my beLOVEd follower

Friday, January 18, 2013

Bercuti di Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua.

Ni percutian akhir tahun lepas sebenornya. Kami sefamly gi bercuti 5 hari 4 malam kat Langkawi dari 5-9 Dec 2012. :D Bunyi 5 hari macam lama je kan. Padahal tak puas kut ! Before ni memang la penah pegi sana, tapi banyak lagi tempat tak pergi. Setakat tempat2 basic macam Makam Mahsuri, Taman Buaya, Underwaterworld semua tu dah selalu sangat. Kali ni pergi tempat yang tak pernah pegi and lepak sepuas-puasnya! ^o^

Ktorang gerak dari KL malam 5 hb tu naik tren sajo. Ikutkan mama nak naik flight, tapi sebab last minute book, memangla murah harga diakan. So naik tren sajo :P Sampai jeti, amek feri, sewa kereta apa semua, kitorang check in hotel dulu. Kami stay dekat SUNSET BEACH RESORT, Pantai Tengah. Sederet dengan Pantai Cenang :D

PERINGATAN : 
Entry ni pasal tempat tinggal masa kat Langkawi sajo. Belum aktiviti kat sana lagi. hihi

 Mama posing sat depan board Sunset :P
Ni pemandangan biliknya
Pintu masuk SBR ^o^

Mula2 aku ingat SBR ni tempatnya sempoi2 je. Dulu aku pernah stay kat Burau Bay Resort dan Mali Best. Burau memang jauh dari semua tempat kecuali cable car, kalau Mali Best lak memang best! sebab chalet berdepanan dengan pantai. Dekat pulak dengan tempat2 nak shopping :D SBR ni pun ikutkan sederet je dengan Mali Best semua dan temmpatnya secluded sikit. Ramai foreigner je kat sini. Masa kitorang check in, slumber je ade omputih berbikini kat lobby. :P

Design SBR ni pun ala-ala Bali. Masuk je lorong nak ke bilik, rasa macam hutan-hutan sikit. Lepas tu mesti ada bunga frangipani ni kat setiap tempat. Pastu ada banyak patung pelik2. Macam scarypun ye jugak. Aku memang tak berani oh nak jalan sesorang kat lorong nak ke bilik/ ke laut. Mesti ajak adik teman. hihi

Bunga ni ada kat mana-mana. Atas kepala patungpun diaorang letak :P
*ni gambar nak balik KL dah.Akak recception siap selitkan bunga tu kat tudung.*

Ni patung-patung scary tu lak. Ada banyak lagi sebenornya. Tapi tak dan la nak tangkap gambau semua.

Breakfast kat SBR simple je. Sebab bilik diorang tak banyak, tempat makan diapun takde la besar sangat. Tapi bagusnya makcik2 kat sana boleh lagi melayan kitorang nak telur dadarla, scramble eggs la. Siap boleh speaking tau! Sempoi ah makcik2 tu. :D

Specialnya kat sini, SBR ada private beach diorang. Err, bukan nak private sangatla. Cuma dia ada sediakan banyak kerusi rehat tepi pantai. Memang syok ah para omputih sekalian nak berjemur. *winkwink*

Ni pepetang ktorang lepak tengok sunset sambil minum coolblog. Memang haven gile! haha
Sambil berehat, sambil cuci mata. hihihi
*manalah power mata tak bertambah. tskk*
Ni lah permandangan Sunset ktorang kat Sunset Beach Resort :)
I think overall was really fine stay kat sini. Cuma satu jela, bila malam, jalan dia gelapla untuk ke laut. Dengan pokok2 kiri kanan, bagi aku quite scaryla. huhu.

Itu saja entry tempat tinggal masa bercuti kat Langkawi. Korang kalau nak holiday dengan member2, I recommended this place. Harga pun ok. Tak mahal sangat. Tempat selesa dan tak serabut. Maksud tak serabut ni sebab takde banyak kereta or orang lalu lalang sangat. Tak macam area Mali Best or Sandy Beach. :)

Later I will update aktiviti kat sana pulak ye :)

For more info pasal Sunset Beach Resort, boleh KLIK SINI. :D

Thank you for reading :)

13 juta orang sayang aku:

s said...

best nyer dapat gi langkawi :)

sop said...

best lepak langkawi?

cik lisa said...

amboih seronoknya bercuti ye , ada beli coklat kat cik lisa tak ni? hehe

admin said...

hai bella =D, sungguh menarik percutian awak, Selamat bercuti saya ucapkan dan salam kenal dari saya =D

shekechik said...

bestnya langkawi..bila la agaknya shekechik dpt peluang ke sana gk huhu

Unknown said...

bestnya!!! ni yang tak sabar nak pergi Langkawi huhuhu :)

cik beLLanan said...

@s
hehe. bercuti mmg best pun lg2 dgn fmly :D

cik beLLanan said...

@sop
best sgt ! xpuas woo :P

cik beLLanan said...

@sa mic
hehe. beli choc ade je. tp tu la, sebab dh lama, semua dah masuk peyut :P

cik beLLanan said...

@Donny Ien
hehe thank you donny :)

cik beLLanan said...

@shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅]
nanti bercutila ngn fmly or kawan2 kat sana :D

cik beLLanan said...

@Azham Vsvc
besttt wooo ! pegi jgn tak pegi :D

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails