my beLOVEd follower

Friday, September 17, 2010

adab memotong kuku

info for u guyz.


CARA MEMOTONG KUKU


Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.



Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking

sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.

WAKTU MEMOTONG KUKU


Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim)

Menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.


MENANAM POTONGAN KUKU

Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah
sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu
'anhu
menanam potongan kuku.


MEMOTONG HAID KETIKA HADAS BESAR

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau
memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub.Kerana
segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.

Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada...

SABTU = Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

AHAD =
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

ISNIN =
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

SELASA =
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

RABU =
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

KHAMIS =
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

JUMAAT =
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


p/s = makruh memotong kuku dengan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta. .

Renung renungkan..dan selamat beramal..;)
Anda buat, anda dapat. ;D

0 juta orang sayang aku:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails