my beLOVEd follower

Saturday, March 31, 2012

Gaya Melentik Si Itam & Si Putih

Assalamualaikum semua

Terima kasih sangat2 kepada yang mendoakan makcik aku. Pembedahan dah berjaya dan masih dalam ICU lagi. Doktor cakap takde ape2 kompilasi teruk. Semuanya normal je. Alhamdulillah :)

Dah lama aku tak citer pasal kuceng2 aku kan. Ni just a short update. *short ke? haha. Selagi mampu update, insyaAllah akanku kerah jari ni ntuk berjoget yea. ^_^ Korang ada kuceng tak? Ala kalau takde pun, mesti penah tengok kuceng2 tido kan. Ni aku nak tunjuk pesen baru gaya kuceng2 aku tidoq. ;P

Hi ! I'm Bibie ! The lentiks boy !
^_^

Hi! I'm Cicie ! The lentiks junior boy! HAHA !

Entah kenapa lah budak2 ni sekarang tukar gaya tidur. Dulu normal je sebagai seekor kuceng sejati. Sekarang ni pulak dah berubah gaya. Member aku cakap mungkin ikut gaya tuan dia tidur. Er,tuan yang mana satu masalahnye??? hahaha.

Kalau aku tido memang bukanlah sebab aku tido cam kat bawah ni. Sopan jee. hekhek~


Ke macam adik aku, or abang aku or parents aku?? Nak tengok camne diorang tido??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UWEEKKK !


Memang TAK LA aku nak tunjuk kan.

HARHARHAR

*Asal aku gelak cam mejah lak ni? dem!

p/s = Esok berakhirnya cuti aku. mood nak bercuti lagi itu lumrah kehidupan. sekian

Thanx for reading :)

Thursday, March 29, 2012

Doakan Makcik Saya Selamat Pembedahan Jantung yea :)

Assalamualaikum semua

Esok, 31 Mac 2012 pada 8 pagi makcik saya akan menjalani pembedahan jantung.
Doakan pembedahan ni berjaya yea kawan kawan.
Thanx a lott !
:)


p/s : Ni pembedahan untuk tukar injap jantung yang bocor. Agak risaula sebab major operationkan. huhu

Wednesday, March 28, 2012

Buku Lejen Press yang Memang LEJEN ah ! :D

Assalamualaikum semua.

Although cuti, tidak bermakna aku bersenang lenang dirumah. Banyak kerja ye nak dibuat, plus naek je cuti ni ade 4 paper berderet. 3hb, 3hb, 4hb and 5hb April. Memang best ! -..-"

Selain buku2 pelajaran yang wajib kena study (kononnya ;p), ada lagi buku2 nak baca cuti ni sebab baru je sampai semalam. WEEEE~ :D

Nilah dia buku2nya !
#Kitab Terfaktab
#Sperma Cinta
#Awek Chuck Taylor


Maybe antara korang ade yang tak penah nampak or even tak dengar pun buku2 ni. Tapi diorang ni LEJEN doe! haha. Dah nama company pun LEJEN PRESS lah katekan. xP

Aku penah beli buku Nami, Pengejar Bintang version DIY punye. Aku suka cara penulisan dia. Sangat sempoi dan penyampaian yang senang paham. Novel yang sgt TAK klise macam novel2 cintan yang laen. Memang bestla baca. Adik aku pun suke :)

Nak tau aku beli kat mana? Ni website diorang. Lejen Press. Siap boleh gune baucar buku sekali tau although diorang ni penerbitan indie. Kalau nak tau buku2 diorang ni best ke idak, tanyalah orang yang dah baca. hihihi

pstt : Aku macam nak je beli semua buku diorang ni tau. Nyesal lak abeskan awal2 baucar buku. Kalau tak borong buku Lejen Press je ;P

p/s : Taukan baucer buku boleh guna sampai 30 April ? Bestnya dapat borong kat Pesta Buku nanti. Saya jelly ! *ayat budak2 sekarang. Jelez jadi jelly. Jadi jelly bean betul2 baru tau. hikhik


Thanx for reading :)

Monday, March 26, 2012

Orang tak nak bagi, cuba jangan paksa !

Assalamualaikum semua.

Tajuk entry mungkin agak garang dan amarah. Tapi mmg tu pun yang aku rasa. Semalam aku lepak TS ngan membe aku, zaidatul, hanef, ngan adik aku aqila. Zai la yang eksaited betul nak shopping. Aku layankan je. Sebab nak gak cuci mata ngan barang2 kat TS tu kan :)

Dipendekkan cerita, aku ngan adik aku naek tren star dar Ampang. Sampai je stesen Hang Tuah, ade a group of chinese approach ktorang. Then dia asingkan aku and adik aku. Chinese girl sorang ni suruh tulis nama, ntuk tolong projek asgnment dia. Sambil2 tu dia puji itu ini. Cakap muka aku macam chinese la, cakap aku tak macam umo nak masuk 22 lah. (membodek jee)

At first aku ingat dia nak tanya2 soalan jela. Pastu blah. Jap lagi boleh dia suruh beli barang2 yang dia jual, harga RM30 & RM 60 je ! siap dah bagi harga lak tu. Barangnye pen elastic and teddy bear kecik tapak tangan je ! Gile tak berbaloi !

Aku cakaplah aku taknak sebab takde duet. Baru nak pegi TS baru cucuk duet. Then dia paksa2 gak suruh support dia. kena beli rm30 je. Pastu cakap kawan awak dah beli maaa. Aku pandang aqila, dah kuakan duet lima hengget lima hengget dia cukupkan rm30 ! WADDEEEFFF??!!

Diorang pandai lak tu tak bagi aku ngan adik aku discuss dulu. Tu yang adik aku termakan hasutan diorang tu. Dah tau aqila beli PEN BERHARGA RM30 TU, lagilah aku taknak bagi duet kan. Aku siap cakap nak bagi RM1 or RM2, tapi dia taknak. Nanti tak dapat point katanye. Point abah kau ! Orang sedekah duet taknak. Nak gak paksa beli mende tak berbaloi sampai rm30. Memang TAK la kawan. *kawan ke ngan dia? haha

Ayat paling takley blah dia, siap bagitau aku atm katne so that aku ley cocok duet n beli barang dia. Lagi aku angen. Seyez gile nak paksa2 aku. Last2 kawan2 dia yang laen terus cakap thank you kat aku, sebab nampakla muke dah nak angen en. Tapi chinese gurl tu memang tak puas hati gile. Buat muka kot ! Aku blah gitu jela.

Then telinga adik akulah panas sebab dengar aku membebel. Dia boleh termakan hasutan dak2 cina suruh beli pen bongek tu ! Last2 takde duet nak shopping. Aqila dahla bawak rm30 je. Sian betul. -_-"

Inilah pen berharga rm30 tu. Memang berbaloiii kan? -..-
Gamba sami shoalin lak tu. Bagila yang cute2 sikit. haih


Moral of the story :

#Korang yang nak buat project ke, asgnment apa2 pasal nak jual2 ni, tolonglah consider sikit orang yang korang approach tu. Bukan semua orang cop duet. At least nak sangat orang beli, biarla berbaloi sikit. Over sangat nak untung besar. Put asidela point yang korang nak dapat hasil jualan tu.

#Korang yang kena approach pulak, rasional sikit dalam decision making. Belajar say NO ! We have our rights dalam hidup ni. Bukan orang laen tentukan cara berbelanja kita. and still, put asidela kalau korang memang baek nak bersedekah amal jariah kat cine tu kan. -..-'

Maaf jika entry ni agak racist sikit. This is just my experience. Pengajarannya untuk semua orangla yea. :)

Thanx for reading :)

Saturday, March 24, 2012

Photography Workshop :D

Assalamualaikum semua :)

Walaupun cerita ni agak basi, yelakan dari minggu lepas lagi. Tapi aku nak citer gak. ;p Last weekends on 17th March biro aku ada organize Photography Workshop untuk budak2 mahallah aku je. Kira ni Mahallah Asiah punye aktiviti lah. What soo special about this workshop is, its FREE ! bukan senang nak belajar pasal camera, adobe secara free ok ! Siap dapat certificate lagi :D

Committee ktorang tak ramai. Ngam2 ada 7 orang ntuk setiap post. So agak kabotla bila itu ini tak terhandle sorang2kan. But Alhamdulillah, evrything went well. And program berjalan dengan jayanya. :)

Part of the committees :)
I'm as the Program Coordinator ^^

Pagi tu belajar teori dulu. Jenis2 SLR n other cameras .

Petang belajar edit gamba guna Adobe and outdoor. Boleh tanye je pape kat bro Muhyidin ni. :)

And lastly, haruslah bergamba beramai2 ! ^_^

Aku takde gamba yang include aku sekali sebab sebok amek gamba org je. Nasebla kan kalau jadi partime photographer. haih~ Anyway, aku sebenarnya tak dpt nak dpt advantage dari workshop ni sangat sebab sebok buat kerja. Tapi agak eksaitedla bile blaja pasal edit2 tu. No wonderlah bule ilang semua kesan jerawat, parut kat muka dengan hanya mengedit! xP

Aku ada tanya kat bro tu, camera ape yang bagus sekarang? Then dia jawab simple je.
"Awak dapat bezakan ke kat gamba tu org amek guna nikon ke, canon ke, sony ke..Takkan? Yang penting cara awak amek gamba tu kena smart :) "

Betul jugakkan? Tapi bagi aku, asal gamba tu terang n jelas, kira cantik la tu. hihihi


psstt : Perasan tak board yang tulis 'Welcome to Photography Workshop' tu? Korang agak rambut dia tu ktorang pakai ape? sape betul aku bagi flying kiss. keh3~

Wednesday, March 21, 2012

Kekangan masa penyebab Blog agak terbiar. Maaf.

Assalamualaikum semua.

InsyaAllah blog will be update this weekend. Thank you. :)

Lots of things in my mind to write. Tapi biasalah mood belum datang, jaripun taley nak berjoget. So, see ya !

PEACE!
^_^

Sunday, March 11, 2012

Jom buat Burger Special with Cheese :D

Assalamualaikum semua.

Takde idea nak buat breakfast ? Meh sini aku suggestkan buat homemade burger special with cheese. Dijamin OHSEM ! haha

Ni sebagai contoh saja. Terliur? Jom buat ! senang je pun :)

Sekarang jom usha barang2 yang diperlukan.

#Daging burger
#Telur
#Cheese
#mayonis
#sos bbq. *optional
#lada sulah *penyedap rasa
#kicap Lea & Perrins *penyedap rasa

Cara membuat :

1- Goreng burger as usual
2- Pecahkan telur dan ratakan di atas kuali pan.
3- Letak kepingan cheese diatas telur. Pastikan ditengah2 yea. *dalam gambar tu aku letak burger dulu baru cheese. mana2 boleh. but letak cheese dulu is better. :)

4- Letak mayonis kat burger. Lada sulah sikit.
5- Balut burger tu elok2. :)

SIAP! ;D

Lagi best kalau korang ade buat coleslaw ke. Salad and roti ke. Baru jadi. Ni aku buat malam tadi. Supper kitorang sekeluarga. hihihi.

Selamat mencuba ! :D

*jumlah kalori n kolestrol jangan tanya aku. Aku tak timbang. hehek ;p

Saturday, March 10, 2012

Yesterday was my sista's birthdayy ! :D

Assalamualaikum semua.

9 Mac 1996.

Birthday adik montel aku sorang ni. Ktorang adik beradik taktau nak celebrate macam mana, so tanya qila, dia nak karok and shopping ! So ape lagi. Malam tadi jugak ktorang terus ke Axis Atrium karok satu kalu then gerak ke danau kota ntuk shopping ! jyeahh ! ^_^

Ni gambaq after karok. Semua jadi mereng and sore takde. penat siot melalak. Even ada video, memang TAK la nak letak kat sini kan. hehek. Birthday gurl y semangat PEACE depan2 tu. Ktorang kua berlima. lagi sorang abang aku y jad tukang amek gambaq. ;P

Anyway,
HAPPY BIRTHDAYY my lil sista AQILAH HANANI !
May all ur wishes come true.
Be a good gurl , daughter and sister.
Tamo degil2 lagi ngan mama and aku. Sekeh jugak nanti. ;P
May ALLAH bless you always.
:)

psst : semalam tak puas sgt shopping kat danau sebab tak cucuk dwet. so perbelanjaan terhad sebab ade rm150 je dalam tgn. ;( tu pun thanx tu Kak Anun sebab bagi pinjam rm100 ouh. Bule lak atm reboot sampai kol1 taley cucuk duet lagi -..-

Suka bergambar? Tengok NI. :)

Thanx for reading :)

Friday, March 9, 2012

1st time FlyingFox kat D'Ambang Resort :D

Assalamualaikum semua.

Atas sebab kebusizian yang melampau, memang terabai sketla blog ni. but dont worry. Nak weekend insyaAllah aku akan update and blogwalking kalau berkesempatan :)

Ni cerita minggu lepas sebenarnya. Sabtu, 3 Mac aritu aku g camping kat D' Ambang Resot, Pekan Pahang. Aku pergi under Club Personal Growth Group, Counseling Department.. Nak tau katne? Ni WEBSITE nya. Aku ingatkan tempat ni dekat. tp amek masa 4jam jugakla nak sampai dari Gombak. Tempatnya lawa! seswaila ntuk campsite n family day. Ntuk bercuti sgt taklah although nama dia 'resort'. ;P

Bertolak dari UIA kol 7 pagi. tp 6.30 pg dah kena berkumpul kat tangga besar depan tu. Sampai2 sana je, dah melompat2 over-eksaited. *biasalah ktorang kan. org laen rilex je. ;P

Okay abaikan 2 model poyo ni. Tempat ni sebelah sg.pahang. so sajela posing sat. hihihi

Sampai sana je, aktiviti malam ktorang adalah Night Walk! urghh ! Aku paling tak suke kena jalan sesorang dalam hutan ni. lomahla eden =_=". Tapi terpaksa gak buat. Selamat diorang tade kacau2. -.- Ramai gak budak2 ni kena geget pacat. Syukur alhamdulillah aku tak kena. GELI kut !

Apa yang aku nak citer ni, FIRST TIME woo buat FlyingFox! Dulu zaman sekolah memang ade gak flyingfox ni. tapi aku selalu ngelak sebab ramai kan. So sape yang nak je naek. taknak tayah naekla kan. Tapi this time, semua kena naek. sebab ktorang ade 27 student je kan. -..-

First2 kena panjat tangga helicopter ni dulu. Ingat tak gayat, satgi bile tangga ni goyang2, makaih longgar lutut weeyy. -_-" . Gambar kedua tu dah terjun dah. Bila dah kat atas tu, memang takut gile nak tengok bawah. Boleh pulakla aku nak lemah semangat en. Tapi bile dah berjaya terjun tu memang best gilee ! HAHAA

Ni muke heaven dah berjaya turun. *act baru lepas nangis tu sebab takut yang teramat. KAH3~

Yang paling aku suka kat sini memang makan dia lah. Makcik situ masak sedapp gile ! Pastu makan sehari 6x. Memang ktorang tak sempat lapar pun. Dahla aktiviti sempoi je. Cuma yang tak bestnya ktorang pegi Sabtu, balik Ahad. So tak puasla beraktiviti kat sana. tempat tu best jee. Ktorang dapat bilik 5 orang sebilik, siap ada aircond n kipas. Not bad la kan :)

#Pheww. Dapatpun aku update pasal camping ni. hihi

pstt : Ada twitter? Jom tweet sama2 :) KLIK SINI.

Thanx for reading :)

Friday, March 2, 2012

Adakah Kita Seorang Pendengar yang Baik?

Assalamualaikum semua.

Tiba2 terlintas nak buat entri tajuk ni. So, adakah kita pendengar yang baik? There's a lot website had mention about How to be a Good Listener, Steps to be a Good Listener yedda yedda. Tapi adakah kite praktik kan semua tu?

Ok. Straight to the point. Aku amek contoh info kat website INI for those yang interested nak tau antara Steps to BE A GOOD LISTENER.


Apa yang aku nak HIGHLIGHTkan kat sini, nak jadi pendengar yang baik bukan dengan hanya dengar masalah orang, dengar lecturer ngajar dalam class etc etc. Its about ur attitude towards orang yang tengah bercerita tu.

For example. Bila kawan kau nak citer masalah kat kau.

A : Wey. Aku stress lah. Aku rasa beratla sem ni.
B : Asal weh? Kau amek berapa subjek?
A : 6 subjek. Tapi semua berat2. ;(
B : Rilexla. Aku dulu amek 6 gak. kecohla kau ni.
A : ............

Korang nampak tak ape masalahnya? si B ni is not a good listener. Why? Sebab dia bukan nak dengar masalah kawan dia tu, boleh pulak dia cakap something yang membuatkan kawan dia patah semangat.

Another example.

A : Wey aku takotla arini aku ada presentation. ;(
B : Aku lagilah ada kuiz kot.
A : Tapi present lagi cuak ouh dari kuiz. ;(
B : Same jela. Aku lagi tak study sgt ntuk kuiz.
A : Tapi presentation tu 10 markah woo. ;(
B : Samelah dengan kuiz aku.
A : .................
(based on true story)

Contoh ni lebih jelas mungkin? Si A cuba menjelaskan rasa risau dan cuaknye dgn harapan B boleh dengar masalah dia. Tapi si B slumber je kaetkan keadaan dia pulak. Thus, it is not good ok anak anak. This attitude should be avoided bcoz later, org akan malas nak cerita apa2 kat korang. Orang akan rasa, korang ni sangat tak endahkan masalah kawan2. Do u get my point? If yes great ! :)

Benda ni madam aku yang cerita masa dalam class. She as a psychologist, need to be a good listener. And ktorang yang blaja psychology ni, amatlah penting untuk cuba menjadikan diri seorang pendengar yang baek. Tak rugipun dengar masalah orang sebab nanti bila kita ada masalah, boleh kongsi dengan kawan jugak. Kan? :)
This is soo TRUE :)

Thanx for reading guyz :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails