my beLOVEd follower

Showing posts with label saudara-mara. Show all posts
Showing posts with label saudara-mara. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Baru Nak Wish Raya? :P

Assalamualaikum semua :)

Last entry on 18 Jun. Sekarang dah 28 Ogos. Lebih 2 bulan jugakla blog ni terabai. Bukan takde cerita nak update. Tapi sila salahkan Twitter sebab dia dah rembat semua cerita yang boleh aku jadikan entry kat blog ni. :P * Ni lah akibatnya bila jadikan blogspot sebagai tempat bercerita kisah hidup* -___-"

But is it too late for me to wish Happy Eid Mubarak? belumkan? kalau wish selamat berpuasa tu yang dah terlambat kan kan? hehe

So here I wanna wish 
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
yang kenal diri ini
yang singgah kat blog ni
yang baca entri ni
  MAAF ZAHIR BATIN yea ^o^

Rasa tak feel lak nak wish sebab macam dah seminggu raya baru nak cerita pasal entry raya. Tapi aku dulik hape. Tengah ada mood nak menaep ni baek ku layankan sajo. ye dak? :P

Tema kami tahun ni, supposedly chocolate. Tapi dah terjadi gold, pon boleyy :)

Kami sefamly balik raya kat Batu Pahat. As usual semua berkumpul reramai. Bezanya this time pakcik dari Singapore pun datang sekali. Dengan anak2 dia n cucu2 semua. Plus pakcik dari Kelantan pun ada. Meghiah jugakla kat kampung tu :)

Ni nak bergambor satu famly tapi tak prepare lagi. Ni bukan gambar proper sebab amek guna nset je. ngee~

Another thing is, menu raya kami kali ni mix hidangan pantai timur dan selatan. Jadinya, tercombinelah Nasi Dagang + Sambal Goreng + rendang ayam + ketupat + lemang + lodeh + serunding dan asam pedas. Yes yes asam pedas pun ada. Jadinya aku ni dari breakfast, lunch sampai ke dinner makan nasi dagang + berkuahkan asam pedas, sambal goreng dan rendang ayam. Boleh tahan sedap jugak ! harhar. Rasanya ni first time menu raya ada nasi dagang. :D

Hari raya kedua pulak, kami konvoi ke johor bahru, then dari sana konvoi masuk Singapore lak. Nak beraya kat rumah Pak Long. Jem gilos tak payah nak citer ah. 3 jam terperangkap dalam jem nak masuk sana! Leceh bhai -.-"
Bukti pasport. *motif? :P

Raya ketiga sudah balik ke KL. Dan mood beraya pun dah babai tertinggal kat kampung. Parent dan nenek pun dah mulakan puasa 6 nya, aku adik beradik dah kebosanan sebab takde beraya ke mana2 lagi :"( 

Anyhow, sempat jugakla aku kumpul duet raya masa kat kampung dulu. Ada juga yang masih sudi memberi kepada gadis berumur 22 tahun ni. ^o^

Aku hado. Kau hado? ngeh3~

Last but not least, harusla setepek letak gambar tuan tanah kan. 


okbai. 

Thanx for reading :)

Thursday, March 29, 2012

Doakan Makcik Saya Selamat Pembedahan Jantung yea :)

Assalamualaikum semua

Esok, 31 Mac 2012 pada 8 pagi makcik saya akan menjalani pembedahan jantung.
Doakan pembedahan ni berjaya yea kawan kawan.
Thanx a lott !
:)


p/s : Ni pembedahan untuk tukar injap jantung yang bocor. Agak risaula sebab major operationkan. huhu

Saturday, October 22, 2011

Jangan Menyusahkan Jemaah Haji ok.

Assalamualaikum w.b.t

"Sahaja aku tak update blog kerana busy dan tiada mood. "
Amin.


PANGG!! *kena tampar sket. Sukecita aku je buat niat camtu en. hihihi~. Maaflah ye. Busy tu memanglah busy. Cuma bukan takde kesempatan nak bebel kat sini. Cuma aku ni kalau buat entry, suka nak ade gambar. Bila gamba tak dapat nak transfer kat laptop, so semua kerja terbengkalai la ye.

Ikotkan banyak mende aku nak citer. Lagi2 pasal kejadian 16 October tu kan. hihi. Tapi tu nanti jela. Although citer tu dah basi, biar sampai betol2 citer tu jadi tempoyak busuk pon takpe. Aku yang menaep nye lagipun. Ye idak? ;p

Ape yang aku nak cakap arini adalah pasal orang gi haji. Korang mesti ade parent ke, sedare mare or jiran tetangga yang dah or akan pergi haji tahun ni kan? Satu je nak pesan, Janganlah Membuli/Menyuruh/Memesan mereka beli barang2 kat Mekah or Madinah sana. Bak kata mama aku, diorang pergi nak beribadah. Biarlah diorang beribadat ngan tenang. Takdela siap ade checklist ntuk belikan barang ntuk si A, si B, si Z.Paham kan maksud aku? Aku tau Abaya kat sane mura2 and cantik2. Tak payah sampai nak menyusahkan jemaah haji sebab nty diorang asek teringatkan barang yang korang pesan je.


Kalau diorang yang belikan and bagi kat korang, thats good. Kira mereka ingatla kat korang kan. Tak perlu nak pesan beli itu ini. Nak pesan doa, kirim salam kat makan Nabi ape semua tu, bolehla. Janji sampai jangan menyusahkan nak baca surat doa korang yang panjang berjela tu. Kalau sorang boleh terima lagi, let say ramai pulak yang pesan macam tu? Dapat bayangkan tak cne keadaan orang yang gi haji tu?

Waktu hajikan orangnya berjuta-juta lemon. Kitepun kena la consider sikitkan. Menyusahkan orang tak elok. Ni pun sebab mama yang cakap semalam. Time mama gi haji dulu, makcik yang sebilik ngan dia siap ade checklist nak beli itu ini ntuk si polan and si polan. Sian je mama tengok. Memang mama ade beli something ntuk sedare mare semua, tapi bukan sebab pesan suruh beli pun. Atas ingatan jemaah haji sendiri lah kan.

So ingat ye anak anak , Jangan Menyusahkan Jemaah Haji. ^^

Subhanallah~
Cantikkan suasana keliling Kaabah. I wonder when aku nak jejak kaki kat tanah suci.
*sigh

Pssst : Petang ni nak gi anta pakcik sedare gi haji kat Kelana Jaya. Tu sebab mood citer pasal haji datang tu. ;)

Semoga Cik Din & Cik Kiah selamat pergi dan balik and mendapat haji yang mabrur.
^_^

Sunday, September 4, 2011

Cerita Raya Part 2 # Kisah Beraya dengan Afroman

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Selamat Hari Ahad semua! Mesti busy je korang arini kan? Yang open housenya laen. Yang nak prepare ntuk naek cuti sekolahnya len. Yang dah naek cuti belajarnya laen. *err, apa beza cuti belajar ngan cuti sekolah? Apepun, raya still go on kan. hikk~

Aku saja buat cerita raya aku ber'part2'. Bunyi cam banyak je, tapi sebenornya saje ngade2. Syawal sebulan kot. Banyak mende boleh citer. Ye idak? ;p

Tak nak bebel panjang dah, meh aku kasi gambo afroman handsome sebijik.

Afroman says, SATU...!! Malaysia..!
*pandai bodek gov seh. keh3~

Lokasi : Batu Pahat.
Waktu : Selepas bersalam-salaman pagi raya.
Tarikh : 30 Ogos 2011.

Handsome tak Afroman tu? HAHAHA. Masa amek gambo ni, ramai betol peminat dia tau. Semua nak amek gambo dia dari pelbagai sudut. Aku siap bergambo kenangan lagi ngan Afroman tau. ^_^

Amacam? Agak macam real cam orang Negro tak? hihi~
*see the flower on his hair? kah3~

Ni actually abang aku lor. Sepupu akulah punya idea neh. Terjumpa rambot David Arumugam ni kat kampung, semangat suruh abang aku pakai. Taula anak2 sedare semua panggil dia Abang Black. LOL~

Ok. Itu saje citernya. Selamat berhujung minggu semua! ;D

psst = Sekarang abang aku tak abes2 nak nganjeng aku tau. Ape ape aku buat, mesti dia cakap, 'Nanti nak citer dalam belogla tu.' Cehh~ kecohh betul. *padahal aku yang kecohh. hihi ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails