my beLOVEd follower

Showing posts with label camp. Show all posts
Showing posts with label camp. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin PART 2

Assalamualaikum semua

Ada yang tunggu ke aku abeskan cite panjang lebau ni ? Takde? Tak kesahpun sebab memang aku nak ceritapun. hihi. Sampai mana eh berenti aritu ? Pasal makan malam kan.. Boleh refer PART 1.

Haaa... Ni part paling best ni. Nak cerita pasal tido malam tu. Aku ngan kak faiqa tido antara yang terawal dari yang lain. Kira aku tepi sekalila. Kalau aku mengiring ke kiri, aku ngadap hutanla. So aku tido mgiring ke kanan n tak pandang langit pun. takut! hehe. Malam tu xtau aku terjaga pukul berapa, yang penting sejuk gile! cam nak mati kut! n tangan aku krem. sebab tido dalam keadaan basah en. Satu badan basah, pastu siangnye penat berakit. Tu la puncanya aku krem kut. Masa aku bangun semua cuak. Kak Aishah, Kak Aza gelabah gila tengok keadaan aku. Sejuk sampai menggigil2 kut. Rasa nak nanges n balik uma time tu gak oh! Pastu kak Aza sapukan tangan n kaki aku guna minyak panas warna merah tu. Yang lawaknye, dari sejuk gile, terus panas gile oh! minyak tu sumpah panas! hahaa! Senang citer malam tu bergilir2 jaga bara api. Tapi mostly kak Aza yang jaga sebab kalau ktorang jaga, macam nak termati je bara tu :P

Rasa malam tu panjaaaaanggg je. Asal terjaga tanya jam, baru pukul 2. Terbangun lagi, baru 2.30 pagi. Aku dah tak sabo kut nak siang. sejuk teramat! Jelez lak tengok orang lain boleh tido. Saat paling bestnya bila dengar ada budak group lain cakap dah pukul 5 pagi ! yeay ! maksudnya dah nak subuh. so dah pagi lah. hehe. pastu pepagi buta tu masuk dalam laut, pehh! suam woo ! rasa cam nak berendam je. Seyez sedap oh sejuk2 masuk dalam air laut. Tapi bila dah keluar tu, paham2la sejuknya. sebab dengan angin lagi. haha

Kitorang semayang subuh pun guna air laut je. basuh kaki celup2 gitu je. Yakin jela bersih segala :) Pagi tu jugak takde specific aktiviti. So bebasla. Boleh menikmati sunrise pepagi. Sangat cantik! dahla pesisiran pantai tu memang ktorang je ada, so best gila! Aku main pasir, berendam jap sambil tunggu matahari naik. Subhanallah~

Ni gambar gogel je. Tapi lebih kurang camnila permandangannya. Matahari muncul disebalik bukit. Dari gelap, makin terang bumi ni. Selalu kita tengok sunset je kan? Jarang dapat tengok sunrise camni. Tepi pantai ngan deruan ombak mengalun. Asyik banget! hehe :")

Haa ni part best ni. Pagi tu kak Aishah cerita yang malam tadi dia nampak n dengar 'benda' tu. Area shelter kitorang lak tu! pastu "benda" tu sebelah aku je sebab aku tepi sekali. *gulp* Kak Aishah suluh2 hutan ngan torchlight. Nak suruh dia blah. Bukan kak Aishah je dengar, kak Ct pun dengar n  nampak. Tapi takdela nak cakap malam tu. Pagi baru diorang cerita. Ya Allah takutnya! benda tu dekat je kut ngan aku. Selamat tak apa2. No wonderla malam aku terjaga tetiba tu semua cuak. Rupanya baru lepas kak Aishah nampak. Ingat aku kena ape2 ke. Alhamdulillah tak apa2. huhu

Agaknya kita kacau tempat dia kan. Sebab cikgu cakap tempat tu tak pernah sesapa buat campsite. Kita orang first yang buat shelter, toilet apa semua kat sana. Tebas2 pokok bagai, tu agaknya 'benda' tu rasa terganggu. Eee scary betul. =.="

Dalam pukul 8pagi, kitorang dah kena siap2 breakfast semua,n siap ikat balik rakit. Pagi tu trainer provide tepung gandum n kentang kat ktorang. Tapi time tu dah masak megi. So takde hal punye, separuh kena masak, separuh setelkan rakit. Camp kali ni, aku xley jadi chef sangat. Kena jadi orang kuat lak sebab grup ktorang lelaki 2 orang  je. So kena banyak kena kerah tenaga pompuan jugakla. Sambil tu Kak Aza n Kak Faiqa buat wedges kentang. Siap guna ranting kayu as chopstick uols. hahaa

Supposedly dalam tentatif yang cikgu bagi dalam class, pagi tu ktorang ada 5 checkpoint aktiviti. Tapi rasanya semua xjadi. and banyak aktiviti lengang je. Ada la tu kut sebab2 tertentu. Tapi kesianla dak grup aku dah buat tripod water filtration tu. Smart kut! hehe. After setel semua, ktorang kena test rakit stabil ke idak. *ini pelik sebab sepatutnya trainer cek masa first2 buat. Ni dah nak balik baru nak cek -__-". *

Pastu trainer lepaskan satu2 grup ntuk berakit balik ke Teluk Senangin. Time ni adventure sket sebab hari dah hujan. Ombak maken kuat. Rakit ktorang pulak maken kebelakang. Tenaga pun dah kurang jugak sebenornya. Tapi semua gagahkan diri sebab dah nak balik en. Redah jela labuu.

Sampai basecamp, bukak balik rakit, dah kena buat camp clearance. Tapi sempat jugakla grup aku bermandi manda laot before balik. Biasalah orang jakun jumpa air. hihi. Time ni lah baru ktorang mandi betul2 kat toilet. Bilas badan rambut semua. Tapi tak puas sebab air toilet sekat2. Takpela janji mandi. Lunch kat sana, then balik UIA ! jyeahh ! Semua pakat tidoq je dalam bas. Bertolak dalam 4pm kalau xsilap. Sampai Gombak around 9 camtu. 

Overall, best la jugak pengalaman camp kali ni. Dengan cikgu best gile! Tak macam rec 1. Ada kena marah2 bagai. This time memang sempoi. Although penat gilos, tapi tak banyak aktiviti y strict sangat. Banyak masa free n mandi manda je. hihi. Group lak yang pompuanya best sbb mostly aku kenal. Cuma lakinye jela kureng ket. Zaki ok. Sorang lagi tu. hoho. Tapi takpela. Let bygone be bygones. 

Bak kata Cahah, nak cari bf ni kasi dia pegi camping dulu. Tengok boleh idupkan api ke idak. Reti guna parang ke idak. Gentleman ke idak. Betul jugakkan ? hehe.

Fuh abespun aku cerita pasal survival camp ni. Eh eh, lagi satu blogger pemes Hamzah aka Faez pun sama camp ngan aku. Selamat dia yang tegur dulu. Aku segan sebab takut salah orang. hehehe. Kenal sebagai Mejah, tapi kat kem semua panggil dia Faez. Risau lak kalau pelanduk dua rupa. hihi

Before pegi camp and after. Sunburn melampau ! Terima kasihla kem ye. =__="
BIG thanks to Ika sebab tahan ngan perangai aku. Siap jadi 'mama' aku masa kena gatal2 kat campsite. Malu ai tau. hehe. anyway, LEP YUU! ^o^

Gambar semua kat cikgu. Hope dapatla amek nanti kat dia. Kenangan kut semua tu :D

Thanx for reading :)

Tuesday, November 13, 2012

Survival Camping at Teluk Senangin

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas, 9-11 Nov aku ada camping kat Teluk Senangin,Perak. Area2 Lumut n Pangkor jugakla. Theme kali ni adalah SURVIVAL! Camping ni sebenornya sambungan kelas skill aku sem lepas. Before ni aku amek Recreation 1, pergi kat Tanjung Malim. Ni ha post pasal camping tu. 


Panjang sangat ceritanya, sampai nak ada part2 aku buat.*eh cam pantun 2 keratla. haha*

Bergambau ngan ika before bertolak. Nset memang tak bawak.Time ni nga dinner kat hs cafe. :)

 Dipendekkan intro, supposedly jumaat tu berkumpul 10.30 malam, bertolak dalam 11.30pm. Tapi bas tak sampai2, dengan hujannnya lagi, gedebuk gedebak, ktorang bertolak 12.40 am dari uia. AM ok! Tempat yang nak pegi tu cikgu dah cakap awal2. tempat tu keras and kita orang 1st yang camping kat sana. *gulp*. Aku ada dengar jugak cerita kerani mama pasal tempat tu. Dia cakap Teluk Senangin tu 'keras'. Tempat 'benda' tu jalan ape semua.Dia siap pernah nampak lagi masa teman suami dia memancing kat sana. *dabel gulp*. Dekat pulak ngan tempat nama Tanjung Hantu. Nama tanjung tu je dah scary kot ! *tripel gulp*

WARNING ! ENTRY NI SANGAT PANJANG. READ ON UR OWN RISK. wkwkwkwk

Oh before lupa, this time group member aku 8 orang je. 2 laki 6 pompuan. Mostly yang pompuan aku kenal sebab akak2 kelas aku. Kami semua, zaki, syazwan, kak ct, kak aishah, kak faiqa, kak aza, ika and aku. ^^ Sampai base camp dalam pukul 6 kalau tak silap. Time tu dah dengar bunyi ombak laut dah. Sampai2 basuh muka, gosok gigi and semayang subuh berjemaah. Pagi tu dah ada aktiviti nak buat.

Pantai Teluk Senangin

Breakfast pagi tu disediakan. So takde nak ktorang masak sendiri la. After tu aktviti 1st ktorang, KENA BUAT RAKIT. Carila kayu kayan sendiri. Tali n pelampung diberi. 1st time buat rakit sendiri. Cikgu cakap, rakit tu la kita akan naik 8 org, n pergi ke campsite which is ktorang kena berakit atas laut redah ombak semua! peh! Time buat rakit ni la paling terik sekali! Memang sumber sunburn pertama aku time ni lah. Memang terik ! Tapi siap jugakla rakit ktorang. Although 2 kali pelampung ktorang meletop. 1st zaki buat. tapi takpela tak sengajakan. 2nd time, taktau sape buat tau tau dah kempis! siap ade singgit kat tepi pelampung tu. bikin angin betul time tu ! haih sabau jela.

Lebih kurang macam ni la rakit ktorang. Ni gambo gogel je. Semangat aku cari gambau yang seakan rakit ktorang. hehe

Pastu ktorang ada water confidence. Pakai life jacket then kena terapung atas air, terbalik apa semua. Kira nak kita konfiden jela dalam air. Jangan panik kalau jatuh tengah laut nanti, gitula. After zohor, ktorang dah kena gerak naek rakit memasing. 1 grup boleh bawak 1 beg je. semua makanan n brg2 kena sumbat dlm tu. Rasa macam keje gile betol. Rakit y ktorg buat macam takde cop SIRIM, boleh ke belayar kat atas laut ? seyez cuak! takot terburai tengah laut ke, terkaram ke, macam2la kat otak ni. Tapi alhamdulillah, semuanya ok je. Cuma penat nak mamp! kena kayuh guna pelepah kelapa. saket kut tangan! :(

Ktorang grup last yang sampai sebab ktorang dah ke tengah laot. Cikgu suruh gi ke batu tengah2 laut tu. Semua grup dah give up and lalu tepi teluk je. siap tolak je rakit tepi2 tu. No wonderla lincah sampai. Last2 ktorangpun benti tepi plus kak ct pun dah mabuk laut. Nak muntah dulu kat tepi. Then baru ktorang proceed tolak rakit ke tepi. After sampai je kat Labuhan Bilek Besar tu, semua melepet ! terbaring ngko kat pantai ! Sumpah penat gile !

Petang tu jugak dah dibahagi tugas every group. Ada yang kena buat toilet laki pompuan, buat surau etc. Grup aku kena buat water filtration. Sambil2 tu, mulala buat shelter nak tido. Aku rasa cuaca hari Sabtu tu mmg kesiankan ktorang tau. Sebab tengahari tak hujan, petangpun tak hujan. kalau tak, berhujanla ktorang atas laut. huhu. Grup ktorang dah terlambat nak buat unggun api. Beras n ikan kembung dah dibagi. Aku siap dah siang semua ikan2. Tapi syg, unggun api tak dapat nak buat. sebab fire starter basah, liter pun takley on sbb basah. n hujan kejap malam tu. Sedih jeee..

Tapi.. ktorang ada savior ! Cikgu Nazery datang kat shelter ktorang and tolong buatkan unggun api. Gila gigih kut cikgu tolong. Ikutkan aku dah surrender dah. Tapi cikgu cakap nanti awak kesejukan tengah2 malam nanti. Mesti ada unggun api gak. Lagipun kenala makan. takde unggun api, cane nak masak nasi n ikan tu. End up cikgu dapat buatkan ktorang unggun api, sampai abes ktorang masak nasi n panggang ikan siap. Kenangan betul cucuk ikan kat ranting n panggang atas api. bestt ! hahahha. dapatla ktorang makan malam tu although grup laen dah mule melepak je tepi pantai. takpe makan lambat, nanti lambat lapo balik. takdela tetengah malam sebok cari makanan. ye dak ? hehe.

So makan malam tu, nasi + ikan kembung panggang + kari ayam (tin) + remis rebus. yammy ! Remis tu kak aza la jumpe dulu tepi pantai. Pastu aku pun jakun, raba2 dalam pasir tu satgi banyak gile dapat ! terus dapat idea nak rebus remis tu. boleh ada side order punye makanan. Ni baru feel betul2 survival ni ! hehe

Ni lah remis tu. Banyak gile tepi pantai. Idup lagi, fresh gitu! after masak terus makan, siap rasa pasir2 lagi sebab ktorang takdela rendam betul2 nak hilangkan pasir dia. Tapi sedap! makanan fresh kan, rasa dia manis! hehe :D

Aku rasa sampai sini dulu lah aku cerita. Actually ada cerita penting, pasal tido malam tu. Something yang quite scary. Bukan quite, memang scary! tapi tunggu next post jela yea. :)

FYI, sepanjang kat sana memang tak mandi n baju asek basah je. Kaki tangan memang kecut amat!

So, till the next post. Thanx for reading :)

Friday, March 9, 2012

1st time FlyingFox kat D'Ambang Resort :D

Assalamualaikum semua.

Atas sebab kebusizian yang melampau, memang terabai sketla blog ni. but dont worry. Nak weekend insyaAllah aku akan update and blogwalking kalau berkesempatan :)

Ni cerita minggu lepas sebenarnya. Sabtu, 3 Mac aritu aku g camping kat D' Ambang Resot, Pekan Pahang. Aku pergi under Club Personal Growth Group, Counseling Department.. Nak tau katne? Ni WEBSITE nya. Aku ingatkan tempat ni dekat. tp amek masa 4jam jugakla nak sampai dari Gombak. Tempatnya lawa! seswaila ntuk campsite n family day. Ntuk bercuti sgt taklah although nama dia 'resort'. ;P

Bertolak dari UIA kol 7 pagi. tp 6.30 pg dah kena berkumpul kat tangga besar depan tu. Sampai2 sana je, dah melompat2 over-eksaited. *biasalah ktorang kan. org laen rilex je. ;P

Okay abaikan 2 model poyo ni. Tempat ni sebelah sg.pahang. so sajela posing sat. hihihi

Sampai sana je, aktiviti malam ktorang adalah Night Walk! urghh ! Aku paling tak suke kena jalan sesorang dalam hutan ni. lomahla eden =_=". Tapi terpaksa gak buat. Selamat diorang tade kacau2. -.- Ramai gak budak2 ni kena geget pacat. Syukur alhamdulillah aku tak kena. GELI kut !

Apa yang aku nak citer ni, FIRST TIME woo buat FlyingFox! Dulu zaman sekolah memang ade gak flyingfox ni. tapi aku selalu ngelak sebab ramai kan. So sape yang nak je naek. taknak tayah naekla kan. Tapi this time, semua kena naek. sebab ktorang ade 27 student je kan. -..-

First2 kena panjat tangga helicopter ni dulu. Ingat tak gayat, satgi bile tangga ni goyang2, makaih longgar lutut weeyy. -_-" . Gambar kedua tu dah terjun dah. Bila dah kat atas tu, memang takut gile nak tengok bawah. Boleh pulakla aku nak lemah semangat en. Tapi bile dah berjaya terjun tu memang best gilee ! HAHAA

Ni muke heaven dah berjaya turun. *act baru lepas nangis tu sebab takut yang teramat. KAH3~

Yang paling aku suka kat sini memang makan dia lah. Makcik situ masak sedapp gile ! Pastu makan sehari 6x. Memang ktorang tak sempat lapar pun. Dahla aktiviti sempoi je. Cuma yang tak bestnya ktorang pegi Sabtu, balik Ahad. So tak puasla beraktiviti kat sana. tempat tu best jee. Ktorang dapat bilik 5 orang sebilik, siap ada aircond n kipas. Not bad la kan :)

#Pheww. Dapatpun aku update pasal camping ni. hihi

pstt : Ada twitter? Jom tweet sama2 :) KLIK SINI.

Thanx for reading :)

Friday, July 30, 2010

bayar untuk ditakutkan?

malam tadi baru je masuk rumah hantu kat MARFEST. adakah menyeramkan? pada yang penakot n lemah semangat cam aku..pasti akan menjawab 'ye!' dan bagi mereka yang bajet2 berani akan jawab 'bolehla. asal ade bunyi ngilai2 tuh.' agak sarcastic bunyinyer yep.


rasanye aku bukan nak citer lebih lanjut pasal masuk umah antu tadi 2 coz let it be secret for those yang masuk ngan aku skali tuh. sangat sengal ye anak-anak. terima kasih buat roomate ku cik Nasibah n memberku cik Fathiah kerana sanggup melayan kerenah aku neh. ikotkan aku sanggop burn dwet tuh coz xnak masuk. tapi apekan daya..dah naek tangge kot. tinggal nak merangkak masuk je. isk.


da malam2 neh baru aku terpikir. ramai je orang buat something dengan harapan mendapat pengalaman baru. contoh terdekat, macam aku. da taw takot, nak gak masuk. kononyer nak atasi rasa takot tuh. tapi rsenyer sme je. mungkin ya, ianya menambah pengalaman aku..tp pengajaranya? jangan masuk umah hantu lagi.begitu?


teringat aku masa kat nilai dulu ade camp kat gombak gak. kena night walk. aku paling takot bersendirian kat tempat gelap. apetah lagi ade plak mende2 kacau.menanges2 kot aku malam tuh.dalam gelap, aku jalan je pelan2 ikot kaki bukit. if aku melencong, mau jatuh bukit nanti. then tibe2, depan aku ade mende merangkak. dalam gelap kot. although aku taw mestila abang2 neh yang kacau kite, still takot ok. coz i'm alone!isk3.abang fasi da bagitau awal2, if jumpe pape kena cakap 'HOT' then if org tuh member kte ke..dye mesti jawab 'FM'. aku punyerla cakap HOT..HOT..HOT.. banyak kali kot. mende gerak tuh mendesis lak.siap merangkak nak dekat ngan aku lak tuh. aiyoyo. aku da cam nak nanges en.ngan pokok goyang2la.hadoyai~
then aku nampak cahaya dari belakang, macam org suluh2 guna nset. fyi, ktorang kena offkan nset. if rse da sesat betol2 je bley bukak. yelakan, anything could happen kat utan malam2 buta camnih. tibe-tibe...

'oit! asal kau on nset?kan da bagitau xley bukak nset?' .tbe2 ade org kua dr tempat pokok goyang tuh.

'oh.saya ingat saya da sesat bang..soryla.' jawab dak laki tadi.

akupon ape lagi.saengla dye jalan sampai jalan kua. dalam hati, selamat aku malam neh. huhuhu~
tapi takdela selamat mane. sampai kat jalan hujung, kena sound ngan sorang lagi abg fasi. ye cakap ' asal korang ley jalan berdua lak neh?sape bg arahan ley jalan due2?' dahla rse nak nanges tadi xilang, ni kena marah lagi. xkesian ke kat aku? isk.

dak laki tuh citerla mende sebenor. yang aku nih tbe2 benti tengah jalan sebab takot. then xpepasal abang tuh soh aku masuk balik dalam hutan tu. sorang2. ulang taep. SORANG2 ok! isk. terus aku melalak weh. gi belakang membe aku, ngongoi2 aku nanges. rupanya ye maen2 je. tgk aku da cmtu,terus ye cakap 'aku maen2 jela. kau jangan amek aty sgt'. cehh.xamek aty mendenyer.da meleleh2 hingus aku neh, air matepon da bpe tangki abesh,(hiperbola cket) sape nak ganti? T_T

balik kat campsite, ade supper la konon. mte akupon da bengkak,nak mkn mendenyer. bek aku bfast teros. xpepasal kena bahan. 'sape dak yang nanges tadi ek takot' bla bla bla. aku wat dunno je. xpe2.ade ubi ade batas. ade hari, xknfem lagi aku nak balas. huh~


uish. xsedor da panjang lebar aku citer.xpelakan.xpakse orang bacepon. hee~


kalau hantu muke camni, takot x agak2? aku takot. ngee~


p/s: sabtu ni kat CM, ade dak2 uia nak gather bce sajak if i'm not mistaken. baru tadi aku tau kat MARFEST. dye nih berazam nak wat buku indie gak. sgt suka menulis. tadi ye citer2 kat aku..teringat lak kat Nami. dyekan suka menulis n karang sajak neh.and buat DIY books. peace. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails