my beLOVEd follower

Showing posts with label nenekku. Show all posts
Showing posts with label nenekku. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

I LOVE my Nenek!

Assalamualaikum w.b.t

Hye Guyz! Blog aku sekarang neh dah jadi sunyi sepi dah. Dah naek cuti, manalah dapat wifi kat bilik. Dulu ok lagi. Sempat2 je update kat u. Sekarang neh, nak tunggu balik rumah barulah terupdate blog ni. haih~ Dah seminggu aku naek cuti and class pon dah go on as usual. Siap dah dapat assignment lagi uolls. ;p

Before aku mengarut sampai ke laut (pantun tu pantun tu ;p), aku nak bagitau topic bebelan aku kali neh adalah pasai nenek aku. hihihih~ Sape ade nenek lagi? Sila angkat kening. ;p Aku rasa sangat bersyukurlah sebab aku ada nenek yang amat penyayang kat cucu-cucunya. (err.ada ke nenek tak sayang cucu??) ;p My mom anak tunggal, thus kami adik beradik ni consider as cucu tunggal kesayangan bucuk mucuk nenek lah. hehe~

Kamilah cucu kesayangan nenek! yeah!
ngeh3~

Rumah nenek aku pun dekat Ampang je. Tiap tiap minggu aku wajib datang sana and tido kat rumah nenek. Time cuti sem aritu, kalau dah 2 3 hari tak datang mesti nenek dah buat ayat pasrah dia..

"Dikk, adik takde ke nak datang umah nenek???"

Sayu beb bila dengar.. tskk

Yang aku tau, orang tua memang camtu. Tak payah susah susah nak bagi diorang beratus or beribu setiap bulan. Diorang tak pandang semua tu. Yang diorang nak kita sebagai anak and cucu datang melawat diorang selalu, berbual dengan diorang and makan masakan yang diorang masak. betul tak? ^^

Nenek aku ni punya masalah is, suka sangat masak banyak-banyak. Nanti bukan dia yang makan tau. Siap tapaukan untuk ktorang makan kat rumah. Kadang kadang tu mama dah masak kat rumah, ajak nenek makan sekali. Jap lagi dia datang bawak pulak laok pauk yang dia masak. adoyaii~ Nanti tak laku lah lauk mama sebab nenek masak lagi AWESOME! hihihi~ Jangan mara ye mama. Nanti berkedut muka. ngee~

Lagi satu pasal nenek aku neh, pantang cucu-cucunya cakap pasal makanan. Pasti akan ditunaikannya! Contoh macam ni ;

Aku : 'Tekak rasa nak makan ayam masak merah la. Dah lama tak makan ouhh! (sambil citer2 ngan adik akulah ni potpetpotpet..)

Esoknya konfem nenek aku masak ayam masak merah punye. ;p Ataupun tak payah tunggu esok sangatlah. Macam tadi, nenek buat sambal udang petai. Then aku cakaplah kat nenek, makan dengan rotipun sodap ni nek. Masa tu aku nak semayang. Tup tup abes semayang nenek dah gi kedai nak beli roti! Gila ahh. Aku takdelah rasa nak betul2pon roti tuu. haih~

Aku bagitau nenek yang aku maen2 je. Jap lagi nenek ngan muka slumber jawab , 'Ala..adik ada, baru nenek makan roti tau. Kita kongsi ye.. '

Pulakk dahhh...-___-"

Kalau nak cerita pasal nenek aku, memang tak kan cukup aku nak menaep neh.
Apepun, AKU SAYANG NENEK AKU TAU!


Moral of the story : Sayangilah orang tua kita selagi kita masih mampu menunjukkan kasih sayang tu kepada mereka.

Tuesday, July 26, 2011

Dilema antara mama dan nenek

Hye guys! Korang penah tak alami keadaan diluah mati mak, ditelan mati nenek? *aku ubah sikitla ntuk selaraskan dengan kondisi aku sekarang ni. Kalau korang tak paham lagi, meh aku kasi contoh.
CARA NAK MASUKKAN GARAM DALAM LAUK.

Nenek ajar aku amek je garam guna tangan. Then sukat jela sendiri time nak masukkan dalam masakan tu.

Mama pulak, time aku nak buat macam nenek ajar, dia cakap ;
MAMA : 'Eh,pakaila sudu tu. Nape selekeh sangat pakai tangan ni?'
AKU : 'Nenek ajar camni la mama'
MAMA : 'Tu nenek kau. Ngan mama buat cara mama'
*sigh.

CARA MASUKKAN AIR ASAM DALAM LAUK.

Mama ajar tenyeh2 asam tu dalam mangkuk dulu then masukkan air asam je dalam masakan. Biji jangan masukkan.

Nenek pulak slumber je masukkan ngan biji2 sekali. Dia amek asam tu, basuh sket, then terus masuk dalam masakan. Aku pun tanyalah ngan nenek,
AKU : 'Takpe ke masukkan biji tu sekali nek? Kan selalu kte masukkan air dia je?'
NENEK : 'Bukannya orang nak telan bijik tu pon'
AKU : 'Tapi mama buat laen. Adik pun buat cam mama.'
NENEK : 'Ala, tu cara mak kau. Aku laen.'
*another sigh -__-"

Rasanya banyak lagi percanggahan pendapat antara nenek n mama aku neh. Ni sebagai contoh yang aku alami jela. Aku lagi prefer masak sorang2 kat dapur dari tolong mereka masak. Banyak benor salahnya. haih~ Korang ada gak tak kena camni? ;p


Monday, May 2, 2011

Kak eLLa's wedding !

.1 May 2011.
Selamat Pengantin Baru ntuk kak ELLA & pasangan, Khairul Anuar.
Semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat!
^^

tak mau citer banyak. tengok gambar jela ye. mereka sweet sangat!

tema pengantin : hitam merah

I love the dress. omo omoo~

my nenek and mak nab.(mak kak ella)

acara potong kek ^^

pelamin yang simple tapi menarik!

baca doa.
*perasan tak budak yang tepi bunga pahau tu?
;p

kerja aku adalah menyemak di atas pentas. haha~
*actually kena bagi bunga telo kat orang2 yang tepung tawar ;p

flower girl yang cute miut

souvenier for guests.
cute woo. cawan gambar pengantin ^^

kak ella ni ade kembar sebnonyer. perasan tak akak yang pakai baju kelabu tu? tu lah kak elli. dua2 chantek! lepas ni turn kak elli pulak la kawen kan ^^


si kepOh.

Actually family akak ni bukanla sedare ktorang. tapi dah anggap macam sedare. Mak Nab ni jiran nenek aku.senang citer memang kamcengla. nenek paling obvious skali. sibuk macam cucu dia lak yang kawen. ngee~ akak cakap husband dia wartawan kat Mastika. bestla kan. ^^

jumaat ni nak anta pengantin pompuan ke Perak pulak. majlis belah laki minggu ni. huhu~

p/s = tengok orang kawen ni rasa nak kawenla plak.nak pakai baju lawa and mekap2. ;p *gatai betui. hikk~

Saturday, April 30, 2011

Jumpa Toh Puan Zarina ^_^

First thing, Al-Fatihah untuk nek busu aku yang meninggal pada jumaat pagi lepas.

AL-FATIHAH~

Kami sekeluarga rush balik Melaka jumaat tu. and sempatla sampai b4 dikebumikan. dan yang menjadi perhatian nya adalah, kedatangan Toh Puan Zarina, isteri Gabenor Melaka kat rumah tu jugak. baru aku tau yang aku sedare rupenyer ngan beliau. *beliau tu. haha.

Kira nya, nenek aku ngan Toh Puan neh, sepupu la. siap ade bodyguard woo. polis escort bagai. huhu~ bawah ni gambar diowang yang aku curi2 amek.

nenek. Toh Puan. Tok Ngah.
yang meninggal tu adik Tok Ngah ni.
*kualiti gamba harap maklum. nset mahal sgt ;p

Maaf ye semua aku tak banyak update minggu neh. aku lepak rumah nenek.so tak dapatla on9. and jiran nenek aku nak kawenkan anak dia. so ade lah tolong2 sket.

ade mende nak story pasal aku g Pesta Buku. tapi laterla ok. chow~

Sunday, April 3, 2011

Pompuan kena pandai masak tau?


aloha. ni aku ade mende nak habaq mai. semalam nenek, nek long and tok long aku datang uma neh. memang lama tak jumpa diowang pon. tapi bukan mende tu aku nak gitau. aku nak citer ape yang diowang gosipp kan. ni pasal MENANTU TAK PANDAI MASAK! orang tua neh pantang betolkan if pompuan tak pandai masak. dok gosip2 pasal orang laen, xpepasal aku kena sekali. haih~

tapi ikotkan cam klakar lak akak tu tak pandai masak. anak dah 2 kot. and mak laki dia baru meninggal. sian la kat bapak mertua tu. masak kan la ntuk dia kat uma kan. ini idak. but aku malasla nak nyampuk orang tua nga bersembang kan. aku tak expect la dia xpandai masak. tipu sangat kot. setakat sambal sardin, tak kan tak rety kan. but after all, itu semua pengajaran buat kaum pompuan ye!

if korang kaya, tak pandai masak, mungkin ok. boleh amek orang gaji en. but, korang kena ingat. nak amek aty suami, dengan masakan kita. aku penah dengar orang cakap, nak ikat suami dengan masakan kita. mane2 diowang pegi pon, mesti rindu masakan isteri. yeke? ahha! pandai2 je aku neh. kawen pon belom. ngee~

tu jela nak cakap. sebagai seorang pompuan, aku nasehatkan korang korang, blaja la masak ye. best kot masak neh. tak nak pegang kunyit belacan semua takpe. pandai masak yang simple2 pon dah ok dah. janji jangan sampai tak tahu langsung. aku suka tengok channel AFC and Travel & Living kat 703 and 707. best tengok diowang masak. mane yang macam senang tuh, mesti aku nak try. even selalunye cam tak jadi je aku buat. haha!


akhir kata, masaklah anda sebelum anda di masak! LOL! ;p


Tuesday, October 19, 2010

16 Oct yang lepas..

nothin much to say. my birthday isn't that happening like others.
but still, i'm happy of having my family celebrating my birthday!
LOVE u guyz soo much!!
^_^

jomm tengok gambaq2..


my nenek yang beli kek tuh..
ikotkan aku tak nak kek. tapi dah my nenek nak beli..kita layan saja..zaaazz~
ngee~
abang yang mengong.
haha

antara hidangan yang aku melantak malam tuh..
kenyang kot even macam makanan ringan2 je..
muncit sebentar..
;p

donushi @ big apple!
donut duren duren tuh my mom feveret.
xbagi orang share langsun!
btw, memang sedap ouuh!
cream dia sumpah memang feel makan durian.
;)

ni ayam golek Ayamas.
mula2 plan nak tiup lilin kat ayam neh je.
dah nenek bawak kek, ni jadi demo jela.
hee~
lawa x aku susun ayam neh?
haha
terkangkang ngko..;p

ni bajet2 makan cam kat hotel.
konon nak hias pinggan ala2 chef la. siap rembat strawberi kat kek.
ngee~


ikotkan sebenornya nak celebrate ngan member2. but then diowang cancel last minute. nak buat cmnekan..diowang busy akhir2 sem neh. aku pon ikotkan busy. da nak final kot. takde rezeki nak kua lagi ngan diowang. maybe next time.. haa.aku lom celebrate lagi ngan my dear yuyunk.mybe this week kot. miss him already!! ♥♥♥


p/s = gambaq mknn je byk coz byk gambaq censor. tabley tengok. haha!

saya mamarazzi hebat. dah, xyah tepuk.

i'm ok now!
^_^

biasalah hidup. mana nak happy jekan.kadang2 ade naek turunnya.
ye idak?


back to normal. aku nak membebel as usual.
bout my birthday, later jela ok.
ni pasal ahad aritu PM datang area uma nenek aku kat TDAR (Tmn Dato Ahmad Razali).
pasal Skuad Sayang 1 Malaysia amende ntah.
aku bukan paham sangat pon.
yang aku tau, pagi ahad tuh nenek aku semangat kejut aku..suruh amek gambar dia salam Pm.
aiyark~
nenek ni saje je tau.
eksaited sangat.
pendek citer, nenek kejut lagi aku ngan citer dia dapat salam ngan PM, binik dia and Dato Shahrizat.
wah, hebat nenek aku menyelit ye.
LOL!


real picture ok aku amek neh.
bukan google2.
depan muka aku captured.
hebat xhebatla. lol!
demi memuaskan hati nenek terchenta.
;)


tua jugak Najib neh. ;p



nenek ngan jiran uma sebelah yang asyikk melihat.
nga panas kot time neh.
semangat ke kerajaanan nenek aku neh
-__-''


aku xnampak Rosmah pon?? mungkin da balik awal kot. baru nak tengok dia in person. ;p

Wednesday, October 13, 2010

tangan bengkak maen basketball T_T


payah doh idop aku dari petang semalam. kau bayangkan nak buat semua benda guna tangan kiri. aku bukan kidal! gosok gigi, basuh spender, sabun badan..apatah lagi nak menulis! iskk! selamatla final mula minggu depan. insyaALLAH boleh baek tangan neh..


mulanya citernyer camnih. petang semalam ade jamuan kecil-kecilan ntuk group Halaqah aku. then akak fasi soh wat 3 aktiviti. so antaranya adalah MAKAN, SPORTS, and LUCKY DRAW. so dah buatpon kat Female Sports Center, ktorangpon amekla basketball and maen kat court. rasanyer sorang je kot yang rety maen. aku netball pandaila.. jadinya, guna court basketball, maen cara netball lah neh.


nga syok2 maen, jap agi tangan aku xkuat nak tepis bola after orang shoot, pastu ape lagik..terpeleot la jari aku! iskk! ibu jari ni da maken debab dah ouh! wat malu je aku nanesh kat court tuh. aiyark~ xpepasal tak bley nak maen lagi. dok tepi je. T_T

balik maghrib tuh tepon nenek tanyer nak wat camne ngan jari neh..taley gerak kot!genggam pon tak ley. then nenek jawab..

lahh.nape ni dikk?cne ley kena? tunggu nenek datang tau..

erk?? aku xsuruh nenek datang. cam nyusahkan pulak. aiyoyo~

then mama tepon aku, cakap nenek tepon dia nangis2. errr... apa kes?? jari aku terseliuh je kot. bukan demam teruk ke eksiden ke.. =__=''

mama ley lak wat assumption..

mesti adik syokk sangat neh tengok maher zain kat court sebelah.. hahaa

ewah2 mama. tak baek fitnah ouh! fyi, court sebelah ktowang tuh geng2 dak laki foreigner nga maen. soo agak terpesonala. kah3! (patotla kena bola. mata ke laen) ngee~

dipendekkan citer, nenek datang ngan abah, and tolong urut tangan aku kat surau asrama. ni yang aku cam nak nangis neh. sedih lak pikirkan family amek berat pasal aku. iskk3!

I LOVE MY FAMILY!!

kondisi tangan setelah dibalut nenek. dahla tangan debab. maken menjadi2..-_-'



btw, my nenek is tukang urut. soo, senangla kan.

moral of the story :
Family First!

Jangan cepat ngadu kat family if kita sakit sikit je. (tapi aku memang sakit. cuma jari je ;p)
Jangan excited sangat maen sampai tak nampak bola. -_-
Lu pikirla sendiri!


chow~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails