my beLOVEd follower

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Minggu yang damn awful!

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Seminggu lagi nak raya ni. Dah banyak persiapan yang korang buat? Banyak dah shopping ntuk raya? Baju da beli berapa dah? Anyhow, biarlah kita bersederhana je. Tak payah sampai membazir duet bagai ntuk raya ni. Kejar pahala time bulan puasa lagi baik kan. ;)

Er, aku bukan nak jadi ustazah kat sini. Aku nak citer pasal minggu yang menyedihkan buat aku ni. Lepas kucen aku hilang, Handphone aku pulak jatuh lubang tandas! Sedih bhaii!! Bukan lobang jamban tau, ini lubang yang kat lantai tu.

Dipendekkan cerita, kejadian ni berlaku time aku nak dah nak balik kerja. Kerja aku sempoii je. Pakai tshirt and tracksuit pon boley. So before nak balik tu, nset aku dah masukkan dalam poket and terasa nak wiwi lak. Guna tandas duduk kot. Bukan yang cangkung tu. Jap lagi nset aku jatuh ngam2 masuk dalam lubang yang kat lantai tu. Tak penah2 terbukak, malam tu pulak lubang tu terbukak. SEDIH GILA!!

Memang dah try2 godek tak dapek nak diselamatkan lah. So dengan hati yang separa redha, aku pon menyerah jela. Dah tak dapat nak amek balik nset tu kan. Bagoz betul dak yang sama kje ngan aku. Semangat dia tolong jolok lubang tu carikan nset aku. Thanx ye Syikin! ^^

Perasaan sedih memang tak yah citer la kan. Aku ni memangla kememeh semacam. Tapi pikir still kat tempat kerja, akupun cam cover2 nak nangesla kan. Tapi mata dah bergenang dah..

Muka agak2 comel camnila kot. *jangan muntah. nanti batal pose. ;p

Balik malam tu, Syikin anta aku balik. Malam tu plan nak gi makan kat Steak House kat Kg Baru. Terus cancel sebab aku ni ha. adooi~

Sampai je kat uma nenek, dari muka cover2 comel tadi, terus jadi camni.....

MERAUNG bagai nak rak weh! kesian nenek kena tenangkan aku ohh. ;p
Adik aku bukak pintu lambat sangat, sampai dia boleh cakap, " Kau kena rogol ke kak?"
Siot punya adik. Tapi takley la salahkan dia. Aku pon nanges macam orang gila dah. Dia pun risau. hihi~

Mama cakap, " Tu lah dikk. Kau asek cakap nak tukar nset je, dah merajok nset tu."

Boleh percaya ke camtu? Mende nak jadi, jadi jugakla kan?

Selamat minggu ni dapat ditenangkan oleh my dear coz ktorang shopping lagi and berbuka samasama. yey! ;D Tadi jugak aku dah buat sim baru kat KLCC, and pesanan buat anak anak semua,
JANGAN BAWAK NSET DALAM TOILET
and
SILA BACK UP SEMUA NOMBOR DALAM HANDPHONE ANDA SEKARANG!
Jangan jadi cam aku, dah ilang semua nombor member2. sedih betul. ;(

psst = Entry mingguan aku selalu panjang kan. Cover hari2 yang aku tak update. Bolehkan camtu? hihihi~

pssstt = 1st time beli maxi dress woo tadi. Harap aku berjaya pakai. ;p

Sunday, August 14, 2011

Jolie dah hilang, dapat pengganti Si Putih. tskk

Hye guyz! Selamat hari Isnin semua. Ada berita sedih yang aku nak habaq mai kat hangpa semua ni. My dear cat dah MIA! tssk. Sedih woo. ;( Mama cakap dah lama dah si Jolie ni tak balik rumah. Memang mama dah bagi kucen2 aku merayap ke luar and selalunya si Jolie ni balik rumah ntuk makan ke, beyak ke, tido ke.. Ni dah tak balik2 lagi tau. Sedih betul! Aku jaga dia dari kecikk kot. Dah besar ni, hilang la pulak. Mama cakap selagi tak jumpa mayat dia, mama anggap Jolie dah diambil orang. tskk

Sian Bibie abang dia dah hilang. Tinggal sorang2 kat rumah. Mama dah tak bagi kucen ni kua lagi dah. Semua kena memerap kat rumah je. Mereka ni suka port dalam kotak. Pantang aku onn printer, mesti terjun dalam kotak neh.

Hye. Meet me, Si Putih Cici. ^^

Dipendekkan cerita, abang aku pi bawak balik kucen putih ni pulak. Dia cakap time dia lepak kat mapley, kucen ni asek ikot dia je. Sampai ke keta lak tu ngikutnya. Abang aku pon amek jela bawak balik. Sian agaknya tengok kucen putih camni cam terbiar je. Mata wane biru ok. Tak maenla pakai contact lense bagai. hihi~

Kucen ni sejibik macam kucen cik Fathiah bagi kat aku tau. Dia belikan ntuk aku masa dia gi kat Indon dulu. See.. dekat nak samakan? Telinga dia pun warna hitam2 sket macam patung atas meja tu. 'err.korang nampak kan which one patung which one original cat?' ;p

Jolie and Bibie pun sayangkan patung kucen ni tau. Tengok ni ha. Sampai tido sama ngan patung kucen ni.

Kiranya sekarang ni, mama dah ada pengganti Jolie. Ktorang panggil dia si Putih ni Cici. Budak tecik ni amatlah aktif. Sampai aku tido pun, digeget2nya kaki aku. siot betul. Apepun, aku still rindukan Jolie tau. Kalau dia masih hidup, harap orang yang amek dia tu jaga Jolie aku baek2. ;(

Aku belek2 folder gambar kucen aku, ni lah gambar terakhir Jolie yang aku snap. Gambar ye tengah jilat2 adik dia, Bibie. Sedih bhaii tengok gambar2 ngan kucen2 aku ni dari kecik. T_T

Kisah Jolie and Bibie

Cam drama korea lak banyak part2 neh. Ikotkan banyak lagi, tapi ni jela yang aku kasi link nya. Sedih lak ingat kucen2 aku ni. Esok mau kerja. Selamat berpuasa semua! ;)

Friday, July 22, 2011

Boleh pulak banned orang tak bagi komen kat shoutbox?

Hye guys! Arini memang aku takde mende nak update sangat. Plus aku tido rumah nenek malam neh. Ingat malas lah nak update2. Aku jalan jalan je kat belog orang. Jap lagi nga syiok2 belogwalking, keluar mende ni pulak...

SENTAPP mak nak!
Aku ke yang takley komen tu? keciwe sungguh. Tak nak masuk belog dia lagi. Merajuk! T_T
Memang boleh ea jadi camni kawan kawan?

p/s = Mood tengah happy jadi terkentut. iskk. Okla semua. Nak tido awal. Babai~

Tuesday, September 28, 2010

OMG! invitation aku ke party VASELINE telah ditarik balik. iskk


aku sangat sedih. amat sedih neh. terlalu sedih. isk3!

baru tadi check email, n know what? jumaat aritu nuffnang ada anta invitation ntuk ke Vaselin Party tuh! n due date ntuk confirm kan is semalam! adoyai~ aku neh dahla spesis yang amat malas bukak email ouh! kan da terlepas peluang best neh. sedey siot! bukan selalu aku nak menang contest2 neh. even xmenang pon, dapat invitation tuh kira menang jugakkla kan coz bukan semua orang dapat. uwaa!! so sad!
moral of the story : rajen2 lah check email anda ye anak anak. ;(
entry ni hanye tinggal kenangan... ARE YOU MOIST ENOUGH?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails