my beLOVEd follower

Friday, January 18, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua.

Ni percutian akhir tahun lepas sebenornya. Kami sefamly gi bercuti 5 hari 4 malam kat Langkawi dari 5-9 Dec 2012. :D Bunyi 5 hari macam lama je kan. Padahal tak puas kut ! Before ni memang la penah pegi sana, tapi banyak lagi tempat tak pergi. Setakat tempat2 basic macam Makam Mahsuri, Taman Buaya, Underwaterworld semua tu dah selalu sangat. Kali ni pergi tempat yang tak pernah pegi and lepak sepuas-puasnya! ^o^

Ktorang gerak dari KL malam 5 hb tu naik tren sajo. Ikutkan mama nak naik flight, tapi sebab last minute book, memangla murah harga diakan. So naik tren sajo :P Sampai jeti, amek feri, sewa kereta apa semua, kitorang check in hotel dulu. Kami stay dekat SUNSET BEACH RESORT, Pantai Tengah. Sederet dengan Pantai Cenang :D

PERINGATAN : 
Entry ni pasal tempat tinggal masa kat Langkawi sajo. Belum aktiviti kat sana lagi. hihi

 Mama posing sat depan board Sunset :P
Ni pemandangan biliknya
Pintu masuk SBR ^o^

Mula2 aku ingat SBR ni tempatnya sempoi2 je. Dulu aku pernah stay kat Burau Bay Resort dan Mali Best. Burau memang jauh dari semua tempat kecuali cable car, kalau Mali Best lak memang best! sebab chalet berdepanan dengan pantai. Dekat pulak dengan tempat2 nak shopping :D SBR ni pun ikutkan sederet je dengan Mali Best semua dan temmpatnya secluded sikit. Ramai foreigner je kat sini. Masa kitorang check in, slumber je ade omputih berbikini kat lobby. :P

Design SBR ni pun ala-ala Bali. Masuk je lorong nak ke bilik, rasa macam hutan-hutan sikit. Lepas tu mesti ada bunga frangipani ni kat setiap tempat. Pastu ada banyak patung pelik2. Macam scarypun ye jugak. Aku memang tak berani oh nak jalan sesorang kat lorong nak ke bilik/ ke laut. Mesti ajak adik teman. hihi

Bunga ni ada kat mana-mana. Atas kepala patungpun diaorang letak :P
*ni gambar nak balik KL dah.Akak recception siap selitkan bunga tu kat tudung.*

Ni patung-patung scary tu lak. Ada banyak lagi sebenornya. Tapi tak dan la nak tangkap gambau semua.

Breakfast kat SBR simple je. Sebab bilik diorang tak banyak, tempat makan diapun takde la besar sangat. Tapi bagusnya makcik2 kat sana boleh lagi melayan kitorang nak telur dadarla, scramble eggs la. Siap boleh speaking tau! Sempoi ah makcik2 tu. :D

Specialnya kat sini, SBR ada private beach diorang. Err, bukan nak private sangatla. Cuma dia ada sediakan banyak kerusi rehat tepi pantai. Memang syok ah para omputih sekalian nak berjemur. *winkwink*

Ni pepetang ktorang lepak tengok sunset sambil minum coolblog. Memang haven gile! haha
Sambil berehat, sambil cuci mata. hihihi
*manalah power mata tak bertambah. tskk*
Ni lah permandangan Sunset ktorang kat Sunset Beach Resort :)
I think overall was really fine stay kat sini. Cuma satu jela, bila malam, jalan dia gelapla untuk ke laut. Dengan pokok2 kiri kanan, bagi aku quite scaryla. huhu.

Itu saja entry tempat tinggal masa bercuti kat Langkawi. Korang kalau nak holiday dengan member2, I recommended this place. Harga pun ok. Tak mahal sangat. Tempat selesa dan tak serabut. Maksud tak serabut ni sebab takde banyak kereta or orang lalu lalang sangat. Tak macam area Mali Best or Sandy Beach. :)

Later I will update aktiviti kat sana pulak ye :)

For more info pasal Sunset Beach Resort, boleh KLIK SINI. :D

Thank you for reading :)

Thursday, January 17, 2013

Cicie dah balik !!

Assalamualaikum semua.

Saya nak berkongsi kegembiraan pagi2 buta ni *masa menaip adalah jam 2.25pagi*. My CAT is back !! Dah 3 minggu dia hilang tak dengar cerita, tadi aku baru abes tengok prison break, dengar kuceng meow meow luar rumah. Kuat bunyinya. Macam suara cicie. Aku jerit panggil abang kat bilik sebab takut nak bukak pintu. Jap lagi CICIE rupanyaa nak masuk ! YA ALLAH~ Ingat dia jalan nak balik rumah :"D

Dia masuk2 rumah dah kelaparan. Badan pun kurus keding. Loceng dia tersangkut kat tangan macam gambar kat bawah ni.

Tapi gambar ni masa dia gaduh dengan kucing lain dulu2. 

Masuk rumah terus serbu tempat makan, pastu gesel2 dengan aku, abang n mama. Terharu dia ingat jalan balik rumah. Sobs Sobs :")


Akak SAYANG Cicie tau !

Aku tak tau aku sorang jeke yang suka bahasakan diri "akak" dengan kuceng. tapi ade aku kesah ? :P

ps : taknak bagi kuceng keluar rumah lagi. hmm

Terima kasih yang doakan cicie saya. sayang korang !  ^o^

Sunday, January 13, 2013

Homemade Korean Foods

Assalamualaikum semua.

Happy Sunday semua ! Tetiba mood nak masak makanan korea menjadi2 harini. Usha2 barang kat dapur, tinggal beli sikit je barang. Aku gogel makanan apa yang DOABLE dan COOKABLE, so there it is !

1) Kimchi (beli siap)
2) Bibimbap
3) Potato dan carrot
4) Eggs Roll
5) Kimbap
6) Japchae

Kimchi je yang beli siap. Yang lain semua buat sendiri. Nantilah aku kongsi resepi tiap satu ok. (kalau rajin) haha. Semua makanan ni inspired by makanan kat Gomone Ampang Point. 


Ni bibimbap yang aku makan kat Gomone. 
So dari sini aku ubah2 ikut tekak melayu aku. :D
Paling suka kentang ngan carrot tu. Sedap! aku gogel xtau nama dia, so buat jela cara aku. jadi jugak rasa dia. hihi

Korang suka makanan korea jugak ? Aku ikutkan xgemor sangat sebab bukan semua kena dengan tekak kita. Tapi dah namanya homemade dan buat sendiri, ikut suka sendiri la kan nak buat rasa macam mana. haha. FYI, adik aku suka sangat kimchi tu. Aku xsuka pun. :P

Thanx for reading :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails