my beLOVEd follower

Friday, January 25, 2013

Cute Apam Recipe

Assalamualaikum semua.

Selasa haritu sesajalah test buat apam cute-cute. Ikutkan barang tak cukup nak buat sebab aku tak amek lagi cup merah kecik2 nak buat apam tu kat rumah nenek. Tapi sebab adik aku ada kat rumah, bedal jela buatnya. 

BERTUKAR BAHASA!  harharhar

Actually this recipe requested by Yuii because she want to bake it, but none of the recipe in English which she cant understand. So I hope mine can make you understand and try it on your own :)

Ingredients :

Ingredients A :
3 eggs - straight from the fridge
220g castor sugar (gula halus)
1 tsp ovalette/ spongecake stabilizer

Ingredients B :
255g wheat flour (tepung gandum)
1 tsp baking powder
150ml fresh milk

Additional ingredients :
Fillings - nutella / blueberry / strawberry / etc (you can just use jam filling)
Food coloring 

METHODS
1- Mix all ingredients A and beat with maximum speed until change color from yellowish to pale color. 
2- Then add the ingredients B and beat it together till fluffy. 
3- Divide the batter and add food coloring accordingly. (One bottle cup each is enough)
4- Put your colored batter in the piping bag. (so that it make you easier to put it in paper cup and design it later )
5- Put in paper cup and pipe in the batter to act as base.
6- Add your fillings (the jam)
7- Fill up the paper cup till 3/4 full to allow the batter to rise while baking later. 
8- Design your own apam creatively.
9- Lastly, steam it and finished! 

This is how I put it in piping bag. I have yellow,red and brown color. The white is the basic batter. The right one is the blueberry jam :)

 My art. HAHA
Supposedly the ladybird is black in color but I used brown. Its still fine right ? ^^
Mine is not really works because I'm not using the plastic cup to put my apam. Thats why the shape is not really 'round'. 

For more details, you can refer to THIS BLOG and THIS BLOG because I learned from there and you can check how to design the ladybird also. Hope it helps :D

Fuhh. Payah jugak nak buat entri resepi dalam english ek. Harap korang pahamla ape yang aku cuba sampaikan. Tak paham, klik jela link blog yang aku bagi tu ye. Selamat Mencuba :)

Maafkan ke'broken'an english ku. ngee~

Thanks for reading :)

Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 2

Assalamualaikum semua

Kali ni nak sambung cerita pasal kat Langkawi. Bukan apa berpart2, sebab nanti meleret panjang sangat satu entri. Macam lah rajin sangat nak skrol kan kan ? :P Ni sambungan entri INI dan INI :D

Lepas ktorang gi KILIM GEOFOREST PARK, petang tu ktorang naik cable car. Nak tengok sunset dari atas gunung pulak :D Mula2 ingat tak sempat sebab memang ramai gila orang! Beraturpun sampai berkelok2. Tapi dah datang, takkan taknak gi pulak kan. So here we are :)

Mama gayat banget! Kalo boleh nak pejam mata je dalam cable car tu. Mula2 mendatar sikit, bila dah tinggi, maken curam! :P

Smartkan amek gambar bentuk LOVE tu? ^^
Beli lagi barang kenangan ni. :)
Kat cable car lagi murah dari kat Bird Paradise. -.-"

Masa masuk Oriental Village ni, ada pulak pasal tahun melawat Korea. Pastu ada lag diorang buat replika2 ala2 Korea sikit. Pastu dengan poster Winter Sonata lah, snowman palsu etc etc. Sempat la jugak bergambau kat sana :D

Esoknya ktorang lepak bilik je. After breakfast, anak2 lepak bilik while abah, mama n nenek pegi shoping kat bandar. Kemain elderly shoping tak ajak hanak hanak. Takut terlebih bajet lettuw :P

Petang tu ktorang pergi Underwater World lak. Mula2 ingat tak nak masuk sebab first , lebih kurang macam kat Aquaria KLCC, second, mahal weh ! *aku tak ingat berapa tapi bagi aku mahal la sebab buka  xpernah pergi*. Nenek memang awal2 cakap tak larat nak jalan. Tapi tup tup mama dah bayar, so semua masuk jelaa. :P

Ikutkan BANYAKKK GILA gambar amek kat sana. Tapi ni jela aku share. Nampak tak starfish tu ? Nama dia Chocolate chip starfish. Rasa nak makan je dia! haha
Adik kena paksa pegang gamat. Geli oh! Dia lembek2 dan kesat. :P

Actually masa pergi sini mata aku kena gigit binatang oh. So agak sepet disitu. hee~ Paling best masa tengok penguin2. Time tu pulak pergi masa nak bagi penguin makan, CUTE GILA kuttt dia jalan! hahaha. Siap amek video masa dia jalan and ada pulak yang sempat 'melepas'! Siot je! kakakaka

Last tempat ktorang pergi is Makam Mahsuri. Tempat wajib pergi kat sana.Tempat lejen la katakan :D
Banyak gila perubahan since last aku pergi Langkawi 2004 dulu. *lama giloskan?*
First, makin cantik tempatnya. 
Second, fee makin mahal *ikut peredaran masa lah kan?* 
Third, dia dah besarkan tempat tu. 
Forth, banyak barang2 kat rumah Mahsuri tu dah rosak which is tak bestla kan nak try itu ini.
Fifth, dah ada galeri khas,no camera siap ada video room pasal sejarah Mahsuri. :)

Before balik tu, jejalan pergi Pasir Hitam n Taman Buaya. Abang n adik aku je nak sangat masuk taman buaya tu. Yang lain semua stay luar tu je makan minum dulu. Aku bukan kesah sangat taman buaya ni, aim aku nak bergambar kat Dataran Helang. Tapi sebab lama sangat kat taman buaya, dengan nak hantar kereta sewa lagi, feri pulak bertolak jam 5 petang, terus tak sempat gi dataran helang. Geram betul aku ! Lari kut plan. Apa barang gi Langkawi tak dapat bergambau kat helang besau tu kan ? tskk.

Bertolak balik Jeti Kuala Perlis jam 5, sampai pukul 6 petang, check in motel mandi semayang apa semua sebab bas malam tu pukul 9. Sampai KL dalam pukul 5 lebih. Soo thats all. Itulah aktiviti ktorang kat Langkawi. Best memang sangat best! Macam tak puas kut nak mandi laut, tengok sunset dengan family. Memang release tension woo ! Tapi sampai je KL, tension balik fikirkan assignment melambak. HAHAHA

Pheww~ Habis pun entri holiday kat Langkawi ni. Aku bukan apa cerita ni, mana tau korang boleh dapat insight nak buat apa kat sana. Plus nanti senang aku nak kaborkan ke cucu cicit nanti. Mana ingat semua benda kan, so suruh jela diorang bukak blog aku ni haa. wakakakaka.

Thanks for reading :) 

Sunday, January 20, 2013

Aktiviti di Langkawi Part 1

Assalamualaikum semua

Hai korang! Haritu dah cerita pasal tempat tinggal kat Langkawi kat entry INI. Harini nak share aktiviti2 yang ktorang buat kat sana pulak :)

PERINGATAN!
Entry ni akan ada banyak gambar. Tapi no worries sebab banyak gambar telah ditapis SIRIM. wakakaka

Hari pertama sampai sana, lepas check in resort, kitorang terus ke Bird Paradise Wildlife Park. Basically kat sana boleh bagi binatang makan,tengok habitat binatang, rembat rabbit masuk beg. eh? haha. Kalau korang penah pergi Bukit Merah Laketown Resort, lebih kurang jugakla. Tapi kat sini takde guinea pig macam Bukit Merah tu. :P

Souvenir dari sana :)
Anak2 saya :D
Add caption
Paling best kat sini aku rasa masa bagi burung2 makan kut. Syok gila bila burung datang makan kat tangan kita. Selalu kat luar, kita datang dekat kat burung pun diorang dah larikan. Tapi kat sini they soo friendly. keke. Btw, makanan2 binatang boleh dibeli siap2 masa awal2 masuk tu :)

Second day, pepagi dalam pukul 9 tu kitorang gerak ke KILIM GEOFOREST PARK. This time kitorang dah book awal2 dari KL lagi. So tinggal deal dengan orang yang ktorang book jela. Aktiviti kat sini, naik bot, singgah Gua Kelawar, Eagle Watching, Fish Feeding, pusing2 pulau unik dan batu2 unik. Siap tengok monyet mandi manda uols! haha soo jakun! :P
Ni kat Gua Kelawar .
Ada jalan masuk dia kena bongkok. Pastu sewa la torchlight tu  rm1 sebab dalam gua gelapkan.  Tengok stalagnit dan stalagtit tu SubhanAllah. Cantik sangat ! ^o^

1) Batu muka baby (nampak tak nampak tak ? )
2) Pulau kasut *memang sejibikkan bentuk kasut dia? haha jakun2 :P
3) Monyet mandi manda
4) Eagle watching *banyak sangat helang! jakun jadinya* ;p
Nenek pun ikut sekali hokeh! kikiki
Abe bot amekkan gambar kami sekeluarga :D
Er macam dah terpanjang sangat la pulak. Okla bersambung entry seterusnya. hihi. Maapla naa bersambung2 pasal bercuti ni. Banyak sangat ai nak cerita. Sampai tak cukup satu entry. :P

Thank you for reading :)

Friday, January 18, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua.

Ni percutian akhir tahun lepas sebenornya. Kami sefamly gi bercuti 5 hari 4 malam kat Langkawi dari 5-9 Dec 2012. :D Bunyi 5 hari macam lama je kan. Padahal tak puas kut ! Before ni memang la penah pegi sana, tapi banyak lagi tempat tak pergi. Setakat tempat2 basic macam Makam Mahsuri, Taman Buaya, Underwaterworld semua tu dah selalu sangat. Kali ni pergi tempat yang tak pernah pegi and lepak sepuas-puasnya! ^o^

Ktorang gerak dari KL malam 5 hb tu naik tren sajo. Ikutkan mama nak naik flight, tapi sebab last minute book, memangla murah harga diakan. So naik tren sajo :P Sampai jeti, amek feri, sewa kereta apa semua, kitorang check in hotel dulu. Kami stay dekat SUNSET BEACH RESORT, Pantai Tengah. Sederet dengan Pantai Cenang :D

PERINGATAN : 
Entry ni pasal tempat tinggal masa kat Langkawi sajo. Belum aktiviti kat sana lagi. hihi

 Mama posing sat depan board Sunset :P
Ni pemandangan biliknya
Pintu masuk SBR ^o^

Mula2 aku ingat SBR ni tempatnya sempoi2 je. Dulu aku pernah stay kat Burau Bay Resort dan Mali Best. Burau memang jauh dari semua tempat kecuali cable car, kalau Mali Best lak memang best! sebab chalet berdepanan dengan pantai. Dekat pulak dengan tempat2 nak shopping :D SBR ni pun ikutkan sederet je dengan Mali Best semua dan temmpatnya secluded sikit. Ramai foreigner je kat sini. Masa kitorang check in, slumber je ade omputih berbikini kat lobby. :P

Design SBR ni pun ala-ala Bali. Masuk je lorong nak ke bilik, rasa macam hutan-hutan sikit. Lepas tu mesti ada bunga frangipani ni kat setiap tempat. Pastu ada banyak patung pelik2. Macam scarypun ye jugak. Aku memang tak berani oh nak jalan sesorang kat lorong nak ke bilik/ ke laut. Mesti ajak adik teman. hihi

Bunga ni ada kat mana-mana. Atas kepala patungpun diaorang letak :P
*ni gambar nak balik KL dah.Akak recception siap selitkan bunga tu kat tudung.*

Ni patung-patung scary tu lak. Ada banyak lagi sebenornya. Tapi tak dan la nak tangkap gambau semua.

Breakfast kat SBR simple je. Sebab bilik diorang tak banyak, tempat makan diapun takde la besar sangat. Tapi bagusnya makcik2 kat sana boleh lagi melayan kitorang nak telur dadarla, scramble eggs la. Siap boleh speaking tau! Sempoi ah makcik2 tu. :D

Specialnya kat sini, SBR ada private beach diorang. Err, bukan nak private sangatla. Cuma dia ada sediakan banyak kerusi rehat tepi pantai. Memang syok ah para omputih sekalian nak berjemur. *winkwink*

Ni pepetang ktorang lepak tengok sunset sambil minum coolblog. Memang haven gile! haha
Sambil berehat, sambil cuci mata. hihihi
*manalah power mata tak bertambah. tskk*
Ni lah permandangan Sunset ktorang kat Sunset Beach Resort :)
I think overall was really fine stay kat sini. Cuma satu jela, bila malam, jalan dia gelapla untuk ke laut. Dengan pokok2 kiri kanan, bagi aku quite scaryla. huhu.

Itu saja entry tempat tinggal masa bercuti kat Langkawi. Korang kalau nak holiday dengan member2, I recommended this place. Harga pun ok. Tak mahal sangat. Tempat selesa dan tak serabut. Maksud tak serabut ni sebab takde banyak kereta or orang lalu lalang sangat. Tak macam area Mali Best or Sandy Beach. :)

Later I will update aktiviti kat sana pulak ye :)

For more info pasal Sunset Beach Resort, boleh KLIK SINI. :D

Thank you for reading :)

Thursday, January 17, 2013

Cicie dah balik !!

Assalamualaikum semua.

Saya nak berkongsi kegembiraan pagi2 buta ni *masa menaip adalah jam 2.25pagi*. My CAT is back !! Dah 3 minggu dia hilang tak dengar cerita, tadi aku baru abes tengok prison break, dengar kuceng meow meow luar rumah. Kuat bunyinya. Macam suara cicie. Aku jerit panggil abang kat bilik sebab takut nak bukak pintu. Jap lagi CICIE rupanyaa nak masuk ! YA ALLAH~ Ingat dia jalan nak balik rumah :"D

Dia masuk2 rumah dah kelaparan. Badan pun kurus keding. Loceng dia tersangkut kat tangan macam gambar kat bawah ni.

Tapi gambar ni masa dia gaduh dengan kucing lain dulu2. 

Masuk rumah terus serbu tempat makan, pastu gesel2 dengan aku, abang n mama. Terharu dia ingat jalan balik rumah. Sobs Sobs :")


Akak SAYANG Cicie tau !

Aku tak tau aku sorang jeke yang suka bahasakan diri "akak" dengan kuceng. tapi ade aku kesah ? :P

ps : taknak bagi kuceng keluar rumah lagi. hmm

Terima kasih yang doakan cicie saya. sayang korang !  ^o^

Sunday, January 13, 2013

Homemade Korean Foods

Assalamualaikum semua.

Happy Sunday semua ! Tetiba mood nak masak makanan korea menjadi2 harini. Usha2 barang kat dapur, tinggal beli sikit je barang. Aku gogel makanan apa yang DOABLE dan COOKABLE, so there it is !

1) Kimchi (beli siap)
2) Bibimbap
3) Potato dan carrot
4) Eggs Roll
5) Kimbap
6) Japchae

Kimchi je yang beli siap. Yang lain semua buat sendiri. Nantilah aku kongsi resepi tiap satu ok. (kalau rajin) haha. Semua makanan ni inspired by makanan kat Gomone Ampang Point. 


Ni bibimbap yang aku makan kat Gomone. 
So dari sini aku ubah2 ikut tekak melayu aku. :D
Paling suka kentang ngan carrot tu. Sedap! aku gogel xtau nama dia, so buat jela cara aku. jadi jugak rasa dia. hihi

Korang suka makanan korea jugak ? Aku ikutkan xgemor sangat sebab bukan semua kena dengan tekak kita. Tapi dah namanya homemade dan buat sendiri, ikut suka sendiri la kan nak buat rasa macam mana. haha. FYI, adik aku suka sangat kimchi tu. Aku xsuka pun. :P

Thanx for reading :)

Saturday, January 12, 2013

Resepi Ais Krim Goreng :D

Assalamualaiku semua.

Hari ni nak share dengan korang macam mana nak buat simple eskim goreng. Sangat senang dan sedap! Aku teringin nak buat pun dari before exam lagi. Teringin bebenor nak makan kat rumah. Tak payah beli kat pasar malam lagi :D



So bahan2 yang perlu ada :
# roti
# ice cream (any flavors)
# cawan (sebagai penekap)
# minyak masak

Thats all.

Cara membuatnya boleh refer gambar bawah ni :)

1 ) Letak eskim kat tengah2 roti.
2) Tutup lagi satu roti atas roti yang dah letak eskim tu. Make ice cream in between the bread.
3) Ambil cawan macam cawan hijau tu, dan tekap sampai putus. Biar dapat bentuk bulat dan tak terbukak rotinya.
4) Masukkan dalam plastik, dan letak dalam fridge atas. Biar dia beku.
5) Then, goreng ! Siap !

Tips :
~ Jangan goreng lelama tau. Nanti jadi haguih sikit macam aku buat tu. Tapi sodap sajo :D
~ Minyak jangan sikit sangat. Asal separuh tenggelam pun okay.
~ Jangan terus letak banyak gila eskim sebab takut nanti bila tekap jadi bulat tu, rotinya terbukak or terkoyak.
~ Nanti korang akan dapat banyak lebihan kulit roti tu, jangan buang. Membazir. Kalau rajin boleh buat puding roti or roti telur saja. Aku buat roti telur je haritu. :)


SELAMAT MENCUBA ! ^o^

Thanx for reading :)

Friday, January 11, 2013

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum semua.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya pagi tadi.


Mohamad Afham bin Jumat
(SMA Bandar Tenggara 03-07, Maahad Johor 08, UIAM 09-13)

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 
Amin~

Dengar cerita, arwah tergelincir dan terhantuk kepala di katil. Dan meninggal di dalam biliknya. Allahuakbar. Ajal maut semua ketentuan Allah. :"(

Thursday, January 10, 2013

My Cat was missing.

Assalamualaikum semua.


Hi. Saya Cicie. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Cicie dah 2 minggu hilang. Bukan sengaja bagi dia keluar rumah jejalan. Dah musim dia nak mengawan, asyik meoww meowww je dalam rumah. Mama pun bagi lah dia keluar usha awek2 kat luar. Sempat jugakla dia ayat sekor awek ni. Sampai 2 3 hari tak balik rumah tak makan. Penah sekali kena tangkap kering dengan aku. Kantoi tido dengan betina. haha

Nampak tu cicie dan aweknya. 
Take note yang betina tu tido ganaih. keke

Tapi pastu cicie dah tak balik2 rumah. Now nak masuk 2 minggu dia tak balik. Mama cakap dia kawen lari. Sebab beberapa hari lepas, jiran (tuan kuceng betina) cakap kuceng dia hilang jugak. Aku sefamly restu kut perkahwinan diorang. Kenapa mesti kawen lari ? tskk

Maap aku berilusi memalam gini. Hati dah mula redo kalau orang culik Cicie. Hope dia akan dapat tuan yang lebih baik dan prihatin dari kami sekeluarga. 

Sesungguhnya aku redo kalau pikir org culik dia dari aku tau dia mati. Lagi sedih kut! :"( Tinggallah Bibie sekor kat rumah buat peneman kami sekeluarga :")

Ini Bibie. Si hitam manesss.

Cicie Si penidur elastik.

Rindu dengan meowan Cicie. Rindu nak kaco dia tido. :"(


Wednesday, January 9, 2013

Hi. Ini entri pertama 2013. :)

Assalamualaikum semua. 

Setelah berbulan bulanan ninggalin blog aku ni, this time I'm back ! Anyone missing me ? No? ok fine. haha. Sempat lagi kan aku wish tahun baru ? So HAPPY NEW YEAR guys ! Aku takkan bagitau azam aku, sebab aku tak penah berazam apa2. Apa orang kata, follow the flow jela :P

Mostly every uni tengah exam finalkan? ALL THE BEST aku ucapkan ! Aku ni pun baru habis exam jugak. Cuma terawal sikit dari orang lain. Tapi nazak tak nazak la paper aku semua berderet2. Bersyukur takde yang dua paper satu hari je. pheww ~

See see. berderet tak berderet ? 


Tapi untungnya, aku dapat habis awal ! jyeahh ! Ok la ni sajo short update dari aku. Banyak waiting list nak bebel kat sini. So, till the next post.

Thank you for reading :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails