my beLOVEd follower

Friday, May 27, 2011

Bibie si kuceng itam

hai semua! dah lama tak cite pasal mucuk2 aku neh. sape lagi kalau bukan si temok Bibie neh. hee~ dah berat dah dia sekarang ohh. Ingat tak aku penah wat entry pasal kuceng aku bapok?
meh aku refresh balik. KLIK SINI

ni kira sambungan nya lah. aritu mama bawak balik bunga dapat masa Hari Guru. then letak dalam cawan bawah neh. semangat si Bibie neh bau2 and terus port sebelah bunga tu. siap tidoq pon ngan bunga! comeyy betol! black and red! awesome! hahaha

Bibie pandai posing. orang nak amek gamba ye je, mesti diam and tengok camera.
ngee~

berlingkar ha tido ngan bunga.
;p

lagi 1, Bibie ni tak berbunyi sangat. tak pandai nak mengiow. tak macam si Jolie. kepoh je mulut dia. Bibie ni kalau dah merayap kat lua, susa nak jejak dia kat mana. kite punyelah memanggil dia, idak nye nak miow miow. tu yang mama pun panggil dia bapok. kalau berbunyi pon, miow dia perlahan je. lembut gitu. hehee

lagi perangai pelik si Bibie neh, suka sangat la ngintai lobang neh. belakang rumah aku, adelah lubang yang nak bagi air lalu basuh guna washing machine tu. asal dia dengar air mengalir je, semangat gi ngintai sampai nak termasuk kepala dalam lobang tu. hahahaha

macam macam ke hal la kuceng2 aku neh. maafla ye. aku memang suka nak bebel2 pasal kuceng aku neh. yelakan, kalau aku tak cite, sape lagi. ;p

nak tau pasal kuceng2 aku sekarang, ley KLIK SINI.
^^

Thursday, May 26, 2011

belajar ARAB dengan BESTA! ^^

Buy BESTA MD 856, get BESTA MD211 FREE! ^^
ini gambar dari incik gogel.


hai tawan tawan! arini aku nak promote Kamus Elektronik neh ; BESTA ! sape ade sape ade? baekla. korang mesti dah teror tak payah berkamus2 ni kan. tak macam aku. banyak mende aku tak tau. tengok cite korea pun BESTA mesti ade sebelah aku. yelakan, bukan semua perkataan aku paham maksudnya. at least, boleh tambah vocab aku ^^


BESTA lama VS BESTA baru aku.
;p

dari form 4 mama dah belikan aku BESTA neh. tapi time tu, memang design lama lah kan. now aku dah ada yang baru.mama belikan masa Bookfair kat PWTC aritu. ^^ buy 1 free 1 lagi tu! and one more thing, ianya TOUCH SCREEN! hehe. kecoh en aku neh. lantak pi lah. ngee~

sila lihat. ianya TOUCH SCREEN.
guna jari pun buley.
haha.


Function dia sangatla banyak. selaen ade kamus 14 languanges, kita boleh test pronunciation kita whether betol ke salah. ala, macam dalam iklan tu lah. ada sejarah Malaysia, Sciences terms, eBook, exercises,recorder, photos, mp3 etc. banyakla senang citer. lagi best mende ni kalau boleh dijadikan handphone sekali. hehe ;p

see.see. kita boleh blaja other languanges selaen english and malay tau. for example, aku taip LOVE. In Chinese, Korean, Japan, France, Thailand and banyak lagila. korang nak tau bunyi nye, click je gambar speaker tu. bestkan bestkan? ^^

yang ni pulak siap tunjukkan gerak mulut lagi on how to pronounce the word ^^

btw, Besta ni rechargeable. tak payah nak beli batery kecik tu lagi. sangat jimat! berbaloi mama beli ni ngan harga RM1298. mula pikir, macam mahal. baek mintak mama belikan Blackberry ke kan. tapi bila pikir balik, mende ni bukan tak berguna pon ntuk aku. SANGAT berguna! thus, tak kesahla ngan harga dia. lagipun dapat barang2 laen sekali.kalau korang, sanggup ke nak belajar BAHASA ngan bawak kamus TEBAL2 kat mane2? mesti tak kan.. so inilah function kamus ELEKTRONIK! ^^

ehh? rasanya aku dah menyimpang jaoh neh. aku just nak cite aku senang blaja arab dengan kamus ni je. terbebel banyak pulak. ;p shortsem ni aku amek subjek Arab ngan History. tatkala orang laen bawak kamus arab tebal2, aku guna kamus kecik ni je. sangat senang nak cari. tapi yela kan.agak terkial-kial la nak taep jawi ;p

Arab-Malay and Malay-Arab.
^^

p/s = ilmu tu ada kat mana2. tunggu kita je nak cari ke tidak. kan? ^^

gamba2 berterabor ni harap dimaafkan. saya takde DSLR. ade BESTA je. haha

Monday, May 23, 2011

Johny Depp kesayangan ku! ;p


hye u guyz. semalam baru tengok citer Pirates of the Caribbean on Stranger Tides. for me, not bad la bcoz my HERO berlakon kan. ;p Ramai cakap citer ni kureng sket dari cite yang before ni. but who cares! aku dari dulu kot mengikuti cite neh.hihihi~ *yes. i'm being bias here. haha

aku bukan nak review pasal cite ni pon. nak share gamba2 HERO aku je. ngee~

he's soo talented! semua watak dia boleh bawak oh. and bukan watak yang sama lak tu. mesti pelik pelik and watak yang agak susah nak bawak.who agree with me?? sape setuju, boleh komen kat sini. ^^

enuf said. jom layan gambar. ;p

as a pirates.

as mysterious guy.

in Sweeney Todd.

ni sape tak tau? meh aku lepuk. haha
Johnny Depp as Willy Wonka the Weirdo ^^
banyak lagi yang dia berlakon, tp ni antara yang orang tau la citenye kan.

ade Penelope Cruz ouh dalam cite ke 4 neh. she's gorgeous!

adik aku minat mamat Philip neh. dia religious person dalam kapal tu. dia baek sangat! sanggup tolong selamatkan Syrena the Mermaid.

sape yang rasa nak tengok cite neh, berbaloi je pon. terhibur la dengan gelagat Jack Sparrow neh. for Orlando Bloom fans, sory la brader. dia tak berlakon dah ntuk movie kali neh. hihi~

last picture ok? promise.



TADAAA!

ohhh.caer sekejap.
hahaha


p/s = time shortsem ni rasa mase laju sangat. this Wednesday aku dah ade midterm. hadoyai~


Saturday, May 21, 2011

9 meninggal di Tanah Runtuh Hulu Langat


KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama

diambil dari Utusan Online.

Al-Fatihah ntuk mereka yang tak dapat diselamatkan. Semoga mereka ditempatkan dikalangan para solihin. Kesian anak anak yatim ni. Kepada yang belum dijumpai lagi, harap mereka semua selamat. Naik bulu roma aku dengar pasal berita neh. Hulu Langat ni bukan jaoh sangat dari rumah aku and rumah aku pon depan bukit. Sekarang dahla musim hujan pulak. Mintak dijauhkan dari sebarang kesulitan. Amin~

Al-Fatihah jugak ntuk pelakon Mahyon Ismail yang meninggal petang tadi.


Thursday, May 19, 2011

Happy Birthday to my PARENTS !


19th May.
My Mom's Birthday!

20th May.
My Abah's Birthday!


HAPPY BIRTHDAY TO MAMA AND ABAH!
Semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki dunia akhirat,
sihat sihat selalu,
maafkan lah anak anakmu yang comel ini,
tamo mara mara, nanti cepat tua.
HAHA.
I LOVE u guyz soo much!
XOXO.


ktorang plan nak belanja parent makan kat Seoul Garden. what do u think? ^^


Wednesday, May 18, 2011

Buah baek untuk SPERMA.

Ingin aku fokuskan disini adalah VITAMIN C baik untuk sperma ye anak anak. Tahu tak buah ape yang ade vitamin C? meh aku kasi tau ye.....

" Beberapa penelitian menunjukkan suplemen yang mengandungi vitamin C dan asid amino dapat membantu meningkatkan KUALITI sperma. Hal ini dibuktikan dalam sebuah penyelidikan yang dilakukan terhadap 47 lelaki yang mempunyai sperma kurang kualiti. Mereka diberikan 3g vitamin C dan asid amino sehari. Ternyata, suplemen tersebut mampu meningkatkan jumlah sperma. "
~majalah RAPI~

Jadi, kepada cowok2 diluar sana, amalkanlah pemakanan yang sihat and makan la BUAH selalu ok. Banyak khasiatnye lagipon. Bukan ntuk sperm korangg je, but for ur health as well. Plus, stop smoking lah. Tak sayang nyawa takpe, tapi jangan libatkan orang keliling jugak ye. Aku benci betol smoker yang obviously menyembur asap kat orang. hape kau ingat macho sangat ke camtu? Macam HAROMM ade la. ceit~ *tibe2 emo pasal smokers lak. ;p

maaf kepada yang terasa.

jom amalkan makan BUAH-BUAHAN! ^^
*tapi gamba oren je atas neh. takpela. korang tau kan buah-buahan tu ape.. ;p

p/s = 19th birthday mama lah. Ape nak bagi adiah neh? haiyo~

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day!


pelajar paling 'BAIK' dan 'TAK NAKAL' lah sangat.


16th MAY.

HAPPY TEACHER'S DAY for all teachers in this world.

Walaupun yang cuma sempat ajar sekejap ke, lama ke, semua tu cikgu.

Pakcik kedai yang secara tak langsung ajar matematik masa beli gula-gula pon boley dikira cikgu. Jadi hormatilah mereka ye anak anak. ^^


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Jadi cikgu ni memang best! sape penah jadi guru ganti or memang dah jadi cikgu tetap pun, mesti tau ape yang bestnya kan. Selain dapat cuti sekolah, cikgu jugak ley dapat hadiah dari anak murid. ngee~


Bila Hari Guru ni, teringat pulak tahun lepas aku jadi guru ganti kat sekolah mama aku. Masuk pulak memang dah bulan 5. terbaekla! haha. Punyer la aku godeh2 gambar lama, nak cari hadiah2 yang aku dapat dulu ntuk jelezkan korang. HAHA



boleh usha entry INI.


Disini saje nak mencapapkan murid2 aku dulu yang BAIK dan SOPAN SANTUN sangat.

tangandidadamatakeatas~

HAHA.

yea. aku sering dibuli.

iskk~

nampak macam kurang matang ye.

-_-"



tahun 4.


tahun 1.


sekian.


p/s = Waktu sekolah rendah, semangat sambut Hari Guru. tapi dah masuk U neh, nape dah tak sambut Hari Guru ye? ke kena tukar jadi Hari lecturer? Diowang ajar kite jugak kan?? why ye?

Sunday, May 15, 2011

Review citer KONGSI.


"Lu Langsi, Lu Mati"

Aku rasa, semua tahu trademark citer neh. Mula2 tu aku nak tengok citer Fast Furious. tapi dah orang yang nak belanja tu nak tengok Kongsi, layankan jela. btw, Sam berlakon tu! aku memang dah ade high expectation kat citer neh.

b4 that, korang boleh usha sinopsis kat SINI.

Tak nak komen banyak, meh aku listkan sket ape yang aku rasa pasal citer neh :

~ Awal2 aku tak tau sebab lambat masuk wayang. agak keciwa disitu.
~ Kemunculan Sam dalam citer tu memang aku tunggu2. and boleh tahan lawak la ngan ayat 'toksey2' dia tu.
~ Flow citer pon ok. Banyak time lawak bile Sam kecek klate la kan. memang SEMPOI abes. Bab2 betol ke tak kecek dia tu, aku no komenla. aku bukan ore klate pom. ;p
~ Sam handsome! *perlu ke? HAHA
~ Lawak2 dalam citer tu macam dah biasa nampak dalam Adnan Sempit. contoh, watak Sam yang agak kalut2 sket. Ape yang dia nak buat, mesti tak jadi and lawak. ;p
~ Part terbang2 kat atas atap masjid india tu macam klaka je. tapi gud job la for the director and actors. tak slalu filem melayu buat camtu.
~ Aku agak teruja dengan part2 drift ngan polis last2 tu. ngan slumber polis tu men langgar2 sampai nak hancoq keta tuh. kata nya Farid Kamil memang peruntukkan kereta tu ntuk di lunyaikan. kereta Evo tu. bukan kancil biase woo ^^
~ scene Farid Kamil sekejap sangat! ;p
~ ending dia baru Inspector Olla tu cakap treadmark citer neh. tapi cam tak syiokla endingnya. aku macam tak puas tengok. tau2 dah abes.
~ overall, aku bagi bagi 2.9 over 5 la. Adnan Sempit lagi lawak kot. ;p
(boleh pulak ade point2 kan.) HAHA
maaf incik Farid Kamil. ngee~

Kepada yang plan nak tengok citer neh, supportla filem Malaysia ye. aku takdela nak kutuk pon. its just my opinion. ;)

p/s = still nak tengok Fast Furious. 19th ni Pirates of Carribean pulak nak kua. Banyak betol citer kena tengok ni. kopak incik sayang nanti. HAHA. ;p

Saturday, May 14, 2011

Akhirnya terKELUAR jugak AMIR neh


Alhamdulillah. akhirnya dapat pon aku nak update belog neh. *aku tak tau sebnonyer blogger ade masalah. kire rezeki akula ni time aku ade masa nak update, blogger dah sihat. ;p

Tadi 1st time aku tengok Maharaja Lawak kat Finas. bukan dapat masuk pon. lepak luar je tengok kat skrin besau. punyerla ramai orang. Tema malam tadi, SILENT COMEDY. ala2 Mr. Bean , Tom & Jerry semua tu. Memang bestla semua! lagi2 in the end tu bile Amir keluar, tak nak cam bersorak plak orang kat sne. tak ley blah betol. sian plak aku tengok si Amir neh. tapi tu la, muka dia toye jela. cam takde perasaan.

Opening dah lawak gila ngan aksi nyangkung kumpulan SEPAH neh. then turn amir, aku pon tak paham ape yang dia nak sampaikan. seterus2nya, bestla jugak. lagi2 JAMBU ngan JOZAN en. memang TERBAEKK wokk! HAHA.

korang2 yang tak tengok lagi, jom usha kat youtube. ni link nya.

Aku bagi yang best2 je. laen korang ley tgk kat GuaTV. ^^
Sian Nabil ouh. timing salah, cam kureng sket dia minggu neh. yang aku perasan kan, ntuk silent comedy ni, yang berkumpulan semua best. yang solo kureng la. mungkin susa kot nak paham ape yang nak dibuat sorang2kan. huhu~

p/s = Al-Fatihah ntuk pakcik my dear yang meninggal pagi semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sian kat Kak Lin. Baru je kawen aritu. tskk~

Wednesday, May 11, 2011

Ye. Sekarang Memang Panas pon.

Semua orang mesti dah banyak citer pasal cuaca panas 2-3 menjak ni kan. aku pon rase kot. nak tido panas gila! dah bukak 5 pon haba panas je yang dapat. Aku usha kat Berita Harian Online tadi, dah bagitau pasal cuaca panas ni akan berakhir minggu depan.


KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

-BERNAMA-



Aku bukan nak mengulas pasal cuaca neh. tapi nak share ngan korang korang air sedap2 ni. hausla weh!



ice blend. nyummy!



ice lemon tea. dapnye!




bandung! ^^



ABC ice-cream ^^


brownie ice-cream ^^

and last one,


paling familliar ngan semua.....





air SIRAP! ngeh3~


aku rasa macam nak semuala sekarang.


panasnya!

Monday, May 9, 2011

Sape jadi pengapit, next dia akan KAWEN?

Korang penah dengar tak pasal sape yang jadi pengapit, selalunye next turn dia plak kawen. ?
Korang pecaye ke?
Aku? memang TAK pecaye lah kan. Masa kak ella mintak aku jadi pengapit dia, agak keseganan disitu. Then cakap dengan kembar dia, kak elli, dia cakap ,

"Tak ape2 lah biLLa, kak ella dulu pon penah jadi pengapit masa umur dia 19tahun. umur 25 baru kawen ni ha. so, takde hal la.
;p"

Kali ni belah laki lak kat Perak. Kami sefamly konvoi dari KL-Batu Kurau. Sangatlah jaoh ok! and menginap kat Rest House Selama. Secara kebetulannya, aku bawak novel bawah neh ntuk dibaca. beli masa Bookfair aritu. cerita ni pon pasal dia gi ke Selama, Perak! so dapatla jugak aku bayangkan keadaan tempat tu sendiri. ;p memang agak pedalaman la disane.

Maaf, Saya Bukan BIBIK!

Tak payah citer panjang, jom layan gambaq lak. ^^

before berangkat ke rumah pengantin Lelaki.

simple je kan. tapi still lawa ^^

si gemok.
hanya tuhan n orang disana je yang tau betapa panas and sweating nya aku. -__-"

makan time!

err.kantoi gelojoh disitu. aiya~

mau balik sudah~ yeah!

p/s = Babai rumah! hye uia! *mood bajet semangat nak balik u.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails