my beLOVEd follower

Saturday, September 17, 2011

I LOVE my Nenek!

Assalamualaikum w.b.t

Hye Guyz! Blog aku sekarang neh dah jadi sunyi sepi dah. Dah naek cuti, manalah dapat wifi kat bilik. Dulu ok lagi. Sempat2 je update kat u. Sekarang neh, nak tunggu balik rumah barulah terupdate blog ni. haih~ Dah seminggu aku naek cuti and class pon dah go on as usual. Siap dah dapat assignment lagi uolls. ;p

Before aku mengarut sampai ke laut (pantun tu pantun tu ;p), aku nak bagitau topic bebelan aku kali neh adalah pasai nenek aku. hihihih~ Sape ade nenek lagi? Sila angkat kening. ;p Aku rasa sangat bersyukurlah sebab aku ada nenek yang amat penyayang kat cucu-cucunya. (err.ada ke nenek tak sayang cucu??) ;p My mom anak tunggal, thus kami adik beradik ni consider as cucu tunggal kesayangan bucuk mucuk nenek lah. hehe~

Kamilah cucu kesayangan nenek! yeah!
ngeh3~

Rumah nenek aku pun dekat Ampang je. Tiap tiap minggu aku wajib datang sana and tido kat rumah nenek. Time cuti sem aritu, kalau dah 2 3 hari tak datang mesti nenek dah buat ayat pasrah dia..

"Dikk, adik takde ke nak datang umah nenek???"

Sayu beb bila dengar.. tskk

Yang aku tau, orang tua memang camtu. Tak payah susah susah nak bagi diorang beratus or beribu setiap bulan. Diorang tak pandang semua tu. Yang diorang nak kita sebagai anak and cucu datang melawat diorang selalu, berbual dengan diorang and makan masakan yang diorang masak. betul tak? ^^

Nenek aku ni punya masalah is, suka sangat masak banyak-banyak. Nanti bukan dia yang makan tau. Siap tapaukan untuk ktorang makan kat rumah. Kadang kadang tu mama dah masak kat rumah, ajak nenek makan sekali. Jap lagi dia datang bawak pulak laok pauk yang dia masak. adoyaii~ Nanti tak laku lah lauk mama sebab nenek masak lagi AWESOME! hihihi~ Jangan mara ye mama. Nanti berkedut muka. ngee~

Lagi satu pasal nenek aku neh, pantang cucu-cucunya cakap pasal makanan. Pasti akan ditunaikannya! Contoh macam ni ;

Aku : 'Tekak rasa nak makan ayam masak merah la. Dah lama tak makan ouhh! (sambil citer2 ngan adik akulah ni potpetpotpet..)

Esoknya konfem nenek aku masak ayam masak merah punye. ;p Ataupun tak payah tunggu esok sangatlah. Macam tadi, nenek buat sambal udang petai. Then aku cakaplah kat nenek, makan dengan rotipun sodap ni nek. Masa tu aku nak semayang. Tup tup abes semayang nenek dah gi kedai nak beli roti! Gila ahh. Aku takdelah rasa nak betul2pon roti tuu. haih~

Aku bagitau nenek yang aku maen2 je. Jap lagi nenek ngan muka slumber jawab , 'Ala..adik ada, baru nenek makan roti tau. Kita kongsi ye.. '

Pulakk dahhh...-___-"

Kalau nak cerita pasal nenek aku, memang tak kan cukup aku nak menaep neh.
Apepun, AKU SAYANG NENEK AKU TAU!


Moral of the story : Sayangilah orang tua kita selagi kita masih mampu menunjukkan kasih sayang tu kepada mereka.

6 juta orang sayang aku:

Azham Vosovic said...

nenek sy da tak de...sedih...

Chachos Cheezy Wedges said...

da angkat kening da.. nampak x?? hahaha!!

hakamah hamyadi said...

hehehe..kalau nenek awak masak banyak2..xlarat nak makan...hulurlah kat kita sikit..hehehe...betul2...rindu kat arwah nenek kita...hanya mampu sedekahkan doa dan al-fatihah

beLLa said...

@Azham Vosovic
alahai, soryla yea. nak share nenek tak? ;p

beLLa said...

@Chachos Cheezy Wedges
err. buat2 nampak jela. hihihi

beLLa said...

@hakamah hamyadi
uih. boleh je. takyah susa2 nak hulur, meh dtg uma makan sekali ^^ bagozla camtu. sedekahkan doa n alfatihah tu tanda kita sayangkan mereka ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails