my beLOVEd follower

Saturday, October 29, 2011

Melantak di Pizza Hut lagi ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Sekarang ni musim midterm. Tadi je baru lepas exam arab aku. Yess. Sabtu petang pon ade exam. Pukul 5 - 7 lak tu. Sebab tu aku sayang UIA. *tangandidadamatakeatas~

Walaupon line aku cam sipott kat bilik neh, dah bosan sangat tergerak lak aty nak update sket. Agak menaon jugakla nak upload segala bagai gamba ni untuk menjeleskan korang. ngeh3~ Put aside citer pasal bola coz aku tau malam ni Nogori lawan Ganu and Chelsea lawan Arsenal. *Arsenal menang okayh! (see..betapa lama aku nak update sampai abes 1 game doww) hahahaha~

Malam ni nak terliurkan korang dengan makanan kat Pizza Hut je. Masa ni celebrate birthday aku yang ke-21 16hb aritu. Memang agak lama yea aku nak kepoh kat blog. *kan aku dah cakap nak update bile citer ni dah basi. sekarang ngan makanan2 ni pon basi same. tapi dalam perutla. keh3~

Actually aku teringin nak makan Pizza Chunky Loaded. Yang berlapis2 tu. Tapi dah abes tempoh promotion dia, tengah ade Ultimate Cheesy ni lak. So layan jela kan. Dah orang nak belanja. ^^

Ni ha pizza nye. Aku mintak topping Hawaian Chicken. Kalau takde topping lagi muak bhai nak makan. Tapi aku taktau motip letak cream cheese segumpal kat situ. *aku kurang gemor sket sebnonye. Tapi sedap! kerak tepi dia tu pon special sket. Macam ade rempah2 gituh.^^

Side order tu penting yea anak anak. So ni lah antara yang ktorang order sekali. ;)

Korang perasan tak ape yang kurang? Tak perasan? Mesti tak tegar sangat makan pizza ni..hehe~ Hiasan timun and carrot dia takde. hihihihi~ *tu pon nak kecoh en aku ni. ;p

Spageti bolognese ni adik aku punye. Tapi aku rembat gak sket. ;p

Aku panggil ni seafood lasagna hanguss. Korang tengokla tu mangkok dia sampai itam dia bakar lasagna neh. Kecik dan menggemokkan. kuang3~ Ini abang temok aku punye. Tak bagi orang nak rase sket. huh~

This is my feveret ! Cheese baked Meatball! yeah! Mama pon dah suke mende alah ni. Sedapp woo ! Sejak makan time ade offer ni, terus lekat nak makan meatball ni kalau gi pizza hut. ;D

Abah ade order nasi tapi tak sempat nak amek gamba abah dah makan dulu. Tapi tak abes pon sebab tak sedap. haha. Tulah, orang gi pizza hut kenalah makan pizza. Ni sebok cari nasi memang tak best la kan. ;p Mama ade tambah Oriental Chicken Wings. Tapi lambat sangat dapatnye. So semua dah ada makanan masing2,last sekali pizza tu tak abes. kuang3~ Kitorang tapau bawak balikla jawabnye. ;p

Sebelum habes entry ni, harusla letak gamba tuan blog setepek kan? Memcapub tu penting kadang2. hahahah~

Mata panda gua tak ilang-ilang la. -__-"


Err..macam terpanjang je entry neh? Lantak la. Ni qada entry2 yang lepas yea. Harap maklum. :)

pssst = Gua dah kena daftar mengundi bhai. duhh~

psstt 2 = Minggu depan aku ade 2 paper midterm. Fightin beLLa!! ;D

Wednesday, October 26, 2011

Masa yang paling baik untuk minum air.

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Korang ni suke minum air masak? Ke tak layan air masak ni, ape kelas ye idak? Tak macam Mountain Dew ke, Cola Cola ke, Barbican ke, kan kan? Itu korang punye pasal la if tak suke minum air masak. Sesungguhnya banyak kelebihan air jernih ni tao. Untuk yang nak diet pon better minum air masak tau. Tak payah beli mahal2 Jusmata bagai. *sebagai contoh saje. ;p

Know what? Masa yang sesuai untuk minum pon dapat memberi kesan kepada tubuh badan tau. Nak tau lebih lanjut? Mehsambung baca lagi.

# Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN DARIPADA TIDUR.
-Ianya dapat membantu mengaktifkan organ dalaman.

# Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN.
-Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

# Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI.
-Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

# Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR.
-Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kat sini dinyatakan antara waktu yang PALING BAIK untuk minum air. Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi waktu selain diatas ni pon, korang kenala minum air masak. And lagi baek amalkan je bawak air masak gi class. Takde ape nak dimalukan la. Korang perasan tak orang cina tak malu pon bawak botol air besau gi class? *wink wink~

And one more thing, jangan amalkan makan berulamkan air. Tak elok and boleh wat perut jadi buncet. Macam aku. iskk~ So sama2lah kite try beramal yea. hihihihi~

p/s = Demmit! line aku tak lajula nak BW. Nanti aku lepak blog korang yea. Pada blog2 yang ringan tu dapatla aku tinggal jejak. Pada yang berat tu, ampun maap dipinta, mensuci hening dosa...lalalalala ;p

Sunday, October 23, 2011

Baru nak merasai makanan bernama Macarons. haha~

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys! Sejak dari dulu orang dok cerita je pasal makanan neh. Aku lak asek dengar la ade yang cakap sedap. Ade yang cakap manes gila. Ikot selera masing2la kan. Aku memang seyez dow, 1st time rasa tadi. Aku dari bulan lepas order kat SINI. Tengah murah kan. Kalau nak ke Pavy, konfem mahal kan. Sape nak bagi sejibik Macarons rm1 en? ;p

Nilah dia yang aku dapat tadi. Sebulan tu order baru dapat. hihihi~ Selamat rumah akak yang buat ni area Ampang gak. Senang nak hamek. ^^

Pink = Strawberry
Choc = Choc
Green = Kaya ..kot. haha
Blue = Blueberry. *For me paling sedap kot! ^^
Pink caer = Vanilla

Actually sorang boleh bel 1 voucher je. Tapi aku nak banyak2. So aku order atas nama my dear sekali. Dia pon taktau lagi. hikk~

Sedap jugak Macarons ni weh. Orang cakap manes tu memangla manes. Tapi akak ni buat takdela manes gilagila. And boleh tahanlah. Aku paling suke wane biru tu. Sedap! Semua sedap sebnonye! hee~ Jangan aku addicted ngan makanan ni sudah. Boleh kena kencing manes aku nanti. ;p

p/s = Maafla. Link yang aku bagi tu dah tamat tempoh. Tunggu offer laen kali la yea ^^.

Sekarang taley nak bebel panjang2. Busy dow. Midterm dah menunggu. Ngee~

Saturday, October 22, 2011

Jangan Menyusahkan Jemaah Haji ok.

Assalamualaikum w.b.t

"Sahaja aku tak update blog kerana busy dan tiada mood. "
Amin.


PANGG!! *kena tampar sket. Sukecita aku je buat niat camtu en. hihihi~. Maaflah ye. Busy tu memanglah busy. Cuma bukan takde kesempatan nak bebel kat sini. Cuma aku ni kalau buat entry, suka nak ade gambar. Bila gamba tak dapat nak transfer kat laptop, so semua kerja terbengkalai la ye.

Ikotkan banyak mende aku nak citer. Lagi2 pasal kejadian 16 October tu kan. hihi. Tapi tu nanti jela. Although citer tu dah basi, biar sampai betol2 citer tu jadi tempoyak busuk pon takpe. Aku yang menaep nye lagipun. Ye idak? ;p

Ape yang aku nak cakap arini adalah pasal orang gi haji. Korang mesti ade parent ke, sedare mare or jiran tetangga yang dah or akan pergi haji tahun ni kan? Satu je nak pesan, Janganlah Membuli/Menyuruh/Memesan mereka beli barang2 kat Mekah or Madinah sana. Bak kata mama aku, diorang pergi nak beribadah. Biarlah diorang beribadat ngan tenang. Takdela siap ade checklist ntuk belikan barang ntuk si A, si B, si Z.Paham kan maksud aku? Aku tau Abaya kat sane mura2 and cantik2. Tak payah sampai nak menyusahkan jemaah haji sebab nty diorang asek teringatkan barang yang korang pesan je.


Kalau diorang yang belikan and bagi kat korang, thats good. Kira mereka ingatla kat korang kan. Tak perlu nak pesan beli itu ini. Nak pesan doa, kirim salam kat makan Nabi ape semua tu, bolehla. Janji sampai jangan menyusahkan nak baca surat doa korang yang panjang berjela tu. Kalau sorang boleh terima lagi, let say ramai pulak yang pesan macam tu? Dapat bayangkan tak cne keadaan orang yang gi haji tu?

Waktu hajikan orangnya berjuta-juta lemon. Kitepun kena la consider sikitkan. Menyusahkan orang tak elok. Ni pun sebab mama yang cakap semalam. Time mama gi haji dulu, makcik yang sebilik ngan dia siap ade checklist nak beli itu ini ntuk si polan and si polan. Sian je mama tengok. Memang mama ade beli something ntuk sedare mare semua, tapi bukan sebab pesan suruh beli pun. Atas ingatan jemaah haji sendiri lah kan.

So ingat ye anak anak , Jangan Menyusahkan Jemaah Haji. ^^

Subhanallah~
Cantikkan suasana keliling Kaabah. I wonder when aku nak jejak kaki kat tanah suci.
*sigh

Pssst : Petang ni nak gi anta pakcik sedare gi haji kat Kelana Jaya. Tu sebab mood citer pasal haji datang tu. ;)

Semoga Cik Din & Cik Kiah selamat pergi dan balik and mendapat haji yang mabrur.
^_^

Saturday, October 15, 2011

Esok 16 Oktober weh ! xp


Assalamualaikum w.b.t.

Korang korang ! Korang nak tau something tak?
Esokkan....
kann....
kann....

16 Oktober !

#okbai.

hihihi~

Nampk macam entry budak pemalas. Tapi penuh makna ni.
;D

Monday, October 10, 2011

Segmen: Bloglist cutie mutie ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys. Just a short update before aku pon tak tau bile lagi aku sempat update. ;p Usha2 blog tadi ada sis ni invite ntuk join Segmen Bloglist dia. And bak kata cik Fathiah, join bloglist ni adalah win-win situation in which link blogger laen ade kat blog n kita n vice versa. So, tak rugi pon join bloglist ni. ^^


So mende yang aku kena buat is, descibe 5points about Sis92 punye blog.

# Its cute. First time masuk blog dia, dah nampak stokin baby tu. memang cute gile.
# Background simple. Takdela serabut sangat nak tengok.
# Cuma part iklan tu agak mengganggu sikit. harap take note ye sayang. ;p
# Penulisan yang mudah difahami. gud job! ;)
# Lastly, suka letak gamba dalam entry. Its nice dear.

Maafla ye sayang. Akak cuma cakap based on ape yang akak pikir. First time masuk blog awak ni. ;p *tak semendang terus cakap akak en. hihihih~

Tarikh Tutup :
23 Oktober 2011

Nak join jugak KLIK SINI . ^^

HAPPY BLOGGING OK DEAR !
;D

Saturday, October 8, 2011

Yeay! I got my 1st Birthday Present from Libresse! ;D

Assalamualaikum w.b.t

Hye guyz! Although birthday aku lama lagi, harini I just got a birthday card from Libresse! Thank you Libresse! Dulu ade la aku daftar kat website Libresse ntuk dapat sample pad tu kan. And I didnt expect diorang akan hantar kad birthday bagai. Cute pulak tu! ^^

Dekat tempat cake tu boleh jadikan bookmark.
Domo domo domo kawaiii~ *sukesuki je campur bahasa Korea n Jepun. hihi.

Aku rasa ramai je yang dapat. Tapi aku saje nak kepoh sebab aku bukan ade idea nak update ape kat blog ni. Dari bersawang, baek aku menyepohkan diri. ye idak? ;p

Nak dpat jugak? Meh usha website LIBRESSE ni . ^_^


psssttt : Sayang. You kalah la. I dapat hadiah dari orang laen dulu. hihihihi~

I'm in LOVE with Blackberry! ;D

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guyz! Guess what?! I've just got my new phone! yeay! Actually takde la baru dapat kan. Dah about a week jugakla. My dear yang tolong belikan dulu. Masa bulan puasa dulu punyalah mengidam nak pakai BB Torch. Tapi dah nama pun orang belikan dulu, tak kan nak demand lebey kan. Bold White ni pon smart ape. ^^

Mulamula pakai memang jakunn gile wa cakap sama luu. Nak taep pon tak pandai tuu. Padahal taep kat laptop laju je. Ikotkan keypad dia sama je susunannye. Maybe sebab kecik and memang tak biase pon guna. JAKUN lah katekan. hihi~ Nak anta mesej tak payah cakapla. Asek salah send je. Nak delete, tersend pulak. Naseb la kedit uii.

Tapi sekarang ni dah ok sikit. Ramai teacher boleh ajar aku gune BB neh including my dear. Dia pon beli BB jugak. Senang nak berBBM nanti. ^_^

Korang guna BB jugak tak? Nak bbpin buleh? HIHI~

Rasa macam zaman YM lak maen add je orang tak kenal pon. Macamlah aku ade masa sangat nak chat2 ngan orang ni. ;p


Friday, October 7, 2011

Dont get confuse with my name

Assalamualaikum w.b.t

Hye guys. Mood nak update sedang bertatih-tatih nak datang ni. Minggu ni memang sangat+amat penat ntuk aku. Dengan event nak handle dalam masa 2 hari nye, dengan assignment yang dah mula jeleskan aku dari melalui hari yang tenang, dan macammacam hal lah yang mengganggu jiwa raga aku. *take note. aku sedang membuat ayat puitis. keh3~
Although banyak mende aku nak cerita, tapi rasanye aku tertarik nak cakap pasal my name for sure. As dalam dunia blog, aku memang menggunakan panggilan beLLa. *sila tengok ejaan itu betul2 yea. Huruf L itu di CAPS LOCK kan. Kononnya nak differentiate antara para Bella yang laen lah. Korang mesti notice jugak, betapa ramainya blogger nama Bella ni kan?

Selalunya member2 aku akan pelik, they call me Hannan instead of beLLa. and why my blog called Contengan Cik beLLa. Kenapa bukan Contengan Cik Hannan mungkin?

My answer is simple. Blog is something being shared by people. Bukan 100% kisah hidup aku, aku akan cerita dalam blog ni. And maybe, tak semuanya benar. Jadi apelah kiranya aku nak glemer skitt ngan guna nama beLLa. Ye idak? hihii~ Lagipun nama aku banyak choice untuk korang panggil. Nak panggil Hannan boleh, Nabilla boleh, beLLa boleh, si comey pon BOLEH! ngeh3~

And for me, nama kat blog ni bukan wajib pon nak letak nama sebenor. Sukacita korangla nak letak nama ape kan. Tengok Cik Epal tu. Rilex je orang panggil dia epal. Konfem jaoh dari nama asal dia. betol dak? Si Ayam tu. Eh, salah2. Ayeem Ayam tu. Rilex je orang panggil dia Ayam. No heart feeling punye. hihi~

Actually aku citer pasal nama ni sebab member aku sendiri tersalah orang ingatkan aku dekat shoutbox diorang. Ejaan pon sama. Cuma pelikla, tak kan aku tulis, 'I follow you, You follow me back keyhh!'. Aku rasa aku tak penah gi lepak blog orang n tulis pasal I follow you you follow me semua bagai tu. Gila tak matang! Kalau member aku tak klik link budak tu, mesti dah anggap aku yang tulis tu. Kan da memalukan aku. Selamat dia klik for comfirmation. haih~

Okla. Aku ni kalau dah bebel, karang sampai banyak korang kena skrol mouse tu. Ni la padahnya kalau mood nak taep tu datang. Maap ya teman teman semua. Disaat aku taep ni pada jam 1.37 pagi. Jadinya, mau tido sudah. Mownyte semua! ^_^

psstt : 9 days to go. hihi~

Wednesday, October 5, 2011

Mood berblogging menurun.


Assalamualaikum w.b.t.

Bila dah lama tak berbelog neh, sampai tak tau nak mulakan ayat macam mane dah. Ikutkan banyak mende nak di bebelkan, mood ntuk bercerita je belum wujud lagi. Jadi, ini sajelah yang aku mampu taep.

Minta maaf ye kawankawan.
I will update soon ok!
chilll~
^_^

October should be a nice month for me. Guess what?? hihihi~


ppsstt : Alhamdullillah. dah lama tak update pon ade ke lagi yang singgah belog picisan ni kan. Thank you visitors! ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails