my beLOVEd follower

Friday, December 23, 2011

Cerita Tentang PMR. ;)

Assalamualaikum semua.

First of all, congratez kat adik2 yang amek PMR tahun ni. About 34k yang dapat straight As kat Malaysia! Ramai budak2 pandai sekarang ni kan. hihi. Adik aku one of calon PMR tahun ni lah. Result dia alhamdulillah ok. Tapi takley challenge kakak dia lah. HAHA.

PMR is just another stepping stone ntuk berjaya after ur UPSR. Next station is SPM. For those tak puas hati ngan result PMR tu, jangan down sangat. SPM tu lagi penting ok dear? ^_*

Cerita pasal PMR ni, sumpah aku rindu zaman aku sekolah dulu. Nak tau 1 citer tak? Ahh korang tanak tau pon aku still nak citer. ngee~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ni kisah sorang budak masa tahun 2005 nak amek keputusan PMR kat sekolah. Dia budak KL yang belajar dekat Johor. Let consider her as 'N'. Dia budak biasa2 je. Takdela hebat mana pun. Pandai pun biasa2 je. Just ordinary student. Masuk kelas kedua. So target ntuk PMR dia memang biasa2 jugakla. Tapi sape yang tak nak dapat straight As ye idak?


So dipendekkan cerita, waktu result keluar, mak+adik+nenek+nek long semua ikut gi Johor and tidur kat hotel berdekatan sekolah. 1 family ni datang nak amek sama2 result budak ni. Apa yang N tau, amek result kena pakai baju sekolah. Sebab dia ni dari KL, so dia takdela nak bawak baju sekolah. Mak dia suruh konfemkan ngan cikgu kelas, boleh ke pakai baju kurung biasa n tudung biasa ntuk amek result. So lebih kurang beginilah perbualannya..

N : Assalamualaikum cikgu. bla bla bla (bayangkan sendirilah ye pertanyaan budak tu kat cikgu dia.)

Lepas cikgu jawab boleh apa semua, cikgu pun cakap sesuatu yang buat N tu nanges tak henti2.

Cikgu : Haa N! Macam mana keputusan awak ni?! Takde A pon??? Semua B je?? Macam mana awak belajar ni??

N : Err. Yeke cikgu?? Saya takde A langsung??? *dengan suara terketar2. tangan dah sejuk. mata dah bergenang. T_T

Cikgu : Yelah. Tulah awak maen2 belajar. Ni pukul berapa nak datang? Saya tak sabar nak jumpa awak ni.

N : Saya datang. Saya datang. *lemah. tak mampu nak cakap sebenarnya. talian dimatikan.

N ni terus terduduk. Melalak sorang2 kat balcony hotel. Sape tak sedih bhai penat lelah kau setahun takde A langsung ! Semua B! Rasa diri macam bodoh gila je ! Memang meraung....lah kan !

Malu N dengan nenek n nek long dia. Sampai tak pepasal nenek N kena buat air jampi sebab dah sangat mengongoi N menangis. Sampai taknak pergi amek result dah. Mata sembab tayah citer.

Dipendekkan lagi cerita, semua gerak menuju ke sekolah. N taknak keluar kereta. Mak, nenek and nek long yang pergi ke dewan ntuk ambilkan result N. N malu ngan family sebenarnya. Malu sebab tak mampu dapat 1 A sekalipun. Sedih sebab couldnt make her parent proud of her. ;'(

N tunggu dalam kereta dengan adiknya. Tiba2 maknya telefon, ucap TAHNIAH kat N! Dan suruh dia datang ke dewan sekarang. Slow2 N jalan ke dewan ntuk mendapatkan maknya. Sampai sahaja di dewan, mak N terus memeluk N sambil menangis dan memberitahu berita yang sebenar.

N dapat 9A !! Ya Allah. Bagai tak percaya je apa yang berlaku. Tadi N menangis bagai nak rak sebab fikirkan tiada A, sekarang sambung menangis sebab dapat straight As ! Cikgu juga memeluk N mengucapkan tahniah dan minta maaf kerana bergurau dengan N. Tidak sangka sampai N boleh percaya dan menangis dengan teruk. ;p

N bersyukur sangat2 dan memang tak sangka akan dapat keputusan sebaik itu.

THE END. ;)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Allah beri kita dugaan, kerana DIA dah sediakan kepada kita ganjaran yang takkan terjangkau akal kita. ;')
Ada ke yang baca sampai abes? Aku memang tabikk toink2la kat korang yang baca sampai abes. hihi~ Aku saje je ngade2 buat dalam version cerita camni. Tengah rajen nak menaep. Teringat pulak kenangan masa amek result aku. eh, N lah. bukan aku. lalalalaa~


p/s = Esok nak ke Pangkor ! YEAH !

"Mega Giveaway By Cik Bunny"

Assalamualaikum.

Another GA by Cik Bunny pulak. Jom cuba nasib. ^_^



Syarat untuk Join:

- Mempunyai alamat di Malaysia.
- Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway kat SINI dan linkkan ke entri ni.
- Letak link sponsor dalam entri:- sila like dan follow sponsor.
- Tag kalo nak tag *tak wajib tapi ada hadiah untuk top referral
- Dah siap? Tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini. Kat tempat lain tidak diterima.

Tarikh Tutup: 31 Januari 2012
Juri Giveaway: Encik Random.org & Cik Bunny (top referral dan top commentor)

Sempat lagi sape2 nak join. Jomlah memeriahkan GA Cik Bunny ni ^^
KLIK SINI untuk join.
;D

p/s = Nak akhir tahun ni ramai betul buat GA kan. Kerja aku menjoin jela. ;p

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #7 Cool Ke Cakap Telefon Macam Ni??


What do you think?


Aku capture gamba arab ni memang dia tengah cakap telefon pon ngan IPad tu. err, ke Galaxy Tab eh? Aku pon tak bape sure. Maklumlah buta Gajet sket. ;p

But it really looks weird. Pak Arab ni bukan korek telinga ye, memang dia tengah dengar orang cakap dari situ. And dia akan halakan ke mulut bila dia nak cakap pulak.


P/S = Tak brape sesuai gajet gedabak tu nak dijadikan handphone. Ntuk on9 or buat kerja its finela. Ganti laptop kan. Pendapat korang lak?


Aiyark! Supposedly ni Wordless punya entry. Aku terexplain pulak. Maap2. HAHAHA

Sunday, December 18, 2011

Appreciation Night at Wadi Al-Nile Restaurant



Assalamualaikum semua.

Sekarang ni agak mengambil masa ntuk aku update blog sebab dah tak sefree dulukan. Minggu depan minggu last ntuk blaja. After that dah final, so faham2 jela yea ;)

Jumaat lepas PGG club (Personal Growth Group) under Counselling Service Centre (CSC) of IIUM ada buat Appreciation Night, kira macam dinner lah ntuk all members. Majlis berlangsung kat Wadi Al-Nile Restaurant kat Platinum Walk Danau Kota.

Tema kitorang kali ni, Middle East. So jom la tengok gamba2 pulak. ^_^

Masa baru datang. ;)

The FOODS!

Bergambar before makan itu haruss. ;p

This is my group members.
2 orang tu from Thailand.
;)

Bergambar ngan chef pulakk. ^^

This is the KING & QUEEN of the night.
Congratez guyz!

Hadiah2 yang ku dapat malam tu.
weeee~
Bukan selalu aku dapat Lucky Draw neh. eksaitedd woo ;p

Last but not least, haruss tempek muke sorang2.
^_^
*Shawl inspired by Diana Amir.

Overall dinner ni memang BESTT! Makanan pon sodapp sangat ! Puas gila aku makan. Congrates to all committe yang menjayakan dinner ni ! Korang memang COOL N GOJES!
:D

p/s = Final dah dekat. Thanx pada yang sudi singgah n follow. Ada masa, akan ku jejakin korang balik ok. PEACE :)

"Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!"

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak join GA from cik Innanie Ariffin pulak. Beliau buat GA ni sempena follower blog yang dah mencecah 2000 woo ! Aku ni bila lah nak jejak 2k en. *Update pon kurang rajin. ;p

Syarat2nya senang je. Nak join meh KLIK SINI
^_^

Aku nak tag :
Cik Asyazain yang hott :)
Cik Aida Azrynn yang sexyy :)

dan sape2lah yang nak join yea !
Jom memeriahkan GA cik Innanie ni ^_^

Tarikh Tutup :
31 Disember 2011, 12.30 malam.

Thursday, December 8, 2011

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Assalamualaikum semua !

Rasanya dah ramai yang join Giveaway cik Nisa neh. Still aku takmau la ketinggalan kan. Although aku tak penah ade ongg. hihi~ Yang buat aku maken super duper eksaited nak join GA neh of course lah pasal hadiah2 dia yang hebat the bom kebaboom punye !! Sesuaila ngan nama GA neh “The Ultimate Year End Giveaway" kan.. Memang ULTIMATE betol !

Ada 88 hadiah ntuk dimenangi tao !
Meh usha SINI dulu. ^_^

Ape daa aku neh. Citer adiah dulu. Dah jom setelkan syarat2 penyertaan dulu. ;)


1# Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”
DONE :)

2# Letak banner GA.
DONE. :)

3# Letak link SPONSOR.

DONE :)

4# Letak link sponsor kat bloglist & like page.
DONE :)

5# Promote entry.
On the way ;p

6# Like & Tweet entry GA.
DONE :)

7# Like fanpage Nisa.
Dah lama dah DONE ;)

8# Cek balik semua syarat dah buat.
DONE :)

Tarikh Tutup :
31 Disember 2011.

Korang JOMLAH JOIN jugak !
Memang berbaloi-baloi tauu ! Mane tau korang one of the LUCKY person yang dapat hadiah2 tu. So tunggu ape lagi. KLIK SINI ntuk JOIN.
Dan KLIK SINI ntuk tengok HADIAH2NYA.
^_^

ALL THE BEST GUYZ !
<3

Friday, December 2, 2011

Perempuan cantik pakai apepun cantik

Assalamualaikum si cantik dan kacak semua.

Orang kata cantik tu subjektif. Kenapa bukan objektif? Sebab kalau cantik tu boleh didecsribe dengan A, B, C, D sampai Z sekalipon, itu still tak dapat define cantik. Contoh :

Antara mereka, yang manakah paling cantik?

A : Jessica Alba
B : Siti Nurhaliza
C : Park Shin Hye
D : Siti Sarah
E : Cik Bella. ehh? haha

Maybe orang akan cakap Jessica Alba cun. Orang melayu cakap CT jija lawa. Orang Korea akan cakap Park Shin Hye cantik. Shuib Raja Lawak pasti cakap Siti Sarah cute. betol? tapi takde sape nak cakap cik bella ape2. Sebab takde sape kenal dia. kah3~ *ok.aku da mula mengarot. ;p

Back to our topic. Sebagai pompuan, aku rasa korangpon suka tengok pompuan cantik. Bukan laki je suke cuci mata tengok awek cun. Aku pon suke kot! haha. Tapi aku normal ok. Bukan tengok dengan perasaan bukanbukan, cuma minat tengok sebab diorang ni cantikla. ;)

Frankly speaking, kadang2 rasa jeles tu ade lah jugak tengok orang cun ni bila pakai ape pun semua cantik. Bila part aku nak pakai, pehh. Macam HAROMM ! Hahahha~

Korang mesti kenalkan sape neh? She's HANA TAJIMA. Boleh dikatakan dia ni ikon fesyen kot. Tapi awat dia pakai shawl serabut2 camni still nampak cun? Bila aku buat, macam tudung aku baru bangun dalam keta je -__-"

Ada bran nak pakai camni keluar?? ;p
but she still look cute.
:)

HELIZA HELMI
Ni lagi sorang si comey-mata-boolat-buat-aku-geram-neh
Pakaila tudung gaya apepon. Still cute!
I adore her actually ;')

DIAN
Ni lagi satu awek cun yang pandai bereksperimentasi dengan tudung bawal. Orangnya lawa sangat!

YUNALIS ZARAI
She's gorgeous! Ntah pesen ape tudung ni but she still look AWESOME!
;)

Ramai sebenarnya blogger kita cun2. Tak perlu aku nak bagitau kot. Korang konfem kenal Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Nisa Kay dan semua blogger lah ! I believe everyone have their own uniqueness and beauty. Just be CONFIDENCE of yourself. ^_^

REMEMBER !

BEAUTY IS IN THE EYE OF THE BEHOLDER.

Allah dah ciptakan makhlukNya semua adalah terindah. DIA tahu hikmah disebalik setiap kejadian. Be GRATEFUL ok dear. And DO BELIEVE that YOU ARE BEAUTIFUL.
:)

Sekarang aku tengah suka pakai shawal macam tudung bawal. Macam cool je. Agak2 korang ok tak? ;p


psstt : Orang2 cantik ni kalau pakai tudung saji pon still nampak cun en? LOL~


Demmit. Asal entry ni panjang gak? Aku ingat nak update pendek je. HAHA


Thursday, December 1, 2011

A Week To Remember. Part2


Assalamualaikum semua.

Tengah ada masa ni aku nak habisin cerita minggu lepas aku yang terbengkalai tu. ;p Berbalik ke cerita A Week To Remember. Part1 , aku sekeluarga telah lepak lepak area KL and pergi ke Aquaria. On Sunday pulak, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. acehh~ Kami ke Genting Highlands pulak ! YEAH !

Although ada cerita disebalik before ktorang pergi tu tapi tak pentingpon. Janji dah sampai Genting Theme Park. YEAH lagi! ^_^

Aku pergi ngan family aku except my nenek.Sebab amatla tak seswai nenek datang sini ye anak anak. And kami amek ALL PARK ntuk dienjoyin. heee~

Ni adalah kali ketiga aku naek Genting. I mean yang maen kat Theme Park dia lah. Kalau setakat anta mama Kursus kat IAB tak dikirala kan.*although jalan yang sama ;p

Gambar memang banyak gila. Aku upload yang random jela yea. ;)

At Dino land.

Choc World

Sama tak gaya aku ngan patung belakang tu? haha

Time ni yang best. Ktorang pakse mama naek. Sampai nanes2 woo mama atas fairy wheel ni. kah3~ Dah la 3 round. Time kena stay kat atas sekali lagilah mama cengkam tangan adik aku. Sian mama. hee~

Yang tak syioknye kat sana, dah petang sket tu hujan lebat gila! memang banyak jugakla mende taley maen. Aku nga eksaited tunggu turn nak naek Bumper Boat, sat g hujan lebat+angin kuat gila. Memang taley maenla kan. Semua maenan yang thril2 kena tutup. Yang boleh maen, Cawan pusing, Pirates Train yang poyo gile and indoor lah. Ape lagi kan. huhu~

Time ni dah lari nak masuk indoor lak. Sejukk gila wehh ! Memang cari makanan panas je ntuk dimelantakkan. ;p

Here is Sweet Potato. Memang best woo makan time sejuk2 neh. Aku ingat murahla makanan ni sebab aku nampak harga macam rm2.50. Rupanya tu harga 100gram. Sebiji sweet potato ni mau rm11 lebey kot. Memang kena makan sampai ke kulitla namanye ni. hee~

Ni lak waktu dah nak balik. Nak jalan ke kereta. So snap kejapla dengan kabus yang tebal gila nih. Kabur sangat sampai tak nampak muka. Sejukknya tayah citerla kan. ;p


Dah pakai sweater pon kena balut badan ngan shawl lagi. Tejukk~

After this, memang kalau aku naek Genting, konfem aku mesti tido sane. Kalau pergi balik hari macam tak puas sangat tau. And banyak mende yang aku tak naek. Cam mebazir lak kan. Time ni pon Snow World tutup. Aku nak masuk situ sebenornya. Teringat masa kecik2 maen kat Snow World kat Mines tu. Sekarang dah takde aku rasa.

psstt : 1st time tengok movie 4D motion master kat Genting. Memang best and puass sangat ! Efek dia memang cool wa cakap sama lu. Rasa cam nak pegi lagi je. But not now. Sekarang musim hujan. Tak puas lagi nanti. ^_^

Wednesday, November 30, 2011

A Week To Remember. Part1

Assalamualaikum semua.

Tajuk agak ngade sket ala2 A Walk to Remember la kononnye. Aku sangat tak sempat nak update sebab aku ni suke letak gamba. Thus make it hard for me nak upload dengan line yang sangat 'laju' ni. -__-"

So, last week sepatutnya aku ada Team Building kat Ulu Yam. Tapi aku tak dapat join sebab my family planned to go on vacation. Mula2 mama cakap nak pegi A Famosa. Aku dah eksaitedla sebab tak penah pegikan. Jap lagi abang aku lak taknak lak gi sane. So dipendekkan cerita, Sabtu lepas ktorang pusing2 KL je, (although dah selalu sangat lepak KL).

Kalau tanya aku, of course la nak g Timesquare. Aku fikir shopping je kat sne. Bukan sebab Cosmo World or anything else. Tapi abang aku tak suke lak. Soo ktorang makan2 je kat TS, and terus ke Aquaria KLCC.

Gi TS ngan family memang sangat TAK seswai ok. Malu tengok ngan perangai budak2 sekarang. Tengok macam sekolah rendah lagi, tapi dress up bukan maen. Taknak cakap banyak. You know better I think. ;p

Luckily ktorang sempat masuk tau Aquaria. Orang laen dah nak balik, ktorang baru beli tiket which is time tu dah pukul 6 lebih if i'm not mistaken. Aquaria tutup pukul 8. Korang bayangkan best tak best masuk Aquaria macam rush. Tengok semua mende nak cepat. But still bergamba tu WAJIB ada. haha~

Mama cute kan?
*please say yess or else she will disssapointed.
LOL~
joking jela ;p

Ni laporan hari Sabtu je. Ahad tak citer lagi. Soo tunggula next entry yea.

Thanxx for reading ^^

Friday, November 25, 2011

Homeless Program Collaborating with PUW.

Assalamualaikum.

Malam semalam aku join program Titian Wahyu Club ntuk jadi volunteer for homeless people. Bukan aku yang kena jadi homeless ok. Cuma tolong ape yang patot je kat sana. Kami gerak ke Masjid Jamek ,KL lepas maghrib macam tu and mula lah our new experiences there.

Before this penahla jadi sukarelawan kan. Tapi zaman sekolah la. Dah aku PBSM, mase tu kena jadi volunteer ntuk mangsa2 banjir kat Johor dulu. This time laen sket sebab deal ngan gelandangan a.k.a homeless people kan. Pengalaman dia laen sikit.

Excited+sayu+takut+bersyukur semua ada. ;p

Excited sebab first time join program macam ni. Sayu sebab sedey tengok makcik2 n pakcik2 yang takde family or kena buang family,takde rumah nak tinggal. Terpaksa hidup merempat area KL ni. Tido bawah jambatan lah. Sedeyy woo. Takut pulak sebab tak semua looks nice. Ada yang macam menakutkan. Bersyukur sebab bila kita fikirkan balik, Alhamdulillah hidup kita complete. Ada family, tempat tinggal dan yang penting education semua. ;')

Kerja ktorang malam tu kena bagikan makanan kat semua gelandangan. Apa yang penting, SENYUM & MANISKAN MUKA. Tak semua akan senyum balik, but at least jangan sampai kita termasam muka depan diorang. Nanti diorang akan anggap kita jijik or gelikan diorang. Diorang pon manusia biasa kan. Ada hati dan perasaan ntuk dijaga. ;)

Senyum macam ni la contohnya yea. Cuma part 'peace' tu tayah kot. ;p
*1st time pakai tshirt muslimah ni. Agak jakun sebnonye. dan sangat selesa. ;)

Satu mende yang aku terkilan is, aku tak dapat nak approach diorang lagi. What I mean is dekati diorang. Duduk berbual samasama. Mendalami hati n perasaan diorang. Tu semua aku tak mampu or berani nak buat lagi. Sebab as Kak N cakap, usually they hard to tell others bout their personal things. Unless dia dah kenal betul2, and rase nak share n bercerita ngan kita. Another thing is, kalau dia nampak muka2 baru macam ktorang ni, mesti diorang akan pow. Mummy dah pesan awal2. Jangan bagi diorang walau RM1 pon! Sebab ngan RM1, diorang boleh beli dadah. Diorang boleh beli gam. So paham2lah kan.

Aku sedih bila tengok ramai Malay yang ade kat sana. Memang ada Chinese and Indian but MOSTLY memang Melayu. We are actually compete with Church becoz ape yang Mummy cerita, these homeless peoples memang nak duet sebnonye. And pihak gereja bagi each of them rm50! Can u imagine how Christian tarik orang ntuk masuk agama dia??

So its our duty to change the system. We are the next generation of Muslim yang akan mengubah dunia ni. Aku cakap camni bukan sebab aku hebat sangat. Cuma aku terkesan je as a Muslim, aku macam tak dapat nak buat apa sangat ntuk tolong gelandangan semua ni. Diorang maken ramai each year. Thus we must do something. Bukan nak hapuskan semua homeless ni, tapi at least mereka2 ni berkuranglah kat bandar2 besar.

Kak N cakap dulu diorang sediakan makanan ntuk 180-220 orang. Tapi sekarang, dah nak 3ratoz lebey dah. Makanan memang tak mencukupi lah sebab semua tu hasil orang derma. If takde yang derma, takdelah makanan. But Alhamdulillah selama diorang buat program macam ni, tak penah putus derma dari pelbagai pihak.

So ape yang aku nak seru *seru tuu. haha.* mood serious balik.* Pada sape2 yang berminat nak jadi volunteer ntuk homeless people ni, boleh tengok details as below :


Tempat : Masjid Jamek , KL. (sebelah LRT Star Masjid Jamek) Bukan Masjid India tau. Dont get confused.
Waktu : Setiap Khamis malam Jumaat & Jumaat malam Sabtu.
( Lepas insya' )


Korang boleh walk-in je and cakap ngan orang kat situ yang korang nak jadi volunteer. Nanti diorang akan bagi briefing sikitla. Plus kalau korang nak bagi pape ntuk didermakan pun AMAT DIGALAKKAN. Sebungkus mee ke, sekampit gula ke, tak kesah. Sebab sikit2 lama2 jadi bukit. Ye idak? ^^ btw, kalau korang nak buat program club ke sini pun boleh jugak. ;)

Kak N ngan Mummy tu volunteer yang dah lama kat sana. Plus Datin Seri pun orang kuat program ni.

PUW = Persatuan Ulama Wilayah

Maaf ye panjang berjela. Aku memang pantang kalau nak update pasal event ni, banyak nak dishare nye. Ni pon rasanye banyak lagi nak citer, tapi enough said. I do my part. ^_^

psst : Gambar2 kat sana takde lagi. Later lah yea. ;p

Thanxx for reading ! ;D

Tuesday, November 22, 2011

Melantak di Seoul Garden ! ^_^

Assalamualaikum semua.

Banyak mende nak dingarutin disini sebnonye. Tapi memandangkan gune broadband yang dah kring kring ni sangat menduga emosi dan fizikally aku. haih~ *aku saje eja salah. harap maklum. ;p

Before aku membebel lebey panjang, nak CONGRATEZ kat Team Harimau Muda sebab menang semalam ! YEAH!! Tengokk bola nipon sangat menguji emosi dan fizikally ye anak anak. Ade pulak dak pompuan yang tengok bola emo2. Ingat lelaki je emosi . keh3~

WARNING !! ENTRY INI SANGAT PANJANG! SILA BACA SAMBIL MAKAN KUACI SUPAYA TIDAK TERGEGET JARI. *aku berjaya wat pantun 2 kerat! haha

Dah2. Tamo ngarot bukanbukan. Aku eksaited nak citer pasal makan kat Seoul Garden ni. ;p Actually makan sini sebab nak celebrate bezday abang aku. Masa bezday akukan ktorang clebrate kat Pizza Hut. So ni turn abang aku pulak choose kat mana dia nak melantak. Ktorangpon memang DAH LAMA GILA TERINGIN nak makan kat SG ni. So ape lagi, Ahad lepas serbu lah kat KL Fest City Mall. YEAH ! ;D

Birthday abg aku Sabtu lepas, 19 Nov.Malam tu ktorang karokk 2jam kat Axis Atrium. Then Ahad aku ade Explorace under club kat uia neh. So memang tak dapat join la nak keluar ngan family kan. Jap lagi mama kol petang tu, cakap suruh siap and mama nak amek bawak keluar. Program tgh go on. Takkan nak cabut lak kan. Aku committe lak tu. So luckily mama dtg tu memang dah majlis penutup n aku mintak izin PM lah ntuk cabot awal. Post-mortem dgn PM jela.Selamat PM memahami ;) *PM = Program Manager

Sebelum entry ni terlalu panjang ngan bebelan aku, jom layan gamba lak. hee~

Our Foods! Yummyyy!

Chef kononnya.

Kami sekeluarga.
^_^

Aqila yang pelahap.
ABC ice-cream buatan aku.
Foods.
And abang yang pelahap.
Smart je aku amek gamba diorang ni. Tapi takde gamba ku y smartpon diorg amek. sedeyy~

Bila dah kekenyangan, maka inilah yang akan terjadi.
hahahaha~
Semua dah kepenatan makan, nampaknya abah semangat lagi. ngeh3~

Balik sudah~

Gambar y terlalu banyak untuk dipertontonkan menyebabkan aku terpaksa edit supaya tidak menambah berat blog ini. haha. *rasa cam panjang napas nak bace ayat ni kan?lol~

Ktorang masuk pukol 4 lebey camtu n kua dalam kol 8. Lebih kurang 3jam lebey ktorang melantak. Sempat semayang asar n maghrib woo. Org laen dah makan dah balik. Ktorang dulikk ape. Gua baya kot! ;p

Memang laen lah pengalaman makan kat sini. BESTT GILA! Makan amek sendiri. Masak sendiri. Banyak pilihan lak tu. Secara tidak langsung kegemokan pon bertambah dengan sendirinye. keh3~ Ktorang sampai 3 kali tukar pan masak tu. Sebab dah comot benor masaknye. Abahla ni pi masak telor kat situ. haih~

1st time woo makan kimchi. Boleh tahan jugakla. For those Korean Lovers, bolehla korang bajet2 makan cam org Korea sket. Grill ayam n terus makan. Amek salad pastu isikan ngan segala macam daging or ayam, then gulungkan n sumbat dalam mulut. And macam2lah. Maafla yea kalau ade yang tak paham. Tak paham tu mksudnye bukan Korean Lovers lah. haha~

Total makan bout RM 200++ rasenye. So kenala makan sampai bebaloii ye idak? Sape yang tak cuba lagi, jomla makan kat SG ni. Try new experience kat sini. Syiokk woo! Aku ingat nak pegi lagi la. Nak suruh orang belanja lak. hihihi~

Maaf yea entry ni panjang berjela. Aku memang suke qada' entry. Tak update selalu lah ktekan. hee~ ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails