Kali ni nak sambung cerita pasal kat Langkawi. Bukan apa berpart2, sebab nanti meleret panjang sangat satu entri. Macam lah rajin sangat nak skrol kan kan ? :P Ni sambungan entri INI dan INI :D
Lepas ktorang gi KILIM GEOFOREST PARK, petang tu ktorang naik cable car. Nak tengok sunset dari atas gunung pulak :D Mula2 ingat tak sempat sebab memang ramai gila orang! Beraturpun sampai berkelok2. Tapi dah datang, takkan taknak gi pulak kan. So here we are :)
Mama gayat banget! Kalo boleh nak pejam mata je dalam cable car tu. Mula2 mendatar sikit, bila dah tinggi, maken curam! :P
Smartkan amek gambar bentuk LOVE tu? ^^
Beli lagi barang kenangan ni. :)
Kat cable car lagi murah dari kat Bird Paradise. -.-"
Masa masuk Oriental Village ni, ada pulak pasal tahun melawat Korea. Pastu ada lag diorang buat replika2 ala2 Korea sikit. Pastu dengan poster Winter Sonata lah, snowman palsu etc etc. Sempat la jugak bergambau kat sana :D
Esoknya ktorang lepak bilik je. After breakfast, anak2 lepak bilik while abah, mama n nenek pegi shoping kat bandar. Kemain elderly shoping tak ajak hanak hanak. Takut terlebih bajet lettuw :P
Petang tu ktorang pergi Underwater World lak. Mula2 ingat tak nak masuk sebab first , lebih kurang macam kat Aquaria KLCC, second, mahal weh ! *aku tak ingat berapa tapi bagi aku mahal la sebab buka xpernah pergi*. Nenek memang awal2 cakap tak larat nak jalan. Tapi tup tup mama dah bayar, so semua masuk jelaa. :P
Ikutkan BANYAKKK GILA gambar amek kat sana. Tapi ni jela aku share. Nampak tak starfish tu ? Nama dia Chocolate chip starfish. Rasa nak makan je dia! haha
Adik kena paksa pegang gamat. Geli oh! Dia lembek2 dan kesat. :P
Actually masa pergi sini mata aku kena gigit binatang oh. So agak sepet disitu. hee~ Paling best masa tengok penguin2. Time tu pulak pergi masa nak bagi penguin makan, CUTE GILA kuttt dia jalan! hahaha. Siap amek video masa dia jalan and ada pulak yang sempat 'melepas'! Siot je! kakakaka
Last tempat ktorang pergi is Makam Mahsuri. Tempat wajib pergi kat sana.Tempat lejen la katakan :D
Banyak gila perubahan since last aku pergi Langkawi 2004 dulu. *lama giloskan?*
First, makin cantik tempatnya.
Second, fee makin mahal *ikut peredaran masa lah kan?*
Third, dia dah besarkan tempat tu.
Forth, banyak barang2 kat rumah Mahsuri tu dah rosak which is tak bestla kan nak try itu ini.
Fifth, dah ada galeri khas,no camera siap ada video room pasal sejarah Mahsuri. :)
Before balik tu, jejalan pergi Pasir Hitam n Taman Buaya. Abang n adik aku je nak sangat masuk taman buaya tu. Yang lain semua stay luar tu je makan minum dulu. Aku bukan kesah sangat taman buaya ni, aim aku nak bergambar kat Dataran Helang. Tapi sebab lama sangat kat taman buaya, dengan nak hantar kereta sewa lagi, feri pulak bertolak jam 5 petang, terus tak sempat gi dataran helang. Geram betul aku ! Lari kut plan. Apa barang gi Langkawi tak dapat bergambau kat helang besau tu kan ? tskk.
Bertolak balik Jeti Kuala Perlis jam 5, sampai pukul 6 petang, check in motel mandi semayang apa semua sebab bas malam tu pukul 9. Sampai KL dalam pukul 5 lebih. Soo thats all. Itulah aktiviti ktorang kat Langkawi. Best memang sangat best! Macam tak puas kut nak mandi laut, tengok sunset dengan family. Memang release tension woo ! Tapi sampai je KL, tension balik fikirkan assignment melambak. HAHAHA
Pheww~ Habis pun entri holiday kat Langkawi ni. Aku bukan apa cerita ni, mana tau korang boleh dapat insight nak buat apa kat sana. Plus nanti senang aku nak kaborkan ke cucu cicit nanti. Mana ingat semua benda kan, so suruh jela diorang bukak blog aku ni haa. wakakakaka.
Thanks for reading :)
12 juta orang sayang aku:
langkawi sangat best..paling best bab shopping chocolate :D
blm pernh kesana,,pengen tpi lain kali mgkin y,,salam kenal..folback n coment ya http://saktobek.blogspot.com
wahhh bestnya... tumpang tengok dari jauh..
untunglah dpt jalan2..bestnya..:D
Wah seronoknya, hehe
Dulu selalu pergi ke Langkawi kerana ada rumah no 2 di sana (dulu istri kerja di Langkawi)...sekarng istri dah pindah ke sini, jadi dah setahun setengah tak ke sana...rindu pulak..
@say to easy=)
ha betul3~ choc murah2 kat sana :D
@dang murganto
best kat sana. boleh bercuti di malaysia nanti :)
@Mia Liana
hehe tengok2 :)
@Lyeen De Syifa
tgh holiday kan. bila lagi nak bercuti :)
@sa mic
hee seronok2 :D
@Jay Ar
oh yeke ? nanti ajakla fmly bercuti ke sana pulak. kite pergi pun b4 ni 2004. dah lama tuu xjejak kaki kat sana :D
Post a Comment