First of all, congratez kat adik2 yang amek PMR tahun ni. About 34k yang dapat straight As kat Malaysia! Ramai budak2 pandai sekarang ni kan. hihi. Adik aku one of calon PMR tahun ni lah. Result dia alhamdulillah ok. Tapi takley challenge kakak dia lah. HAHA.
PMR is just another stepping stone ntuk berjaya after ur UPSR. Next station is SPM. For those tak puas hati ngan result PMR tu, jangan down sangat. SPM tu lagi penting ok dear? ^_*
Cerita pasal PMR ni, sumpah aku rindu zaman aku sekolah dulu. Nak tau 1 citer tak? Ahh korang tanak tau pon aku still nak citer. ngee~
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ni kisah sorang budak masa tahun 2005 nak amek keputusan PMR kat sekolah. Dia budak KL yang belajar dekat Johor. Let consider her as 'N'. Dia budak biasa2 je. Takdela hebat mana pun. Pandai pun biasa2 je. Just ordinary student. Masuk kelas kedua. So target ntuk PMR dia memang biasa2 jugakla. Tapi sape yang tak nak dapat straight As ye idak?
So dipendekkan cerita, waktu result keluar, mak+adik+nenek+nek long semua ikut gi Johor and tidur kat hotel berdekatan sekolah. 1 family ni datang nak amek sama2 result budak ni. Apa yang N tau, amek result kena pakai baju sekolah. Sebab dia ni dari KL, so dia takdela nak bawak baju sekolah. Mak dia suruh konfemkan ngan cikgu kelas, boleh ke pakai baju kurung biasa n tudung biasa ntuk amek result. So lebih kurang beginilah perbualannya..
N : Assalamualaikum cikgu. bla bla bla (bayangkan sendirilah ye pertanyaan budak tu kat cikgu dia.)
Lepas cikgu jawab boleh apa semua, cikgu pun cakap sesuatu yang buat N tu nanges tak henti2.
Cikgu : Haa N! Macam mana keputusan awak ni?! Takde A pon??? Semua B je?? Macam mana awak belajar ni??
N : Err. Yeke cikgu?? Saya takde A langsung??? *dengan suara terketar2. tangan dah sejuk. mata dah bergenang. T_T
Cikgu : Yelah. Tulah awak maen2 belajar. Ni pukul berapa nak datang? Saya tak sabar nak jumpa awak ni.
N : Saya datang. Saya datang. *lemah. tak mampu nak cakap sebenarnya. talian dimatikan.
N ni terus terduduk. Melalak sorang2 kat balcony hotel. Sape tak sedih bhai penat lelah kau setahun takde A langsung ! Semua B! Rasa diri macam bodoh gila je ! Memang meraung....lah kan !
Malu N dengan nenek n nek long dia. Sampai tak pepasal nenek N kena buat air jampi sebab dah sangat mengongoi N menangis. Sampai taknak pergi amek result dah. Mata sembab tayah citer.
Dipendekkan lagi cerita, semua gerak menuju ke sekolah. N taknak keluar kereta. Mak, nenek and nek long yang pergi ke dewan ntuk ambilkan result N. N malu ngan family sebenarnya. Malu sebab tak mampu dapat 1 A sekalipun. Sedih sebab couldnt make her parent proud of her. ;'(
N tunggu dalam kereta dengan adiknya. Tiba2 maknya telefon, ucap TAHNIAH kat N! Dan suruh dia datang ke dewan sekarang. Slow2 N jalan ke dewan ntuk mendapatkan maknya. Sampai sahaja di dewan, mak N terus memeluk N sambil menangis dan memberitahu berita yang sebenar.
N dapat 9A !! Ya Allah. Bagai tak percaya je apa yang berlaku. Tadi N menangis bagai nak rak sebab fikirkan tiada A, sekarang sambung menangis sebab dapat straight As ! Cikgu juga memeluk N mengucapkan tahniah dan minta maaf kerana bergurau dengan N. Tidak sangka sampai N boleh percaya dan menangis dengan teruk. ;p
N bersyukur sangat2 dan memang tak sangka akan dapat keputusan sebaik itu.
THE END. ;)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Allah beri kita dugaan, kerana DIA dah sediakan kepada kita ganjaran yang takkan terjangkau akal kita. ;')
Ada ke yang baca sampai abes? Aku memang tabikk toink2la kat korang yang baca sampai abes. hihi~ Aku saje je ngade2 buat dalam version cerita camni. Tengah rajen nak menaep. Teringat pulak kenangan masa amek result aku. eh, N lah. bukan aku. lalalalaa~
p/s = Esok nak ke Pangkor ! YEAH !