my beLOVEd follower

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

9 meninggal di Tanah Runtuh Hulu Langat


KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama

diambil dari Utusan Online.

Al-Fatihah ntuk mereka yang tak dapat diselamatkan. Semoga mereka ditempatkan dikalangan para solihin. Kesian anak anak yatim ni. Kepada yang belum dijumpai lagi, harap mereka semua selamat. Naik bulu roma aku dengar pasal berita neh. Hulu Langat ni bukan jaoh sangat dari rumah aku and rumah aku pon depan bukit. Sekarang dahla musim hujan pulak. Mintak dijauhkan dari sebarang kesulitan. Amin~

Al-Fatihah jugak ntuk pelakon Mahyon Ismail yang meninggal petang tadi.


Tuesday, September 28, 2010

OMG! invitation aku ke party VASELINE telah ditarik balik. iskk


aku sangat sedih. amat sedih neh. terlalu sedih. isk3!

baru tadi check email, n know what? jumaat aritu nuffnang ada anta invitation ntuk ke Vaselin Party tuh! n due date ntuk confirm kan is semalam! adoyai~ aku neh dahla spesis yang amat malas bukak email ouh! kan da terlepas peluang best neh. sedey siot! bukan selalu aku nak menang contest2 neh. even xmenang pon, dapat invitation tuh kira menang jugakkla kan coz bukan semua orang dapat. uwaa!! so sad!
moral of the story : rajen2 lah check email anda ye anak anak. ;(
entry ni hanye tinggal kenangan... ARE YOU MOIST ENOUGH?

Thursday, September 23, 2010

Nissan Fairlady Shahir AF8 remuk


sian giler Shahir neh. keta baru sebulan beli dah kena eksiden kan.. Nissan Fairlady tuh! bukan kancil mata belalang. isk. apepun, mesti ade hikmah disebalik ape yang berlaku. sabaq jela ye Shahir ui. mengikut berita, Shahir ni eksiden kat Lebuhraya Utara-Selatan masa nak balik ke Perak. more info ley usha page ni ye..

SHAHIR AF8 TERSELAMAT, KERETA BARU BELI REMUK.

Wednesday, August 25, 2010

bunuh bunuh bunuh

tadi aku baru baca kat paper Kosmo pasal ayah bunuh anak sendiri umo 3 tahun kat Kota Bharu. sedih siot! bukan bunuh tembak ke, kasi racun ke, ni sembelih anak sendiri kot!! iskk! giler kejam. MyEm0.Co

meh aku quote sket berita tuh...

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu. baca sepenuhnya DISINI
~KOSMO 28/08/10~

seram en? isk.tapi 2 lah kan.. orang sakit mental ni bahaya. bukan macam kudis ley nampak sakit ye kat mana..ni dalam otak. giler sampai nak bunuh anak sendiri, ape citer bai.. trauma aku nak kawen ouh! maybe before kawen ok, takde sakit pape, tapi who knows kan after get married, stress sgt agknyer sampai nak bunuh anak sendiri. gile betol!

ni sama la macam kes yang lelaki bunuh 1 family dia tuh..cuma mak n adik dia je xbunuh. apesal lah dunia sekarang neh banyak sangat kes bunuh2 ek? baby dumping lah..sembelih orang lah.. takde perikemanusiaan langsung. orang mental camnih bahaya la dalam masyarakat. but how nak detect someone ade mental problem ye? payah gak camnih.. then orang y bunuh baby 2 pon, consider as mental problem jugakla kan? mana ade orang sanggup bunuh anak sendiri if dia xsakit mental.. betul x?


p/s= nak makan ape ek buka nanti? (tibe2 tukar topik) ;p

MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails