my beLOVEd follower

Thursday, April 29, 2010

ladies' coach..

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter terutama wanita boleh menarik nafas lega berikutan pelaksanaan sebuah gerabak dikhaskan untuk golongan itu mula beroperasi, semalam.
Kebanyakan pengguna memberi reaksi positif dengan pendekatan itu dan menyifatkan ia tepat pada masanya.

Penumpang, Shahirah Mohd Shariff, 24, berkata pengasingan gerabak boleh mengelak berlaku gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.“Sebelum ini, rakan baik saya pernah diraba seorang lelaki ketika berhimpit-himpit dalam tren dan pengalaman ngerinya itu membuatkan saya trauma menggunakan perkhidmatan ini.“Bagaimanapun, saya lega kerana gerabak khas wanita disediakan dan kini saya boleh ke tempat kerja tanpa perlu berasa bimbang kejadian sama berlaku,” katanya.

Bagi Aishah Omar, 42, dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang warga emas, wanita mengandung dan yang membawa anak kecil mendapat tempat duduk lebih cerah.“Pendekatan KTM ini sangat bertepatan berikutan ramai rakan wanita yang merungut tidak selesa kerana terpaksa bersentuhan dengan lelaki jika tren terlalu sesak selain pengalaman melihat sendiri seorang gadis diraba warga asing,” katanya.

Tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu manakala operasi gerabak wanita bagi laluan Rawang ke Seremban dijangka dilaksanakan 15 Mei ini.
harian metro 29/4/2010


ha.yang ni kata aku lak. aku rasa semua pompuan setuju sangat dengan idea asingkan koc special ntuk pompuan nih..tapi aku xtawla kalau ade yang nak date ngan pakwe, naek komuter, xdapat duduk sebelah2, xpon xdapat nak buat alasan ntuk pelok2 dalam tren tuh.yelakan..before nih penoh sesak2, takot awex dia kena raba ngan orang laen, baek aku raba dulu.wahahaha! dalam erti kata yang baek sikit, baek diowang jaga awex tu kan..pelok satu badan ke..supaya x tersentuh ngan cowok2 laen yang nak amek kesempatan...huhu


tapi memang rimas doh terhimpit2 dalam tren tuh.dulu aku nak balik ampang dari nilai ary jumaat, hanye tuhan saje yang tahu. aku tengok waktu da masuk semayang jumaat, tapi betape punye ramai jantanjantan..ehh.maaf. lakilaki dalam tren.ni konfem2 qada' semayang jumaat nih.terkantoi disitu. jap2,ni da terkait masalah laen plak..xpo2. kita saling mngingati ok.


for me kan, selaen pihak komuter nih asingkan koc laki n pompuan, baek diowang punctualkan waktu tren tuh sampai.kadang2 tension betoll aku tunggu tren sampai doh. Putra n Star aku bley handle agi..xdla kena tunggu lama sangat, ktm 2 ha..aku buley tido nyenyak nak tunggu next tren sampai. padahal dari BTS ke Serdang je kott. haish~


korang ignore jela banner n layout ni ye. dah malaz nak oter..

4 juta orang sayang aku:

FCUTEAM said...

baru selamat untuk para gadis.... takdelah kes raba-raba dah...


komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>Sebab-sebab Blogger takde Idea nak tulis Entry



cik beLLanan said...

betul3..;)

Zierwa Zainal said...

btul2..bgus la kalau wt mcm tu... bru la ade siket rasa selamat

Anonymous said...

selamat la pompuan kalau macm nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails