my beLOVEd follower

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

solat fardu berjemaah lebih baek dari solat sunat.

salam alaik.
hari ni nak berkongsi something yang boleh kite jadikan amalan ye anak anak which is about solat.

as we know, bulan ramadhan neh ganjaran pahala kita bertambah berkali ganda daripada biasa. and pahala solat sunat kita adalah sama dengan solat fardu. dan pahala solat fardu pulak dilipatgandakan dengan 70 kali ganda.

thus, instead kita mengejar solat terawih berjemaah yang sunat tu, apelah kiranya kita solat jemaah ntuk solat yang fardu. ye idak?

ok.let say solat fardu berjemaah pada bulan biasa, ganjarannya 27. and dalam bulan puasa neh, digandakan lagi 70..its equal to 1890! WHOA!

to make it simple, the equation is like this :
27 x 70 = 1890
thus, kita dapat 1890 ganjaran setiap satu waktu dalam bulan ramadan! InsyaALLAH~
belum kira lagi amalan baek yang korang wat dalam sehari tu..
SUBHANALLAH!

betapa tingginya ganjaran yang boleh kita dapat pada bulan neh. jadi janganlah kita sia siakan ye anak anak..

segala apa kiraan n ayat yang aku buat kat atas adalah secara logik sahaja.apa yang baek itu semuanya dari ALLAH s.w.t. sama samalah kita amek iktibar dan beramal ye ;)

kiraan ni pon aku dapat idea dari member sini gak. so apela kiranya dipanjangkan ilmu yang dia bagi. betul x? ;p

Saturday, August 14, 2010

puasa tapi xsemayang. WTH??!

ni satu hal yang aku sangat2 dop pehe ye..bulan Ramadan ni elok je puasa. bangun sahur, gi bazar beli makanan, senang citer memang puasa la neh. tade tipu punyer. but comes to solat..erk. takde lak gi semayang. gi mana tu?

cuba kita tengok balik rukun islam ye anak anak..

1 - Mengucap dua kalimah syahadah
2 - Solat lima waktu
3 - Berpuasa di bulan Ramadhan
4 - Mengeluarkan zakat
5 - Menunaikan haji

korang tengok tu..solat dulu ke puasa dulu dalam rukun islam? aku tak cakap puasa tu xpenting. semua tu penting, including zakat and tunaikan haji (although yang tuh ade syarat2nyer la). tapi kalau nak ikotkan, kau sihat walafiat je kot. takde mende nak halang kau dari tak semayang. puasa boleh, asal semayang taley? aneh~

camne agaknyer nak tegur orang camni ek? aku plak yang tension pikirin nya tau ngak??haish~

as a muslim, tak salah kan kita saling tegur..aku pon takde baek sangat.tegur jela if ade pape aku buat salah. tapi aku taley handle kau puasa tapi tak semayang. aiyo~

ok2.beristigfar balik. cukupla aku bebel ntuk arini ye. bulan pose xelok bebel banyak sangat. baek gi baca quran je.

salam~

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wasahlan ya RAMADHAN! ;D


pagi ni da mula nak bersahur. excitednyer! tadi alhamdulillah da dapat buat 1 solat terawih. i hope i can make it 30 days terawih. insyaALLAH~

apepun, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kawan kawan. semoga Ramadhan kali ini membawa erti yang besar pada diri kita semua. Amin~

InsyaALLAH after this, aku akan post kan fadilat solat terawih setiap hari. if ada kelapanganla. soo bolehla kita sama sama ingat mengingati betapa banyaknyer ganjaran masa bulan Ramadhan ini. ;)


FADILAT SOLAT TERAWIH MALAM PERTAMA

*Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Friday, April 30, 2010

pelangi n rainbow tuh adik beradik


mownin semua.even ade yang baca nih da petang ke malam ke, mownin jugakkla.dah aku taep mende ni pagi2.hikk~ pagi2 lagi aku dah dikejot oleh mama ntuk teman beliau kat pejabat.hai nantoknyer..da lama dok uma bangun lambatla katakan..(opz.terkantoi sudah) ;p mama cakap beliaunyer kerani dua2 cuti..tapi ade je kak emy tadi. xjadi cuti kott. semangat kerja yang jitu ya. gambateh kak emy! ngeh3~

nak citer pasal pelangi pagi tadi je..uma aku kan atas bukit saga tu ha..turun je pagi tadi tengok klcc terpancar sinar 'nur' nya tao..lawa je..xsempat lak nak amek gamba bagi korang tengok. bukan satu je pelanginyer..dua weh!paham x maksud aku sebenornyer?



tengok gambar nih..kan lengkungan pelangi tuh satu je..tapi ni ade dua..kira double la..tapi lengkungan sebelah lagi aku xnampak.2 yang specialnya pelangi arini..xpaham gak?xpela.janji korang tahu aku nga citer pasal pelangai. ;p




pelangi nih salah satu kejadian Allah yang sangat cantik.member aku selalu cakap, jadilah pelangi yang indah dipandang tetapi sukar digapai. rindula kat kau zai. sigh~

Wednesday, April 21, 2010

ayat ayat cinta..

assalamualaikum w.b.t. cuba tengok balik tajuk entry nih..ayatayat cinta en..korang taw ke hape mende tuh?aku tahu ramai yang expert bab2 nih..ala..yang i love u, u love me, we are happy family tuh.. tapi bukan tu yang aku nak citer..ade ayat ayat cinta yang lebih baek korang ucapkan dari aku sayang kamu lah, aku cintak kamu la..ok?

Terdapat 7 ayat cinta yang korang boleh amalkan.. Sabda Rasullullah s.a.w.: barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan ALLAH dan malaikat serta diampunkan dosadosanya walau sebanyak buih di lautan.. insyaAllah~

1. Bismillahirrahmanirrahim : di setiap kali hendak melakukan sesuatu. time korang nak buat assignment ke, wat keje ke,masak ke..elokla dimulakan dengan bismillah ye..nak berak?haish.xsenonoh betol.buang air besorla.tandaskan tempat setan.kau niat je kerana ALLAH.semua amalankan ibadah. ;)


2. Alhamdulliah : setiap kali selesai melakukan sesuatu pekerjaan. contohnya lepas buang air beso, da keluar tandas tuh, kaupun ucaplah alhamdulillah..nikmat kott! hehe. maaf2.asek pasal buang air je tadi.xsopan betol. apa2 kejela yang korang da abes buat, ucapkanlah alhamdulliah...(cam lagu Raihan la pulak) hek


3. Astagfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. tambahan, atau ternampak sesuatu yang xelok dipandang. contoh, lalu awex2 sexy, tundukkan pandangan anda dan ucaplah astagfirullahalazim..(especially ntuk lakilaki ye). pompuan buat bila nampak cowok2 ganteng.ok?;)


4. InsyaAllah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. ha, yang nih orang selalu guna.tapi orang anggap kalau kau cakap insyaAllah tuh, xkan nak punyer. contoh, member ajak g majlis ilmu, macam ta'alim ke usrah ke..kaupun jawab insyaAllah. sebenornya tak pegi pon.isk3. amat xelok ye begitu.jangan disalahgunakan perkataan insyaAllah ini kerana maksudnya dengan izin ALLAH, jadinya korang mestilah sedaya upaya memakbulkan ape yang korang da janji. arasso?


5. Lahaulawalaquwwataillabillah : bila tak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk


6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian


7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu mogamoga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh ALLAH. amin.
ambil iktibar dan sebarsebarkan..sabda Rasullullah s.a.w : siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya, maka da akan beroleh pahala walaupun sudah tiada..

teringat nak wat entry nih sebab ada member bagi kat mesej. so, apela salahnyer kita renungrenungkan dan selamat beramal ye. yang ngarot2 tuh, xyahla korang amek berat. yang penting kalimah2 tu yang korang amalkan. orang kata, jangan tengok sape yang cakap, tapi amek isi apa yang dia cakap. akupon xbaek mana..tapi kita salinglah ingat mengingati satu sama laen.x gitu? ^_^

Tuesday, March 30, 2010

cukuplah ALLAH tempat berharap.

“AKU TAK DAPAT TAHAN!!!”

“Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

~Surah Yusuf ayat 12


“KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

~ At-Taubah ayat 129



“APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?”

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. “

~ At-Taubah ayat 111



“BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?”

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
Al-Imran ayat 200

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


sekali sekala berkongsi ilmu xsalahkan..
ni aku dapat dari member aku yang blaja kat mesir sane..
dia hantar kat ym.
RENUNGRENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails