my beLOVEd follower

Wednesday, November 30, 2011

A Week To Remember. Part1

Assalamualaikum semua.

Tajuk agak ngade sket ala2 A Walk to Remember la kononnye. Aku sangat tak sempat nak update sebab aku ni suke letak gamba. Thus make it hard for me nak upload dengan line yang sangat 'laju' ni. -__-"

So, last week sepatutnya aku ada Team Building kat Ulu Yam. Tapi aku tak dapat join sebab my family planned to go on vacation. Mula2 mama cakap nak pegi A Famosa. Aku dah eksaitedla sebab tak penah pegikan. Jap lagi abang aku lak taknak lak gi sane. So dipendekkan cerita, Sabtu lepas ktorang pusing2 KL je, (although dah selalu sangat lepak KL).

Kalau tanya aku, of course la nak g Timesquare. Aku fikir shopping je kat sne. Bukan sebab Cosmo World or anything else. Tapi abang aku tak suke lak. Soo ktorang makan2 je kat TS, and terus ke Aquaria KLCC.

Gi TS ngan family memang sangat TAK seswai ok. Malu tengok ngan perangai budak2 sekarang. Tengok macam sekolah rendah lagi, tapi dress up bukan maen. Taknak cakap banyak. You know better I think. ;p

Luckily ktorang sempat masuk tau Aquaria. Orang laen dah nak balik, ktorang baru beli tiket which is time tu dah pukul 6 lebih if i'm not mistaken. Aquaria tutup pukul 8. Korang bayangkan best tak best masuk Aquaria macam rush. Tengok semua mende nak cepat. But still bergamba tu WAJIB ada. haha~

Mama cute kan?
*please say yess or else she will disssapointed.
LOL~
joking jela ;p

Ni laporan hari Sabtu je. Ahad tak citer lagi. Soo tunggula next entry yea.

Thanxx for reading ^^

Friday, November 25, 2011

Homeless Program Collaborating with PUW.

Assalamualaikum.

Malam semalam aku join program Titian Wahyu Club ntuk jadi volunteer for homeless people. Bukan aku yang kena jadi homeless ok. Cuma tolong ape yang patot je kat sana. Kami gerak ke Masjid Jamek ,KL lepas maghrib macam tu and mula lah our new experiences there.

Before this penahla jadi sukarelawan kan. Tapi zaman sekolah la. Dah aku PBSM, mase tu kena jadi volunteer ntuk mangsa2 banjir kat Johor dulu. This time laen sket sebab deal ngan gelandangan a.k.a homeless people kan. Pengalaman dia laen sikit.

Excited+sayu+takut+bersyukur semua ada. ;p

Excited sebab first time join program macam ni. Sayu sebab sedey tengok makcik2 n pakcik2 yang takde family or kena buang family,takde rumah nak tinggal. Terpaksa hidup merempat area KL ni. Tido bawah jambatan lah. Sedeyy woo. Takut pulak sebab tak semua looks nice. Ada yang macam menakutkan. Bersyukur sebab bila kita fikirkan balik, Alhamdulillah hidup kita complete. Ada family, tempat tinggal dan yang penting education semua. ;')

Kerja ktorang malam tu kena bagikan makanan kat semua gelandangan. Apa yang penting, SENYUM & MANISKAN MUKA. Tak semua akan senyum balik, but at least jangan sampai kita termasam muka depan diorang. Nanti diorang akan anggap kita jijik or gelikan diorang. Diorang pon manusia biasa kan. Ada hati dan perasaan ntuk dijaga. ;)

Senyum macam ni la contohnya yea. Cuma part 'peace' tu tayah kot. ;p
*1st time pakai tshirt muslimah ni. Agak jakun sebnonye. dan sangat selesa. ;)

Satu mende yang aku terkilan is, aku tak dapat nak approach diorang lagi. What I mean is dekati diorang. Duduk berbual samasama. Mendalami hati n perasaan diorang. Tu semua aku tak mampu or berani nak buat lagi. Sebab as Kak N cakap, usually they hard to tell others bout their personal things. Unless dia dah kenal betul2, and rase nak share n bercerita ngan kita. Another thing is, kalau dia nampak muka2 baru macam ktorang ni, mesti diorang akan pow. Mummy dah pesan awal2. Jangan bagi diorang walau RM1 pon! Sebab ngan RM1, diorang boleh beli dadah. Diorang boleh beli gam. So paham2lah kan.

Aku sedih bila tengok ramai Malay yang ade kat sana. Memang ada Chinese and Indian but MOSTLY memang Melayu. We are actually compete with Church becoz ape yang Mummy cerita, these homeless peoples memang nak duet sebnonye. And pihak gereja bagi each of them rm50! Can u imagine how Christian tarik orang ntuk masuk agama dia??

So its our duty to change the system. We are the next generation of Muslim yang akan mengubah dunia ni. Aku cakap camni bukan sebab aku hebat sangat. Cuma aku terkesan je as a Muslim, aku macam tak dapat nak buat apa sangat ntuk tolong gelandangan semua ni. Diorang maken ramai each year. Thus we must do something. Bukan nak hapuskan semua homeless ni, tapi at least mereka2 ni berkuranglah kat bandar2 besar.

Kak N cakap dulu diorang sediakan makanan ntuk 180-220 orang. Tapi sekarang, dah nak 3ratoz lebey dah. Makanan memang tak mencukupi lah sebab semua tu hasil orang derma. If takde yang derma, takdelah makanan. But Alhamdulillah selama diorang buat program macam ni, tak penah putus derma dari pelbagai pihak.

So ape yang aku nak seru *seru tuu. haha.* mood serious balik.* Pada sape2 yang berminat nak jadi volunteer ntuk homeless people ni, boleh tengok details as below :


Tempat : Masjid Jamek , KL. (sebelah LRT Star Masjid Jamek) Bukan Masjid India tau. Dont get confused.
Waktu : Setiap Khamis malam Jumaat & Jumaat malam Sabtu.
( Lepas insya' )


Korang boleh walk-in je and cakap ngan orang kat situ yang korang nak jadi volunteer. Nanti diorang akan bagi briefing sikitla. Plus kalau korang nak bagi pape ntuk didermakan pun AMAT DIGALAKKAN. Sebungkus mee ke, sekampit gula ke, tak kesah. Sebab sikit2 lama2 jadi bukit. Ye idak? ^^ btw, kalau korang nak buat program club ke sini pun boleh jugak. ;)

Kak N ngan Mummy tu volunteer yang dah lama kat sana. Plus Datin Seri pun orang kuat program ni.

PUW = Persatuan Ulama Wilayah

Maaf ye panjang berjela. Aku memang pantang kalau nak update pasal event ni, banyak nak dishare nye. Ni pon rasanye banyak lagi nak citer, tapi enough said. I do my part. ^_^

psst : Gambar2 kat sana takde lagi. Later lah yea. ;p

Thanxx for reading ! ;D

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails