my beLOVEd follower

Wednesday, February 13, 2013

Umrah 2013

Assalamualaikum semua

Insya Allah Khamis ni, 14 Feb saya dan family akan bertolak ke Tanah Suci ntuk menunaikan ibadah umrah. Mama dah nazar nak bawak satu famly pergi umrah kalau ada rezeki. Nenek pun ikut sekali. Mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau terlanjur kata ye kawan kawan. Mohon doa kalian supaya kami sekeluarga diberi kesihatan kat sana nanti. Insya Allah saya akan doakan semua kawan2 saya bahagia dan semoga apa yang dihajati tercapai. Amin~

Tak sabar nak tengok kaabah :)

Friday, February 8, 2013

Wig Hijab ? dehell?

Assalamualaikum semua

Fashion tudung sekarang ni dah macam2 jenis kan. Dari Hana Tajima, Yuna, Turban, tudung saji dan sebagainya. Now ada pulak style tudung ala2 rambut. -.-"




Kemain oh macam rambut kaler2 dah aku tengok. 
Dah kalau niat pakai tudung nak tutup rambut je, baik pakai rambut palsu terus. Tutup rambut asal jugak. Ye idak ? macam kucing2 kat bawah ni :P

 Amacam? cantik tak rambut guwa?

 Guwa tau guwa cun! at least guwa tutup rambut kat kepala guwa.

 Guwa kucing takda akai. Lu maknusiya ade akai pun nak pakai cam guwa asal ?
GRRRRRR.

Sunday, February 3, 2013

Lebuh AMJ 'kERAS'

Assalamualaikum semua.


Korang tau Lebuh AMJ kat mana ? AMJ tu stand for, Alor Gajah-Melaka-Jasin. Orang kata kalau nak shortcut ke muor, boleh lalu sini. Tapi jalannya sunyi sikit. Lagi2 memalam. Aku penah je lalu sini tapi sesiang la. Banyak jugak dengar cite bebukan kat sana. Lomah jantung jangan baca lak ye. hihi. Nak tau tak ceritanya??

JENG
JENG
JENG!! 
:P

Ni pengalaman kisah benar makcik aku. Kelmarin dia cerita. Dia dari muar nak balik KL dengan suami. Dalam pukul 11 lebih camtula. Katanya masa nak lalu tu banyak je kereta. Lepas tu bila dah otw, makin kurang pulak kereta sebab destinasi lain2 kan. Nak jadi cerita, Cik Mah (makcik) cakap tinggal kereta diorang je lalu AMJ tu. Ada 1 van jauh kat depan n kereta belakang pun jauh kat belakang. *ok tarik napas dulu*

*sambung* Cik Mah cakap, memalam tu macam kabus2 sikit. Jalan tak berapa clear. Suami dia yang bawak kereta tak laju pun dalam 60km/j je. *ha ni da mula cuak sikit* Tiba2 diorang nampak ada 'orang' warna putih tahan van yang kat depan diorang tu. Mula2 van tu takdela laju sangat, tapi lepas melepasi 'orang' yang tahan kereta tu, terus van tu PECUT! Cik Mah tak expect pape pun. Siap cakap kat husband dia, "ada orang tahan keretala bang". *lap peluh*

"Orang" yang tahan kereta tu belah kiri jalan. Masa Cik Mah lalu tu, 'orang' tu boleh tahan kereta sambil LOMPAT LOMPAT ke tengah jalan ! aje gile! Husband dia terus pusing stering ke kanan! Selamat takde kereta. Kalau tak memang dah eksiden kut !  Husband dia cakap jangan pandang belakang, sebab tadi tu "benda" tu. Husband dia nampakla dari cermin keretakan. 

Yang buat macam lawaknya sikit, Cik Mah cerita 'benda' tu pakai semua putih. Baju, kain, kasut, siap ada handbag semua warna putih! dan paling tak boleh blah, kasut nya high heels tau! errr. fashionista jugak 'benda' ni kan ? :P Cik Mah nampak jelas badannya, cuma muka je tak nampak. Tapi dalam hati, takutnya hanya Tuhan jela tau. fuhh.

Lepas kejadian tu baru Cik Mah tau AMJ tu keras sikit. Rupanya ada sedara lain penah kena gak. Siap makan tepi jalan lagi. Pastu nak jadi cerita, dompetnya tertinggal. Esoknya bila datang balik tempat tu, dompetnya ada kat tanah. Tapi takde kedai apa2 kat situ. Haaaaa takut tak takut tak ? hehehee~ Dah macam cerita movie betei. Pasal cerita Cik Mah tu aku percaya je. Cerita lain, dengar dari mulut ke mulut je. Betul ke tak, Wallahualam.

Sajala nak kongsi cerita ni. Mana tau korang pun penah alami jugak ke..boleh share2 :) Nak lagi feel baca entry ni, korang kena KLIK SINI. Seyez bikin meremang bhai ! Lemah semangat aku syorkan jangan klik. 
IKLAN :
Setiap klik membawa padah. harharhar

ps = CUTI DAH HABIS! ESOK DAH MULA KULIAH! UWAAAAAAAA T_T

Thanks for reading :)

Friday, February 1, 2013

Jodoh itu Rahsia Allah

Assalamualaikum semua.

Semalam baru aku dapat tahu member baik aku dah nak bertunang bulan 3 ni. I'm happy for her! before tu memang ada jugak yang dah kawen dan tunang. Seronok dengar diorang dah melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Aku tumpang gembira jugak :"D

Umur2 camni, memang galakla kawan2 mendirikan rumahtanggakan? Sebab mostly dah habis belajar. Dapat pulak pasangan yang dah bekerja, memang terus go on jela. Kekadang tu perasan jugak. Ada hubungan yang dah lama terbina, masih belum bertunang apatah lagi bernikah. Bukan takde calon, tapi belum sampai seru lagi. Tapi mana2 yang tak dengar khabar berita, tup tup dah nak nikah. Hebat betullah kawan2 aku ni :) Aku bukan nak point out dari segi Islamic nya pun. Cuma yela, kapel lama2 pun belum tentu itu jodoh kita. Betul tak ? *pesanan untuk diri sendiri jugak*

Tipulah kalau cakap yang dah kapel lama ni taknak halalkan hubungan diorang. Mestilah nak cuma mungkin masing2 ada masalah dan komitmen lain yang nak disetelkan dulu. Maybe orang akan cakap ;
 "Ala kawen jela dulu, nanti Allah mudahkanla perjalanan hidup korang" 
"Ala, nikah gantung je senang. Belajar tetap belajar. Sabtu Ahad balikla jumpe bini/suami"
Ewah ewah senangnya cakap. Ingat kawen tu benda main2 ke ? Lagi2 dengan sekarang ni ramai yang kawen muda (rage umur 14-23), lagilah ramai remaja ada perasaan membuak-buak nak kawen awal. *aku ni cerita macam aku dah tua benar ek.* :P

Ajal Maut Jodoh Pertemuan semua di tangan Allah. Kita kapel 10 tahun pun, kalau dia bukan untuk kita, makanya BUKAN! Tapi kita doakan lah yang terbaik untuk diorang semoga ada penghujung yang baik :)



Aku suka ayat dari Cik Fathiah ni ; 
Kenapa perlu jealous dengan orang yang dah update status kehidupan mereka sudah bernikah? or orang yang sudah bertunang dan bernikah, kan Allah dah tetapkan what's best for us. If it's not your time now, dont frown. :)

Aku tau kawen tu boleh elakkan maksiat. Tapi bukan dengan kawen je satu caranya untuk elak maksiat. Banyak lagi cara lain. Pucuk pangkalnya hati. Betul2 dah sedia ke belum ? ^^



Thanks for reading :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails