my beLOVEd follower

Sunday, February 3, 2013

Lebuh AMJ 'kERAS'

Assalamualaikum semua.


Korang tau Lebuh AMJ kat mana ? AMJ tu stand for, Alor Gajah-Melaka-Jasin. Orang kata kalau nak shortcut ke muor, boleh lalu sini. Tapi jalannya sunyi sikit. Lagi2 memalam. Aku penah je lalu sini tapi sesiang la. Banyak jugak dengar cite bebukan kat sana. Lomah jantung jangan baca lak ye. hihi. Nak tau tak ceritanya??

JENG
JENG
JENG!! 
:P

Ni pengalaman kisah benar makcik aku. Kelmarin dia cerita. Dia dari muar nak balik KL dengan suami. Dalam pukul 11 lebih camtula. Katanya masa nak lalu tu banyak je kereta. Lepas tu bila dah otw, makin kurang pulak kereta sebab destinasi lain2 kan. Nak jadi cerita, Cik Mah (makcik) cakap tinggal kereta diorang je lalu AMJ tu. Ada 1 van jauh kat depan n kereta belakang pun jauh kat belakang. *ok tarik napas dulu*

*sambung* Cik Mah cakap, memalam tu macam kabus2 sikit. Jalan tak berapa clear. Suami dia yang bawak kereta tak laju pun dalam 60km/j je. *ha ni da mula cuak sikit* Tiba2 diorang nampak ada 'orang' warna putih tahan van yang kat depan diorang tu. Mula2 van tu takdela laju sangat, tapi lepas melepasi 'orang' yang tahan kereta tu, terus van tu PECUT! Cik Mah tak expect pape pun. Siap cakap kat husband dia, "ada orang tahan keretala bang". *lap peluh*

"Orang" yang tahan kereta tu belah kiri jalan. Masa Cik Mah lalu tu, 'orang' tu boleh tahan kereta sambil LOMPAT LOMPAT ke tengah jalan ! aje gile! Husband dia terus pusing stering ke kanan! Selamat takde kereta. Kalau tak memang dah eksiden kut !  Husband dia cakap jangan pandang belakang, sebab tadi tu "benda" tu. Husband dia nampakla dari cermin keretakan. 

Yang buat macam lawaknya sikit, Cik Mah cerita 'benda' tu pakai semua putih. Baju, kain, kasut, siap ada handbag semua warna putih! dan paling tak boleh blah, kasut nya high heels tau! errr. fashionista jugak 'benda' ni kan ? :P Cik Mah nampak jelas badannya, cuma muka je tak nampak. Tapi dalam hati, takutnya hanya Tuhan jela tau. fuhh.

Lepas kejadian tu baru Cik Mah tau AMJ tu keras sikit. Rupanya ada sedara lain penah kena gak. Siap makan tepi jalan lagi. Pastu nak jadi cerita, dompetnya tertinggal. Esoknya bila datang balik tempat tu, dompetnya ada kat tanah. Tapi takde kedai apa2 kat situ. Haaaaa takut tak takut tak ? hehehee~ Dah macam cerita movie betei. Pasal cerita Cik Mah tu aku percaya je. Cerita lain, dengar dari mulut ke mulut je. Betul ke tak, Wallahualam.

Sajala nak kongsi cerita ni. Mana tau korang pun penah alami jugak ke..boleh share2 :) Nak lagi feel baca entry ni, korang kena KLIK SINI. Seyez bikin meremang bhai ! Lemah semangat aku syorkan jangan klik. 
IKLAN :
Setiap klik membawa padah. harharhar

ps = CUTI DAH HABIS! ESOK DAH MULA KULIAH! UWAAAAAAAA T_T

Thanks for reading :)

10 juta orang sayang aku:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Bella, sah2, ni manusia menyamar ni,hahaha. Hamboi,siap pakai high heels bagai, takdok kejo ko demo ni.

Tapi, mana2 lebuhrya baru bukak, mesti ad cerita2 seram.. maybe ada betulnya, sebab kebnykknnya teroka kawasan hutn kan..wallahualam.

Hanida Moss said...

akak penah lalu situ jugak, dari air keroh nak gi muar. tapi siang2 la kan. haaa x tau pun tmpt tu ade hantuuu hii. takot!

Harith Iskandar said...

xpernah lalu, mnggu dpn sj g johor nnti sy lalu nk rase mcm mane :)

Lina Hamiedah said...

seram.. hehhe..

pandan said...

mlm nie bru nk lalu,,,huhuhu,,,

Anonymous said...

Betul AMJ ada bunian dan hantu. Ramai dah jumpa terutama yg lalu lepas 12 tgh mlm. Jangan cakap besar, sebab dah ramai jumpa kampung bunian yang penduduknya berpakaian putih. Hati2.

Anonymous said...

Kalau sesiapa rasa nak jumpa, kena cakap besar la... Jangan lupa rakam video... Hehe

Anonymous said...

Selain AMJ, belakang sekolah menengah syarifah rodiah teluk mas melaka pun selalu dikaitkan dengan bunian. Wallahualam.

samsudinismail Samsudin1980 said...

Seram

samsudinismail Samsudin1980 said...

Seram

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails