku dulik hape. Tengah ada mood nak menaep ni baek ku layankan sajo. ye dak? :P

Tema kami tahun ni, supposedly chocolate. Tapi dah terjadi gold, pon boleyy :)

Kami sefamly balik raya kat Batu Pahat. As usual semua berkumpul reramai. Bezanya this time pakcik dari Singapore pun datang sekali. Dengan anak2 dia n cucu2 semua. Plus pakcik dari Kelantan pun ada. Meghiah jugakla kat kampung tu :)

Ni nak bergambor satu famly tapi tak prepare lagi. Ni bukan gambar proper sebab amek guna nset je. ngee~

Another thing is, menu raya kami kali ni mix hidangan pantai timur dan selatan. Jadinya, tercombinelah Nasi Dagang + Sambal Goreng + rendang ayam + ketupat + lemang + lodeh + serunding dan asam pedas. Yes yes asam pedas pun ada. Jadinya aku ni dari breakfast, lunch sampai ke dinner makan nasi dagang + berkuahkan asam pedas, sambal goreng dan rendang ayam. Boleh tahan sedap jugak ! harhar. Rasanya ni first time menu raya ada nasi dagang. :D

Hari raya kedua pulak, kami konvoi ke johor bahru, then dari sana konvoi masuk Singapore lak. Nak beraya kat rumah Pak Long. Jem gilos tak payah nak citer ah. 3 jam terperangkap dalam jem nak masuk sana! Leceh bhai -.-"
Bukti pasport. *motif? :P

Raya ketiga sudah balik ke KL. Dan mood beraya pun dah babai tertinggal kat kampung. Parent dan nenek pun dah mulakan puasa 6 nya, aku adik beradik dah kebosanan sebab takde beraya ke mana2 lagi :"( 

Anyhow, sempat jugakla aku kumpul duet raya masa kat kampung dulu. Ada juga yang masih sudi memberi kepada gadis berumur 22 tahun ni. ^o^

Aku hado. Kau hado? ngeh3~

Last but not least, harusla setepek letak gambar tuan tanah kan. 


okbai. 

Thanx for reading :)

Sunday, September 25, 2011

Penghujung Raya dengan Member2 ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye semua! Raya pun dah nak sampai ke penghujungnya. Mesti banyak open house kan minggu last ni. Dah banyak yang korang pegi? Syokkla makan free kan kan? hihi~

Semalam aku ada buat makan makan sket kat rumah. Bukan nak open house sangatla sebab memang bukan buat open house pun. ngee~ Saje rasa nak ajak member2 datang and aku pun rajen nak maen masak2. ;p
Yang specialnya semalam is, member2 yang datang dapat rasa masakan soto aku. hihi. First time masak soto without my mom or nenek supervision woo! Aku ngan adik aku je menunggang-terbalikkan dapur umah. Part buat bergedil tu yang geram tu. Sampai 3 pagi aku try buat sampai jadi. Asek nak pecah je. Geram betol! grrrr! Bila 1 dah jadi, sambung esok lak gorengnya. Sebab mata dah ngantuk gila! karang ade jugak tangan masuk dalam minyak panas. ;p

Ini lah hasilnya bergedil aku. Boleh la dari takde kan?
^^

Thanx to this book and Mama. And tak lupa jugak dengan Pakcik Google. Mereka ini sangat membantu aku. hik3

Overall, alhamdulillah. Soto aku menjadi! Aku siap import nenek and nek long aku sebagai pengkritik masakan aku. Diorang cakap PASS and SEDAP! mestilah happy ye idak? ^_^

Terima kaseh sangat2 kat member2 yang sudi datang rumah aku. Although susah nak cari. Jumpe jugak korang rumah aku. hee~ And member2 my dear, thanx jugak sudi datang yea. Diorang datang lepas maghrib. Maken segan aku weh. Ramai benau yang datang. Makanan pulak sudah berkurang. Badan jugak sudah berbau. Opz!hehehe. Anyway, thanx miss Leeya, Anis, Reen, Kak Bell, Ara, Kak Falin, Syuq, Pidut, Shahrul, and Jare2. Jangan serik nak datang lagi yea. ^^ Tak sempat bergambar ngan korangg. And special thanx to my dear. At last datang jugak beraya rumah I yea. ;D

Ni pulak member2 aku yang datang siang tu. Ada zai, fella,acan, ain, ika and kak irun. ^^
SAYANG korang! <3
Plus Haiqal and his friend jugak. Thanx for coming. ;)

Banyak lagi gambo, takkan aku nak tepek sini kan. Ni jela short update dari aku. *short ke weh??kah3!

p/s = Actually this week aku ada training kat Pangkor. Although sedih jugak tak dapat join, tapi aku happy sebab dapat bergosipp ngan member2 lama aku. Rindu gila ngan diorang! Tapi ramai takde ni. Maybe boleh jumpe lagi next time. ^^

Esok dah Isnin. Banyak kerja tak siap lagi oiii! tskkk

Wednesday, September 7, 2011

Sunday, September 4, 2011

Cerita Raya Part 2 # Kisah Beraya dengan Afroman

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Selamat Hari Ahad semua! Mesti busy je korang arini kan? Yang open housenya laen. Yang nak prepare ntuk naek cuti sekolahnya len. Yang dah naek cuti belajarnya laen. *err, apa beza cuti belajar ngan cuti sekolah? Apepun, raya still go on kan. hikk~

Aku saja buat cerita raya aku ber'part2'. Bunyi cam banyak je, tapi sebenornya saje ngade2. Syawal sebulan kot. Banyak mende boleh citer. Ye idak? ;p

Tak nak bebel panjang dah, meh aku kasi gambo afroman handsome sebijik.

Afroman says, SATU...!! Malaysia..!
*pandai bodek gov seh. keh3~

Lokasi : Batu Pahat.
Waktu : Selepas bersalam-salaman pagi raya.
Tarikh : 30 Ogos 2011.

Handsome tak Afroman tu? HAHAHA. Masa amek gambo ni, ramai betol peminat dia tau. Semua nak amek gambo dia dari pelbagai sudut. Aku siap bergambo kenangan lagi ngan Afroman tau. ^_^

Amacam? Agak macam real cam orang Negro tak? hihi~
*see the flower on his hair? kah3~

Ni actually abang aku lor. Sepupu akulah punya idea neh. Terjumpa rambot David Arumugam ni kat kampung, semangat suruh abang aku pakai. Taula anak2 sedare semua panggil dia Abang Black. LOL~

Ok. Itu saje citernya. Selamat berhujung minggu semua! ;D

psst = Sekarang abang aku tak abes2 nak nganjeng aku tau. Ape ape aku buat, mesti dia cakap, 'Nanti nak citer dalam belogla tu.' Cehh~ kecohh betul. *padahal aku yang kecohh. hihi ;p

Saturday, September 3, 2011

Cerita Raya Part 1 # Kisah Sambal Goreng Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Hye semua! Selamat hari raya ke 5 ya! Dah puas beraya belom? Aku ni setakat raya pertama n kedua je happening. Bila dah balik KL, things back to normal. Dok ngadap laptop, maen game, tengok tv. Urghh. Bosan gila kott! Bukan ada orang datang rumah. Nak gi beraya rumah orang pun tak. Semalam baru aku isi kueh dalam balang. Punya lah nak dapat balik feel raya, sambil isi kueh, bukak lagu2 raya. HIHI~

Sebelum aku membebel panjang lagi, Nak tanya neh. Sape kat sini orang Johor? Penah makan tak sambal goreng Johor? Uishh. Kalau tak pernah tu harus buang negeri korangg ni. HAHA.

Eh eh. before that aku nak mention kat sini, aku BUKAN orang Johor. Aku balik kampung kat Batu Pahat je. Jangan salah paham ye. Aku bukan nak promote Johor pun. I'm just being frank here. ;)

Hidangan WAJIB aku bila kat kampung selaen dari Asam Pedas makcik aku, adalah SAMBAL GORENG beliau. Sangat sedap ouhh! Aku makan camtu je pun takde hal la weh. Makcik aku masak satu kuali besar penuh, tak sempat sampai raya kedua dah habes. KEH3~

Sebahagian hidangan raya. ;)

Satu kuali besau ok. ;p

Abang aku takyah citer lah. HANTU sambal goreng dia tu. Korang tengok sendirila berape punye banyak dia amek ni.. Siap tambah lagi tau. ;p

Pasal resepi, aku pon tak try lagi buat lagi. Tengok cam senang. Tapi aku penah rasa orang laen buat. Agak kurengla. Tak sesedap makcik aku buat. Tak percaya, Jom ikot aku balik BP. hihihi~

p/s = Hari ni budak2 high skol aku konvoi raya. Sedih plak tak dapat join. Ni lah susahnya blaja jaoh. tskk~

Monday, August 29, 2011

Happy Eid Mubarak Friends! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! InsyaAllah tinggal sehari je lagi nak beraya. Bagi aku, rasa cepat je Ramadhan ni berlalu. Yelah, aku pon mula kerja 1 Ramadhan. Jumaat lepas last day aku kerja. Memang cepat jela masa berlalu kan. And yang aku sedihnya, memang aku tak sempat pun nak gi masjid jemaah semayang terawih macam tahun2 lepas. tskk.

Anyhow, bulan ni jugak memang aku jarang gila update. Soo sorry~ Esok aku dah nak balik kampung belah abah kat Johor. Sebelum tak sempat nak update ntuk hari raya, baek aku wish korang awal awal kan? *act takdela awal sangat. Ramai je dah wish raya before ni. ;p


Kepada semua kawankawan tersayang,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!

Tak kira kepada kawan kawan dalam dunia realiti, alam maya and semuala yang kenal aku ni, mintak maaf jika ade salah silap yang aku buat. Salah cakap ke, terasa dengan aku ke, marah dengan aku ke, ape2lah yang buat korang rasa tak best ngan aku ni, harap dimaafin ya. Aku ni manusia biasa je. Tak lari dari kesalahan. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua. ;D


Raya nanti jemputlah datang rumah. *Kalau tau rumah aku katne lah. hahaha~

Sunday, August 21, 2011

Pesanan kepada Gadis Gadis di Luar Sana

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Aku nak lupakan kisah sedih aku minggu ni jap and nak pesan 1 mende je kat gadis gadis sekalian. Aku tau korang suka berfashion dan ingin nampak up-to-date dimata orang sekeliling. Aku pun camtu jugak. *although bukan pandai sangat pon. Apa yang aku nak habaq mai ni adalah,

Kalau korang nak shopping kat Jalan TAR tu, berpada2lah dalam berpakaian dan penampilan. Frankly speaking, termasuk semalam, dah dua kali aku gi Jalan TAR ntuk shopping raya. Bukan dari segi ramainya orang yang aku nak citer, tapi pasal cewek2 anggun yang ramai kat sana. Sebelum aku mula membebel sampai korang pon tak paham ape aku cuba sampaikan, meh aku listkan mende yang tak patot korang buat masa kat Jalan TAR.

1# Bermekap tebal sampai boleh terkena orang yang lalu kat sebelah. *ayat hiperbola sikitla kan. ;p

- Korang nak nampak cantik, sikitpon aku tak kesa. Aku tak cantik, so tak kan nak kritik orang2 cantik ni kan. Tapi agak2la bhaii. Jalan terhimpit2, panas kot! Bila dah panas, ternampak lak muka korang cam nak caer dah mekap tu. Gila teruk aku tengok. Sebagai pompuan, ade jugakla aku rasa malunya tengok mekap korang nak caer tu. Sebab tu aku nak inform awal2, touch up sikit2 je sudahla. korang bukan nak tengok wayang kat tempat ade aircond pon. Get it?

2# Pakai shawl Pashmina yang tebal tu and lilit lilit sampai orang keliling tengok pon pikir, Tak panas ke budak ni?' LOL

-Aku tau korang mesti nak try gaya baru seperti Hana Tajima lah, Yuna lah, Maria Elena lah. Its fine. Seriously. Tapi tengok tempatla dear. Kau nak pergi Jalan TAR. Bukan kat Pavillion. Pakai je shawl yang nipis, yet you still look gojes. Aku cakap ni sebab tak nak kau mati kepanasan je kat sana nanti. ;p Btw, ade je kan pashmina yang tak panas tu. Ok je kalau korang pakai. ^^



3# Pakai heels 5/6 inci.
- Korang suka pakai heels? Lantak pi lah. Aku tak suka. Paling tinggi heels yang aku ada, 3 inci je kot. Tu pon kasut wedges. Aku memang tak pandai nak pakai kasut tinggi2 ni. Even pakai seliper pon boleh terkehel, ni lagi nak berheels bagai. Ok. Kenapa aku cakap tak payah pakai heels sebabnya, konfem kau balik uma nanti saket kaki bhaii. Bukan kau shopping naek kereta, kau jalan kaki kot kat Jalan TAR tu. Ngan orang ramainya lagi, memang saket weh. Ni berdasarkan pengalaman aku jugakla. Bukan pakai kasut tinggi mana pun, jap lagi time sahur, kaki lenguh gila! Dua dua belah pulak tu. tskk

Itu sahajalah yang aku nak nasihatkan ye anak anak. Tak nak terima, kau jugak yang susah. Bukan aku. hihihi~ Anyway, Selamat bershopping ya!

Saturday, August 20, 2011

Minggu yang damn awful!

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Seminggu lagi nak raya ni. Dah banyak persiapan yang korang buat? Banyak dah shopping ntuk raya? Baju da beli berapa dah? Anyhow, biarlah kita bersederhana je. Tak payah sampai membazir duet bagai ntuk raya ni. Kejar pahala time bulan puasa lagi baik kan. ;)

Er, aku bukan nak jadi ustazah kat sini. Aku nak citer pasal minggu yang menyedihkan buat aku ni. Lepas kucen aku hilang, Handphone aku pulak jatuh lubang tandas! Sedih bhaii!! Bukan lobang jamban tau, ini lubang yang kat lantai tu.

Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku time aku nak dah nak balik kerja. Kerja aku sempoii je. Pakai tshirt and tracksuit pon boley. So before nak balik tu, nset aku dah masukkan dalam poket and terasa nak wiwi lak. Guna tandas duduk kot. Bukan yang cangkung tu. Jap lagi nset aku jatuh ngam2 masuk dalam lubang yang kat lantai tu. Tak penah2 terbukak, malam tu pulak lubang tu terbukak. SEDIH GILA!!

Memang dah try2 godek tak dapek nak diselamatkan lah. So dengan hati yang separa redha, aku pon menyerah jela. Dah tak dapat nak amek balik nset tu kan. Bagoz betul dak yang sama kje ngan aku. Semangat dia tolong jolok lubang tu carikan nset aku. Thanx ye Syikin! ^^

Perasaan sedih memang tak yah citer la kan. Aku ni memangla kememeh semacam. Tapi pikir still kat tempat kerja, akupun cam cover2 nak nangesla kan. Tapi mata dah bergenang dah..

Muka agak2 comel camnila kot. *jangan muntah. nanti batal pose. ;p

Balik malam tu, Syikin anta aku balik. Malam tu plan nak gi makan kat Steak House kat Kg Baru. Terus cancel sebab aku ni ha. adooi~

Sampai je kat uma nenek, dari muka cover2 comel tadi, terus jadi camni.....

MERAUNG bagai nak rak weh! kesian nenek kena tenangkan aku ohh. ;p
Adik aku bukak pintu lambat sangat, sampai dia boleh cakap, " Kau kena rogol ke kak?"
Siot punya adik. Tapi takley la salahkan dia. Aku pon nanges macam orang gila dah. Dia pun risau. hihi~

Mama cakap, " Tu lah dikk. Kau asek cakap nak tukar nset je, dah merajok nset tu."

Boleh percaya ke camtu? Mende nak jadi, jadi jugakla kan?

Selamat minggu ni dapat ditenangkan oleh my dear coz ktorang shopping lagi and berbuka samasama. yey! ;D Tadi jugak aku dah buat sim baru kat KLCC, and pesanan buat anak anak semua,
JANGAN BAWAK NSET DALAM TOILET
and
SILA BACK UP SEMUA NOMBOR DALAM HANDPHONE ANDA SEKARANG!
Jangan jadi cam aku, dah ilang semua nombor member2. sedih betul. ;(

psst = Entry mingguan aku selalu panjang kan. Cover hari2 yang aku tak update. Bolehkan camtu? hihihi~

pssstt = 1st time beli maxi dress woo tadi. Harap aku berjaya pakai. ;p

Wednesday, November 17, 2010

selamat menyembelih!

tomey kan lombu neh.
bosau. sedap buat korban.
kuang3~


nway, SELAMAT HARI RAYA KORBAN!
bawa keta elok2.
jangan anda lak yang terkorban.
mintak dijaohkan.


and pada yang sedang bercuti,
HAPPY HOLIDAY!
cheers~

Thursday, September 23, 2010

roomate ku cik nasibah


inilah cik cbah! ^_^
macam pegang wand harry potterkan?
hee~


seperti yang dijanjikan..gambaq kanak kanak riang bermain bunga api. lagi ramai lagi bestkan. tapi nak wat cne, berdua lebih baek (bak kata lagu Acha) ngee~ mula2 ingat nak masukkan video, tapi amat kureng sopan, jadi tabuley ye anak anak.


model, cik nasibah. roomate klate ku..beliau sangat aktif ye berlari2 dengan bunga api tuh. lagak seperti kanak kanak standard 6 gituh. ngee~ cik cbah jangan mara naa..hari rayer neh. maap zahir batin ye. ;p


ehh, aku da mula buat belog lagi 1. mehla singgah sahur. ;p

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Wednesday, September 22, 2010

bermaen bunga api

susa betol bila wifi kat sini very good, but then limited or no connectivity. ia sangat mengehadkan batasan aku ntuk menyonteng dan merayap ke belog2 anda ye. sengal betol. jadinyer, terpaksa aku mengupdate di library. masalahnyer adalah, xsyok! takde gambar nak upload, and suasana xmembuatkan aku banyak nak membebel. haish~


sudah sudahla bermumbling ye. nak citer ni je sebnonyer..malam tadi aku maen bunga api kat ostel. opszz..ngee~ aku bukan maen mercun pun.. mood raya kali ni kurang menyerlah. dan malam tadi lah buat kali pertamanya untuk tahun neh aku maen bunga api ouh! sangat kasihan. T_T


thanx 2 roomate ku yang bawak bunga api made in kelantan. even 10 batang je. agak xpuas disitu. ngee~ nak upload gambaq, kat laptop aku lak.. so gune gambaq cik google jela ye.. boleh? ;p

hanya sekadar hiasan

ktowang maen bunga api yang wane wani tuh. yang banyak asap. bukan macam kat gambaq atas neh. nantila bile wifi kat bilik aku sehat, aku upload lagi ye. chow~


p/s = patutnya malam neh aku ade exam. tapi da ditunda malam esok. saje je xbagi aku balik uma awal. isk

Tuesday, September 14, 2010

satu hari di hari raya



seperti yang telah di janjikan.. (yeke aku da janji??) aku kenala upload gambar rayer aku en.. huhu~ yela kan..da memang waktu raya, takkan nak upload gambar aku sambut krismas lak. betui ndak? heee~

meh aku stori sket. malam raya tuh aku sefamily balik BP aka Batu Pahat ok. tu kampung belah abah aku.belah mama jaohh kot. kat Ampang. kah3! ikotkan bulan pose dulu, hari2 aku balik kampung. sebab uma nenek aku dokek jo ngan uma aku. hikk~

raya kat kampung dah xsemeriah dulu lah. xramai dah yang ade kat kampung. dah xmaen mercun n bunga api malam raya..dah xramai sedare balik kampung..yela, dah takde orang tua dah. atok dah takde. tinggal kakak abah aka makcik aku je yang ade.yang laen kat uma masing2la kan. anak2 diowang kumpul sane.kalau dulu rayer kat kampung, syok giler! ngan bising2 sedare memekak..makcik pakcik aku including parent aku bebual macam da 10 taon xjumpe sampai nak tido pon susa..best suasana tuh! dulu gak abang sedare aku siap buat meriam. lawan ngan kampung sebelah agi ouh! aku dak pompuan neh, dok tepi jela. taley nak join sangat. (yeke aku pompuan?) kah3! dah dok tepi, men bunga api jela. xpon pop pop. aku ni jenis takot sket nak bakar mercun. asek pikir bukan2 je. manalah tau kan, aku xsempat baling, molotup kek aku..xpepasal je jatuh saham tau x? hahaha!

paling kuang ajaq abang aku la. boleh baling mercun mancess kat kaki aku. selamatlah ade hero sorang neh cepat2 bagitau aku..sempat aku melompat ke tepi, n mercun tu teruz meletop. sabaq je aku ngan pakcik gemokk neh! haish~ xsayang adeq betol!

aiya. tengok aku dah terbebel panjang2. dahla.kalau nak aku citer pasal raya, lagi banyak aku ngarut nanti. moh le kite tengok gambar yep.


erk. pagi2 raye budak2 neh da buat dose ngan aku. -_-'


4 generasi. dari cicit ke moyang. ;)


my happy family at kampung. ;D

beraya di kampung. sunyi je jalan ouh!



ok. budak bajet ni lagi. haha!


more picyures kat fb la ye. aku ni bukan rajen mengupload banyak. terima kasehh~


p/s = perasan tak gambar ade yang terang n ade yang gelap? biasalah. nset murah. ngeh3~
MyEm0.Com

Sunday, September 12, 2010

hari hari raya

post secara lincahnye.

SELAMAT HARI RAYA KE3 dan seterusnya!
belom rajen nak upload gambar raya.
jadi, pendek ini saje contengan saya.
terima kasihh~


perasan tak macam pantun 2 kerat ayat kat atas tuh?
hehehhe~

Thursday, September 9, 2010

bontot is tongkeng. ok?






credit kat incik ayeem. smart kan? ;p


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


maaf ye jika tajuk agak kurang sopan. hee~
kejap je dah nak raya kan..
xrasa sangat puasa kali nih. maybe jadual penuh kot. xdapek dah aku pegi bazar ramadan lagi..yelakan..dah nama pon bazar ramadan. mestila time bulan ramadan je dye ade. manela tau kalau lepas ni ade bazar syawal ke, muharam ke. kan? huhuhu~


ohh.lagi 1 mende yang aku taley dapat lagi..tongkeng ayam ku! isk.korang perasan x, kat bazar la baru senang nak jumpa makanan pelik2 neh..kan3?teringat aritu ouh. aku bebel2 xdapat beli tongkeng ayam kat bazar. xtaw la apesal jadi feveret aku bulan pose kali neh. gemok aku weh! balik pada citer tadi..nenek aku neh jenis tabley tengok cucu dia merengek2 nak makan something tau. esoknyer nenek aku belila sekilo bontot ayam ngko! mak aih! macam perli je nek. haish~

rupanya baru aku tau, murah je kot beli kat pasar. ok. let say sekilo baru rm 3 lebih..yang jual kat bazar tu, secocok adela dalam 4-5 bontot = rm1. tak ke untung giler jual bontot ayam. ye idak? jadinyer nenek aku goreng tepung bontots ( bontot in plural) tuh. banyak kot! mana aku larat nak makan! maken montel la aku camnih. bontot tuh dahla lemakk je. mana ade isi. aiyoyo~ xmakan karang, nenek kecik aty lak. soo makan jela sikit.aku suka tongkeng ayam madu. bukan goreng camnih. -_-'


last2, aku tapau bawak balik umah, konon nyer nak makan kat umah la. last2, bagi kuceng makan. hee~ (pssst.jangan bagitau nenek aku taw) ngee~


sebelah hotdog itu adalah bontot ayam.terima kasih.


moral of the story,
janganla nak merengek nak makan pelik2 kat nenek aku. mau dicarinye sampai dapat ouh! macam dulu, nenek masak rendang daging. then suruh aku bau.. aku just cakap je, sedap ni makan ngan pulut. jap lagi sanggup dia gi kedai beli beras pulut n masak pulut time tuh jugak! pantang cucu dia ni cakap nak makan ape tau. isk~


apepun, saya SAYANG NENEK saya! she's the BEST!


ape yang laki tuh pikir pon cam bontot gak kan. laki memang selalu berpikiran nakal. cehh~

MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails