my beLOVEd follower

Friday, September 17, 2010

adab memotong kuku

info for u guyz.


CARA MEMOTONG KUKU


Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.



Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking

sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.

WAKTU MEMOTONG KUKU


Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim)

Menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.


MENANAM POTONGAN KUKU

Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah
sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu
'anhu
menanam potongan kuku.


MEMOTONG HAID KETIKA HADAS BESAR

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau
memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub.Kerana
segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.

Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada...

SABTU = Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

AHAD =
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

ISNIN =
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

SELASA =
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

RABU =
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

KHAMIS =
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

JUMAAT =
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


p/s = makruh memotong kuku dengan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta. .

Renung renungkan..dan selamat beramal..;)
Anda buat, anda dapat. ;D

Thursday, September 16, 2010

google gravity

ape mau buat? sangat bosan kat rumah coz my parent puasa enam. jumaat ni baru beraya. nothin interesting pon aku nak membebel arini. soo, borink2 usha belog orang, ternampak lah something yang menarik neh.. jom tengokk!




nga sonok kau google, tibe2 collapse lak mendeh neh. LOL!
cubalah! its fun ok.
^_^

CLICK neh ntuk try.

MyEm0.Com

Tuesday, September 14, 2010

satu hari di hari raya



seperti yang telah di janjikan.. (yeke aku da janji??) aku kenala upload gambar rayer aku en.. huhu~ yela kan..da memang waktu raya, takkan nak upload gambar aku sambut krismas lak. betui ndak? heee~

meh aku stori sket. malam raya tuh aku sefamily balik BP aka Batu Pahat ok. tu kampung belah abah aku.belah mama jaohh kot. kat Ampang. kah3! ikotkan bulan pose dulu, hari2 aku balik kampung. sebab uma nenek aku dokek jo ngan uma aku. hikk~

raya kat kampung dah xsemeriah dulu lah. xramai dah yang ade kat kampung. dah xmaen mercun n bunga api malam raya..dah xramai sedare balik kampung..yela, dah takde orang tua dah. atok dah takde. tinggal kakak abah aka makcik aku je yang ade.yang laen kat uma masing2la kan. anak2 diowang kumpul sane.kalau dulu rayer kat kampung, syok giler! ngan bising2 sedare memekak..makcik pakcik aku including parent aku bebual macam da 10 taon xjumpe sampai nak tido pon susa..best suasana tuh! dulu gak abang sedare aku siap buat meriam. lawan ngan kampung sebelah agi ouh! aku dak pompuan neh, dok tepi jela. taley nak join sangat. (yeke aku pompuan?) kah3! dah dok tepi, men bunga api jela. xpon pop pop. aku ni jenis takot sket nak bakar mercun. asek pikir bukan2 je. manalah tau kan, aku xsempat baling, molotup kek aku..xpepasal je jatuh saham tau x? hahaha!

paling kuang ajaq abang aku la. boleh baling mercun mancess kat kaki aku. selamatlah ade hero sorang neh cepat2 bagitau aku..sempat aku melompat ke tepi, n mercun tu teruz meletop. sabaq je aku ngan pakcik gemokk neh! haish~ xsayang adeq betol!

aiya. tengok aku dah terbebel panjang2. dahla.kalau nak aku citer pasal raya, lagi banyak aku ngarut nanti. moh le kite tengok gambar yep.


erk. pagi2 raye budak2 neh da buat dose ngan aku. -_-'


4 generasi. dari cicit ke moyang. ;)


my happy family at kampung. ;D

beraya di kampung. sunyi je jalan ouh!



ok. budak bajet ni lagi. haha!


more picyures kat fb la ye. aku ni bukan rajen mengupload banyak. terima kasehh~


p/s = perasan tak gambar ade yang terang n ade yang gelap? biasalah. nset murah. ngeh3~
MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails