my beLOVEd follower

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Cicie dah balik !!

Assalamualaikum semua.

Saya nak berkongsi kegembiraan pagi2 buta ni *masa menaip adalah jam 2.25pagi*. My CAT is back !! Dah 3 minggu dia hilang tak dengar cerita, tadi aku baru abes tengok prison break, dengar kuceng meow meow luar rumah. Kuat bunyinya. Macam suara cicie. Aku jerit panggil abang kat bilik sebab takut nak bukak pintu. Jap lagi CICIE rupanyaa nak masuk ! YA ALLAH~ Ingat dia jalan nak balik rumah :"D

Dia masuk2 rumah dah kelaparan. Badan pun kurus keding. Loceng dia tersangkut kat tangan macam gambar kat bawah ni.

Tapi gambar ni masa dia gaduh dengan kucing lain dulu2. 

Masuk rumah terus serbu tempat makan, pastu gesel2 dengan aku, abang n mama. Terharu dia ingat jalan balik rumah. Sobs Sobs :")


Akak SAYANG Cicie tau !

Aku tak tau aku sorang jeke yang suka bahasakan diri "akak" dengan kuceng. tapi ade aku kesah ? :P

ps : taknak bagi kuceng keluar rumah lagi. hmm

Terima kasih yang doakan cicie saya. sayang korang !  ^o^

Sunday, October 28, 2012

The Gifts

Assalamualaikum semua.

Hari raya aritu, aku sefamly sebok dok beraya kat setiap kedai kereta area ampang. Mama kata nak carikan aku kereta. Di pendekkan cerita, at last jumpa jugak kereta second hand dan harga pun berpatutan  :D Cute pun cute. hehe


TADAAAAA!!!!!!!!!!




Kelisa SE baru ai. ^o^

Kereta ni next week baru dapat. Nak setelkan mende ntah. Takpela bukan aku nak bawak balik U pun. Leceh nak kena apply sticker bagai. Cari parking pun susah. At least dah ada kereta ni senangla sket nak merayap ke mana2. Yang penting aku kena beranikan diri dulu on the road. Harap je lesen dah renew bagai. Bawak keta berapa kali je setahun. -..-"

THANK YOU MAMA ! THANK YOU ABAH !
LOVE YOU SOO MUCH !
XOXO



Ha yang ni pulak, my dear yang bagi. Haritu ngedate kat Mid Valley. Masuk setiap kedai gifts. Ingat apela dia nak cari. Buat dunno jela. Pastu setiap bear dia tanya ni ok ke tak. Cute ke tak. Tapi dalam hati memang la cakap, awak nak belikan ntuk saya ke ? hihi

Last2 masuk Living Cabin, tengok ade doggie besau-gile-bapak-punye ! Sonok kut peluk. Tapi tadi dah aim nak teddy beso kat kedai mana ntah. Siap kol adik aku tanya, nak bear besar ke, nak doggie besau. Doggie ni ley buat bantal peluk. Tinggi dia pun setaraf bahu aku ^^

End up, beli jugak doggie nii.. THANK YOU AWAK ! LEP YOUU ! ^o^

Aku namakan dia Jolie, sempena kuceng aku yang hilang. Tapi adik aku cakap badan doggie ni macam Kim Jong Kok lak. Sebab taf en. So nama baru dia, KJK ! ok tak ? hahahhaa


Balik2 je mama tanya, kenapa anjeng yang kau beli ? -..-"

Tak haram kan? Aku jadikan dia bantal peluk kut. Bukan hiasan semata :P


p/s =  Cuti dah abes ! jom stress berjemaah ! arghhhh


Thanx for reading :)

Monday, June 18, 2012

Happy MABAH Day !! ♥

Assalamualaikum semua.

17 Jun adalah Hari Bapa Sedunia. Abah nak masuk bulan 6 dah bagi hint bukan maen lagi. haha. so agak take note jugakla when fathers day ni. ;P

Aku dah tempah cake and choc dari Kamis 14 Jun lagi. Selamatla member aku ni boleh siapkan by Ahad tu kan. Mama pulak cakap teringin nak makan carrot cake, kebetulan dia pun boleh buat so order tu teruslah. :)
The carrot cake and choc abjad.
Cute ohh choc tu. Sedap pulak tu ! ^_^
Rasanya ni 1st time kut makan kek karot. Sedap weh ! Dalam tu siap ada peanut2 n kek nya lembut. Boleh pilih nak bentuk LUVE or BULAT. and boleh je nak design fondant. cuma bajet kurang, so sokayh la tu kan? ^o^

So this is our dinner for that night. Memandangkan abah puasa, memang celebrate malam jela terus. and tetiba teringat ada voucher dominos, so dengan lincah kaduknya terus abang kol ntuk order. wee~ Actually boleh la dikatakan ni celebrate abah + mama + nenek sekali sebab masa mothers day mama belanja pitza hut. dominos ni abah belanja. Ni kira combine semualah dengan belated besday mabah sekali. hihhi


I LOVE YOU GUYS SOO MUCH !!
NOTHING CAN COMPARE YOU IN THIS WORLD..
I LOVE MABAH VERY MUCH !!

Kepada yang berminat nak order cake or choc macam tu, boleh USHA SINI. Zureen ni buat kecil-kecilan je. Tapi sedap tau ! ce try :)

pstt : Mabah stand for MAMA + ABAH = MABAH. jangan pelik lak ingat typo ke hape. hikhik

Thanx for reading :)

Sunday, November 13, 2011

Si Dia Peluk Lisa Surihani, Aku dapat Aaron Aziz. ^_^

Assalamualaikum.

First of all, Happy Weekends semua ! Maybe korang happy sebab hari minggu dapat rehat tapi tidak bagi aku. Arini dah kena balik U dahh. Oh noo! *Mood biasa seorang student bila cuti dah abes. Padahal bising jugak dok uma takde wat ape although assgnment melambak. ihihi~

Berbalik kepada tajuk entry di atas. Jom tengok 2 keping gambar di bawah ni. ;p

Ewah3~ sodap2 je peluk Lisa Surihani kan. and macam smart lak Lisa peluk awak balik. ahaks~
*maafkan diriku sebab amek gamba tak lawa. eh ur face looks oily la syg. hihi. maap again. ;p

Awak ade Lisa, saya ade Abang Aaron Aziz tau ! Jangan maen2. hahaha~
Ohh tingginya abang besaa. ngee~

Maafkan kami yea. Kitorang memang kuat maen2 sket. Ngan gambarpon sempat nak posingg2. Nak jumpe Lisa & Aaron sebenar tak dapat, soo gambar lah jadi mangsa kami. haha~ Kalau betol2 mau kena sebat tangan my dear tu. Suke2 nak peluk pompuan laen. keh3

Actually tadi gi tengok wayang kat Galaxy Ampang. Sebab nak redeem tiket wayang free punye pasal. Kena lah cari MBO jugak. ^^

Ktorang tengok cerita ALAMAK TOYOL ni ha. Memang lawak abessla cite ni. Komedi yang sangat ringan. Tengok ngan family buat gelak gelak dalam panggung memang bestla. Si Toyol ni pon tak gune sebab nama je Toyol, tapi tak pandai mencuri. Baek resign je dari jawatan Toyol tu. ;p Overall, ok jela aku rase citer ni.

psstt : Korang tengok je Di Sebalik Tabir citer ni dah cukup aku rasa.Korang ley follow citer dia camne. Last2 tu aku rasa lawak gile sebab.........tengokla sendiri yea. HAHAHA~ *ok.korang mesti rasa annoy. ngeh3

First time woo dapat tengok wayang free. hee~
*yang orang belanje takyah amek kira la kan. ;p

After tengok wayang terus gerak gi TS. Mau melantak di sana. ^_^ Actually ade 1 lagi movie tiket free. Citer Immortal. Ade yang dah tengok? Dengar citer tak best? Bagi orang jela camni. *_*

Anyway, thanxx pada yang sudi singgah and follow blog picisan ni yea! SAYANG KORANGG ! ;D

Terima kasih dari kami. Penjaga blog ini. *Padahal aku sorang je ;p

Saturday, October 8, 2011

Yeay! I got my 1st Birthday Present from Libresse! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Although birthday aku lama lagi, harini I just got a birthday card from Libresse! Thank you Libresse! Dulu ade la aku daftar kat website Libresse ntuk dapat sample pad tu kan. And I didnt expect diorang akan hantar kad birthday bagai. Cute pulak tu! ^^

Dekat tempat cake tu boleh jadikan bookmark.
Domo domo domo kawaiii~ *sukesuki je campur bahasa Korea n Jepun. hihi.

Aku rasa ramai je yang dapat. Tapi aku saje nak kepoh sebab aku bukan ade idea nak update ape kat blog ni. Dari bersawang, baek aku menyepohkan diri. ye idak? ;p

Nak dpat jugak? Meh usha website LIBRESSE ni . ^_^


psssttt : Sayang. You kalah la. I dapat hadiah dari orang laen dulu. hihihihi~

I'm in LOVE with Blackberry! ;D

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Guess what?! I've just got my new phone! yeay! Actually takde la baru dapat kan. Dah about a week jugakla. My dear yang tolong belikan dulu. Masa bulan puasa dulu punyalah mengidam nak pakai BB Torch. Tapi dah nama pun orang belikan dulu, tak kan nak demand lebey kan. Bold White ni pon smart ape. ^^

Mulamula pakai memang jakunn gile wa cakap sama luu. Nak taep pon tak pandai tuu. Padahal taep kat laptop laju je. Ikotkan keypad dia sama je susunannye. Maybe sebab kecik and memang tak biase pon guna. JAKUN lah katekan. hihi~ Nak anta mesej tak payah cakapla. Asek salah send je. Nak delete, tersend pulak. Naseb la kedit uii.

Tapi sekarang ni dah ok sikit. Ramai teacher boleh ajar aku gune BB neh including my dear. Dia pon beli BB jugak. Senang nak berBBM nanti. ^_^

Korang guna BB jugak tak? Nak bbpin buleh? HIHI~

Rasa macam zaman YM lak maen add je orang tak kenal pon. Macamlah aku ade masa sangat nak chat2 ngan orang ni. ;p


Sunday, September 25, 2011

Penghujung Raya dengan Member2 ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye semua! Raya pun dah nak sampai ke penghujungnya. Mesti banyak open house kan minggu last ni. Dah banyak yang korang pegi? Syokkla makan free kan kan? hihi~

Semalam aku ada buat makan makan sket kat rumah. Bukan nak open house sangatla sebab memang bukan buat open house pun. ngee~ Saje rasa nak ajak member2 datang and aku pun rajen nak maen masak2. ;p
Yang specialnya semalam is, member2 yang datang dapat rasa masakan soto aku. hihi. First time masak soto without my mom or nenek supervision woo! Aku ngan adik aku je menunggang-terbalikkan dapur umah. Part buat bergedil tu yang geram tu. Sampai 3 pagi aku try buat sampai jadi. Asek nak pecah je. Geram betol! grrrr! Bila 1 dah jadi, sambung esok lak gorengnya. Sebab mata dah ngantuk gila! karang ade jugak tangan masuk dalam minyak panas. ;p

Ini lah hasilnya bergedil aku. Boleh la dari takde kan?
^^

Thanx to this book and Mama. And tak lupa jugak dengan Pakcik Google. Mereka ini sangat membantu aku. hik3

Overall, alhamdulillah. Soto aku menjadi! Aku siap import nenek and nek long aku sebagai pengkritik masakan aku. Diorang cakap PASS and SEDAP! mestilah happy ye idak? ^_^

Terima kaseh sangat2 kat member2 yang sudi datang rumah aku. Although susah nak cari. Jumpe jugak korang rumah aku. hee~ And member2 my dear, thanx jugak sudi datang yea. Diorang datang lepas maghrib. Maken segan aku weh. Ramai benau yang datang. Makanan pulak sudah berkurang. Badan jugak sudah berbau. Opz!hehehe. Anyway, thanx miss Leeya, Anis, Reen, Kak Bell, Ara, Kak Falin, Syuq, Pidut, Shahrul, and Jare2. Jangan serik nak datang lagi yea. ^^ Tak sempat bergambar ngan korangg. And special thanx to my dear. At last datang jugak beraya rumah I yea. ;D

Ni pulak member2 aku yang datang siang tu. Ada zai, fella,acan, ain, ika and kak irun. ^^
SAYANG korang! <3
Plus Haiqal and his friend jugak. Thanx for coming. ;)

Banyak lagi gambo, takkan aku nak tepek sini kan. Ni jela short update dari aku. *short ke weh??kah3!

p/s = Actually this week aku ada training kat Pangkor. Although sedih jugak tak dapat join, tapi aku happy sebab dapat bergosipp ngan member2 lama aku. Rindu gila ngan diorang! Tapi ramai takde ni. Maybe boleh jumpe lagi next time. ^^

Esok dah Isnin. Banyak kerja tak siap lagi oiii! tskkk

Friday, September 23, 2011

Shimino Japanese Crepe nyummy! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari Jumaat semua! Korang suka mencuba makanan baru tak? I mean kalau korang gi shopping kat mall tu, suka tak nak try something new? Macam usually makan kat kepsi n mekdi je, korang nak try makan Kenny Roger ke, Subway ke, Nandos ke.. mana mana lah. suka tak?

Kalau aku, idakla suka sangat nak cuba makanan baru, but if nampak menyelerakan je, memang aku melantak punye. hihi~ Orang kata dengan makanan jangan berkira sangat. Ye idak? ;p

Haritu aku jalan jalan kat TS, ternampak la pulak bas comey neh. Cutekan? Aku tengok menu dia terus tertarik nak beli tau. Lebih2 lagi jenis crepe. Selalu aku maen kat game je ntuk masak crepe ni, sekarang dah ada depan mata, HARUSLAH beli kan. ;)

Dengan ala ala kejakunan yang meninggi, aku usha2lah lauk pauk yang dipamerkan. ;p
*suke suki je panggil lauk pauk en.. kih3

Ni antara lauk pauknya lah ye anak anak. Benda yang paling menarik perhatian aku mestilah yang nombor 1 tu. Ada sosej woo. hihi~ yang laen tu macam tak konyang je. *padahal baru lepas makan bento teriyaki and makan kat Wendy's. HAHA. Sebenornya aku kureng sket ngan whipped cream neh. Tu yang tak minat yang buah-buahan tu.

TARAA! Inilah Chicken Sausage Crepe with Blackpepper sauce.
Sedapp woo! Boleh pilih nak sos ape. Antara cili, tomato or blackpepper.
Kualiti gambar amatla buruk. Tak dapat nak jelezkan korang ngan gambar yang menyelerakan ni. hihihi~

Model menggayakan makanan yang dipakai.
er, makanan yang dimakan actually. ;p

Last but not least, Aku si kepoh dengan spec baru.
Nak interprem jugekkk! ngeh3~

Sunday, September 18, 2011

Johnny English Reborn lawak gila!

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Selamat hari minggu semua! Ape plan korang arini? Takkan duduk uma je kot..;p For those yang rasa nak keluar tengok wayang, tapi still tak tau lagi citer ape nak tengok.. Aku syorkan korang tengok citer JOHNNY ENGLISH neh. Konfem tak rasa membazir! ;D

Jalan cerita dia tak lari banyak pon macam Johny English 1. Tapi ntuk korang release tension, lepak2 hari minggu, memang sesuai la citer2 camni kan. Awal2 dah terbahak-bahak aku ketawa weh! Mr.Bean kot berlakon! Mesti lawak punye muka serius dia tu. kah3~

Aku ni kalau tengok citer Mr. Bean, dari dulu tak pernah muakk oh. Sampai ke animated series dia pun aku layan. Kalau korang tak minat Rowan Atkinson ni, memang payah la kan nak suka citer ni. Tapi lawak dia memang buat aku geram je nak gelak tau. Bukan ape, sebab lawak dia bodoh sangat! hahahaha~

Kalau ade yang dah tengok, korang mesti suka jugak scene awal2 ni kan. Yang masa dia belajar kat sekolah kungfu neh. Lawak gila! ;p Banyak kot scene yang aku suka. Nak citer pun macam excited sangat nak taep. Korang tengok sendiri baru tau lah kot. ;)

Dalam wayang tadi, every scene yang Mr.Bean ni macam berjaya accomplished je, mesti diorang sampai tepuk tangan tau. Happy jea tengok tadi. Hilang tension aku pasal last week punya hal. hihi~

Itu sajelah potpet aku ntuk arini. Btw, thanx my dear for the wonderful day!

psst = Aku dah buat spec baru weh!! *saje nak kepoh. haha

Saturday, September 17, 2011

I LOVE my Nenek!

Assalamualaikum w.b.t

Hye Guyz! Blog aku sekarang neh dah jadi sunyi sepi dah. Dah naek cuti, manalah dapat wifi kat bilik. Dulu ok lagi. Sempat2 je update kat u. Sekarang neh, nak tunggu balik rumah barulah terupdate blog ni. haih~ Dah seminggu aku naek cuti and class pon dah go on as usual. Siap dah dapat assignment lagi uolls. ;p

Before aku mengarut sampai ke laut (pantun tu pantun tu ;p), aku nak bagitau topic bebelan aku kali neh adalah pasai nenek aku. hihihih~ Sape ade nenek lagi? Sila angkat kening. ;p Aku rasa sangat bersyukurlah sebab aku ada nenek yang amat penyayang kat cucu-cucunya. (err.ada ke nenek tak sayang cucu??) ;p My mom anak tunggal, thus kami adik beradik ni consider as cucu tunggal kesayangan bucuk mucuk nenek lah. hehe~

Kamilah cucu kesayangan nenek! yeah!
ngeh3~

Rumah nenek aku pun dekat Ampang je. Tiap tiap minggu aku wajib datang sana and tido kat rumah nenek. Time cuti sem aritu, kalau dah 2 3 hari tak datang mesti nenek dah buat ayat pasrah dia..

"Dikk, adik takde ke nak datang umah nenek???"

Sayu beb bila dengar.. tskk

Yang aku tau, orang tua memang camtu. Tak payah susah susah nak bagi diorang beratus or beribu setiap bulan. Diorang tak pandang semua tu. Yang diorang nak kita sebagai anak and cucu datang melawat diorang selalu, berbual dengan diorang and makan masakan yang diorang masak. betul tak? ^^

Nenek aku ni punya masalah is, suka sangat masak banyak-banyak. Nanti bukan dia yang makan tau. Siap tapaukan untuk ktorang makan kat rumah. Kadang kadang tu mama dah masak kat rumah, ajak nenek makan sekali. Jap lagi dia datang bawak pulak laok pauk yang dia masak. adoyaii~ Nanti tak laku lah lauk mama sebab nenek masak lagi AWESOME! hihihi~ Jangan mara ye mama. Nanti berkedut muka. ngee~

Lagi satu pasal nenek aku neh, pantang cucu-cucunya cakap pasal makanan. Pasti akan ditunaikannya! Contoh macam ni ;

Aku : 'Tekak rasa nak makan ayam masak merah la. Dah lama tak makan ouhh! (sambil citer2 ngan adik akulah ni potpetpotpet..)

Esoknya konfem nenek aku masak ayam masak merah punye. ;p Ataupun tak payah tunggu esok sangatlah. Macam tadi, nenek buat sambal udang petai. Then aku cakaplah kat nenek, makan dengan rotipun sodap ni nek. Masa tu aku nak semayang. Tup tup abes semayang nenek dah gi kedai nak beli roti! Gila ahh. Aku takdelah rasa nak betul2pon roti tuu. haih~

Aku bagitau nenek yang aku maen2 je. Jap lagi nenek ngan muka slumber jawab , 'Ala..adik ada, baru nenek makan roti tau. Kita kongsi ye.. '

Pulakk dahhh...-___-"

Kalau nak cerita pasal nenek aku, memang tak kan cukup aku nak menaep neh.
Apepun, AKU SAYANG NENEK AKU TAU!


Moral of the story : Sayangilah orang tua kita selagi kita masih mampu menunjukkan kasih sayang tu kepada mereka.

Sunday, August 14, 2011

Berbuka di Haven Restaurant with my dear and friends.

Hye guys! Selamat berhujung minggu semua. As usual, update sekali seminggu aku datang lagi. ;p Korang dah shopping raye? Semalam baru aku berkesempatan gi kat Masjid India ntuk shopping, tapi last2 lepak Semua House and masuk kat Mydin je. Ramai sangat orang derrr. Aku pening nak jalan berhimpit2 tu.

Actually memang plan nak buka luar, tapi takde lah sampai nak naek kat Hulu Langat tu kan. My dear punya kawan yang ajak join. GILA segan doe! Dahla aku tak kenal member2 dia. Plus ngan 3boys and 4 girls yang turut serta, memang seganlah kan. Anyway, thanx to Pdot because sudi ajak aku sekali ntuk menyemak berbuka ngan korang semua. I pray for you that you can get the women you like ok. Aku dah tau siapakah gerangan orang itu. hihihi~

Makan kat sini memang cool gila weh! Bukan saje sebab memang sejuk kat atas ni, tapi environment yang romantik and segar memang syokk dinner kat Haven ni. Kitorang sampai semalam dahla hujan. Lepas berhenti je hujan, kabus lak naek. Sejukk bhai! ;p Harga no komenla coz my dear punye friend yang bayarkan ntuk semua. Baek kan dia? ;)

No pictures pasal semalam. Sebab aku takde gambarnya pun. Semua kat camera Nikon member. Aku pun memang tak banyak cakapla coz seyes segan. Dont you know that aku ni memang pemalu? hikks~

Makanan kat sana memang AWESOME! Bila aku usha website Haven tu sendiri, baru tau ada Beef Rib ouh. sedapnya! Pasni nak ajak makan sane ngan family pulak la ;)

p/s = Aku rasa blog aku dah jadi diary mingguan la pulak. Maaf ye semua. Time kerja, otak banyak idea nak membebel kat sini. Cuma masa je terhad ntuk aku update. Mianneh~

Monday, July 25, 2011

Jom melantak kat Pizza Hut! Offer 50% tuuu ^^

Hye guyz! Selamat hari Isnin semua! Mesti semua dah mula bekerja, or dah mula kelas kan. Pada yang nga cuti macam aku neh, lepak rumah jela yea. hihi~ So, pada anda2 yang bekerja, tak kan hari2 makan nasi bungkus je kan, mesti nak try something new. So, disini aku nak suggest you guyz try makan kat Pizza Hut. Sangat berbaloi ok. Lebih2 lagi sekarang Pizza Hut ade offer 50% less ntuk certain makanan. On weekdays pulak tu. Memang sesuailah dengan waktu kerja kan ^^

Jom usha menu yang ada 50% less tu. For more info boleh KLIK SINI

Ni menu ntuk hari Khamis sebab aku datang hari tu hari Khamis. ;)
Kita kena pilih antara 3 pilihan ni.
Antara Island Supreme Pan Pizza (from RM11 - RM 5.50)
or
Tropical Fizz (from RM 4.90 - RM 2.45 )
or
Cheese-baked Meatballs (from RM 9.80 - RM 4.90 )

Dipendekkan cerita, Khamis lepaskan aku gi amek IC yang dah siap tu kat Maju Junction. On the way naek tren tu, ternampak iklan kat LRT. Agak terliur aku tengok doe. Time tu lah terus merengek kat pakcik aku, nak makan kat Pizza Hut. hehe~ Tu yang teringat nak buat post pasal ni. Sambil2 tu, boleh promote Pizza Hut kat orang. ^^ (padahal bukan aku dapat free voucher pon dari Pizza Hut.) haih~

Malas bebel panjang lagi, layan gamba jom ;)

Inilah Cheese-baked Meatballs tu. Aku pilih daging. Sedap bhai! korang mesti try. Kenyang je kalau makan ni je. ^^

Pizza tecik. hee~

Ni pakcik aku nye feveret. hihi~

Pakcik aku ngan nasinya. Last2 semua kenyang gila. Nasi tu pun dia tak abeskan. Pizza tecik 4 potongpun ley tak mampu abeskan. Camno tu? hee~

Si kepoh ngan muka excited depan makanan. haha!

Soryla ye dear panggil kamu pakcik dalam post ni. Jangan mara. Nanti kena jual. ngee~
Aku takdela galak kan korang makan mende ni hari2. Tapi sekali sekala nak tukar selera, tak salah kan. Pasni nak bawak adik aku makan sana pulak la. Aku dah buat dia kecur air lioq. keh3~

Wednesday, June 22, 2011

Such unforgetable moment !

hye guyz. cakap beberapa hari tak update. ni dah nak masuk seminggu dah. Maaf ye semua. Masa tak mengizinkan untukku mengupdate. hee~ *padahal sempat je maen game kat FB tuh. ;p

Alkisah, Ahad lepas kami member2 highschool dulu gather sama2 kat Mines. Ye, kami gi Mines je. Tak jaoh pun. Cik Misz aka Along kitorang semata-mata datang dari JB and stay kat rumah aku hari Sabtu tu ntuk hangout ngan ktorang hari Ahad. Can u imagine? Datang KL hari Sabtu, Ahad dah balik! Kesian cik Misz neh. Selamat anda comey. haha! *kaitan? ;p

Inilah Along ktorang! aku amek dia masa kat TBS.
First time woo aku gi TBS. Daebak!! rasa macam kat jepun ;p

Untuk lebih mudah difahami, dulu zaman high skol aku, kami berlima duduk paling belakang dalam claz. Dan ktorang bagi gelaran setiap sorang. Contohnya seperti, along, ucu, angah etc. Tapi sorang lagi member aku tak dapat join. Dia duduk kat Segamat. Tak dapat kebenaran mungkin. huhu.

To the left to the left.
Paling kiri, itulah Achik ktorang aka Pqot.
Aku sebagai ucu. yess. saya paling kecik ok. haha
Then, Angah aka Echa.
Last one, ALONG tembam aka misz!
rindu gila ngan diowang2 ni tau. ^^

sorang lagi tu, Fella. sebagai pengganti Ude kami yang tak dapat datang. Masa neh, memang pikir Mines tu ktorang yang punye. sukacita je memekak and paling bestnya tima karokla!
TERBAEK woo! haha~ Btw, masa neh adeq aku ngan my dear ikot sekali. Jadi photographer tak bertauliah je. ngee~

Dah jumpa diowang neh, RINDU GILA zaman skola dulu. Banyak citer and kenangan yang ktorang ingat balik. BESTNYA! Apepun, life must go on. Fighting! ^^

p/s = Malas nak upload banyak gambar. Ni pun cukupla kan. ;)

eh.eh. lupa nak tanya. ok tak si kepoh ni pakai tudung cmni? Punyela payah nak buat. Lagi2 lepas semayang kan. Buang masa aku kat toilet je nak setelkan part tudung. haish~ Konon2 nak buat ala-ala Hana Tajima. Last2 jadi Hana TAJADIK. tskkk -_-"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails